• Tidak ada hasil yang ditemukan

KP Frim terima anugerah penyelidikan Rotary

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KP Frim terima anugerah penyelidikan Rotary"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

KP Frim terima anugerah penyelidikan Rotary

YAYASAN Penyelidikan Rotary, Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur memilih Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), Datuk Dr Abd Latif Mohmod sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Penyelidikan Rotary bagi menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam bidang sains perhutanan.

Anugerah ini disampaikan Penaung DiRaja Kelab Rotary Diraja Kuala Lumpur, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada majlis penganugerahan Yayasan Amal Rotary di Hotel Istana, baru­baru ini.

Yayasan Penyelidikan Rotary Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 1982 untuk mempromosi dan mengiktiraf usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berfaedah di negara ini, khususnya dalam lapangan kesenian, kebudayaan, sains, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teknologi dan sains sosial yang dijalankan dalam tempoh

15 tahun lalu.

Pencapaian Abd Latif adalah bukti kepakaran dan visi ke arah kecemerlangan sektor perhutanan di Malaysia.

Beliau mula berkhidmat di Frim sebagai Pegawai Penyelidik pada 28 Mac 1985 dan dilantik Timbalan KP (Operasi) pada 2005 sebelum mengambil alih pucuk pimpinan

sebagai KP pada April 2008.

Bakat, kreativiti dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat selama 26 tahun di Frim menyumbang ke arah pencapaian cemerlang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R.D&C) sektor perhutanan.

Abd Latif juga menjadi saintis bidang perhutanan yang pertama di Malaysia dan Asia, terpilih menjadi Felo Eisenhower sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1945.

Beliau juga diberi penghormatan sebagai The Best Manager of The Year 2011 oleh jawatankuasa penganugerahan Europe Business Assembly bagi Penyelidikan Gunaan dan Pencapaian Saintifik.

Antara 11 penerima pingat emas lain ialah Prof Emeritus Datuk Dr CP Ramachandran, Datuk Khoo Kah Lin, Prof Datuk Ir Dr Chuah Hean Teik, Prof Dr Fun Hoong Kun, Prof Abdul Latif Ahmad, Prof Dr Ng Soon, Prof Ir Dr Mohd Sapuan Salit, Dr C Devendra dan Dr Tee E Siong.

Nama: Abd Latif Mohmod

lawatan disandang: Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Pencapaian:

• Anugerah Saintis Muda Negara (1993)

• Anugerah Pencapaian Sains Kesatuan Pertubuhan Penyelidikan Hutan Antarabangsa (1995)

• Anugerah Perekacipta Negara (1997)

• The Outstanding Young Malaysian Award (1999)

• The Best Manager of The Year 2011

• Anugerah Pingat Emas Penyelidikan

Rotary 2012 Sultan Sharafuddin menyampaikan Anugerah

Pingat Emas kepada Abd Latif (kanan).

Headline KP Frim terima anugerah penyelidikan Rotary MediaTitle Sinar Harian

Date 23 Apr 2012 Color Full Color

Section Nasional Circulation 60,000

Page No 39 Readership 180,000

Language Malay ArticleSize 203 cm²

Journalist N/A AdValue RM 1,117

Frequency Daily PR Value RM 3,350

Referensi

Dokumen terkait

FRI M Tetra PaktubuhEEC KUALA LUMPUR Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM dan Tetra Pak Malaysia Sdn Bhd melancarkan Pusat Pendidikan Alam Seldtar EEC dalam usaha

Terkini, FRIM menerima satu lagi anugerah antarabangsa iaitu Anugerah Bank Pembangunan Islam IDB bagi tahun Hijrah 1433H di Khartoum, Sudan untuk kategori Sains dan Teknologi pada April

FGV jalin kerjasama dengan FRIM pulihara Rafflesia KUALA LUMPUR ­ Felda Global Ven­ tures Holdings Berhad FGV dan Insti­ tut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM mengumumkan

FRIM mahu akta khas luaskan pengkomersialan produk KUALA LUMPUR 26 Julai Institut Penyelidikan dan Perhutanan Ma laysia FRIM mahu satu akta khas diwujudkan bagi membolehkan ba dan

FRIM-Nahrim bekerjasama dalam penyelidikan air INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman MoU dengan Institut Penyelidikan

KUALA LUMPUR Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM berjaya meng hasilkan biodiesel daripada sumber sum ber alternatif yang bukan berasaskan makanan seperti minyak jarak pagar

DBKL, Frim tambah kehijauan ibu kota KUALA LUMPUR ­ Memorandum persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Frim kini dalam

Biodiesel FRIM lebih efisien KUALA LUMPUR Institut Pe nyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM berjaya menghasilkan bio diesel daripada sumber sumber altematif yang bukan berasaskan