• Tidak ada hasil yang ditemukan

BANGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "BANGI"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

BANGI: Usanita Sdn Bhd (USANITA) menjalin kerjasama dengan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan e-Entrepreneurs Women Association (EWA) bagi memperkasakan ekonomi nasional dan usahawan terutama dalam kalangan wanita serta pelajar.

USANITA entiti pemudah cara bagi golongan usahawan terutama dalam kalangan B40 yang mana peranannya menghubungkan usahawan B40 kepada agensi di bawah kementerian dan badan-badan korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif USAHANITA, Datin Seri Adzliana Hasan, berkata kerjasama itu dapat meningkatkan kredibiliti USANITA dalam memperkasakan wanita di era pendigitalan di samping membantu membangunkan modal insan usahawan.

Beliau berkata, setelah negara memasuki fasa endemik COVID 19, ramai individu yang mahu memulakan perniagaan sendiri.

Katanya, bagaimanapun usahawan baharu ini masih kurang pendedahan mengenai ilmu perniagaan dan sukar untuk mengembangkannya.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Oleh itu, kami melihat ianya sebagai tanggungjawab untuk memberi bimbingan serta sokongan dengan pelbagai pihak," katanya pada Majlis Menandatangani Surat Niat antara USANITA dan UKM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM merangkap Presiden EWA, Prof Dr Aini Aman.

Adzliana berkata melalui kerjasama itu ia akan membuka peluang untuk membantu lebih ramai usahawan Bumiputera di negara ini.

"Diharapkan melalui kerjasama ini, usahawan khususnya yang terdiri daripada B40 dan M40 tidak lepaskan peluang menyertai program yang akan dilaksanakan,"

katanya.

Sementara itu, Aini berkata melalui kerjasama itu, ia dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang keusahawanan.

"Pelajar berupaya dan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi untuk membangunkan perniagaan sendiri hasil daripada pendedahan berkaitan amalan industri semasa, sesi pementoran dan pelbagai peluang program berbentuk keusahawan yang dapat disertai menerusi kerjasama ini.

"Dengan harapan kerjasama ini akan terus menyumbang kepada pembangunan dan kemahiran pelajar ke arah yang lebih berkualiti tinggi dan mempunyai minda keusahawanan kelas pertama seterusnya menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran mereka khususnya dalam bidang keusahawanan," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

The principle of ecological architecture is applied in the design of the conservatory as expected to be a place for conservation and research medium that is beneficial to

Herman Darman Editor in Chief Berita Sedimentologi A sedimentological Journal of the Indonesia Sedimentologists Forum FOSI, a commission of the Indonesian Association of Geologist