• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOC Welcome - Official Portal of Universiti Kebangsaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DOC Welcome - Official Portal of Universiti Kebangsaan Malaysia"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMI Kuliah 3

KUMPULAN KLASIK (Pengasas awal) - Pengenalan

- Apakah latarbelakang kumpulan?

- Apakah doktrin utama kumpulan?

- Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?

- Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada masanya?

- Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan?

Apakah kelemahannya?

- Pengasas awal

- Sir Dudley North - Richard Cantillon - David Hume

MATLAMAT

Di dalam kuliah ini, pelajar seharusnya boleh memahami pandangan menyeluruh kumpulan klasikal.

OBJEKTIF

Setelah megikuti kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan perkara- perkara berikut:

- Ciri-ciri asas ekonomi Klasik

- Golongan yang mendapat kebaikan dari sistem - Kebaikan, kesesuaian dan kelemahan sistem

- Sumbangan pemikiran pengasas awal ekonomi Klasik.

(2)

Pengenalan

- Bermula pada 1776 selepas penerbitan “Wealth of Nation” dan berakhir pada 1871 selepas teori klasik baru timbul.

Apakah latarbelakang kumpulan?

- Pandangan umum kumpulan pemikiran Klasik berkaitan dengan revolusi saintifik dan revolusi perindustrian.

- Revolusi sains

- Revolusi sains dikaitkan dengan Newton yang mempelopori teori graviti.

F = G(M1M2)/r2

- memberi impak kepada idea kumpulan klasik. Sistem ekonomi perlu berjalan secara harmoni tanpa gangguan dan dengan itu idea `laisses-faire’ adalah merupakan perjalanan sosial yang paling ideal.

- Kesan dari pemikiran Newton dalam teori ekonomi membawa kepada kepercayaan bahawa orang ramai adalah bebas untuk mengikut undang-undang semula jadi yang menekankan kepada prinsip mementingkan diri sendiri.

Dari itu menerima bunga tidak lagi dianggap berdosa malahan bunga, sewa dan keuntungan adalah dianggap pulangan (rewards) bagi penggunaan secara produktif kekayaan yang dimiliki seseorang.

- Revolusi perindustrian

- bermula dalam tahun 1776 dan berkembang pesat selepas itu.

- Menjelang tahun 1776 England sebagai negara termaju dan berkuasa di dunia menerima manfaat yang banyak dari perdagangan bebas antarabangsa. Apabila kedudukan ekonomi usahawan Inggeris menjadi semakin teguh, mereka tidak lagi perlu bergantung kepada subsidi kerajaan,

keistimewaan monopoli dan perlindungan tarif.

- Apabila bilangan usahawan semakin bertambah ramai, perniagaan bentuk monopoli makin sukar untuk

(3)

meningkat, maka harga barangan menjadi semakin

berpatutan dan kualiti barangan menjadi semakin baik dan terjamin.

- Pada zaman awal klasik dan sebelumnya, buruh mendapat perlindungan dan menerima upah yang agak tinggi. Walau bagaimanapun peraturan perlindungan kadang kala lebih memihak kepada majikan. Selepas itu , telah muncul tenaga buruh yang bebas bergerak dan bayaran upah yang

rendah. Tingkat upah yang rendah ditentukan oleh mekanisma pasaran dan tidak lagi memerlukan kawalan (campur tangan) kerajaan. Buruh yang banyak berhijrah dari negeri/negara lain di Eropah dan juga disebabkan kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.

Selain itu penawaran buruh juga datangnya dari industri kraf tangan yg aktivitinya semakin malap disebabkan kemajuan teknologi yg semakin meningkat. Oleh itu konsep laissez faire mudah diterima pada masa itu.

- Undang-undang kanun tanah telah mengalakkan hak milik persendirian dan aktiviti pertanian berskala besar dan berintensifkan modal yang meningkatkan produktiviti tanah dan buruh. Selain wujudnya pemilik tanah (landlords) yg kaya raya, rakyat yang miskin akan menjadi buruh upahan di ladang-ladang dan kilang.

- Keadaan pada masa itu meyebabkan upah rendah yang ditentukan oleh pasaran dapat dijalankan dan ini telah menguntungkan lagi pihak majikan yang terlibat dalam perusahaan. Didapati sukar bagi buruh untuk mendapatkan peraturan upah minimum.

