SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH BENTONG NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
CABARAN INOVASI 2017
TAJUK PROJEK
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
KUMPULAN DAM
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. RINGKASAN EKSEKUTIF 1
2. PENGENALAN
A. Latar Belakang 2 - 3
B. Tujuan 4
C. Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian 5
D. Bidang Inovasi 6
E. Kategori Inovasi 6
F. Maklum Balas Daripada Stakeholder 7
3. PRODUK INOVASI 8
A. Impak Inovasi 8
B. Elemen Sinifikan Produk 9 - 12
C. Kerelevenan Produk 13
D. Keberkesanan Kos 13
E. Gambar Inovasi 14 – 17
4. PENUTUP 18
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 1 1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Jabatan Pengairan dan Saliran merupakan salah satu jabatan kerajaan yang utama dipertanggungjawabkan untuk mencerap, mengumpul, mengarkib dan menyebarkan data-data hidrologi negara yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang. Stesen-stesen hidrologi yang mula ditubuh seawal tahun 1878 telah melalui fasa pembangunan samaada dari segi jumlah stesen ataupun teknologi peralatan yang digunakan. Sehingga kini hampir 2,000 stesen hidrologi ditubuhkan diseluruh negara dengan tumpuan kepada enam jenis stesen iaitu stesen hujan, sejatan, aras air sungai, luahan sungai, kualiti air sungai dan enapan ampai sungai.
Dalam tempoh tersebut, BSAH memainkan peranan penting menguruskan stesen-stesen tersebut terutama inventori stesen iaitu maklumat tahun penubuhan, kedudukan (latitude dan longitude) dalam lembangan sungai atau daerah, jenis peralatan yang digunakan dan sebagainya.
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 2 2. PENGENALAN
A. LATAR BELAKANG
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong merupakan salah satu jabatan kerajaan yang utama dipertanggungjawab untuk mencerapan, mengumpul, mengarkib dan menyebarkan data-data hidrologi, pengurusan empangan, pengurusan sungai, saliran bandar dan saliran pertanian. Kesemua skop-skop berikut adalah seperti yang telah ditetapkan di jabatan ini. Ia sangat bertetapan dengan visi dan misi serta objektif sediaada. Selain itu Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong juga dipertanggungjawabkan bagi persediaan awal banjir yang mana bencana ini sentiasa berlaku di daerah ini sewaktu musim tengkujuh. Oleh itu dengan berkongsi setiap kepakaran demi keselesaan serta keselamatan antara kakitangan serta orang ramai termasuk dalam keutamaan JPS Daerah Bentong. Ia juga membantu jabatan menambahbaik mutu kerja serta persediaan dengan lebih maju serta mampu berdaya saing.
Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Bentong adalah antara 11 buah jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang.
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong berada di Jalan Chamang Bentong iaitu kira-kira 200 kilometer ke barat daripada ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang. Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Bentong melaksanakan tugas dan fungsi merangkumi;
1. Kejuruteraan Sungai, 2.Saliran Bandar
3.Pengairan dan Saliran Pertanian,
4.Lain lain bidang tugas berkaitan seperti hidrologi dan sumber air, tebatan banjir dan empangan
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 3 Kumpulan DAM adalah sebuah kumpulan inovatif kreatif daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong Pahang yang bertanggungjawab dalam penghasilan produk inovasi kali ini. Anggota kumpulan DAM yang terdiri daripada En. Aizul bin Samsudin selaku ketua kumpulan, En. Muhamad Zaki bin Isa selaku setiausaha, berserta lapan orang ahli yang lain iaitu Pn. Noorliea binti Ghazali, Pn. Ieswanis binti Ali,En. Zamri bin Salim, En. Shahrizal bin Zainuddin, En. Zakaria bin Mohammed, En. Mohammad Nor bin Ahmad, En. Nasaruddin bin Sulaiman dan Tengku Zulkfeli bin Tengku Mohamad. En. Abd Halim bin Abd Aziz pula adalah sebagai pemudahcara kumpulan DAM.
SURAT PENUBUHAN KUMPULAN INOVASI KUMPULAN DAM
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 4 B. TUJUAN
Kejadian banjir kilat yang sering melanda di kawasan-kawasan rendah dan kawasan-kawasan penempatan di tebing sungai sering berlaku dengan cepat dan pantas. Tanpa disedari limpahan air sungai berlaku secara mendadak dan kadang kala berlaku sewaktu penduduk sedang tidur di waktu malam dan tengah pagi. Tanpa disedari, air banjir telah masuk ke dalam rumah dan merosakkan harta benda. Oleh yang demikian, pihak jabatan telah berusaha memasang siren amaran banjir di lokasi-lokasi tertentu. Namun dengan kekangan kos yang tinggi, siren amaran banjir hanya dipasang di lokasi tertentu sahaja dan tidak menyeluruh.
