• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF 0'; Jabatan Bendahari UMS anjur Kursus Lanjutan MPSAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF 0'; Jabatan Bendahari UMS anjur Kursus Lanjutan MPSAS"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

KENANGAN BERSAMA .... Zallifah (tujuh dari kanan) dan Ramesh (enam dari kanan) merakamkan gambar

tU

T \ ~.

f

.l.

0'; 5

kenang-kenangan bersama peserta lain.

Jabatan Bendahari UMS anjur Kursus Lanjutan MPSAS

KOTA KINABALU: Jabatan' Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Ja- batan Pendaftar UMS telah mengadakan Kursus Lanjutan 'Malaysian Public Sector Accounting Standard' (MPSAS) sebagai usaha memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap MPSAS yang merupakan pi- awaian perakaunan untuk entiti perakau- nan sektor awam di Malaysia.

Bendahari UMS, Zallifah Shadan berka- ta, kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus pengenalan MPSAS yang telah diadakan di UMS pada Julai tahun lalu.

".Selain daripada kakitangan UMS, kur- sus pad a kali ini juga mendapat peny- ertaan daripada .beberapa universiti awam dan agensi kerajaan antaranya Uni- versiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Lembaga Pelancongan

Sabah. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Sabah, Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar, serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

. "Kita berasa amat bertuah kerana kur-' sus ini dikendalikan oleh Ramesh Ruben Louis, seorang perancang kewangan bertauliah yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kursus dan latihan perakaunan, pengauditan serta pengu- rusan risiko dengan pelbagai syarikat atau agensi kerajaan dalam pelbagai industri seperti perladangan. pembangunan har-

tan~h. perkapalan, perdagangan, teknolo- gi maklumat dan sebagainya," katanya ketika rn'enyampaikan ucapan alu-aluan sempena program tersebut di Grand Borneo Hotel, I Borneo.

Justeru katanya, diharapkan kursus ini dapat membantu para peserta untuk lebih memahami tentang pemakaian MPSAS sebagai rangka kerja pelaporan kewangat}

serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di organisasi masing-mas-

ing. .

Kursus yang dihadiri lebih 100 peserta itu antara lain bertujuan untuk membantu peserta _ mengenal pasti impak pelak- sanaan MPSAS dalam operasi kewangan harian serta membantu dalam penyediaan penyata kewangan yang mematuhi MP- SAS di organisasi masing-masing.

Kursus tersebut yang berlangsung se- lama tiga hari membincangkan tentang perakaunan untuk aset, perakaunan un- tuk belanja dan liabiliti, perakaunan untuk instrumen-kewangan, perakaunan untuk hasil dan pelaporan penyata kewangan.

Referensi

Dokumen terkait

4.1087 Ilmy Amiqoh Ilmu Administrasi Publik 4.1088 Dikhla Rif`A Ilmu Administrasi Publik 2.39 4.1089 Elfananda Istiqlalia Ilmu Administrasi Publik 4.1090 Hamida Condrowati Jayadi