• Tidak ada hasil yang ditemukan

FRIM-Nahrim bekerjasama dalam penyelidikan air

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "FRIM-Nahrim bekerjasama dalam penyelidikan air"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

FRIM-Nahrim bekerjasama dalam penyelidikan air

I

NSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) di FRIM, Kepong semalam bagi meneruskan kerjasama penyelidikan antara kedua-dua pihak dalam bidang sumber air, perhutanan dan alam sekitar.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr.Abd. L a t i f M o h m o d berkata, tasik dan kolam mempunyai nilai estetika di FRIM dan perlu dipulihara memandangkan agensi berkenaan mempunyai hala tuju untuk mencapai pengiktirafan Tapak Warisan Dunia (WHS) bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) menjelang t a h u n 2020.

"Kerjasama Nahrim diharapkan dapat membantu FRIM seterusnya dalam pemuliharaan kolam dan tasik tersebut," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian selepas menandatangani MoU tersebut bagi mewakili FRIM, manakala Nahrim diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ir.

Dr. Azuhan Mohamed.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr. Ismail Harun dan Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar Nahrim, Ir. Dr. Lee Hin Lee. Turut hadir Pengarah Perancangan Penyelidikan FRIM, Dr. Nur Supardi Md. Noor; Pengarah Kewangan FRIM, Zamshari Abd. Rahman dan Ketua Program Ekohidrologi, Dr. Siti Aisah Shamsuddin.

Tambahan pula, kata beliau sebagai kawasan hulu tadahan air yang berasal dari Bukit Lagong, FRIM mempunyai bekalan sumber air bersih yang bukan sahaja merupakan sumber air mentah untuk kegunaan domestik bagi komuniti FRIM tetapi juga ekosistem di hiliran Sungai Kroh.

Sumber air tersebut juga boleh menyumbang kepada

ABD. LATIF MOHMOD (tengah) dan Azuhan Mohamed bertukar-tukar dokumen selepas majlis menandatangani MoU antara FRIM dan Nahrim di Kepong baru-baru ini. Turut kelihatan Ismail Harun.

kolam air yang terdapat di FRIM dalam usaha memelihara kualiti air kolam tersebut.

FRIM dan Nahrim mula mengadakan kerjasama penyelidikan pada tahun 2014 sehingga tahun lalu menerusi projek Pemuliharaan Kualiti Air Kolam FRIM yang dijalankan oleh agensi berkenaan dengan menggunakan teknologi penapisan air (biofilter) dan juga fitoremediasi.

FRIM dengan keluasan 544.3 hektar (ha) yang terletak di kawasan hulu tadahan air, mempunyai beberapa buah jasad air terutama kolam dan tasik yang memerlukan pengurusan yang lebih sempurna.

Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara (DSAN) dan untuk pengurusan sumber air yang berkesan, pengunaan air alternatif amatlah digalakkan.

FRIM mula menggunakan sistem penuaian air hujan (rain water harvesting) untuk kegunaan air bukan domestik. FRIM berharap dengan kepakaran Nahrim berkaitan dengan sistem ini dapat memajukan lagi aplikasi teknologi hijau di premis ini, selain dapat menjimatkan kos

pengurusan.

Selain itu, FRIM melalui MoU ini berpeluang meningkatkan kapasiti penjawat awam menerusi Program Ekohidrologi FRIM khususnya dalam bidang sumber air atau hidrologi yang lain yang dikaitkan dengan perhutanan. Kajian seperti kesan perubahan iklim terhadap sumber air dari kawasan tadahan berhutan juga penting dan telah banyak dikaji oleh Nahrim.

Nahrim juga memperoleh peluang untuk mempelajari dan bekerjsama dengan FRIM berkaitan bidang kajian perhutanan yang lain selain sumber air.

Pelbagai program boleh dijalankan melalui MoU tersebut yang melibatkan penjawat awam seperti lawatan sambil belajar ke makmal yang bersesuaian dan juga nasihat teknikal dalam menerbitkan hasil penyelidikan seperti laporan, buku dan kertas kerja dalam jurnal berimpak faktor tinggi.

Selain itu, kerjasama tersebut juga juga melibatkan pertukaran singkat penyelidik serta kakitangan dan maklumat antara FRIM dan Nahrim.

Headline FRIM-Nahrim bekerjasama dalam penyelidikan air MediaTitle Utusan Malaysia

Date 22 Sep 2017 Color Full Color

Section Mega Circulation 171,663

Page No 20 Readership 563,000

Language Malay ArticleSize 429 cm²

Journalist N/A AdValue RM 8,557

Frequency Daily PR Value RM 25,671

Referensi

Dokumen terkait

- D e - wan Bandaraya Kuala Lum- pur DBKL akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM bagi melakukan kajian ter- hadap pokok-pokok landskap bagi memastikan

ticketpro.com.my INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara akan menganjurkan Pertandingan Melukis Alam Sekitar 2014 yang bertajuk FRIM:

Hari Hutan Antarabangsa di FRIM LEBIH 500 orang menyertai sambutan Hari Hutan Antarabangsa IDF peringkat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM dengan menanam pokok dan

Frim menang Emas di MTE 2013 BARU­baru ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Frim memenangi pingat Emas di Ekspo Teknologi Malaysia MTE 2013 bagi penyelidikan ke atas

UMF FRIM jalin kerjasama Biojisim KUANTAN Universiti Malaysia Pahang UMP menjalm kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM da lam bidang penggunaan Biojisim

FRIM terokai khasiat herba Oleh LAUPAJUNUS Gambar WAHIDAH ZAINAL SEKIRANYA kita mengenali Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM sebagai sinonim dengan kayu semata mata itu

FRIM anjur ­ pameran hem Peluang mengenali khazanah herba dan pengetahuan tradisi INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM akan mengadakan pameran herba dan pelbagai produknya

FRIM anjur persidangan pendidikan alam seldtar INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM akan menganjurkan satu persidangan pendidikan alam The Best ofBoth Worlds Conference 2010