Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
514 wartawan AS gesa laporan benar tentang Palestin
WASHINGTON: Seramai 514 wartawan di Amerika Syarikat (AS) menandatangani surat menggesa pelaporan benar dan jujur terhadap situasi sebenar yang berlaku di Palestin.
Mereka yang menurunkan tandatangan itu termasuk syarikat penyiaran televisyen dan surat khabar seperti Al-Jazeera, ABC News, BuzzFeed, Vice News, TIME, Jewish Current, Mondoweiss, The Intercept, dan The Washington Post.
Kumpulan wartawan turut menegaskan melaporkan kebenaran dan mendedahkan penindasan adalah prinsip asas kewartawanan.
“Kami menggesa semua wartawan supaya melaporkan berita dengan penuh, mendedahkan kebenaran tanpa rasa takut atau cenderung mana-mana pihak dan menyedari penindasan Israel terhadap rakyat Palestin gagal memenuhi standard objektif industri ini,” kata kenyataan itu.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Kenyataan sama turut mendedahkan kecenderungan kebanyakan media Amerika dan
penggunaan bahasa yang menggunakan terma langsung tidak menggambarkan realiti sebenar sehingga menyebabkan wujud berita mengelirukan.
“Sebagai contoh, bahasa yang digunakan semasa liputan di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmuqaddis kerap menggunakan istilah pengusiran (evictions).
“Sedangkan mereka diusir secara paksa (forced displacement) dan menyalahi undang-undang antarabangsa serta berpotensi menyebabkan berlaku jenayah perang,” katanya.
Mereka turut menjelaskan kebanyakan media berulang kali melaporkan kononnya Israel diserang di Semenanjung Gaza tanpa sebarang bukti yang menunjukkan Israel sengaja menyebarkan maklumat salah. -AGENSI