eL-Cafe FSSK | 1
DARI MEJA PENYELARAS
Mahadirin Hj. Ahmad Pembaca Budiman,
Kembali bertemu dalam edisi ke-4, edisi ini merupakan edisi lanjutan dari edisi ketiga iaitu proses peralihan FSSK dengan identiti baharu.
Buat pertama kalinya, pencapaian pembelajaran teradun (blended learning) bagi fakulti hampir mencapai tahap 100 peratus. Usaha kepada pencapaian ini telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi apabila ramai di kalangan warga merasa keberatan untuk beralih kepada konsep blended.
Berdasarkan perkembangan itu, tumpuan kali ini akan ditumpukan kepada perincian pencapaian terhadap kandungan bahan pengajaran dan aktiviti yang terdapat dalam platform Smartvums.
Selain itu, turut dipaparkan adalah senarai Ketua-ketua Program dan ruangan tamu pada keluaran ini akan memfokuskan kepada Profesor Madya.
Semoga keluaran kali ini dapat memberikan suatu penanda aras baru bagi memastikan proses pembelajaran secara dalam talian akan terus berkembang.
Selamat maju jaya!
Terima Kasih FOKUS BULAN INI
DARI MEJA PENYELARAS...1
WARGA FAKULTI...2
PERKEMBANGAN FAKULTI KETUA PROGRAM ...5
BILANGAN KURSUS...3
CORETAN FSSK...6
PENCAPAIAN BL FAKULTI PENCAPAIAN JULAI...13
PENCAPAIAN JUN...14
PENCAPAIAN BL PROGRAM PROGRAM KOMUNIKASI ...15
PROGRAM HUBUNGAN INDUSTRI, ...16
PROGRAM SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL, 17 PROGRAM HUBUNGAN ANTARABANGSA, ...18
PROGRAM GEOGRAFI ,...19
PROGRAM SEJARAH, ...20
PERINCIAN KANDUNGAN /BAHAN...24
TAMU BULAN INI...25
KENANGAN FKSW...27
SIDANG REDAKSI, ...32
eL-Cafe FSSK | 2
PERINCIAN WARGA FAKULTI
FSSK terdiri dari dua bahagian pekerjaan iaitu Ahli Akademik dan Kakitangan Sokongan.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kakitangan adalah seramai 76 orang dengan
pecahan sebanyak 65 orang kakitangan akademik dan 13 orang kakitangan sokongan.
Program Pengajian
6
Jumlah Kakitangan
76
Ahli Akademik
63
Kakitangan Sokongan
13
eL-Cafe FSSK | 3
PERKEMBANGAN FAKULTI
FSSK kini merupakan sebuah pusat pengajian multi disiplin yang memberi tumpuan kepada pengajaran, pembelajaran, dan
penyelidikan dalam pelbagai bidang
bertujuan untuk melahirkan para graduan yang bersahsiah dan berketerampilan tinggi, berupaya menyumbang ke arah
pembangunan dan kesejahteraan agama, masyarakat dan negara.
Kursus- kursus yang ditawarkan di fakulti ini digubal khusus dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, kemasyarakatan, persekitaran dan penguasaan teknologi terkini demi melahirkan golongan profesional dan ahli intelek dalam bidang kemanusian dan juga sains sosial.
Misi Fakulti
Memangkin, menjana dan melestari ilmu Sains Sosial dan Kemanusian di arena lokal dan global.
Visi Fakulti
Kecemerlangan penjanaan keilmuan antara disiplin dalam ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial demi memantapkan kemahiran intelek dan insaniah bagi membentuk sumber manusia profesional yang berdaya saing di persada global.
KETUA PROGRAM
Ketua program merupakan suatu jawatan yang penting dalam fakulti. Peranan utamanya adalah untuk mengurus dan merancang
perjalanan sesebuah program pengajian.
Berikut merupakan senarai peranan dan tanggungjawab Ketua Program
1.Pembangunan dan Pemantauan Kurikulum Silabus
a) Memberikan cadangan kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti bagi
membangun dan mengubahsuai kandungan silabus.
b) Mendapatkan maklumbalas berterusan dari pihak‐pihak berkaitan seperti industri,
kerajaan, badan profesional dan alumni.
2.Penyediaan Modul dan Pelaksanaan Pengajaran
a) Mengenalpasti matapelajaran yang ingin diwujudkan modulnya.
b) Menentukan staf dalam pembangunan sesuatu modul.
c) Menentukan kaedah pelaksanaan yang berkesan.
d) Mencadangkan kepada Ketua Jabatan pensyarah yang berwibawa untuk mengajar sesuatu matapelajaran.
e) Ketua Panel melaporkan prestasi Ahli Panel kepada ketua Jabatan mengikut format.
3.Perpindahan dan Pengecualian Kredit dari IPT
a) Melakukan semakan ke atas kurikulum dan silabus IPT lain.
b) Mencadangkan perpindahan dan pengecualian kredit kredit kepada Ketua jabatan berdasarkan penilaian yang telah dibuat.
eL-Cafe FSSK | 4 4. Kertas Soalan Peperiksaan dan Skima
Pemarkahan
a) Menilai kertas dan skema pemarkahan peperiksaan akhir.
b) Mewujudkan pengkalan data soalan dan skema pemarkahan peperiksaan akhir.
