• Tidak ada hasil yang ditemukan

DENGAN SIRIM BERHAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DENGAN SIRIM BERHAD"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 7 Jaringan Kecermerlangan: Pertukaran dan Kerjasama Dalam Negara

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

DENGAN SIRIM BERHAD

Saya bagi pihak universiti mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada YB Datuk Rahim Ismail, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, wakil Ketua Menteri Sabah kerana sudi hadir dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara UMS dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Usahasama UMS dengan SIRIM Berhad

Had ini, UMS sekali lagi akan melaksanakan peranannya menjalinkan hubungan usaha sama dengan organisasi luar demi kepentingan dan pembangunan masyarakat, bangsa serta negara secara keseluruhannya. UMS akan memeterai kerjasama pintar dengan pihak SIRIM Berhad, sebuah badan korporat pakar dalam bidang R&D iaitu berkaitan pembangunan dan pengawalan teknologi.

Untuk makiuman YB Datuk, hadirin sekalian, usahasama di antara UMS dengan SIRIM Berhad telah ter- jaiin sejak sekian lama dahulu. Bermula pada 25 Oktober 2000, UMS telah menandatangi satu MoA mengenai pembentukan polisi harta intelek. Kemudian pada 14 Februari lepas, satu bengkel berkaitan perancangan strategik turut diadakan di UMS dan kemudian di ibu pejabat SIRIM Berhad di Shah Alam dari 8 hingga 9 Mei 2001.

Bidang Kerjasama

Usaha sama ini diteruskan dengan menggabungkan kepakaran para penyelidik dan kemudahan infra- struktur di kedua-dua organisasi SIRIM dan UMS dalam tiga bidang utama iaitu:

i. Bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

ii. Bidang Bioteknologi/Pertanian/Pemakanan.

iii. Bidang Kejuruteraan.

Dalam bidang IKS, empat program pengisian utama telah dikenal pasti dan akan dibangunkan dalam persetujuan kerjasama ini, iaitu:

i. Program Motivasi Keusahawanan. Memberi penerangan dan kesedaran berkaitan strategi pembangunan usahawan, khasnya kepada usahawan di negeri Sabah.

ii. Program Peningkatan Kualiti dan Pembangunan Vendor. Membincangkan strategi dinamik untuk meningkatkan kualiti produk para usahawan, agar mampu bersaing di pasaran global.

iii. Program Analisa Keperluan Latihan IKS di Sabah. Melihat sejauh mana keperluan pembangunan latihan usahawan di Sabah dan bidang yang berpotensi untuk diceburi.

iv. Program Pembentukan dan Pembangunan Usahawan Baru. Mengkaji program-program yang relevan dan berkesan untuk melahirkan lebih ramai usahawan baru yang berinovatif.

123

(2)

Pengemudi Lepa Sakti Koleksi Ucapan Naib Canselor UMS

Sementara itu, dalam bidang bioteknologi, pertanian dan pemakanan kerl'asama ditumpukan kepada usaha membangunkan pemprosesan dan produk rumpai laut. Untuk makluman semua, penyelidikan rumpai laut oleh saintis-saintis marin UMS daripada Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) telah berjaya mengkultur beberapa spesies dengan hasil yang produktif di kawasan penyelidikan rumpai laut di Pulau Banggi, Kudat. Dalam kerjasama ini, dua bidang utama akan ditumpukan, iaitu pembangunan produk kosmetik dan farmaseutikal (pharmaceutical) dan nutraseutikal (nutraceuticaQ.

Dalam bidang kejuruteraan pula, kerjasama ini akan melihat kepada usaha-usaha membangun dan memajukan bidang tersebut:

I. Pengesan untuk Blind Navigation.

ii. Pengkomersialan Sisa Bahan Buangan Pepejal (Commercialization of Solid Waste By-Products).

iii. Pemprosesan Alkyl Polyglycosidase (APG) sebagai bahan mentah industri kosmetik.

iv. Aplikasi Artificial Intelligence (Al) bagi membangunkan teknologi robotik dalam industri perubatan.

