• Tidak ada hasil yang ditemukan

BNM unjur inflasi 2.8 hingga 3.8 peratus tahun ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "BNM unjur inflasi 2.8 hingga 3.8 peratus tahun ini"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjurkan berpurata antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus pada 2023, demikian kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, pihaknya melihat beberapa penyederhanaan dalam tekanan inflasi sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, kadar inflasi keseluruhan dan teras menyederhana daripada kadar tertingginya pada 2022.

(2)

Jelasnya, faktor kos seperti harga komoditi global dan gangguan rantaian bekalan telah berkurangan dan akan meneruskan aliran yang sederhana pada 2023.

"Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa kos input kekal tinggi. Pada masa sama, pengukuhan berterusan dalam permintaan domestik dan kemajuan dalam pasaran pekerjaan mungkin mengekalkan inflasi teras meningkat dalam masa terdekat.

"Mengimbangi faktor ini, kami menjangkakan inflasi keseluruhan dan teras akan dalam aliran rendah secara beransur-ansur tetapi kekal tinggi berbanding (paras) purata sejarah.

"Bagi 2023 secara keseluruhannya, inflasi keseluruhan dan teras dijangka purata antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus," katanya pada sidang media sempena penerbitan Laporan Tahunan 2022, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 serta Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022.

Nor Shamsiah berkata, prospek inflasi pada 2023 adalah tidak menentu dan terus cenderung untuk menjadi lebih tinggi.

Katanya, risiko inflasi menjadi lebih tinggi itu boleh berpunca daripada kos input dijangka terus meningkat berikutan gangguan pengeluaran komoditi global dan perkembangan kadar pertukaran.

Beliau berkata, permintaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dari China juga boleh mencetuskan tekanan harga.

"Dalam negara, magnitud dan tarikh pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan menentukan paras inflasi. Sebaliknya, risiko penurunan inflasi termasuk keadaan pertumbuhan global yang lebih lemah dan keredaan yang lebih pantas lonjakan permintaan mendadak,"

katanya.

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research

Referensi

Dokumen terkait