5.Projek Sarjana Muda
a) Mencadangkan tajuk‐tajuk Projek Sarjana Muda yang berasaskan kepada industri dan pensyarah yang bersesuaian dalam bidang berkenaan.
6.Latihan Industri
a) Mencadangkan tempat‐tempat yang
bersesuaian untuk penempatan pelajar‐pelajar FTK.
7. Pembangunan Prasarana dan Ujikaji Makmal
a) Mencadangkan peruntukan makmal dan bengkel.
b) Mencadangkan pembangunan prasarana dan sumber manusia untuk makmal dan bengkel.
c) Membangunkan ujikaji‐ujikaji makmal dan bengkel serta memantau keberkesanannya selaras dengan kehendak silabus.
8. Penyelidikan dan Perundingan
a) Menentukan sasaran penyelidikan dan perundingan setiap bidang.
b) Membuat permohonan geran penyelidikan secara berkumpulan.
c) Membangunkan makmal penyelidikan dan perundingan serta Pusat Kecemerlangan.
d) Menganjurkan latihan dan kursus penyelidikan dan perundingan.
e) Menganjurkan seminar, bengkel, kolokium dan persidangan.
f) Mewujudkan pengkalan data penyelidikan dan perundingan.
9.Penerbitan
a) Mengendalikan latihan bagi meningkatkan profesionalisme penulisan.
b) Menetapkan sasaran bagi penerbitan berkala buku dan kertas kerja seminar.
10.Program Mento‐Mentee
a) Menjadi satu platform untuk membimbing staf baru menyesuaikan diri dengan
tanggungjawab masing‐masing terutama dalam pengajaran, penyelidikan dan
pentadbiran.
b) Menyediakan
maklumbalas yang positif berkenaan prestasi kerja setiap ahli.
c) Membantu mengenalpasti dan merancang
pembangunan diri.
11.Peningkatan Profesionalisme a) Merancang kursus profesionalisme mengikut keperluan ahli panel.
b) Memantau hasil kursus.
c) Merancang cuti belajar ahli panel.
d) Mencadangkan bidang untuk pengajian lanjutan.
e) Mencadangkan staf untuk
“Industrial attachment Sumber:
http://ftk.uthm.edu.my/iso/pdf/Senarai%20Tu gas%20Jawatan%20Hakiki.pdf
eL-Cafe FSSK | 5 Berikut merupakan senarai Ketua Program di
FSSK.
eL-Cafe FSSK | 6
CORETAN BERKAITAN FSSK
Beberapa catatan berkaitan fakulti yang ditemui dari laman web yang berupa catatan daripada alumni dan masyarakat umum.
CATATAN PERTAMA
Jumaat, 11 Oktober 2013
Oh My School ~~ Sekolah Sains Sosial, UMS .
UNVERSITI MALAYSIA SABAH
THIS IS TRIPLE S OF UMS : SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES
THIS IS MY SCHOOL
FRONT VIEW OF SSS
UPPER VIEW OF THE SCHOOL...
I'M PROUD TO BE ONE OF UMS SSS STUDENT
SEKIAN! TERIMA KASIH
Dicatat oleh Naqi_Othman di 12:17 PTG Sumber: Kisah Kita Bersama
http://haiqanman.blogspot.com/2013/10/oh- my-school-sekolah-sains-sosial-ums.html
eL-Cafe FSSK | 7
CATATAN 2
Tuesday, April 12, 2011
Sejambak Memoir Untuk Kalian
Suasana pengajian dikampus ternyata berbeza dengan suasana belajar di bangku sekolah dahulu, disekolah memakai pakaian seragam sekolah setiap hari adalah kewajipan tanpa ada kebebasan untuk memakai baju selain daripada pakaian seragam yang berlambangkan lencana sekolah kecuali acara- acara tertentu itupun jarang terlibat melainkan pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti luar bilik darjah. Memetik kata-kata seorang kaunselor sekolah menengah suatu ketika dahulu menyatakan “suasana di universiti amat berbeza dengan suasana sekolah, di universiti memang suatu kenangan manis untuk dirasai, pengalaman di universiti adalah sesuatu yang amat manis dan terlalu sukar untuk dikatakan melainkan anda semua betul-betul melaluinya kerana pengalaman adalah guru yang paling berguna untuk mengetahui sesuatu sesuatu perkara, masuklah universiti,anda rasai sendiri”….bila teringat kata-kata tersebut,memang benarlah apa yang kaunselor itu katakan kerana pengalaman merupakan satu yang subjektif untuk diperkatakan.
