INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh : 31 Januari 2013
IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN SIRI 1/2013
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
(a) JAWATAN : PEKERJA AWAM KHAS R3 (b) TARAF
JAWATAN : TETAP
(c) JADUAL GAJI : P1 RM 792.60(Minimum) – P1 RM 1610.99(Maksimum) P2 RM 840.60(Minimum) – P2 RM 1688.45(Maksimum) P3 RM 890.43(Minimum) – P3 RM 1767.76(Maksimum) (d) KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN :RM80.00
(e) IMBUHAN
(i) TETAP KHIDMAT AWAM : RM95.00 (ii) TETAP PERUMAHAN : RM180.00 (iii) BANTUAN SARA HIDUP : RM300.00 (f) SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
(i) (a) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(b) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan (Gaji permulaan P1 : RM838.75)
(ii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(f) SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
i. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam dalam bidang berkaitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a. berkebolehan menjalankan bidang kerja seperti di perenggan 7 (d) (ii) di atas; dan b. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 Pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
1 of 2 02/02/2013 4:32 PM
web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (www.frim.gov.my) atau boleh memdapatkan borang tersebut di Pejabat Bahagian Sumber Manusia, Blok B3, FRIM. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Blok B3, 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan pada atau sebelum 20 Februari 2013.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 Februari 2013 (Rabu) CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No. Dokumen: 10129300
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
2 of 2 02/02/2013 4:32 PM