74
BIDANG 5: STAF AKADEMIK
5.1 PENGAMBILAN DAN PENGURUSAN Maklumat Standard Asas
5.1.1 Nyatakan dasar dan tatacara pengambilan staf akademik.
Polisi rekrutmen adalah di bawah bidang kuasa pihak Universiti. Perbincangan dan keputusan dibuat melalui Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian kemudian dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Universiti serta ke Lembaga Pengurusan Universiti sebelum mana-mana cadangan yang diputuskan untuk dibuat ketetapan sebagai polisi.
Keutamaan pelantikan diberikan kepada warganegara yang berkelayakan untuk dilantik sebagai kakitangan akademik. Untuk jawatan tutor, seseorang itu hendaklah mempunyai kelayakan di peringkat sarjana. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjanamuda (mengikut bidang yang diperlukan oleh fakulti) juga boleh dilantik sebagai tutor dengan syarat ijazah pertama itu bertaraf Kelas Pertama. Manakala mereka yang dilantik ke jawatan pensyarah disyaratkan memiliki ijazah Ph.D dalam bidang yang diperlukan oleh Fakulti.
Prosedur kerja urusan pelantikan boleh dicapai di Bahagian 6 Peruntukan Am http://www.ukm.my/pendaftar/wp-content/uploads/2013/07/Perlembagaan-Universiti- 2010-online-version.pdf
5.1.2 Nyatakan syarat dan peraturan perkhidmatan.
Program menggunapakai syarat perlantikan pensyarah dan peraturan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Syarat-syarat pengesahan jawatan akademik di UKM boleh dicapai di http://spdukm.ukm.my/spk/jbtnpdr/Borang%20Jabatan%20Pendaftar/SYARAT%20P ENGESAHAN%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20BAGI%20KAKITANGAN%20A KADEMIK%20GRED%2045%20HINGGA%20VK7.pdf Program juga berpandukan buku Etika dan amalan cemerlang akademik (UKM 2010) dalam hal-hal berkaitan kerjaya sebagai pensyarah di UKM.
5.1.3 Nyatakan kelayakan minimum staf akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan program.
Kelayakan minimum staf akademik untuk mengajar kursus program siswazah ini adalah ijazah Doktor Falsafah. Mereka yang memiliki ijazah Sarjana boleh menjadi
75
pensyarah bagi program ini tetapi secara berkumpulan dengan mereka yang mempunyai Doktor Falsafah.
5.1.4 Nyatakan keperluan-keperluan lain yang menjadi asas keputusan pelantikan staf akademik untuk program ini.
Bagi memenuhi objektif dan mencapai citra Program Pengajian, pengambilan staf akademik mengambil kira beberapa faktor penting:
1. Pengenalpastian calon mengikut skop dan sub-disiplin Sastera dalam Bahasa Inggeris;
2. Pengagihan pensyarah mengikut sub-disiplin dalam Sastera dalam Bahasa Inggeris;
3. Penentuan permohonan akademik untuk jawatan pensyarah kelulusan minimum ialah Ijazah Doktor Falsafah;
4. Keutamaan kepada calon yang mempunyai sahsiah yang positif dalam konteks kerja berpasukan.
Langkah-langkah yang telah diambil diharap dapat melahirkan pensyarah yang terserlah dan berketrampilan dalam bidang pengkhususan masing-masing dan mampu bekerja sebagai satu pasukan.
.
5.1.5 Kemukakan data menunjukkan bahawa profil staf adalah bersesuaian dengan kepelbagaian dan keseimbangan dalam kemahiran pengajaran, pengkhususan dan kelayakan yang diperlukan untuk penyampaian program.
Sila rujuk Jadual 2.4 dalam Bab 2.3.2, Jadual 5.1 dalam Bab 5.1.6 dan Jadual 5.5.