Syukur Alhamdulillah, selepas 3 tahun berada di Universiti Malaysia Sabah pelbagai
cerita yang dilalui, sememangnya satu pengalaman yang amat berguna untuk mematangkan diri kerana pengalaman bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Merungkai pengalaman satu persatu bukanlah juga mudah tetapi tidak juga susah untuk dikongsi untuk dijadikan bahan ilmu yang harus dikongsi bersama. Mencambah pemikiran berdasarkan pengalaman banyak mengajar erti perjuangan sebagai insan yang bergelar seorang pelajar. Pelbagai bentuk pengalaman yang dilakonkan samada secara spontan mahupun lakonan, kerana watak-watak tersebut adalah pelengkap kepada nilai sebuah lakonan yang dilakonkan. Pengalaman cukup berharga bersama keluarga HA 18 Program Geografi Universiti Malaysia Sabah, bermula dari awal semester satu sehinggalah semester akhir. Sebanyak 6 semester atau 122 jam kredit telah diperuntukkan kepada seorang pelajar Geografi UMS untuk melengkapkan syarat universiti bagi tujuan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Geografi).
Masuk pada tanggal 28 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu untuk sesi pendaftaran masuk ke Kolej Kediaman AB, perjalanan dari Kampung Raganan Laut, Tuaran,S abah ke sebuah universiti tercantik di Asia Tenggara menimbulkan pelbagai persoalan yang bermain dikotak fikiran,sememangnya hebat untuk dikenang sehingga kini. Persoalan timbul bukanlah persoalan yang untuk dijawab tetapi
lebih bersifat ingin tahu
apa???siapa??dimana??dan akhirnya terungkai dengan sendirinya apabila selesai pendaftaran hampir jam 12.00 tengahari ketika itu. Bertapak di Dataran Masjid dan dihantar ke Kolej Kediaman AB menggunakan bas UMS.
Memang sesak dan sangat-sangat sesak,ianya luar biasa sekiranya dibandingkan dengan keluasan Universiti Malaysia Sabah iaitu 999 hektar. Selesai proses pendaftaran kolej kediaman, saya diberikan bilik 1.13, Blok D, Kolej Kediaman AB.
Keesokannya pula, 29.Julai.2008 adalah tentatif untuk Pendaftaran Universiti di Dewan Canselor UMS Sabah. Dewan yang dikatakan tercantik di Asia Tenggara berdasarkan bentuk
eL-Cafe FSSK | 8 infrasruktur yang unik dan berbeza dengan
dewan yang ada di seluruh Asia Tenggara.
Maka Dewan Canselor UMS diiktiraf sebagai Dewan Tercantik di Asia Tenggara. Semasa pendaftaran, saya mengenakan pakaian formal baju berwarna “MAROON” dan seluar berwarna
“HITAM” serta kasut yang juga berwarna
“HITAM” juga tali leher yang berwarna “MERAH HATI”. Memang benarlah itu pengalaman yang indah,diingati sebagai sejarah hidup ketika mendaftar semasa pendaftaran universiti ketika itu. Alhamdulillah, setelah selesai pendaftaran seawal jam 10.00 pagi bermakna sah dengan rasminya saya sebagai seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah dan belum diiktiraf sebagai “MAHASISWA” kerana belum melafazkan ikrar pelajar. Pada tarikh 3.Julai.2008 jam9.30 pagi terlafaz ikrar pelajar dihadapan Senat UMS didalam Dewan Canselor. Proklamasi sebagai seorang
“MAHASISWA/I” telah diisytiharkan oleh Naib Canselor UMS Yang Berbahagia Briged Jeneral Profesor Datuk Seri Penglima Dr. Hj Kamaruzzaman Hj Ampon. Saat bergelar
“MAHASISWA” juga terbukti merupakan nilai kengan yang amat bermakna dalam hidup.
Bermulanya pertemuan keluarga Geografi UMS ambilan sesi 1 tahun 2008-2009 pada 3 Julai 2008 di Makmal GIS Sekolah Sains Sosial.
Seramai lebih kurang 40 orang pelajar ambilan pertama masuk dan terlibat dalam pertemuan perkenalan ini. Pertemuan bersama pensyarah- pensyarah Geografi dan pelajar baru Georgafi bertujuan bersua antara satu dengan lain selain membentuk satu silaturrahim, satu keluarga,satu ummah atas nama Program Geografi itu sendiri. Pertemuan ini di ketuai Dr Mohd Tahir Mapa selaku ketua program Geografi yang ketika ini adalah Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Dalam sesi perkenalan ini adalah sesi memperkenalkan diri antara satu dengan lain selain memperkenalkan program Geografi UMS itu sendiri. Pertemuan pada awalnya merupakan pengalaman yang masih dikenang sehingga kini dan akan dikenang sehingga akhir hayat. Seingat saya ketika sesi pertemuan tersebut saya diberikan sekeping sandwich yang disediakan sebagai makanan ringan dalam sesi pertemuan tersebut. Pelajar itu
bernama Noor Zaliffah dari Kedah.
HA 18 Program Geografi telah lengkap dengan kehadiran keluarga baru yang masuk dalam ambilan kedua seramai lebih 20 orang.
Ini bermakna pelajar Geografi sesi 2008-2011 adalah seramai 60 orang. Kemasukan mereka pada minggu ke empat pengkuliahan memberi kekuatan tambahan kepada Program Geografi yang menerima sejumlah 60 orang pelajar.
Kekuatan adalah aset yang bernilai dan menjadi teras kepada nilai persahabatan yang terjalin dalam ikatan keluarga Geografi UMS itu sendiri.
Mengikuti pembelajaran dalam Program Geografi UMS akan melalui 122 jam kredit yang dibentuk dengan penawaran kursus wajib universiti, teras wajib sekolah, teras program dan elektif serta minor yang ditawarkan untuk pelajar Geografi bagi memperlengkapkan kemahiran yang pelbagai dalam membangunkan modal insan yang diperlukan untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Penyatuan keluarga Geografi amat sinonim dengan kajian lapangan. Hampir kesemua kursus dalam teras Geografi menjalankan kajian lapangan untuk memenuhi keperluan kursus yang dijalankan disegenap lapangan negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu termasuk di Sarawak Bumi Kenyalang pada 13 hingga 19.Jun.2010 yang merupakan kajian lapangan besar-besaran untuk pelajar ambilan tahun 2008/2009. Selain kajian lapangan, program khidmat komuniti, lawatan sambil belajar, hari keluarga,makan malam dan aktiviti lain seperti pameran juga mengambil tempat dalam program Geografi UMS. Ini adalah bertujuan untuk memasyarakatkan MAHASISWA/I UMS selaras dengan Konsep 1 Malaysia yang menekankan perpaduan kaun dan mengekalkan budaya saling hormat- menghormati antara satu dengan lain. Itulah nilai yang dapat dipelajari selama 3 tahun di Menara Gading. Berikut kajian lapangan,khidmat komuniti,lawatan sambil belajar dan program khusus untuk dijadikan wadah untuk membentuk satu warga Geografi yang saya ikuti sepanjang 3 tahun di Universiti
eL-Cafe FSSK | 9 Malaysia Sabah.
1. Geomorfologi. (En.Munir Ladoni) Sungai Matupang,Ranau,Sabah (08.Ogos.2009).
2. Geomorfologi (Encik Munir Ladoni).Khidmat Komuniti SMK Tongod,Sabah.
(23-25.Oktober.2009).
3. Pemprosesan Imej Satelit (Encik Munir Ladoni) di Kudat,Sabah (05.07. Februari.2010).
4. Geospatial dan Permodelan (Encik Mustapha Abdul Talib). Kajian Lapangan Ladang Mawang,Kalabakan,Sabah. (12 hingga 19.Februari.2010).
5. Geografi Ekonomi (Encik Oliver V.Eboy) Lawatan Sambil Belajar di Jabatan Pertanian Sabah,Wisma Pertanian,Kota Kinabalu,Sabah.
(25 Februari 2010).
6. Pengurusan Ekosistem Persekitaran (Dr Mohammad Tahir Mapa). Kajian Lapangan dan Lawatan Sambil Belajar di Sandakan,Sabah. (05 hingga 09 Mac 2010).
7. Hari Keluarga Geografi. Pantai Tanjung Aru 2, Kota Kinabalu,Sabah (21Mac 2010).
8. Hidrologi. Hari Air Sedunia.Foyer Sekolah Sains Sosial (22 Mac 2010).
9. Majlis Makan Malam Geografi 2010 di Hotel Hyatt,Kota Kinabalu,Sabah (14 April 2010).
10. Kajian Lapangan Geografi di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Miri, Sarawak (13 hingga 19 Jun 2010)
11. Pengurusan Sisa Pejal Bandar. (Dr Mohammad Tahir Mapa). Kajian Lapangan dan Lawatan Sambil Belajar,Tawau,Sabah.
(29.Oktober hingga 02.November.2010).
12. Globalisasi dan Pembangunan. (Dr Gaim J.
Lunkapis). Kajian Lapangan dan Khidmat Komuniti di Karamuak,Tongod,Sabah. (28- 30.Januari.2011).
13. Biogeografi Sosial (Pn Jurry F.Micheal).
Kajian Lapangan dan Khidmat Komuniti Kampung Luanti Baru Ranau,Sabah. (04 hingga 06 Mac 2011).
Kesemua program tersebut adalah aktiviti khusus dalam Program Geografi UMS yang saya ikuti selama hampir 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah.
Kini, semester akhir, tahun akhir dan saat- saat terakhir sebagai seorang pelajar Pra Siswazah Universiti Malaysia Sabah dan sebentar lagi ianya akan melabuhkan tirainya hidup sebagai seorang Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.Moga berjaya dalam komitmen semester akhir ini.
Kepada Semua Pensyarah Geografi UMS:
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas didikan dan tunjuk ajar selama ini, moga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan berkekalan untuk selamanya dan menjadi satu kenangan yang abadi selamanya kepada semua pensyarah Geografi UMS:
Dr Mohd Tahir Mapa, Dr Ramzah Dambul, Dr Aliakbar Gulasan, Dr Gaim James Lunkapis, Encik Mustapa Abdul Talib, Encik Oliver Valentine Eboy, Encik Nordin Sakke, Encik Munir Ladoni, Puan Jurry Foo Micheal, Puan Ubong Imang dan Puan Harifah Mohd Noor.
