FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN
PEMILIHAN PEMBENTUKAN
USAHANIAGA BAHARU
DISEDIAKAN OLEH:
MERLYN RITA ANAK BUNCHA
& DR SALMAH TOPIMIN, PENSYARAH
KEUSAHAWANAN, FAKULTI PERNIAGAAN,
EKONOMI DAN PERAKAUNAN,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Gabungan idea, kebolehan dan
kemahiran sesama rakan usahaniaga sebagai strategi kelebihan bersaing.
o Perkongsian pengetahuan, kepakaran ide dan kemahiran boleh diperolehi dan diseimbangkan sesama rakan kongsi niaga baharu demi kepentingan masing-masing.
Sebagai contoh, perkongsian atau gabungan kepakaran pemasaran dan modal serta teknologi daripada satu pihak dengan pihak yang lain.
Gabungan idea, kebolehan, dan kemahiran sesama rakan usaha niaga baru dapat memberikan
kelebihan bersaing kepada firma baru terutamanya bagi
mereka yang ingin mengembangkan pasaran ke
peringkat global.
2
FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN
PEMILIHAN PEMBENTUKAN
USAHANIAGA BAHARU
DISEDIAKAN OLEH:
MERLYN RITA ANAK BUNCHA
& DR SALMAH TOPIMIN, PENSYARAH
KEUSAHAWANAN, FAKULTI PERNIAGAAN,
EKONOMI DAN PERAKAUNAN,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Perkongsian Sumber maklumat dan penggunaan pembangunan teknologi terkini
- Boleh diaplikasikan ke dalam industri atau bidang perniagaan yang diceburi dan juga dikongsi bersama dengan rakan usahaniaga yang lainnya.
Sebagai contoh, mereka boleh berkongsi maklumat mengenai pelanggan dan struktur pasaran seperti citarasa pelanggan, kuasa pembelian pelanggan, saiz pasaran dan sebagainya.
- Perubahan teknologi canggih yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa menyebabkan firma meletakkan pembangunan teknologi sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan untuk firma membangun dan memperolehi sesuatu teknologi baru daripada rakan usahaniaga yang lain.
Perkongsian atau gabungan kepakaran pemasaran dan modal serta teknologi daripada
satu pihak dengan pihak yang lain.
3
FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN
PEMILIHAN PEMBENTUKAN
USAHANIAGA BAHARU
DISEDIAKAN OLEH:
MERLYN RITA ANAK BUNCHA
& DR SALMAH TOPIMIN, PENSYARAH
KEUSAHAWANAN, FAKULTI PERNIAGAAN,
EKONOMI DAN PERAKAUNAN,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Melihat kesesuaian produk dan jenama
o Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu daripada kriteria memilih rakan kongsi tersebut. Ianya merupakan sebahagian daripada langkah mencari rakan jenama yang sesuai dan mempunyai produk berdaya saing.
o Menjalinkan kerjasama dengan rakan niaga baharu serta pengembangan perniagaan ke pasaran baharu mampu menarik minat beberapa rakan jenama baharu yang bersesuaian ke dalam rangkaian perniagaan.
o Sentiasa mengadakan beberapa siri rundingan dengan beberapa rakan jenama baharu yang mempunyai produk yang berpotensi dan berdaya saing. Firma juga boleh mengkhususkan jenama baharu kerana yakin pasaran mempunyai kehendak dan keperluan yang berbeza.
4
Secara kesimpulannya, terdapat dua perspektif yang boleh digunakan dalam membincangkan faktor atau kriteria pemilihan pembentukan usahaniaga baharu;
iaitu mengikut perspektif mikro dan makro. Bagi perspektif mikro, ianya merujuk kepada aspek pemilihan rakan niaga baharu dalam usaha untuk membentuk sesebuah firma baharu; di mana ahli-ahlinya yang terdiri daripada pengasas atau pengasas-pengasas membuat keputusan bersama untuk menjalankan sebuah perniagaan bagi matlamat yang ingin dicapai. Perspektif makro pula menjurus kepada strategi pengembangan perniagaan di mana pemilihan rakan niaga baharu adalah salah satu bentuk strategi yang digunakan oleh usaha niaga baharu tersebut.