5.1.6 Kemukakan maklumat ringkas berkenaan setiap staf akademik yang terlibat mengendalikan program.
Jadual 5.1 Maklumat bidang kepakaran pensyarah dan pengajaran dalam program Nama dan kod
kursus yang di ajar
Nama Pensyarah Bidang Kepakaran 1 SKBK 6013 Critical
Theory
1. Prof Dr Ruzy Suliza Hashim
2. AP Dr Noraini Md Yusof
1. Gender
issues,Biographies/
Memoirs, Blogging, Literature and popular culture 2. Creative Writing Literature and History Gender Issues
Literature in English 2 SKBK6023
Postcolonial
Theory and Issues
PM Dr Shanthini Pillai Indian Diaspora Postcolonialism Asian identity
76
Subalternity
Literature and visual imagery/digital production 3 SKBK6033
Malaysian Literature in English
1. PM Dr Raihanah Mohd Mydin
2. Dr Ravichandran Vengadasamy
1. Multiculturalism in Literature
Muslim Minority Fiction
Malaysian Literature in English
Comparative Literature 2. Stylistics
Malaysian Literature in English
Academic and Business Writing 4 SKBS6123 Re-
reading Canonical texts
Dr Shahizah Ismail @ Hamdan
Science Fiction and Posthumanism Literature and Popular Culture Postcolonial Issues 5 SKBK6153
Parameters of Comparative Literature
PM Dr Raihanah Mohd Mydin Multiculturalism in Literature
Muslim Minority Fiction
Malaysian Literature in English
Comparative Literature 6 KBK6004
Research Methodology in Literary Studies
Prof Dr Ruzy Suliza Hashim Gender issues,
Biographies/Memoirs, Blogging,
Literature and popular culture 7 SKBK6113 Nation
and Narration:
Asia
1. PM Dr Noraini Md Yusof 2. Dr Zalina Mohd Lazim
1. Creative Writing Literature and History Gender Issues
Literature in English 2. Young adult literature Literature and translation Gender issues Comparative
77
literature Literature as Language Arts 8 SKBS6133
Occidental Perspectives on Malaysia
PM Dr Noraini Md Yusof Creative Writing Literature and History Gender Issues
Literature in English 9 SKBK601C Tesis
Sarjana
Ketua Program 10 SKBS6173
Literature in Translation *
Dr Zalina Mohd Lazim Young adult literature Literature and
translation Gender issues Comparative literature Literature as Language Arts 11 SKBK 6183
Literary Studies in Action *
1. PM Dr Shanthini Pillai 2. Dr Anita Harris
1. Indian Diaspora Postcolonialism Asian identity Subalternity
Literature and visual imagery/digital production 2. Postcolonial Gothic
Postcolonial Theatre 12 SKBS6193
Literature and Pop Culture *
Dr Shahizah Ismail @ Hamdan
Science Fiction and Posthumanism Literature and Popular Culture Postcolonial Issues
5.1.7 Kemukakan kurikulum vitae setiap staf akademik yang mengajar program ini.
Rujuk https://smk.ukm.my/pakar. (Lihat Lampiran 3 untuk Ringkasan Maklumat Staf Akademik)
5.1.8 Nyatakan mekanisme dan tatacara untuk memantau dan menilai prestasi staf akademik untuk memastikan pengagihan tugas dan tanggungjawab yang saksama di kalangan mereka, dan untuk menentukan pengagihan ganjaran.
Semua staf akademik adalah dibawah pengawasan Pengerusi Pusat, Timbalan Dekan dan Dekan. Semua staff akademik dinilai secara tahunan untuk kenaikan gaji.
78
Mereka dikehendaki mengisi borang penilaian on-line Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) berdasarkan aspek berikut: pengajaran, penyeliaan, penerbitan, prosiding/post-seminar, penilaian akademik, kursus jangka pendek, penyelidikan dan perundingan, khidmat masyarakat dan sahsiah. Setiap ahli akademik akan dinilai oleh dua pegawai penilai, iaitu Pengerusi Pusat dan salah seorang Timbalan Dekan Fakulti. Penilaian prestasi tahunan adalah berdasarkan Key Performance Indicators (KPIs) yang telah ditetapkan Universiti untuk setiap gred pensyarah. (Lihat https://smk.ukm.my/sppu/login.cfm)
Setiap ahli akademik juga mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat ke Profesor atau Profesor Madya. Jawatankuasa kesepakaran fakulti akan menilai semua permohonan calon yang layak menurut kriteria berikut:
Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
Penyelidikan & Inovasi (P&I)
Khidmat & Pentadbiran (K&P)
Sila rujuk http://www.ukm.my/pendaftar/?page_id=91 untuk kriteria lengkap kenaikan pangkat.