Kepada semua rakan pelajar HA 18:
Sofian Mohd Daud, Mohd Hizwan Hamzah, Gaffar Jainari, Mohd Zul Amri Soleh, Ramatang Kassim, Marni Majungkit, Siti Hasma Ahmad, Josue Sammy, Rohana Addarus, Nor Aiffa Arrifin, Siti Dalifah Rahim, Henna Paulin, Mohd Aiman Ismail, Ming Juaping, Faida Abdul Galih, Norhaspisah Awang Soh, Stacy Norena Lajik, Azrul Arzmi@Micheal, Churchill Anak Juan, Sadiah Samin, Samsuria Sadude, Mardiana Saneli, Nurul Nabihah Abbas, Ley Sunarti Silun, Nurdihana Mohd Rusdi,Noor Fadilah Chow, Shahrul Hisham Ngah@Ramli, Calvin Wilfred, Khadijah Awang Bakar, Fazelahwati Abdul Rahman, Lina Hazwani Abdullah, Suhana Sudirman, Asman Rasmun, Jospenny Josie,
eL-Cafe FSSK | 10 Mohd Adirulazlin Kamarudin@Harun, Siti
Nabilah Sabardin, Rechalene Makilin, Norhasnah Ishak, Abdul Hadi Alimuddin, Fareha Nabilah Abdul Rahman, Syed Amiruddin Said Salleh, Sukarno Abu Bakar, Eveiyne Galigeh, Azmah Lina Seha Nayah, Alexander Minsong, Ravani Latchumanan, Alefona Alexander, Mohd Naffiez Sairy, Noor Zaliffah Cheek Saat, Mohd Shukri Bin Abdul Hamid, Mohd Ridwan Maisaran, Zazili Harun, Hilma Anak Rejer, Nooraiza Anak Anti , Javiena Liew dan Amit Ahmad Rajid.
Kepada semua, saya ASNAWI BIN UTTU DIKI secara peribadi memohon ampun maaf sekiranya terdapat silap salah dan ada yang terasa hati dengan gurauan dalam pergaulan, sebagai manusia biasa ianya tidak lari dalam mewarnai hidup yang sekadar bernama insan biasa ini, mohon dihalalkan dari hujung rambut ke hujung kaki ilmu yang dikongsi serta tunjuk ajar dan teguran diberikan, mohon dihalalkan makanan dan minuman yang diberikan. Untuk semuanya, moga ukhwah silaturrahim yang terjalin akan kekal untuk selamanya, saya berdoa kepada ALLAH SWT, mudah-mudahan diganjarkan balasan yang setimpal atas jasa dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang Ditapak Tangan, Sungguh Jauh Negeri Satu, Hilang Dimata Dihati Jangan.
Kalau Ada Sumur Diladang, Boleh Saya Menumpang Mandi, Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi.
Salam Wasilah Ukhwah Fillah.
13.April.2011 (Universiti Malaysia Sabah,KK).
Posted by Asnawi bin Uttu Diki at 12:18 PM Sumber: D'diey Asnawi Corner
"Sekadar Bercerita Tentang Cerita..."
http://didieasnawicorner.blogspot.com/20 11/04/sejambak-memoir-untuk-
kalian.html
BILANGAN KURSUS YANG DITAWARKAN
Penawaran kursus adalah berdasarkan penawaran yang dibahagikan kepada dua semester. Setiap semester mengambil masa selama 14 minggu.
Bilangan Kursus Semester Pertama
Bilangan Kursus yang ditawarkan pada semester ini telah berubah dari adalah
sebanyak 201 kursus kepada hanya 98 kursus seperti dalam jadual berikut.
Jadual 1: Bilangan Kursus FSSK Semester 1 Bil Program Kursus
1 HA14 13
2 HA18 19
3 HA12 13
4 HA24 17
5 HA02 30
6 HA15 12
7 AT 4
Jumlah 98
Bilangan Kursus Semester Kedua
Bilangan kursus pada semester 2 pula telah berubag dari 212 kepada hanya 117 kursus Jadual 2: Bilangan Kursus FSSK Semester 2
Bil Program Jumlah
1 HA14 17
2 HA18 17
3 HA12 15
5 HA24 28
6 HA02 29
7 AT 11
eL-Cafe FSSK | 11
JUMLAH 117
Bilangan Keseluruhan Kursus
Bilangan keseluruhan kursus bagi kedua-dua semester turut telah berubah dari 413 kursus kepada hanya 215 kursus seperti yang
ditunjukkan pada rajah di bawah.
Rajah 1: Jumlah Kursus FSSK, ASTiF dan FIS Perincian ini ditunjukkan pada jadual di bawah
NO PROGRAM Sem 1 Sem 2 JUMLAH
1 HA14 13 17 30
2 HA18 19 17 36
3 HA12 13 15 28
4 HA24 17 28 45
5 HA02 30 29 59
6 HA15 12 17 29
7 AT TERAS 4 11 15
JUMLAH 98 117
215
eL-Cafe FSSK | 12
eL-Cafe FSSK | 13
PENCAPAIAN BLENDED LEARNING FAKULTI:
JULAI 2021
Jadual 3: Pencapaian BL FSSK JULAI 2021
Buat pertama kalinya, pencapaian BL mencapai 98% dengan bilangan kursus sebanyak 134 kursus dan terdapat hanya 1 kursus yang belum mencapai status BL Pencapaian pada bulan ini merupakan fasa terakhir proses audit memandangkan semester telah memasuki minggu-minggu terakhir.
Sehubungan dengan itu, analisis lebih mendalam akan dilakukan terhadap kandungan dan bahan-
bahan yang terdapat pada setiap kursus mengikut program.
Kadar Pencapaian = 98%
Bilangan Kursus BL = 134/135
Perkara 7.7.2021
Jumlah Keseluruhan Kursus
Berdaftar 135
Jumlah Keseluruhan Pensyarah
Berdaftar 70
Jumlah Kursus 135
Jumlah Kursus Telah BL 134 Jumlah Kursus Belum BL 1
Peratus Pencapaian 98
98%
134/135
eL-Cafe FSSK | 14
PENCAPAIAN FAKULTI: Jun 2021
Pencapaian pada bulan Jun akan dipaparkan berdasarkan dua senario iaitu:
1. Entiti Lama = FSSK, ASTiF dan FIS 2. Entiti Baharu = FSSK Sahaja
Pencapaian Entiti Lama
Peningkatan pencapaian dari 59 peratus kepada 75 peratus iaitu 129 kursus kepada 169 kursus yang telah BL. Manakala bilangan kursus yang belum BL telah berkurang dari 90 kepada 54 kursus sahaja
Jadual 3: Pencapaian BL FSSK, ASTiF dan FIS Jun 2021
PERKARA 15.6.2021
Jumlah Keseluruhan
Kursus Berdaftar 203 Jumlah Keseluruhan
Pensyarah Berdaftar 105
Jumlah Kursus 216
Jumlah Kursus Telah BL 162 Jumlah Kursus Belum BL 54 Peratus Pencapaian 75
Pencapaian tersebut ditunjukkan pada rajah berikut
Rajah 2: Pencapaian BL FSSK, ASTiF dan FIS 15 JUN 2021
Pencapaian Entiti Baharu
Pencapaian pada bulan ini telah menunjukkan peningkatan kepada 98 peratus dengan bilangan kursus yang telah mencapai BL adalah sebanyak 114 berbanding 21 kursus yang belum mencapai BL.
Jadual 4: Pencapaian BL FSSK JULAI 2021
Rajah 3: Pencapaian BL FSSK 15 JUN 2021 Perkara 15.6.2021 7.7.2021
Jumlah Keseluruhan
Kursus Berdaftar 135 135
Jumlah Keseluruhan
Pensyarah Berdaftar 70 70
Jumlah Kursus 135 135
Jumlah Kursus Telah BL 114 134 Jumlah Kursus Belum BL 21 1
Peratus Pencapaian 85 98
eL-Cafe FSSK | 15
PENCAPAIAN MENGIKUT PROGRAM
Pencapaian 98% jika dipecahkan mengikut
program adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah di bawah:
Perkembangan pencapaian telah dinilai pada setiap minggu yang menunjukkan berlaku peningkatan kadar BL. Pencapaian ini diringkaskan pada Rajah
Peningkatan terus berlaku pada 29.6.2021 seperti yang dipaparkan pada Rajah berikut:
Kadar Pencapaian = 84%
Bilangan Kursus BL = 114/135
eL-Cafe FSSK | 16
JULAI 2021
Kadar Pencapaian = 98%
Bilangan Kursus BL = 134/135
---
eL-Cafe FSSK | 17
PROGRAM KOMUNIKASI
Bilangan Pensyarah dan Kursus yang ditawarkan
Bilangan Pensyarah dan kursus yang
ditawarkan mengikut semester adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual di bawah.
BILANGAN PENSYARAH 8
SEM 1 SEM 2 JUMLAH
30 31 61
Nisbah:
1 Pensyarah: 3.7 Kursus Pencapaian Julai 2021
Pencapaian 100% iaitu sebanyak 31 kursus yang melibatkan kursus sepenuh masa dan pengajian luar kampus (PLUMS)
Bulan Mei 2021 (71%) Bulan Jun 2021 (77%)
Kesemua kursus telah BL
100%
31/31
eL-Cafe FSSK | 18
PROGRAM
HUBUNGAN INDUSTRI
Bilangan Pensyarah dan Kursus yang ditawarkan
Bilangan Pensyarah dan kursus yang
ditawarkan mengikut semester adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual di bawah.
BILANGAN PENSYARAH 8
SEM 1 SEM 2 JUMLAH
13 17 30
Nisbah:
1 Pensyarah: 3.7 Kursus Pencapaian Julai 2021
Pencapaian 100% iaitu sebanyak 17 kursus yang melibatkan kursus sepenuh masa .
Pencapaian Bulan Mei 2021 (88%)
Pencapaian Bulan Jun 2021 (88%)
100%
17/17
eL-Cafe FSSK | 19
PROGRAM SOSIOLOGI
DAN ANTROPOLOGI SOSIAL
Bilangan Pensyarah dan Kursus yang ditawarkan
Bilangan Pensyarah dan kursus yang
ditawarkan mengikut semester adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual di bawah.
BILANGAN PENSYARAH 10
SEM 1 SEM 2 JUMLAH
13 17 30
Nisbah:
1 Pensyarah: 3 Kursus Pencapaian Julai 2021
Pencapaian 100% iaitu sebanyak 17 kursus yang melibatkan kursus sepenuh masa
Pencapaian Bulan Mei 2021 (41%)
Pencapaian Bulan Jun 2021 (94%)
100%
17/17
eL-Cafe FSSK | 20
PROGRAM
HUBUNGAN ANTARABANGSA
Bilangan Pensyarah dan Kursus yang ditawarkan
Bilangan Pensyarah dan kursus yang
ditawarkan mengikut semester adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual di bawah.
