• Tidak ada hasil yang ditemukan

(1)Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "(1)Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

BUKIT MERTAJAM - Gagal sekali tidak mematahkan semangat Nur Adila Anuar untuk terus berniaga dan hasilnya kini dia mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan hasil daripada penjualan pastri.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mula membuka syarikat yang diberi nama Empayar Pastri di sebuah lot kedai di Padang Serai, Kedah pada tahun 2016.

Menurutnya, ketika itu, dia yang mengusahakan perniagaan bersama adik perempuannya, Nur Adibah menjual bahan-bahan untuk membuat kek, roti dan biskut.

Tambah ibu muda berusia 32 tahun itu, bagaimanapun, perniagaannya itu terpaksa ditutup pada tahun lalu selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

"Kedai saya di Kedah dan saya tinggal di Kampung Guar Jering di sini, jadi susah untuk saya ulang-alik ke sana. Tambahan pula, perniagaan agak terjejas kerana Covid-19 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Oleh itu, saya ambil keputusan untuk menutup perniagaan di Kedah dan berpindah ke premis berhampiran rumah kerana ia lebih mudah untuk menjalankan perniagaan,"

katanya ketika ditemui di premisnya di sini.

Jelasnya, selain bahan membuat kek, dia juga cuba membuat 'piza base' (doh piza) yang menggunakan resipinya sendiri dan diolah oleh Nur Adibah.

"Saya tidak menyangka doh piza saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peniaga piza. Oleh kerana permintaan yang tinggi, saya tidak lagi membuat bahan membuat kek, roti dan biskut sebaliknya menumpukan membuat doh piza sahaja.

"Resipi doh ini 100 peratus oleh saya dan adik. Adik yang mengolah doh supaya kekal lembut walaupun piza sudah sejuk. Produk yang dikenali sebagai Base Pizza Anuar kini mendapat permintaan yang menggalakkan," katanya.

Kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Pengurusan Fatwa daripada Universiti Islam Malaysia (USIM) itu, berkat kesabarannya, dia kini telah memasarkan doh pizanya ke lebih beberapa buah negeri antaranya Kedah, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kini Empayar Pastri sedang berusaha untuk meluaskan perniagaan ke seluruh negara. Sehingga ke hari ini, kita mempunyai lebih 10 agen aktif yang berdaftar di bawah Empayar Pastri.

"Harapan saya adalah mendapatkan pengiktirafan sijil Halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Saya juga bercita-cita untuk memasarkan Base Piza Anuar ini ke luar negara dan dapat menembusi pasaran ke pasar raya besar antaranya Mydin, Lotus dan sebagainya," katanya.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Nur Adila merupakan usahawan tempatan yang mendapat bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) bernilai RM20,000 dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Geran tersebut memberi bantuan peralatan kepada Nur Adila antaranya terdiri daripada mesin menguli tepung, ketuhar dan 'dough divider' untuk memajukan perniagaannya.

Referensi

Dokumen terkait

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted