• Tidak ada hasil yang ditemukan

Larangan rentas daerah punca harga durian meningkat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Larangan rentas daerah punca harga durian meningkat"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Larangan rentas daerah punca harga durian meningkat

Noor Atiqah Sulaiman - Julai 4, 2021 @ 7:51pm [email protected]

Larangan rentas daerah dikatakan punca durian mahal. Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Larangan rentas daerah dan negeri, antara alasan penjual mengenai kenaikan harga durian ketika ini.

Tinjauan BH di beberapa lokasi yang menjual durian di sini, mendapati harga durian jenis kampung dan kahwin dijual antara RM10 hingga RM18 sekilogram.

Berbeza pula dengan durian yang dikategorikan sebagai premium seperti jenis Musang King, Black Thorn (Duri Hitam), Udang Merah atau D24, harganya mencecah RM80 sekilogram.

Pembeli, Azlimi Ayub @ Abdullah, 40, berkata disebabkan harga durian yang mahal, dia terpaksa meninjau harga durian di beberapa tempat terlebih dahulu sebelum membelinya.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Disebabkan durian tidak ada harga tetap, kita terpaksa tengok dahulu harga durian di beberapa tempat. Murah baru beli.

"Paling murah pun harga durian jenis kampung yang saya jumpa antara RM10 hingga RM18 sekilogram. Bagi durian yang mempunyai gred lebih tinggi seperti Musang King, Udang Merah atau D24, paling murah pun RM30 hingga RM60 sekilogram.

"Jadi kena fikir banyak kali sebelum beli. Jika harganya terlampau tinggi, terutama ketika musim pandemik ini, duit yang ada itu lebih baik beli barang dapur," katanya kepada BH, hari ini.

Azlimi berkata, dia juga sempat bertanyakan kepada penjual mengenai kenaikan harga durian pada kali ini dan rata-rata penjual memberikan alasan bahawa walaupun bekalan raja buah itu banyak, ia sukar dibawa masuk kerana tidak boleh rentas daerah dan negeri.

Seorang lagi pembeli, Ahmad Kamal Abdul Jalil, 55, berkata ada peniaga memaklumkan harga durian yang diambil pemborong sudah mahal sebelum dapat dijual kepada pembeli.

"Kebanyakan peniaga ambil bekalan daripada orang lain dan harga yang dijual kepada mereka juga sudah mahal. Namun saya berpendapat sepatutnya harga durian perlu lebih murah kerana ia buah tempatan dan ditanam di negara kita sendiri," katanya.

Referensi

Dokumen terkait