Biodiesel FRIM lebih efisien
KUALA LUMPUR Institut Pe
nyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM berjaya menghasilkan bio diesel daripada sumber sumber altematif yang bukan berasaskan makanan seperti minyakjarak pa gar bintagor laut dan bahan bua ngan industri
Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata rancangan jangka pen dek di peringkat FRIM ialah untuk mengguna kan biodiesel adunan B5 untuk kenderaan berenjm diesel
Dianggarkan seba nyak 120 000 liter
adunan biodiesel B5 akan digu nakan setahun di FRIM
Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 6 000 liter di esel fosil dan pengurangan kadar pembebasan karbon dioksida C02 sebanyak empat peratus atau 16 000 tan C02 setahun katanya kepada pemberita seiepas majlis pelancaran penggunaan Biodiesel Peringkat FRIM di sini semalam
Majlis tersebut telah disempur nakan oleh Pengerusi Lembaga Pe nyelidikan dan Pembangunan Per hutanan Malaysia Nancy Shukri
Pokok jarak pagar sering di jadikan pokok penghias pagar yang mana ia mempunyai kepen
tingan daripada aspek kesihatan ekonomi dan digunakan untuk perubatan tradisional
Pokok Bintagor Laut atau nama lainnya po kok Penaga laut me rupakan tumbuhan rendang yang terdapat di tepi tepi jalan khu susnya di pinggir pan tai di negara ini Mengulas lanjut Abd Latif ber kata satu liter penggunaan mi nyak diesel akan membebaskan 2 67 kilogram C02 ke atmosfera bumi
Biodiesel keluaran FRIM me ngändungi asid lemak yang ren dah berbanding biodiesel daripada minyak kelapa sawit yang mem punyai kandungan asid lemak yang agak tinggi maksudnyajum lah C02 yang terlepas jauh lebih rendah berbanding biodiesel mi nyak kelapa sawit tambahan pula hasil pembakaran biodiesel kelu aran FRIM ini mengeluarkan bau
yang wangi katanya
Bagi memaju dan mengembang kan produk biodiesel dengan ber kesan pemindahan teknologi penghasilan biodiesel telah dila kukan oleh saintis Program Bio tenaga FRIM yang dijayakan ber sama dengan Xtra Tech Sdn Bhd iaitu anak syarikat projek FM BioSis di samping menerima ban tuan dana pengkomersialan da ripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia
Tambah beliau FRIM juga mula menanam buah jarak pagar secara percubaan di kawasan tanah ber masalah seperti tanah berpasir di Stesen Penyelidikan Luar Setiu Terengganu untuk memajukan kawasan berpotensi secara ber skala besar
Spesies hutan lain juga akan diteroka dalam usaha untuk mem bangunkan kawasan tanah ber masalah serta mewujudkan be kalan bahan mentah bagi peng hasilan biodiesel yang mesra alam katanya
Biodiesel FRIM telah diuji oleh traktor kenderaan pacuan empat roda dan bas
Laporan samtink biodiesel cam puran ini juga menunjukkan pres tasi enjin yang memberangsang kan
Headline Biodiesel FRIM lebih efisien MediaTitle Kosmo
Date 26 Oct 2011 Color Full Color
Section Bisnes Circulation 115,967
Page No L-52 Readership 406,000
Language Malay ArticleSize 272 cm²
Journalist N/A AdValue RM 2,365
Frequency Daily PR Value RM 7,095