5.1.9 Huraikan proses dan tatacara dalam pengurusan disiplin staf akademik
Jika ada aduan berkaitan ahli akademik diterima melalui Sistem Maklum Balas dan Aduan UKM (eFACt) http://ewarga.ukm.my/efact/. Dekan dan Pengerusi Pusat ditugaskan membuat penyiasatan tentang kesahihan aduan tersebut. Jika ada salah laku, pensyarah tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib.
5.1.10 Huraikan polisi, kriteria dan proses berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat jawatan akademik, contohnya profesor madya dan profesor.
Polisi UKM adalah menggalakkan pensyarah untuk memohon kenaikan pangkat sekiranya pensyarah telah memenuhi syarat minima untuk kenaikan pangkat.
Umpamanya, syarat dan kriteria untuk kenaikan pangkat ke jawatan professor boleh dicapai di http://www.ukm.my/pendaftar/?page_id=91. Keterangan proses berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat jawatan akademik boleh di capai di laman web yang sama.
Maklumat Standard Tinggi
5.1.11 Kemukakan maklumat berikut Nisbah staf-pelajar untuk program
Nisbah tenaga pengajar pelajar mengikut ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah 1:18. Ketika ini Program ini mempunyai nisbah pensyarah-pelajar 1:13 (nisbah pensyarah dengan pelajar peringkat sarjana). Kesemua pensyarah program juga terlibat dalam pengajaran satu (1) kursus kesusasteraan dalam Program Pengajian Bahasa Inggeris (ELS) di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti
79
Sains Sosial dan Kemanusiaan dan tujuh (7) kursus kesusasteraan untuk Program B.Ed. (TESL) di Fakulti Pendidikan,UKM. Oleh itu, apabila penglibatan pensyarah program dalam pengajaran program lain di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah di ambilkira, nisbahnya meningkat kepada 1:20.
Jadual 5.2 memberi perincian mengenai jumlah pelajar sebenar yang di ajar oleh pensyarah program setiap semester.
Jadual 5.2 Nisbah Pelajar - Pensyarah Program Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris
Perkara 2007-
2008
2008- 2009
2009- 2010
2010- 2011
2011- 2012 (a) Jumlah Pensyarah yang
aktif 12 12 12 12 12
(b) Pensyarah mengajar Program lain (BA ELS, BEd. TESL)
12 12 12 12 12
(c) Pensyarah dari Jabatan
luar/ lain - - - - -
(d) Pensyarah yang efektif =
(a) – 0.5(b)+0.5(c) 6.0 6.0 6.0 6.0 6.0
(e) Bilangan Pelajar Pusat
Pengajian 66 90 85 80 80
(f) Pelajar: Pensyarah 1:11 1:15 1:14 1:13 1:13
* Pendidikan lanjutan ialah aktiviti yang direka bentuk bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja tetapi tidak semestinya melibatkan penganugerahan ijazah atau sijil rasmi.
Nilai Keseimbangan antara Tanggungjawab Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan.
Ringkasan KPI staf akademik
KPI % Masa Fakulti
Pengajaran 30
Penyelidikan 30
Khidmat Perundingan 30
Pentadbiran (termasuk kerja jawatankuasa)
5
Khidmat masyarakat/sosial* 5
JUMLAH 100%
80
* Khidmat masyarakat/sosial merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh jabatan atau ahli institusi secara individu yang melambangkan kesedaran sosial dalam memenuhi keperluan masyarakat atau negara
Program mempunyai staf akademik yang mencukupi untuk mengendali kursus program ini (Sila lihat Jadual 5.1). Sebelum setiap semester bermula, ketua program akan mengagihkan kursus kepada setiap pensyarah yang mengajar dalam program.
Secara purata, setiap pensyarah akan menyelaras dan/atau mengajar satu atau dua kursus setiap semester. Setiap kursus diagihkan 3 jam kontak dengan pelajar dalam seminggu dalam bentuk kuliah dan tutorial. Ini bermakna seorang pensyarah akan mengajar 3 – 6 jam seminggu.
Penjadualan kuliah (hari, masa dan tempat) dilakukan diperingkat pusat pengajian.
Masa mengajar adalah diantara 8.00 pagi hingga 5 ptg, Isnin hingga Jumaat.
Namun, ada pensyarah mengajar pada waktu malam atau hari Sabtu jika ada keperluan untuk mengajar pelajar siswazah mod separuh masa.
Setiap pensyarah juga menjadi penyelia kepada beberapa pelajar MA, dan/atau calon MPhil dan PhD. Fakulti telah menetapkan bahawa seorang pensyarah boleh menyelia sehingga sepuluh pelajar pascasiswazah (MA, MPhil dan PhD) pada satu masa.
UKM mengamalkan waktu bekerja berperingkat dimana pensyarah mempunyai tiga pilihan waktu bekerja, sama ada untuk bekerja dari 7.30 pg – 4.30 ptg, 8.00 pg – 5 ptg atau 8.30 pagi – 5.30 ptg. Setiap pensyarah diharuskan merekod waktu masuk dan keluar melalui rangkaian komputer dalam UKM setiap hari sebagai rekod rasmi kehadiran di pejabat, dan setiap pensyarah harus melengkapkan 41 jam seminggu di pejabat. Rekod kehadiran pensyarah selama tiga tahun terakhir diambil kira semasa permohonan naik pangkat.
Perancangan pengambilan staf akademik baru
Pada masa ini, Program mempunyai sepuluh pensyarah bidang sastera yang aktif mengendalikan program pengajian tersebut. Program telah membuat perancangan pengambilan staf akademik baru semasa program mula mengambil pelajar pada sesi 2005-2006. Seramai 3 pensyarah muda telah diambil sebagai pelapis dan seorang dari mereka telah kembali dari cuti belajar dan dua pensyarah sedang melengkapkan tesis PhD.
5.1.12 Huraikan bagaimana PPT menambah baik proses pengambilan staf untuk mencapai matlamatnya dan bagaimana tindakan ini menyumbang kepada keseluruhan kualiti program.
PPT menambahbaik proses pengambilan staf dengan menyemak dan menilai semula syarat kemasukan dan kenaikan pangkat secara berkala. Umpamanya, syarat dan kriteria baru yang digunapakai untuk jawatan professor (Gred A, B dan C) boleh dicapai di http://www.ukm.my/pendaftar/?page_id=91. Penyemakan dan
81
penilaian semula kriteria ini mencerminkan keilmuan yang tinggi dan ia selaras dengan status UKM sebagai Universiti Penyelidikan.
Maklumat Standard Tinggi
5.1.13 Huraikan bagaimana PPT mengimbang pengambilan antara kesemua peringkat staf akademik dan bukan akademik, dan di antara staf akademik tempatan dan antarabangsa yang berlatar belakangkan pelbagai disiplin.
Staf akademik mencukupi untuk mengajar kursus program. Staf bukan akademik untuk urusan pekeranian dan teknikal tidak mencukupi tetapi ia tertakluk kepada vot universiti. Imbangan antara staf akademik tempatan dan antarabangsa juga mengikut kesesuaian bidang, kelayakan akademik dan vot universiti.
5.1.14 Huraikan bentuk dan skop hubungan dalam negara dan antarabangsa dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran program.