Apakah doktrin utama kumpulan?

- Penglibatan minimum kerajaan

- Pasaran bebas adalah paling baik dan ekonomi guna tenaga penuh dan keputusan pengeluaran, pertukaran dan agihan dapat dicapai tanpa campur tangan kerajaan. Peranan kerajaan adalah diperingkat minimum iaitu dari segi menjalankan undang-undang menjaga hak harta,

pertahanan negara dan memberi pendidikan awam.

- kelakuan agen ekonomi menjaga kepentingan diri sendiri.

(4)

- Kelakuan penting diri sendiri adalah asas semula jadi manusia.

Pengeluar: maksimum keuntungan Pekerja: mendapat upah

Pembeli: memaksimum kepuasan

- Minat harmoni. Ahli ekonomi klasik (melainkan Ricardo) menekankan kepada minat harmoni semulajadi dalam ekonomi pasar. Dengan mengejar minat individu sendiri, orang ramai dapat memenuhi kepentingan masyarakat.

- kepentingan semua sumber dan aktiviti ekonomi sebagai penyumbang kekayaan negara. Semua sumber ekonomi: tanah, buruh, modal dan keusahawanan penting. Semua aktiviti ekonomi: pertanian, perdagangan, pengeluaran, perdagangan antarabangsa (pertukaran) adalah penting.

- undang-undang ekonomi. Kumpulan Klasik telah memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi dengan memfokus kepada analisis teori secara ekpilisit. Antara contoh: teori faedah berbanding, hukum pulangan semakin berkurangan, teori penduduk Malthus, teori pasaran (Say’s law), teori sewa Ricardo, teori kuantiti wang dan teori nilai buruh.

Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?

- Manfaat kepada semua orang. Contoh: peniaga, pedagang, usahawan, industrialis, pemilik dan pengurus perniagaan mendapat manfaat

kebendaan kerana idea klasik mempromosikan iklim politik, sosial dan ekonomi keuntungan.

- Pekerja juga menerima manfaat daripada kemajuan perindustrian.

Walaupun terpaksa bekerja dengan masa yang lama dan upah yang agak rendah, kemajuan perindustrian dan teknologi telah banyak membantu daripada segi guna tenaga.

(5)

Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada masanya?

- menolak kekangan yang wujud semasa Merkantalis dan Fisiokrasi dan saki bagi puak feudal dan menolak campur tangan kerajaan dan kerajaan yang korup.

- faedah adalah pulangan bagi mereka yang berusaha keras

- proses perindustrian telah banyak memberi manafaat kepada semua lapisan masyarakat

- keuntungan membuka peluang pelaburan dalam bidang pertanian atau perindustrian

- meningkatkan aktiviti pertukaran di pasaran di kalangan petani/peladang - meningkatkan lagi sektor aktiviti kewangan

- mempromosi buruh bandar melalui aktiviti pengeluaran, komersial dan perdagangan antarabangsa.

Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan? Apakah kelemahannya?

- Sumbangannya

- Sumbangan kumpulan Klasik melebihi kumpulan Merkantalis dan kumpulan Fisiokrasi.

- Banyak konsep atau hukum ekonomi menjadi sumber pengajaran dalam buku teks. Antaranya:

- hukum pulangan berkurangan - hukum faedah berbanding

- pendapat yang mengatakan pengguna adalah raja - kepentingan pengumpulan modal dalam pertumbuhan

ekonomi

- pasar sebagai penyelaras kepentingan individu dan masyarakat.

(6)

- Kelemahan idea kumpulam Klasik.

- Pasaran bebas tidak dapat meyelesaikan masalah tertentu seperti kemelesetan, inflasi, monopoli, monopsoni, kesan luaran

(externalities) dan penawaran barangan awam. Dalam hal ini perlu campur tangan kerajaan.

- Terdapat beberapa ramalan (teori ) Klasik yg tidak begitu tepat dengan pendapat masa kini. Contoh: gagal mengambil kira peranan teknologi dalam pertumbuhan ekonomi.

- Pengasas awal

- Sir Dudley North

- 1641-1691

- penerbitannya “Discourse upon Trade” ditulis tanpa nama.

- menegaskan bahawa perdagangan bukannya memberi kebaikan sebelah pihak sahaja, tetapi kedua-dua belah pihak. Tujuannya bukan untuk mengumpul wang tetapi sebagai pertukaran lebihan antara Negara.

