• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manfaatkan media sosial wadah sebar mesej positif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Manfaatkan media sosial wadah sebar mesej positif"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Manfaatkan media sosial wadah sebar mesej positif

BETAPA obsesnya rakyat Malaysia pada media sosial sudah tersohor ke serata dunia.

Sebutlah apa saja - daripada isu Safawi Rashid tidak diturunkan bermain untuk Portimonense SC hingga ketika serangan ke atas Gaza.

Sehebat-hebat Israel Defence Force (IDF) pun 'koyak' dikerjakan angkatan tentera bawang Malaysia.

Mengikut data 2020, Malaysia dengan 25 juta pengguna pada tangga kelima dunia dan tertinggi di Asia Tenggara dalam darjat aktif media sosial. Namun, jika disorot dalam negara, ada

senario seharusnya membimbangkan kita iaitu pertelingkahan dalam kalangan an ggota masyarakat yang begitu berleluasa dan seakan tidak terbatas menerusi media sosial. Lebih menakutkan isu kaum dan agama semakin kerap dibangkitkan.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media di Alor Setar Isnin lalu, menyuarakan kebimbangan ini di hadapan lebih 20 wartawan.

Benarlah, konflik dalam media sosial mudah menaikkan darah, membuat rasa takut serta

bimbang bagi kebanyakan orang yang cinta keamanan dan ketenangan. Pertembungan ini tidak ada had waima dalam isu paling sensitif seperti perkauman dan agama.

Tidak ada pengadil akan menentukan siapa menang atau kalah. Yang ada hanya

pertelingkahan berterusan dan saling mencaci tanpa batasan. Sampai bila keadaan ini mahu kita biarkan?

Al-Quran dan hadis banyak menitipkan pesan, malah amaran bagi umat Islam dalam hal menyebarkan maklumat, terutama yang boleh mencetuskan bibit permusuhan serta kebencian dalam masyarakat.

Dalam surah al Hujurat, sekurang-kurangnya dua ayat memberikan peringatan secara langsung mengenai keburukan seseorang mengintip atau menyelongkar (tajassu) aib orang lain. Allah SWT menyifatkan orang yang melakukan perbuatan itu seperti memakan daging saudaranya sendiri.

Diingatkan juga mengenai keperluan untuk 'tabayyun' iaitu menyiasat terlebih dahulu sesuatu maklumat atau berita diterima sebelum disebarkan.

Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa orang yang mendedahkan keaiban orang lain, Allah SWT akan membalas perbuatan itu dengan membuka aibnya walaupun dia berada dalam rumah sendiri.

Mutakhir ini, serangan terhadap individu, pemimpin politik dan selebriti tertentu yang digelar 'orang kayangan' kian menjadi-jadi menerusi media sosial, seperti 'mahkamah' menjatuhkan hukum lebih awal walaupun mereka belum dibuktikan bersalah.

Tujuannya untuk membina persepsi buruk yang kemudian membawa kepada budaya menghukum di media sosial sebelum proses perundangan dilaksanakan.

Golongan netizen yang sering mengaku berpegang kepada keadilan, sering mengetepikan prinsip kedaulatan undang-undang dalam konteks ini.

(3)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Mereka mengambil alih fungsi sistem perundangan disebabkan keghairahan mahu membunuh karakter individu disasarkan sebelum orang itu dibuktikan bersalah dan juga kerana dia (atau mereka) daripada kumpulan digelar 'kayangan'.

Mereka membuat tafsiran sendiri atas apa yang dianggap sebagai kesalahan dilakukan dan terus menyebar luas persepsi serta sangkaan buruk di luar konteks.

Budaya ini membahayakan peradaban dan perlu dihentikan dengan kesedaran kendiri.

Tidak kira apa jua motif, Islam melarang keras seseorang membuka aib or ang lain kerana secara prinsip, Allah SWT memuliakan setiap hamba-Nya yang beriman selagi dia tidak membuka aib sendiri.

Ironinya, pertembungan seperti ini banyak berlaku membabitkan penyokong politik, terutama cybertroopers. Sesetengahnya dibayar untuk menyebarkan cerita baik mengenai individu yang membayar, pada masa sama menyerang lawannya. Lawan itu boleh saja daripada dalam parti sendiri ataupun pihak yang menentangnya.

Inilah yang membiakkan fitnah dan umpat cela. Halal haram upah diterima sudah tidak diambil kira sedangkan ajaran Islam menegaskan, daging yang tumbuh daripada sumber rezeki yang haram, kelak akan jadi bahan bakar api neraka.

Justeru, berpadalah meladeni media sosial. Gunakan untuk sebarkan mesej positif kerana mencetuskan atau menyertai perbalahan dengan ruang terhidang luas di media sosial hanya akan merugikan kita dunia dan akhirat.

Referensi

Dokumen terkait

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted