Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Durian tempatan tetap jadi pilihan
FIRMAN Mohd. Safei menunjukkan durian tempatan yang dijual di gerai jualannya di Jalan Seremban-Jelebu dekat Ampangan, Seremban hari ini.
Oleh NOR SHAFAWATI YUP 18 Jun 2022, 6:55 pm
SEREMBAN: Bagaikan pesta durian, begitulah yang boleh dilihat di Jalan Seremban-Jelebu dekat Ampangan di sini apabila banyak gerai dan lori yang menjual ‘raja buah’ itu ketika ini.
Durian tempatan gred tinggi dan segar seperti ioi, udang merah dan D24 antara yang ditawarkan kepada orang ramai dan mendapat sambutan walaupun diakui peniaga-peniaga tersebut terdapat peningkatan harga berbanding sebelumnya.
Seorang peniaga durian, Firman Mohd. Safei, 40, berkata, ramai pelanggan datang dari Seremban dan kawasan luar untuk menikmati durian tempatan pelbagai jenis dan gred.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
“Walaupun harga durian tempatan sedikit tinggi tetapi permintaan tetap ada malah jualan durian di gerai saya boleh mencecah 500 kilogram sehari terutama pada hujung minggu.
“Terdapat pelbagai jenis durian yang boleh dipilih oleh pelanggan termasuk durian kampung, kahwin, D24, udang merah, ioi dan teka,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini hari ini.
Menurut Firman, bekalan durian itu diperoleh daripada pembekal dari Johor setiap hari dan isinya dijamin baik.
Katanya, durian kampung dijual pada harga RM8 hingga RM10 sekilogram, durian kahwin dan D24 (RM18 sekilogram), udang merah dan ioi (RM18 hingga RM25 sekilogram).
“Berbanding durian import dari Thailand, durian tempatan semangnya tiada tandingan isinya lebih sedap dan segar, kami beri jaminan hanya menjual isi yang baik atau pelanggan boleh pulangkan semula.
“Selain itu, orang ramai boleh membeli durian kampung secara longgok dengan isi terbaik,”
katanya yang menawarkan harga mampu milik supaya semua orang boleh menikmati raja buah itu pada musimnya ketika ini.