- menolak idea bahawa kekayaan diukur dalam bentuk pengumpulan harta logam. Kekayaan lebih kepada perniagaan dan pengumpulan/pelaburan modal. Wang hanya sebagai alat pertukaran

- tidak berpendapat lasses-faire sebagai cara mencapai kebaikan daripada perdagangan dalam Negara dan

antarabangsa. Terdapat pihak yang mengambil kesempatan memenuhi impian mereka atas nama kesejahteraan

bersama.

(7)

- tidak bersetuju dengan konsep merkantalis bahawa peperangan dan penjajahan mengkayakan sesebuah Negara, sebaliknya perbelanjaan peperangan, pembayaran luaran (seperti subsidi perang kepada negara sekutu) memiskinkan Negara.

- Richard Cantillon

- 1680?-1734, ahli kewangan yang berjaya tetapi mati dibunuh.

- bukunya “Essai sur la nature du commerce en general”

1730-1734.

- menggunakan istilah usahawan dan menekankan peranannya dalam ekonomi

- peniaga menanggung kos perniagaan dengan jangkaan menerima pulangan yang berisiko.

- membentuk teori nilai dan harga, peranan tanah dan buruh, permintaan dan penawaran. Menjelaskan nilai intrinsik sesuatu barang dan penentuan harga dalam pasaran - menganaslisi kadar bunga sebagai ganjaran mengambil

risiko pinjaman. Menegaskan peranan pinjaman dan pelaburan, penciptaan kredit

- menumpukan kepada produktiviti guna tenaga

- tidak suka rahib lebih daripada golongan bangsawan

- menyatakan penemuan dan perlombongan emas dan perak akan menyebabkan harga domestik, sewa dan upah

meningkat . peningkatan kos menyebabkan import meningkat dan mengurangkan aliran masuk wang dalam Negara. Begitu juga bila lebihan eksport berlaku, aliran wang dalam Negara mengkayakan pedagang dan usahawan dan meningkatkan pekerjaan. Seterusnya kekayaan perniagaan bertambah dan penggunaan dan harga meningkat. Import barang mewah juga meningkat dan akhirnya menyebabkan lebihan eksport berkurangan.

- tidak menjelaskan keseimbangan dalam ekonomi

(8)

- David Hume

- 1711-1776. Kawan kepada Adam Smith.

- sumbangan utama- “price specie-flow mechanism”

- andaian keseimbangan

- Jika ekonomi bergerak jauh daripada keseimbangan, beberapa kejadian akan berlaku untuk mengembalikannya

- Dalam perdagangan antarabangsa, beliau mengatakan jika kadar pertukaran antara Negara bebas bergerak, ketakseimbangan dalam perdagangan antarabangsa akan diperbetulkan semula. Mekasnima harga kadar pertukaran

- berpendapat bahawa perdagangan antarabangsa adalah

“positive sum game” bukannya “zero sum game”

- menyedari konsep keanjalan permintaan, tetapi tidak menyedari konsep ketakanjalan permintaan juga boleh berlaku.

- tidak sependapat dengan idea fisiokratik yang mengatakan cukai keatas pekerja akan dipindahkan kepada tuan tanah dalam bentuk upah tinggi dan sewa rendah. Beliau

berpendapat upah pekerja bergantung kepada permintaan dan penawaran, bukannya cukai ke atas pekerja.

Referensi

Dokumen terkait

Menggalakkan guru-guru untuk mengaplikasikan pendekatan inkuiri penemuan dan penerokaan terbuka dalam pdpc yang dapat memberi murid peluang untuk mengaplikasikan dan

Min Kemahiran ‘Employability’ Keseluruhan Kemahiran Frekuensi f Min Sisihan Piawai SP Asas 107 4.19 .56 Berfikir 107 4.56 .37 Sumber 107 4.45 .54 Informasional 107 3.87 .89

4 METOD KAJIAN Fasa pertama kajian ini akan dimulakan dengan mengumpul data teks yang terdapat di Twitter.Fasa kedua merupakan fasa pra-pemprosesan iaitu fasa yang akan mengeluarkan

Page 1 of 11 Date Policy Introduced 2005 Date of Review 2009 Date of Next Review 2012 Contact Office Office of Deputy Vice-Chancellor Research and Innovation Related legislation