• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bekerja dari rumah (BDR): Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19 - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Bekerja dari rumah (BDR): Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19 - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Bekerja dari rumah (Bdr): Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19 ABSTRAK

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perubahan yang dramatik dalam isu pekerjaan dan bagaimana kesimnambungan pekerjaan dapat dilaksanakan. Ini telah mendesak kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyekat penularan COVID-19 di Malaysia. Pengaturan kerja fleksibel membolehkan pekerja bekerja dari rumah (BDR) sebagai satu bentuk kesinambungan kerja pada masa krisis terutamanya semasa COVID-19 dan PKP. BDR secara amnya adalah terpakai kepada majikan dan pekerja semasa berlakunya pandemik COVID-19. BDR juga dilihat sebagai salah satu satu langkah bijak untuk mengurangkan penularan pandemik COVID-19 dengan menyekat interaksi fizikal di tempat kerja. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara profil atau latarbelakang demografi pekerja yang dapat mempengaruhi prestasi bekerja dari rumah (BDR) semasa situasi COVID-19 di kalangan pekerja sektor awam di Tawau dan Semporna Sabah. Kajian ini menggunakan data primer berdasarkan soal selidik berstruktur untuk mengetahui hubungan antara profil responden dengan prestasi kerja semasa BDR secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa profil responden seperti daerah, gender, umur, status perkahwinan, jawatan, Kawasan tempat tinggal, anak dan pengalaman kerja boleh mempengaruhi persepsi tentang prestasi kerja BDR di Tawau dan Semporna, Sabah semasa pandemik COVID-19. Penemuan ini diharap dapat menambah kajian literatur lalu mengenai hubungan profil dan prestasi pekerja semasa BDR. Kerajaan dan majikan harus mengambil pelbagai langkah untuk mendorong pekerja tetap mempunyai prestasi yang tinggi semasa BDR demi kesimnambungan pekerjaan dalam norma baru COVID-19.

Referensi

Dokumen terkait

PEMANFAATAN MEDIA PEMBELAJARAN INTERAKTIF ONLINE UNTUK MENDUKUNG KEGIATAN BELAJAR DARI RUMAH BDR PADA MASA PANDEMI COVID-19 DI TK BUDI LUHUR 1 281-286 Majid Rahardi IKLAN UNTUK

Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP semasa pandemik COVID-19 ABSTRACT Pelaksanaan Perintah Kawalan

34 IMPLEMENTASI KEGIATAN BELAJAR DARI RUMAH BDR PADA MASA PANDEMI COVID-19 DI KELAS NON REGULER KB TK INKLUSI SRAWUNG BOCAH Rhamadhani Annisa Putri1, Windi Wilujeng2, Titik Mulat