BILANGAN PENSYARAH 12
SEM 1 SEM 2 JUMLAH
12 17 29
Nisbah:
1 Pensyarah: 2.4 Kursus Pencapaian Julai 2021
Pencapaian 100% iaitu sebanyak 17 kursus yang melibatkan kursus sepenuh masa
Pencapaian Bulan Mei 2021 (71%)
Pencapaian Jun 2021 (89%)
100%
18/18
eL-Cafe FSSK | 21
PROGRAM GEOGRAFI
Bilangan Pensyarah dan Kursus yang ditawarkan
Bilangan Pensyarah dan kursus yang
ditawarkan mengikut semester adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual di bawah.
BILANGAN PENSYARAH 12
SEM 1 SEM 2 JUMLAH
19 17 36
Nisbah:
1 Pensyarah: 3 Kursus Pencapaian Julai 2021
Pencapaian 100% iaitu sebanyak 17 kursus yang melibatkan kursus sepenuh masa
Pencapaian Bulan Mei 2021 (70%)
Pencapaian Bulan Jun 2021 (82%)
94%
16/17
eL-Cafe FSSK | 22
PROGRAM SEJARAH
Bilangan Pensyarah dan kursus yang
ditawarkan mengikut semester adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual di bawah.
BILANGAN PENSYARAH 12
SEM 1 SEM 2 JUMLAH
17 28 45
Nisbah:
1 Pensyarah: 3.75 Kursus Pencapaian Julai 2021
Pencapaian 100% iaitu sebanyak 28 kursus yang melibatkan kursus sepenuh masa dan pengajian luar kampus
Pencapaian Bulan Mei 2021 (70%) Pencapaian Bulan Jun 2021 (89%)
100%
28/28
eL-Cafe FSSK | 23 PERBANDINGAN PENCAPAIAN FAKULTI APRIL,
Mei, JUN 2021
Pencapaian pada bulan Mei telah
menunjukkan peningkatan kepada 129 kursus berbanding hanya 47 kursus pada bulan April, iaitu pencapaian sebanyak 59 peratus
berbanding hanya 22 peratus pada bulan April.
Perbezaan ini ditunjukkan pada Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 3: Pencapaian BL FSSK April 2021
Senarai Kursus Bilangan Jumlah Keseluruhan Kursus
Berdaftar 203
Jumlah Keseluruhan
Pensyarah Berdaftar 100
Jumlah Kursus 212
Jumlah Kursus Telah BL 47 Jumlah Kursus Belum BL 165
Peratus Pencapaian 22
Jadual 4: Pencapaian BL FSSK Mei 2021
Senarai Kursus Bilangan Jumlah Keseluruhan Kursus
Berdaftar 205
Jumlah Keseluruhan Pensyarah
Berdaftar 105
Jumlah Kursus 219
Jumlah Kursus Telah BL 129 Jumlah Kursus Belum BL 90
Peratus Pencapaian 59
Berdasarkan pencapaian tersebut, bilangan kursus yang belum mencapai BL telah berkurang dari 165 kursus pada bulan April kepada hanya 90 kursus pada bulan Mei.
Pencapaian ini ditunjukkan pada Rajah 1 dan Rajah 2.
Pencapaian Bulan APRIL 2021 (22%)
Rajah 1: Pencapaian BL FSSK 13 April 2021 Pencapaian Bulan Mei 2021 (59%)
Rajah 2: Pencapaian BL FSSK 21 Mei 2021
Pencapaian Bulan JUN 2021 (98%)
eL-Cafe FSSK | 24
PERINCIAN KANDUNGAN BAHAN
Tujuan perincian ini adalah untuk memaparkan kandungan bahan yang dilabelkan sebagai “Blended Learning”
dengan nilai 1 7 3 2.
JUMLAH KESELURUHAN BAHAN
5, 532 UNIT
eL-Cafe FSSK | 25
TAMU BULAN INI- PROFESOR MADYA
PENGENALAN
Siapakah Profesor Madya?
Profesor bersekutu adalah satu peringkat di bawah kepada profesor penuh. Di negara- negara Komanwel, kedudukan ini juga dikenali sebagai pembaca. Seorang profesor bersekutu adalah seseorang yang telah mendapat Ph.D.
dan telah mendapat pengalaman pengajaran dan penyelidikan yang cukup tetapi belum lagi sebagai seorang profesor. Penolong Profesor yang merupakan syarat kemasukan untuk ahli akademik untuk menyertai
kakitangan universiti adalah satu kedudukan di bawah profesor bersekutu.
Dalam beberapa konteks, profesor bersekutu juga diberi hak untuk mengundi dalam membuat keputusan di institut gabungan, contohnya, di Amerika Syarikat. Di
kebanyakan negara walaupun profesor bersekutu memainkan peranan aktif dalam mengajar mereka tidak dapat dilihat sebagai penyelia Ph.D. pelajar sendiri seperti profesor.
