• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bulan Ramadhan alkareem datang berserta dengan pakej

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Bulan Ramadhan alkareem datang berserta dengan pakej"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

This Photo

(2)

Bulan Ramadhan alkareem datang berserta dengan pakej lumayan daripada Al khaliq, agar umat manusia berlumba-lumba menggapai rahmatNYA dengan cara yang lebih mudah. Terdapat banyak keutamaan dan rahsia yang telah dibocorkan didalam al-Quran tentang hikmah dan keutamaan di bulan mulia ini. Antara hikmah ramadhan adalah melahirkan manusia yang bertaqwa. Taqwa bermaksud melakukan segala sesuatu kerana ketaatan kepada Allah, manusia dibimbing dengan cahaya daripada Allah, melakukan sesuatu kerana Allah dan mencintai Allah. Hasil daripada ketaqwaan ini akan melahirkan jiwa yang sihat. Kejernihan hati yang lahir daripada sifat taqwa ini akan melunakkan hati manusia untuk mendapat cahaya ilahi secara berterusan dan terbimbing ke jalan yang Allah redhai. Intipati daripada taqwa adalah menjadikan hati manusia benar-benar percaya akan pertemuan dengan tuhannya, iaitu pertemuan di akhirat yang kekal abadi.

Allah menutup pintu neraka dan membuka pintu syurga, para syaitan dibelenggu sebagai bantuan kepada kelancaran dan keberkesanan latihan kepada hambanya. Allah menegaskan bahawa; “Setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Kerana puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.” Dalam al-Quran Allah menyatakan;

“sesiapa yang berjihad/berusaha pada jalan kami maka nescaya Allah akan berikan petunjuk/hidayah. Maka bulan ramdhan merupakan wadah untuk menuju jalan Allah dengan berpuasa, memperbanyakkan bersedekah, solat sunat, membaca dan tadabbur al-Quran, nescaya Allah akan berikan hidayah kepada kita.

(3)

Dalam Syarah Shahih al-Bukhari mengatakan “Maksud dari ‘lebih baik dari seribu bulan’ ialah mengerjakan amalan yang diridhai dan disukai Allah SWT di malam tersebut, seperti shalat, do’a, dan sejenisnya, lebih utama dibandingkan beramal selama seribu bulan yang tidak ada lailatul qadhar di dalamnya.”Bulan suci Ramadhan merupakan bulan yang dipenuhi keberkatan dan kemuliaan, hal ini dibuktikan dengan adanya malam Lailatul Qadar atau yang biasa disebut juga dengan malam seribu bulan pada bulan Ramadhan. Meskipun tidak dapat dipastikan tepatnya terjadinya malam Lailatul Qadar, namun malam Lailatul Qadar dianggarkan terjadi pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan pada hari-hari ganjil. Ramadhan merupakan bulan di mana diturunkannya al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Lailatul Qadar. Sholat di malam ini, selain berpahala besar juga mendapat ampunan Allah atas dosa-dosa yang telah lalu. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Barangsiapa shalat di malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR.

Bukhari)

Referensi

Dokumen terkait

Chän m« h×nh M« h×nh dßng ch¶y trong lßng dÉn hë trong ®ã cã dßng ch¶y qua ®Ëp trµn diÔn ra theo tiªu chuÈn Froude nghÜa lµ theo tiªu chuÈn t­¬ng tù ®éng lùc häc.. Tuy nhiªn, theo

[r]