UKM telah memeterai MOI dan MOU dengan beberapa agensi kerajaan Malaysia, universiti tempatan dan luar negara. Antara lain, MOU-MOU seperti MOU di antara UKM dan Woosung University, Korea meliputi aktiviti-aktiviti penyelidikan, penganjuran persidangan dan pengajaran-pembelajaran seperti pertukaran staf akademik dan pelajar. Pelajar program juga mengambil bahagian dalam UKM- Global Mobility Partnership Programs yang memberi peluang kepada pelajar UKM untuk berinteraksi dengan pelajar luar negara. Sila lihat http://www.ukm.my/ukmgsmp/ untuk maklumat lanjut.
5.2 PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN Maklumat Standard Asas
5.2.1 Kemukakan maklumat dasar institusi dan program berhubung perkhidmatan, pembangunan dan penilaian staf akademik
Dasar perkhidmatan dan pembangunan staf UKM boleh dicapai di http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=file&Itemid=73
&id=197%3Adasar-perkembangan-profesional-professional-development-ahli-
akademik-ukm&lang=en. Kriteria dan prosedur pengurusan yang digunakan di seluruh UKM bagi perlantikan awal, kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan adalah dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM.
Jadual dan senarai kursus yang dijalankan oleh pihak Pusat Perkembangan Akademik (PPA) boleh dicapai di
http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_content&view=article&id=106&Itemid
=211&lang=en.
5.2.2 Nyatakan mekanisme sedia ada untuk latihan pengajaran dan pembelajaran staf akademik
82
Pusat Pengembangan Akademik UKM dipertanggungjawabkan menyediakan saluran untuk latihan pengajaran dan pembelajaran staf akademik. Setiap pensyarah di wajibkan mengambil 42 jam kursus setahun. Jadual dan senarai kursus yang dijalankan oleh pihak Pusat Perkembangan Akademik (PPA) boleh dicapai di http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_content&view=article&id=106&Itemid
=211&lang=en.. Pensyarah boleh membuat permohonan untuk menjalani kursus melalui Portal Sistem Pengurusan Latihan eSPEL di http://ewarga3.ukm.my/eSPeL/login.cfm.
5.2.3 Huraikan mekanisme yang digunakan untuk mengenalpasti keperluan tenaga manusia bagi program dan latihan staf.
Mekanisme yang digunakan adalah mengenalpasti bahawa kursus yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kelayakan akademik dan bidang tujahan tenaga pengajar. Jika kursus tersebut tidak mempunyai tenaga pengajar yang sesuai, staf akademik baru boleh diambil bergantung kepada vot universiti. Jika tiada vot dan ada staf akademik yang mempunyai kepakaran yang bertindan, pihak program menyaran ‘retooling’ supaya pensyarah sedia ada boleh mengajar kursus tersebut.
5.2.4 Adakah kepakaran yang terdapat dalam kalangan staf akademik semasa sepadan dengan keperluan penyampaian program?
Kepakaran staf akademik berkait dengan keperluan pengajaran dalam program, seperti di Jadual 5.1.
5.2.5 Kemukakan maklumat berkenaan bidang fokus menyelidikan staf akademik dan tunjukkan bagaimana ia berkaitan dengan, atau menyokong, pengajaran- pembelajaran program.
Sila rujuk 5.1
5.2.6 Nyatakan mekanisme dan tatacara pembangunan profesional dan peningkatan kerjaya staf akademik (contohnya, cuti belajar, sabatikal, latihan lanjutan, kursus pengkhususan, kemahiran baru dan sebagainya.)
UKM menyediakan:
Kemudahan cuti belajar secara sepenuh atau separuh masa kepada staf akademik yang belum mempunyai PhD.
Pensyarah muda yang baru mendapat PhD di beri ruang untuk membuat penyelidikan lanjut seperti Post Doctoral research sama ada di UKM atau institusi lain.
Mensyaratkan pensyarah mengambil dan lulus kursus Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.
83
Kemudahan cuti sabatikal selama enam atau sembilan bulan boleh dipohon supaya pensyarah dapat memberi tumpuan kepada penyelidikan dan/atau penulisan makalah dan buku.