Dengan profesor bersekutu pengalaman juga dijangka memainkan peranan kepimpinan dalam sebuah institut. Walau bagaimanapun, penting untuk mengingati tanggungjawab dan peranan tugas mereka boleh berbeza dari negara ke negara atau institusi ke institusi.
Apa perbezaan antara Profesor dan Profesor Madya?
Seperti yang disebutkan di atas kedua-dua kedudukan ini dianggap sebagai jawatan yang dipegang di sebuah universiti. Beberapa fakta penting mengenai kedua-dua jawatan adalah,
• Profesor adalah kedudukan tertinggi dalam kakitangan akademik sebuah universiti manakala profesor bersekutu adalah satu peringkat di bawah profesor penuh.
• Profesor memainkan peranan penting dalam menjalankan penyelidikan dalam satu disiplin tertentu manakala pembantu profesor
dijangka terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan.
• Profesor biasanya memainkan peranan kepimpinan dalam pengurusan institusi pendidikan.
• Terdapat pekerjaan khas yang dijalankan oleh profesor seperti mengawasi pelajar Ph.D D. berdasarkan kekananan mereka.
Kesimpulannya, ia harus diingatkan bahawa ia adalah pengalaman jangka panjang dan luas dalam pengajaran dan penyelidikan yang menjadikan para profesor kanan untuk mengaitkan profesor. Sebagai profesor- profesor bersekutu mendapat lebih banyak pengalaman dalam bidang mereka dengan masa dan pendedahan, mereka mempunyai peluang yang baik untuk dipromosikan menjadi profesor penuh.
Sumber:
https://ms.weblogographic.com/difference- between-professor-and-associate-professor-9329
Laluan Kerjaya Profesor Madya
Sumber:
https://professors.leeds.ac.uk/what-is-
a-professor/
eL-Cafe FSSK | 26
Senarai Profesor Madya
FSSK
eL-Cafe FSSK | 27
KENANGAN FKSW
Ruangan kali ini akan memaparkan program
“Pembinaan Pasukan” yang telah diadakan pada awal tahun 2020 sebulan sebelum merebaknya Covid-19.
Aktiviti telah disediakan oleh pihak INTAN dengan penglibatan dari semua ahli fakulti.
Berikut merupakan antara koleksi foto sepanjang program
Tarikh; 1 FEBRUARY 2020 Tempat: INTAN, Kota Kinabalu
1) Senamrobik
2) Pembentukan Kumpulan
3) Tiga orang
4) Sorakan Kumpulan
eL-Cafe FSSK | 28 dada
5) Aktiviti 1
6) Aktiviti 2
7) Mesej Berantai
8) Menggapai Impian
9) Mencari Harta
10) Berkayak
eL-Cafe FSSK | 29 11) Menara Tertinggi
12) Jambatan Panjang
Program diakhiri dengan acara yang melibatkan keseluruhan ahli yang hadir dengan satu matlamat.
MATLAMAT MENYATUKAN KUMPULAN
12) ACARA AKHIR YANG MENCABAR
eL-Cafe FSSK | 30
Acara yang memerlukan kerjasama dari semua ahli untuk memegang paip pvc sebagai laluan untuk guli dengan syarat paip tidak boleh terputus dan guli tidak boleh terjatuh ke lantai. Situasi semakin mencabar apabila berlakunya perubahan bentuk permukaan dari dalam ke luar dewan dan melalui ruang yang sempit.
Lebih banyak kenangan boleh diakses di:
https://www.flickr.com/photos/168140334
@N05/sets/72157713062106087/
eL-Cafe FSSK | 31
Kemuncak KERJASAMA
Menanti penuh debaran
Acara Penutupan dan Penyampaian Hadiah https://www.flickr.com/photos/168140334
@N05/sets/72157713062106087/
eL-Cafe FSSK | 32
SIDANG REDAKSI
Penasihat:
Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan FSSK
Penasihat Bersama:
Dr. Jalihah Md Shah, Timbalan Dekan Akademik FSSK
Ketua Pengarang:
Dr. Mahadirin Hj. Ahmad, Penyelaras E-Learning FSSK
Penolong Pengarang:
Puan Siti Nurbayu Yusoff Penyelaras Latihan Industri FSSK
Juru Hias:
Perunding Bahasa:
Ketua Segmen Fokus Bulanan:
Tamu Bulanan;
Laporan Bulanan:
Isu semasa:
Aktiviti Pelajar:
Maklumat Lanjut
Pertanyaan dan maklumat tambahan boleh dilayari di:
Kakitangan UMS:
https://smartv3.ums.edu.my/course/view.p hp?id=3824§ion=3
Bukan Kakitangan UMS [email protected]
LAMAN WEB FSSK: =(KLIK) https://www.ums.edu.my/fssk/
KOLEKSI PERISTIWA:
Draft 23.7.2021
Final 5.8.2021
LAMAN WEB FSSK: (KLIK)
https://www.ums.edu.my/fssk/
eL-Cafe FSSK | 33
Penafian
Pihak Fakulti tidak akan bertanggungjawab atas segala bebanan atau kerugian kerana menggunakan maklumat dalam buletin ini
I
.