Kerjasama Kerajaan Negerl

Saya yakin dengan adanya usaha sedemikian, ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada kedua belah pihak, malah akan memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi negeri Sabah khasnya.

Contohnya yang bertaku di beberapa perkampungan di Pulau Banggi, Kudat. Projek Penyelidikan Rumpai Laut UMS, telah berjaya menarik ramai penduduk kampung mengusahakan penanaman rumpai laut yang bermutu tinggi untuk dikomersialkan. Hasil penyelidikan ini telah membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka, di samping memperolehi hasil pendapatan menjual tangkapan ikan.

Selain itu, mereka juga dibimbing agar mengusahakan tanaman lain di daratan, seperti tanaman ubi kayu, sayuran dan sebagainya sebagai pendapatan sampingan. Secara ringkasnya, konsep ekonomi berinte- grasi diperkenalkan kepada penduduk tersebut dengan harapan, bukan sahaja memberi manfaat terhadap kemajuan penyelidikan yang dibuat, malah dapat memberi kesan nilai tambah kepada penduduk terbabit.

Peranan usaha sama di antara UMS dengan SIRIM ini akan membantu lagi projek dan sosioekonomi penduduk tersebut dengan pembangunan industri kecil dan sederhana dalam pengeluaran produk makanan, kosmetik dan farmasi berasaskan rumpai laut. Seterusnya, ini akan mewujudkan lebih banyak industri berasaskan rumpai laut di negeri Sabah dan seterusnya memberi input utama terhadap pendapatan negeri Sabah.

Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi hadir menyaksikan majlis kita pada pagi ini serta seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah amnya, yang sentiasa memberi sokongan serta kerjasama dalam apa juga tindakan yang dilakukan oleh pihak universiti demi kepentingan bersama.

Syabas dan tahniah juga kepada pihak SIRIM Berhad kerana sudi bekeri'asama dengan pihak universiti.

Usaha sama dan komitmen badan-badan korporat dan bukan kerajaan seperti SIRIM, patut dipuji dan dihargai oleh semua pihak. Ini disebabkan mereka sudi menyalur dan menyumbangkan kepakaran dan teknologi demi pembangunan negara.

Ucapan dl Majils Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara Universit Malaysia Sabah dengan SIRIM Berhad dl Galen Aras 3, Bangunan Canselori pada 24 Mel 2001.

124

Referensi

Dokumen terkait

13 2.~.~, ~ 13 \3 ~ ALBU M: Kakitangan dan pelajar Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan lBTP Universiti Malaysia Sabah UMS merai~n anak-anak yatim pada majlis penyerahan

I I.·R· !}-olf , KOTA K1NABALU: Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah UMS dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS telah mengadakan Kursus Lanjutan

UMS-UTeM tuan rumah Imagine Cup 2012 tllfJ 1fJ.·.J·-'OI2 2' KOTA KINABALU 13 Mac - Univer- siti Malaysia Sabah UMS menja- linkan kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia

Negeri, Tun Juhar Mahlruddin dan isterl, Toh Puan Norlldah RM Jasni berk.man menghadiri Majlis Makan Malam sempena Konvokesyen Ke-13 ' Universiti Malaysia Sabah UMS di salah sebuah

P e gawai UMSKAL jayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar 2015 US 3 " 'd- olS AS LABUAN : Pegawai Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan UMSK AL turut

Najib Tun Razak kiri sempat menandatangani buku biodatanya bertajuk 'Datuk Seri Najib' darf Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah UMS Tan Sri Abdul Hamid Egoh kanan

YS-UMS s i gn Mou on l ori 09 °~ierm· R&D By Sunar Tumlran KOTA KINABALU: Yayasan Sabah YS and Universiti Malaysia Sabah UMS yesterday signed a memorandum of under- standing for a

1111m-111Y E...- UMS stock investment lab soon KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah UMS and the Malaysian National News Agenc Bemama will sign a memorandum of understanding