Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
KUALA LUMPUR: Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) akan meneruskan bantuan penjadualan semula bayaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro yang berdepan kesukaran sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh ketika ini.
CGC dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu adalah sebagai langkah pantas pihaknya menyokong perniagaan menangani impak kewangan.
"Pandemik COVID-19 menjejaskan kehidupan masyarakat dan ekonomi sehingga menyebabkan ramai peniaga mengalami kesukaran meneruskan perniagaan mereka.
"Lantaran itu CGC terus komited memberikan sokongan terbaik kepada usahawan kerana kami memahami kesukaran kewangan yang dihadapi.
"CGC turut menawarkan perlindungan jaminan kepada institusi kewangan yang terbabit dengan dana Bank Negara bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility)," katanya.
CGC berkata, bagi membolehkan usahawan meneruskan perniagaan, CGC menawarkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (Targeted Repayment Assistance).
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Selain itu katanya, CGC turut membantu pelanggan yang memerlukan kemudahan penjadualan dan penstrukturan semula (R&R) pembiayaan atau pinjaman.
Katanya, matlamat R&R yang disediakan adalah bagi membantu pelanggan pada waktu sukar ini.
Pelanggan yang memerlukan bantuan dan maklumat boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di talian 03-7880 088, e-mel [email protected] atau log masuk ke www.imsme.com.my, platfom rujukan pembiayaan atau pinjaman dalam talian untuk usahawan.