• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bersedia ancaman halimunan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Bersedia ancaman halimunan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Bersedia ancaman halim unan Language Malay Media

Title

Utusan Malaysia Section/

Page No 35

Date 2/10/2021 Journalist Moham ed Khatif

Tawaf Source https://www .utusan.com .m y/rencana/forum /2021

/10/bersedia-ancaman-halim unan/

Rem arks UiTM Johor

Disclam er: Perpustakaan Tun Dr. Ism ail, UiTM

This m aterial may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the m aking of photocopies or reproductions or copyrighted m aterials. You m ay use the digitized m aterials for private study, scholarship or research.

Bersedia ancam an halim unan

PAN D EMIK C ovid -19 yang melanda negara sekarang membuktikan sangat sukar untuk melawan virus halimunan kerana ia tidak dapat dilihat den gan mata kita.

W alaupun sukar, kerajaan tidak mudah menyerah kalah apabila mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ia tidak terus menjadi ancaman kepada rakyat.

Sebenarnya terdapat satu lagi serangan halimunan yang tidak dapat dilihat oleh mata kita, i aitu fenomena peningkatan suhu bumi akibat perubahan iklim yang memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Fenomena gelombang haba menyebabkan penularan penyakit berkaitan suhu panas dan meningkatkan kadar kematian.

Ia boleh menyebabkan seseorang kehila ngan air dalam badan seterusnya diserang strok haba yang boleh membawa maut.

Selain itu, peningkatan suhu bumi menyebabkan pertambahan tahap kepekatan pencemaran udara yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

Malaysia tidak terkecuali menerima kesan daripada gelombang haba.

C ontohnya pada tahun ini, 10 daerah di Semenanjung diletakkan dalam keadaan berjaga -jaga berikutan merekodkan gelombang haba tahap kuning.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang -kurangnya tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, 10 daerah tersebut adalah Tampin, Tangkak, Kluang, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, H ilir Perak, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Malaysia pernah merekodkan gelombang haba tahap merah atau kecemasan pada 1998.

Suhu tertinggi pernah direkodkan pada tahun itu adalah 40.1 darjah Celsius di C huping, Perlis disebabkan fenomena El N ino sehingga berlaku musim kemarau panjang.

Jika pencemaran alam terus berlaku dan kesan rumah hijau tidak dikaw al dengan efektif, negara ini berisiko tinggi dilanda cuaca melampau kesan daripada perubahan iklim.

Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan dalam menghadapi masalah perubahan iklim.

(2)

Headline Bersedia ancaman halim unan Language Malay Media

Title

Utusan Malaysia Section/

Page No 35

Date 2/10/2021 Journalist Moham ed Khatif

Tawaf Source https://www .utusan.com .m y/rencana/forum /2021

/10/bersedia-ancaman-halim unan/

Rem arks UiTM Johor

Disclam er: Perpustakaan Tun Dr. Ism ail, UiTM

This m aterial may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the m aking of photocopies or reproductions or copyrighted m aterials. You m ay use the digitized m aterials for private study, scholarship or research.

Mereka boleh mem bantu mengurangkan kesan rumah hijau menggunakan bahan bakar fosil dalam jumlah sedikit.

Program kesedaran mengenai kesan buruk perubahan iklim perlu dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh kepada masyarakat.

H al ini perlu dititikberatkan dari bangku sekolah lagi bagi membentuk pemikiran generasi muda yang berasa bertanggungjaw ab untuk menjaga alam sekitar dan mengurangkan kesan perubahan iklim.

D alam pada itu, kerajaan mew ujudkan Dasar Perubahan Iklim N egara pada 2009 bagi menghadapi cabaran perubahan iklim secara menyeluruh dan bersepadu.

D asar ini bertujuan memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara dalam menerajui kelestarian.

Secara khususnya dasar ini menjadi satu panduan dalam pelan pembangun an di mana perubahan iklim diambil kira dalam perancangan, pelaksanaan dan setiap keputusan yang dibuat.

Selain itu, dasar ini mendukung pertumbuhan ekonomi secara lestari berserta pemuliharaan alam sekitar dan juga pembangunan modal insan.

Adalah menjadi tanggungjaw ab setiap rakyat untuk mendukung dasar ini dan memastikan setiap pembangunan dilakukan tidak mengorbankan kelestarian alam yang menjadi tonggak kepada kestabilan iklim.

Perubahan iklim adalah isu global yang tidak dapat dielakkan dan kita mesti bersedia menghadapi kesan buruk daripada fenomena ini.

MOH AMED KH ATIF TAW AF, U iTM C aw angan Johor Kampus Pasir Gudang.

Referensi

Dokumen terkait

dll, setelah lama berjualan biaya yang dibuthkan akan sedikit tergantung bahan untuk produksinya. Hal tersebut sesuai responden inginkan sampai jam berapa jualan,

Undocumented Migrants and Nationality Undocumented migrants are a category of people who reside in a country without the required immigration documents to lawfully justify their