DR. Kamaruzaman Ampon (klrt) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Ahmad Yusoff Hassan dl UMS. Kota K1nabalu. Sabah. baru-baru In\.
UMS-UTeM tuan rumah Imagine Cup 2012
tllfJ 1fJ.·().J·-'OI2
2'
KOTA KINABALU 13 Mac - Univer- siti Malaysia Sabah (UMS) menja- linkan kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi menganjurkan pertandingan Imagine Cup (IC) 2012 di sini dati 16 hingga 17 Mei ini.
Kesepakatan tersebut dibuat da- lam kunjungan hormat Naib Can- selor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad YusoffHassan ke atasNaib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kamarnzaman Ampon di UMS barn-barn ini.
Kamarnzaman berkata, melalui kerjasama itu, UMS dan UTeM akan bersama-sama menjayakan pro- gram bertaraf dUnia yang diama-
nahkan oleh Kementerian Penga- jian Tinggi itu.
Katanya, kedua-dua pihak turut memanjangkan agenda itu mene- rusi perbincangan dan perancangan komprehensif bagi memastikan pe- nganjuran kali ini berjaya dilaksa- nakan dengan cemerlang. .
Dalam pada itu beliau berkata, pemilihan UMS sebagai tuan rurnah amat bermakna sekali buat univer- siti itu dan penghargaan besar ke- pada seluruh rakyat negeri ini.
"Pihak UMS begitu berbesar hati . dalam menjadi penganjur pelaksana bersama dengan UTeM dan akan meletakkan keutamaan memasti-·
kan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat- nya," kata beliau di sini barn-barn ini.
Sementara itu, beliau berkata, pertandingan pada tahun ini me- rupakan penganjuran kali keempat oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan syarikat multinasional, Micro- soft.
Katanya, pertandingan IC kali ini bakal menyaksikan kehebatan dan kreativiti para pelajar institusi pengajian tinggi mencipta perisi- an baru bagi membantu menye- lesaikan permasalahan dan isu global.