UKM melalui PPA menyediakan banyak kursus yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran-pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan sahsiah yang pensyarah mungkin ambil untuk peningkatan mutu kerja dan penambahan ilmu.
5.2.7 Huraikan dasar berhubung perundingan dan amalan persendirian
Dasar Universiti adalah jelas terhadap penglibatan kakitangan dalam aktiviti perundingan. Kakitangan dibenarkan untuk menjalankan kerja perundingan di bawah pengendalian UKM Pakarunding (UKM Holding). Bagi kerja-kerja perundingan di luar Universiti, kakitangan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor. Bagimanapun, kerja-kerja perundingan ini haruslah tidak mengganggu tugas hakiki kakitangan berkenaan. Bagi aktiviti pekerjaan persendirian, Universiti tidak sesekali membenarkan kakitangannya terlibat dalam mana-mana perniagaan.
5.2.8 Huraikan sistem mentor untuk staf akademik baru.
Di peringkat Program ini, program pembangunan staf telah disusun terutamanya bagi tenaga akademik yang baru, antaranya:
Setiap pensyarah baru akan dibimbing oleh tenaga akademik kanan dalam menjalankan proses pengajaran mereka terutama dari aspek penyampaian, kandungan kursus, penyediaan soalan dan penilaian pelajar.
Sistem di atas diperkukuh dengan sistem pengajaran berkumpulan (team teaching) yang berupaya membina keyakinan dan kemantapan pensyarah baru.
Kemampuan akademik tenaga pengajar juga dimantapkan lagi melalui penyelidikan berkumpulan yang dipimpin oleh Prof. Madya atau Profesor.
Tenaga pengajar digalakan menghadiri seminar atau membentangkan hasil kajian dalam persidangan tempatan atau antarabangsa.
Tenaga pengajar muda digalakkan dari semasa ke semasa mengikuti kursus perkembangan akademik yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik UKM yang sesuai dengan keperluan Program dan Pusat Pengajian.
Secara umumnya pula, program pembangunan staf di UKM dijalankan secara tersusun dan profesional. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan Akademik, Pusat Komputer dan Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (sila lawat laman web UKM). Antara kursus yang penting bagi tenaga akademik Program ialah:
Program Pemantapan Tenaga Akademik
o Kursus asas penyelidikan & penerbitan
84
o Kursus Strategi Mentoran Yang Berkesan o Kursus Kemahiran Asas Kaunseling o Kursus Pengajaran & Pembelajaran IPT
o Bengkel Pengajaran & Pembelajaran -Strategi memotivasikan pelajar
o Bengkel Pengajaran & Pembelajaran - Learning Strategies o Bengkel Pengajaran & Pembelajaran - Asas Penilaian o Kursus Persediaan Cuti Belajar, Pengajaran&Pembelajaran o Kursus SPIN & Pembangunan e-Kandungan
o Kursus Pengajaran & Pembelajaran Secara Online
o Kursus Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran o Kursus Perdana Asas SPK ISO PPPS
o Kursus Asas Audit Dalaman o Bengkel Audit Kendiri
o Kursus Kemahiran Penyeliaan di IPT;
o Kursus Penulisan & Pembentangan Akademik;
o Kursus NVIVO o Kursus SPSS
o Bengkel Kajian Tindakan
Program Pembangunan Kepimpinan & Pengurusan Akademik o Kursus Kepimipinan (Pengurusan & Profesional) o Kursus Kepimpinan (Pentadbiran Akademik) dan o Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan & Kreativiti.
Penyertaan dalam program pembangunan staf adalah melalui dua cara yang sering dipraktikan iaitu; (1) staf memilih sendiri program yang sesuai dan membuat permohonan, dan (2) Pengerusi Pusat mencalonkan kakitangan yang difikirkan perlu dilatih dengan kemahiran yang lebih tinggi. Senarai terkini boleh dicapai di http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_content&view=article&id=106&Itemid
=211&lang=en.
5.2.9 Huraikan penglibatan staf akademik dalam kegiatan khidmat masyarakat.
Nilai sejauh mana kegiatan tersebut diambil kira dalam proses perlantikan dan kenaikan pangkat.
Aktiviti khidmat masyarakat/sosial yang dilakukan oleh staf diambil kira dalam pelantikan dan kenaikan pangkat dengan berpemberat sebanyak 5% sahaja.
5.2.10 Huraikan bukti pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa ke atas staf akademik (contohnya, pengeditan jurnal, perkhidmatan penilaian keserakanan, perkhidmatan perundingan, dan keahlian dalam jawatankuasa serta panel pakar.)
Ahli Fakulti dan ahli PPBL terutamanya merupakan tenaga akademik yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa dan telah banyak menyumbang kepada aktiviti pewasitan dan pengeditan jurnal, perkhidmatan penilaian keserakanan, perkhidmatan perundingan, dan keahlian dalam jawatankuasa serta panel pakar.
85
(Untuk contoh keahlian sidang editor jurnal sila lihat http://ejournal.ukm.my/gema/about/editorialTeam atau
http://ejournals.ukm.my/3l/about/editorialTeam)
Maklumat Standard Tinggi
5.2.11 Huraikan bagaimana staf akademik diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kegiatan profesional, akademik dan sebagainya yang sesuai, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Bagaimanakah kegiatan ini dinilai dan hasilnya dirujuk mempertingkatkan pengalaman pelajar?
FSSK memang menggalakkan pensyarah mengambil bahagian dalam kegiatan profesional dan akademik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ahli akademik digalakkan membentangkan dapatan kajian mereka di persidangan dalam dan luar negara, dan menjalin hubungan dengan rakan penyelidik dalam bidang pengkhususan dari institusi lain. Fakulti menyokong aktiviti ini dengan memperuntukan dana untuk menghadiri persidangan. PPBL juga aktif menganjurkan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penulis individu turut menyumbang kepada jumlah penerbitan pusat melalui penerbitan jurnal, bab dalam buku dan prosiding. Ahli pusat juga menerbitkan penulisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk melihat senarai penerbitan ahli akademik program dan pusat, sila rujuk e-Repositori Penerbitan UKM di http://smk5.ukm.my/epenerbitan/.
Dapatan kajian yang telah diterbitkan dalam bentuk jurnal atau buku menjadi bahan rujukan dan atau pengajaran dalam kursus yang diajar penyelidik.
Kegiatan ini adalah sebahagian daripada Key Performance Indicator (KPI) sebagai pensyarah. Kegiatan di nilai setiap tahun melalui SPPU untuk kenaikan gaji tahunan dan diambil kira untuk kenaikan pangkat.
5.2.12 Kemukakan maklumat tentang penglibatan staf dalam kegiatan penyelidikan.
Ahli akademik program juga terlibat dalam penyelidikan yang membantu memperkembangkan ilmu dalam bidang/disiplin kepakaran masing-masing. Senarai penyelidikan yang dianggotai pensyarah Program ini (2006-2012) adalah seperti berikut. Untuk maklumat terperinci , sila rujuk CV pensyarah Program.
Jadual 5.3 Aktiviti Penyelidikan
Bil.
Tajuk Penyelidikan Nama Penyelidik Dana 1 Gender and Sexuality
in Popular Culture:
Voices from
Southeast Asia
Prof Madya Dr Ruzy Suliza Hashim
Prof Madya Dr Imran Ho Abdullah
Dr Noraini Md Yusof Dr Zalina Mohd Lazim
Prof. Engku Maimunah Tahir
SEASREP Foundation
2 Mengubah Prof Madya Dr Ruzy Suliza Institut
86 Paradigma Pemikiran
Belia Melalui Novel
Popular:
Pembikinan Modul Pembinaan Insan
Hashim
Dr Ganakumaran
Subramaniam Dr Noraini Md Yusof Dr Shanthini Pillai Dr Zalina Mohd Lazim Nackeeran Sivapunniam Angeline Wong Wei Wei
Penyelidikan Belia,
Kementerian Belia dan Sukan
3 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua: Masaalah dan Penyelesaiannya
Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin
Kalthum Bt. Ibrahim Dr Noraini Ibrahim
Prof Dr Zaharani Bin Ahmad Dr Zalina Binti Mohd Lazim Dr Radha M.K. Nambiar Dr Fauziah Ahmad Dr Norsimah Mat Awal Harishon Binti Radzi
Dr Nadzrah Bt. Abu Bakar Dr Fazal Mohamed Bin Mohamed Sultan
Dana Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan , UKM dan GUP
4 Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin
Kalthum Bt. Ibrahim Dr Noraini Ibrahim
Prof Dr Zaharani Bin Ahmad Dr Zalina Binti Mohd Lazim Dr Radha M.K. Nambiar Dr Fauziah Ahmad
Prof Dr Norsimah Mat Awal Harishon Binti Radzi
Dr Nadzrah Bt. Abu Bakar Dr Fazal Mohamed Bin Mohamed Sultan
GUP UKM
5 Kajian Korelasi Literasi Komputer Dan Bahasa Inggeris Di Kalangan Belia FELDA untuk Pembinaan Modal Insan
Prof Madya Dr Supyan Hussein
Prof Madya Dr Ruzy Suliza Hashim
Prof Madya Dr Hazita Azman Prof Madya Datin Dr Norizan Abdul Razak
GUP UKM
6 Her Stories: Archiving Blogs of Malaysian Women
Prof Madya Dr Imran Ho Abdullah
Prof Madya Dr Ruzy Suliza Hashim
Prof Madya Datin Dr Norizan Abdul Razak
GUP UKM
87
Dr Noraini Md Yusof 7 Gender Constructs
and Social Realities of Malaysian Women (UKM-GUP-JKKBG- 08-08-031)
Dr Zalina Binti Mohd Lazim Dr Noraini Md Yusof
Prof Madya Dr Ruzy Suliza Hashim
GUP UKM
8 Narrating the Nation in Malaysian
Literature in English:
Exploring Issues of Nation-Building (UKM-SK-04- FRGS0011-2008)
Dr Noraini Md Yusof
Dr Zalina Binti Mohd Lazim Prof Madya Dr Ruzy Suliza Hashim
Dr Raihanah Mohd Mydin
FRGS
9 Developing a Procedural tool in reading the Muslim Diaspora (UKM-SK- 04-FRGS 0189-2010)
Dr Raihanah Mohd Mydin Prof Madya Dr Ruzy Suliza Hashim
Dr Noraini Md Yusof
FRGS
10 Transnational malaysian Fiction:
Outsider-insider Perspectives (UKM- SK-04-FRGS0108- 2010)
Prof. Madya Dr. Shanthini Pillai
Prof. Madya Dr. Jamaluddin Bin Aziz
FRGS
11 Literary Imaginations of the Malaysian Unconscious : Identity, Nationhood and Narration (UKM TOPDOWN-SK-06- FRGS0002-2012
Prof. Madya Dr Noraini Md Yusof Dr Prof Dr Ruzy Suliza Hashim
Prof. Madya Raihanah Mohd Mydin
Dr. Shahizah Ismail @ Hamdan
Untuk senarai lengkap tentang penglibatan pensyarah UKM dalam penyelidikan sila layari http://www.ukm.my/smpu_v2/
5.2.13 Huraikan peruntukan untuk memastikan peningkatan lebih tinggi dalam kalangan staf akademik.
Pihak universiti menyediakan beberapa dana penyelidikan seperti dana kajian tindakan (PTS) dan dana Operasi Universiti Penyelidikan untuk Penerbitan dan Penyelidikan (OUP) dan dana galakan untuk pensyarah muda (DIPM). Geran luar universiti yang boleh dipohon oleh pensyarah termasuk ScienceFund, FRGS, LRGS, ERGS, SEASREP dan Skim Fellowship dari Institusi dalam dan luar negara.