Demi mencapai hasrat jabatan dan kerajaan, jabatan dan kumpulan telah berusaha untuk mencipta alat atau produk yang lebih menjimatkan kos. Alat ini kami namakan sebagai Siren Amaran Banjir Individu yang direka khusus untuk memberi amaran awal banjir kepada penduduk setempat.Oleh itu, siren amaran banjir individu ini dicipta dengan kos yang lebih murah berbanding dengan siren yang sediada. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasaran dan melibatkan kos yang rendah. Siren ini juga boleh dipasang di mana-mana sahaja. Siren ini dapat memberi amaran banjir kepada penduduk terutama ketika sedang tidur di waktu pagi. Dengan adanya siren amaran banjir individu ini ia dapat menyelamatkan harta benda serta nyawa.
Siren amaran banjir individu ini, ia merupakan produk penghasilan yang mampu berdaya saing dengan sistem yang sediaada. Hal ini kerana, menerusi siren amaran banjir individu ianya lebih realistik untuk dihasilkan dan dipasang di kediaman masing-masing yang sering terlibat dengan kejadian banjir kilat.
Dengan penghasilan siren yang jauh lebih murah ianya sangat membantu penduduk untuk memilikinya tambahan kualiti dan fungsi siren ini menyamai dengan siren sediaada.
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 5 C. KRONOLOGI CETUSAN IDEA DAN PEMBUKTIAN
Banjir kilat merupakan satu bencana yang sering menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk malah boleh juga mengancam keselamatan nyawa. Hujan lebat yang turun dalam kuantiti yang banyak mengalir ke dalam sistem saliran air seperti longkang, parit dan sungai menyebabkan kegagalan sistem saliran untuk menampung lebihan air seterusnya menghasilkan kejadian banjir kilat yang terjadi dalam masa yang singkat. Banjir kilat berisiko untuk berlaku di kawasan rendah dan mudah untuk digenangi air. Malah kejadian banjir kilat sering berlaku tanpa memberi amaral awal kepada penduduk terutamanya kepada penduduk yang tinggal jauh daripada siren amaran banjir yang sediada.
Lantaran itu, penduduk yang mengalami situasi banjir kilat ini lebih terdedah kepada risiko kemusnahan harta benda dan ancaman nyawa kerana tiadanya amaran awal untuk mereka bersiap sedia.
Daripada situasi yang berlaku, maka pihak JPS Bentong telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu alat amaran banjir yang mudah untuk dikendalikan bagi mengatasi masalah ini. Menerusi idea awal ini, kesemua ahli yang terlibat sama-sama berbincang dan berkongsi idea bagi mencipta satu alat yang boleh memberi manfaat kepada semua penduduk yang sering kali terjejas dengan kejadian banjir kilat yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Lantaran itu, penghasilan satu alat baru yang dikenali sebagai Siren Amaran Banjir Individu telah dicipta bagi membantu orang awam mengatasi masalah ini. Selain itu, penciptaan Siren Amaran Banjir Individu dicipta berdasarkan ciri-ciri mampu milik untuk pemasangan di rumah individu tanpa perlu mengharap kepada siren amaran banjir satu kawasan.
Hasilnya, dengan kerjasama ahli JPS Bentong yang terlibat, maka satu alat sistem amaran awal banjir individu yang mampu dimiliki oleh setiap rumah yang berisiko dengan kejadian banjir telah dicipta. Ini merupakan langkah awal untuk mengelakkan kesan buruk kejadian banjir kilat terus berulang kepada mangsa yang terjejas. Menerusi alat sistem amaran awal banjir individu, isyarat permakluman kecemasan akan berbunyi makluman untuk langkah siap sedia memerlukan penduduk terbabit segera keluar dari kediaman ke kawasan selamat.
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 6 D. BIDANG INOVASI
Bidang inovasi yang diterapkan di dalam Kumpulan DAM bagi siren amaran banjir individu ini adalah pengurusan banjir. Kumpulan DAM mengkhususkan dalam bidang pengurusan banjir kerana sistem siren amaran banjir individu sangat sesuai, mudah dan senang dikendalikan.
Selain itu juga, alat ciptaan ini dibuat dengan kos yang rendah kerana keutamaan alatan ini untuk digunapakai oleh individu-individu yang tidak mampu memiliki sistem siren amaran serta jauh dari stesen amaran yang pihak kerajaan sediakan. Sehubungan dengan itu bidang inovasi kali ini, selain dari tujuan persediaan awal menghadapi bencana, ia mampu membantu individu menggunakannya
E. KATEGORI INOVASI
Bagi kategori inovasi untuk projek kali ini kumpulan DAM menetapkan projek ini diletakkan dalam kategori teknikal, ia selaras dengan peralatan- peralatan teknikal yang digunapakai oleh kumpulan DAM. Kategori ini juga berkos rendah, mampu dimiliki oleh pengguna, ia juga sebagai alatan bantuan awal dalam menghadapi banjir.
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 7 F. MAKLUM BALAS DARIPADA STAKEHOLDER
Kumpulan DAM telah menjalankan ujicuba siren amaran banjir individu ini di beberapa buah rumah yang berisiko banjir. Rumah yang dipasang siren amaran banjir individu ini berada berdekatan dengan sungai yang sering dinaiki air ke dalam rumah apabila hujan yang turun terlalu lebat.
Setelah siren amaran banjir individu ini dipasang dirumah itu, beliau merasakan alat ini amat sesuai dan dapat membantu menyedarkan beliau ketika tidur. Alatan ini juga dapat bersaing dengan siren banjir yang sediada.
Siren amaran banjir individu ini mengeluarkan bunyi yang kuat dan ia dapat menyedarkan penghuni rumah yang sedang tidur. Alat ini juga boleh diletakkan dimana-mana sahaja mengikut kehendak penghuni rumah.
Surat penempatan siren banjir individu di rumah penduduk
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 8 3. PRODUK INOVASI
Penghasilan Siren Amaran Awal Banjir Individu merupakan satu produk yang diinovasikan bagi menyediakan persiapan penduduk sekiranya kejadian banjir kilat berlaku pada bila-bila masa sahaja. Produk yang dihasilkan ini mempunyai impak yang signifikan dalam mengatasi situasi kejadian banjir yang sering berulang.
A. IMPAK INOVASI
I. Inovasi siren amaran banjir memberi impak yang positif terutamanya kepada penduduk yang mengalami masalah kawasan kediaman ditenggelami oleh banjir mahupun banjir kilat. Menerusi ciptaan Siren Amaran Awal Banjir Individu teknologi ini mampu untuk membantu menyedarkan orang awam lebih awal ketika kejadian buruk ini berlaku. Sistem siren ini akan mengeluarkan amaran apabila paras air mencecah pada paras yang telah ditetapkan dan akan berbunyi. Demikian itu, dengan inovasi ini ianya boleh menyedarkan individu lebih awal sekiranya kejadian banjir ini berlaku pada bila-bila masa sahaja.
II. Selain itu, menerusi inovasi ini ianya dapat membantu orang awam untuk bertindak segera menyelamatkan nyawa dan harta benda. Hal ini kerana, menerusi isyarat awal dan siren yang memberi amaran banjir di kawasan kediaman membolehkan orang awam bertindak segera untuk menyelamatkan nyawa juga beberapa barangan penting bagi mengelakkan berlakunya kerosakan harta benda yang serius. Sekiranya penghuni kediaman hanya bergantung kepada siren amaran banjir sediaada, maka kediaman yang terletak jauh daripada lokasi siren ini pasti mengalami kesukaran kerana amaran yang dibunyikan tidak sampai ke kediaman mereka.
III. Seterusnya, impak inovasi produk ini adalah dapat mengurangkan risiko kejadian yang berulang. Kejadian banjir kilat yang menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa sentiasa berulang setiap kali berlakunya kejadian ini. Oleh itu, dengan adanya inovasi ini membolehkan penduduk mengurangkan risiko kejadian berulang kerana membantu penduduk untuk lebih peka dengan kenaikan air sekali gus bersedia untuk bertindak lebih awal.
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 9 B. ELEMEN SIGNIFIKAN PRODUK
Inovasi yang terhasil adalah signifikan dan diukur dari pelbagai aspek seperti keberkesanan produk menyelesaikan masalah semasa, kecekapan produk yang meminimumkan kos dan memaksimumkan pulangan juga sejauh mana keberhasilan produk yang terhasil boleh memenuhi kriteria yang telah ditetapkan pada awal proses ini.
Inovasi siren awal amaran banjir Individu masih mengekalkan konsep pengurangan kos dalam penghasilannya tetapi masih mampu untuk mengekalkan kualiti dan fungsi yang sama dengan produk asal iaitu siren amaran awal banjir sediaada. Selain itu, konsep mudah pasang yang diterapkan pada ciptaan ini memberi kemudahan kepada pengguna berdasarkan saiz dan reka bentuk ringkas yang dihasilkan. Kepentingan utama ciptaan ini adalah untuk memastikan matlamat dan fungsi utama produk untuk menyelesaikan masalah orang awam ketika berlakunya banjir dapat dikurangkan. Ini juga terbukti dengan mengaplikasi ciptaan ini kepada beberapa orang stakeholder yang telah diuji.
PERBANDINGAN HARGA SIREN SEDIAADA DENGAN SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
BIL PERKARA KOS (RM)
1 Stesen Hirologi Telemetri 163,990.00
2 Siren Amaran Banjir Individu 300.00
PENGIRAAN PERATUS PENJIMATAN KOS OPERASI
= (KOS STESEN HIDROLOJI ASAL – KOS SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU) x 100
KOS STESEN HIDROLOJI ASAL
= ( RM 163,990.00 – RM 300.00) x 100 RM 163,990.00
= 99.82%
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 10 SALINAN SEBUTHARAGA SEBENAR PEMBINAAN STESEN HIDROLOGI,
TELEMETRI, SIREN BANJIR
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 11
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 12
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 13 C. KERELEVENAN PRODUK
Inovasi produk ciptaan yang dihasilkan relevan dengan arus perdana dan memenuhi agenda nasional kerajaan Malaysia iaitu memerlukan semua kakitangan jabatan untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Projek ini menuntut kumpulan kakitangan JPS Bentong yang terlibat berfikir secara kritis dalam penghasilan produk yang boleh memberi manfaat kepada semua terutamanya orang awam. Dalam masa yang sama, ini juga menunjukkan ciptaan yang dihasilkan menyokong konsep pentadbiran awam untuk melakukan kerjasama antara kakitangan awam dan masyarakat luar.
Selain itu, menerusi ciptaan ini ianya dapat memenuhi ekspetasi dan keadaan semasa yang menggunakan kos yang rendah dan tidak membebankan pengguna. Aspek ini penting bagi memastikan produk yang dihasilkan berkonsepkan mampu milik boleh dilaksanakan. Seterusnya, penghasilan inovasi mempunyai kemampuan untuk menawarkan alternatif kepada kejadian bencana alam seperti banjir dalam mengurangkan impak negatif kepada penduduk dan harta benda.
D. KEBERKESANAN KOS
Bagi inovasi kali ini juga alatan ini mendatangkan faedah yang nyata dalam aspek pencapaian penghasilan produk. Ianya dihasilkan dengan modal yang tidak tinggi dalam pembuatan dimana setelah dibandingkan dengan kos siren amaran sediada yang mahal serta jauh dari kediaman. Inovasi kali ini kami percaya ia mampu memberi nilai keberkesanan terutamanya kos memiliki yang baik pada pengguna individu.
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 14 E. GAMBAR-GAMBAR INOVASI
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 15 PERALATAN YANG DIGUNAPAKAI UNTUK MEMBUAT
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
ACUAN KEKOTAK KONKRIT BERSAIZ 300mm X 300mm X 50mm
PENUTUP PAIP SKRU DAN NUT BERSAIZ 12mm
PAIP PVC ½ INCI UNTUK MEMEGANG GABUS
PAIP UPVC GABUS YANG TELAH DIREKABENTUK MENGIKUT
SAIZ YANG DIKEHENDAKI
WAYAR YANG DISAMBUNGKAN PADA
SKRU
PLAT KONDUIT YANG TELAH SIAP DIPASANG DI
DALAM PAIP
PAIP DITEBUK BULAT UNTUK MEMUDAHKAN AIR MASUK KE DALAM PAIP
PEMASANGAN SKRU DAN NUT PADA PLAT KONDUIT
SIREN AMARAN YANG DIPASANG PADA PLAT
KAYU
JARING PERANGKAP SAMPAH DIPASANG
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 16 GAMBAR SEKITAR PEMBUATAN
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 17 GAMBAR SEKITAR KERJA-KERJA PEMASANGAN
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU
SIREN AMARAN BANJIR INDIVIDU 18 4. PENUTUP
Amatlah tidak mudah sesuatu idea untuk diketengahkan dan diwarwarkan namun dengan sedikit waktu yang dikorbankan demi kejayaan hakiki kerana yang terbaik pasti terserah di atas kehendakNya. Kami daripada kumpulan DAM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YH Dato` Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong dan semua ahli kumpulan yang telah banyak berkorban masa dan tenaga serta memberi kerjasama bagi menjayakan projek ini. Kumpulan DAM bersyukur kerana usaha untuk menjayakan projek ini telah banyak mendatangkan feadah khususnya kepada JPS Bentong dan berharap hasil projek dapat memberi manfaat kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang.