• Tidak ada hasil yang ditemukan

e-Journal of Media & Society

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "e-Journal of Media & Society"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

e-Journal of Media & Society

Volume 6 No. 2 | Year: 2023 | e-ISSN: 2682-9193

Received: 3 Mac 2023 Revised: 2 May 2023 Accepted: 20 June 2023 Published: 31 July 2023

Media Massa: Kesesuaian dan Keberkesanannya Dalam Membentuk Sahsiah Diri Belia Ke Arah Menjadi Modal Insan Berkualiti Mass Media: Suitability and Efficacy in Shaping Youth's Personality

Towards Becoming Quality Human Capital

*Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir & Mohammad Nurhafiz Hassim Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah, Melaka

*Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir Faculty of Communication and Media Studies University Teknologi MARA Cawangan Melaka email: [email protected]

Mohammad Nurhafiz Hassim

Faculty of Communication and Media Studies University Teknologi MARA Cawangan Melaka email: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesesuaian dan keberkesanan Media Massa dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti. Metodologi kertas konsep ini adalah berdasarkan rujukan dan tinjauan ke atas data sekunder melibatkan buku, makalah dan artikel yang diterbitkan di dalam jurnal, surat khabar serta maklumat di dalam Internet yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan dan kelebihan Media Massa, belia di Malaysia serta modal insan berkualiti. Dapatan kajian ini memperlihatkan terdapat satu jenis Media Massa yang bersesuaian dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti iaitu melalui penggunaan media sosial. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kelebihan dan keistimewaan yang ada pada media sosial, penggunaannya yang tinggi dalam kalangan belia di samping memenuhi segala keperluan yang diperlukan oleh belia dalam kehidupan seharian mereka.

Kata Kunci: Media Massa, Kesesuaian, Keberkesanan, Belia, Modal Insan

(2)

ABSTRACT

This study aims to explore the suitability and efficacy of Mass Media in shaping the personality of the youth towards becoming quality human capital. The methodology of this concept paper is based on the references on secondary data involving books, papers and articles published in journals, newspapers and information on the Internet that discuss matters related to the privileges and advantages of Mass Media, youth in Malaysia and human capital. The findings of this study show that there is one type of Mass Media that is appropriate and effective in shaping the personality of the youth towards becoming quality human capital, which is through the use of social media. This is due to several factors such as the advantages and benefits of social media, youth's extensive use of social media as well as social media satisfies every need that youth's have in their daily lives.

Keywords: Mass Media, Suitability, Efficacy, Youth, Human Capital

PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan bahawa, banyak empayar atau negara maju telah runtuh lantaran generasi yang mewarisinya gagal menjaga ketamadunan yang dicapai kerana mereka mempunyai moral yang rendah (Jamilah & Nur Nasliza Arina, 2017). Golongan belia diletakkan harapan yang besar untuk memikul tanggungjawab mewarisi negara Malaysia yang tercinta ini. Golongan belia dengan segala kekuatan yang ada padanya merangkumi kekuatan fizikal, kekuatan minda, kekuatan semangat, kekuatan daya juang dan ketinggian cita-cita akan menjadi penentu kepada kelangsungan negara dan bangsa Malaysia. Justeru, suara, pandangan dan sumbangan golongan belia dalam segala aspek pembangunan negara adalah sangat penting.

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam membentuk belia menjadi modal insan yang berkualiti dan salah satu daripadanya adalah menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

TN50 adalah bertujuan untuk membentuk identiti nasional yang lebih mantap, moral yang tinggi, progresif dan dinamik, berpendirian teguh, berintegriti serta amanah dalam diri belia di Malaysia. TN50 memfokus kepada lima tema utama yang menjadi aspirasi belia iaitu tenaga kerja dan pekerjaan, persekitaran hidup, pendidikan, kerajaan dan penjawat awam serta pemikiran dan tingkah laku (Kementerian Penerangan Malaysia, 2017).

Modal insan merujuk kepada individu yang berilmu, berkeyakinan dan mempunyai nilai murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing (Noraini, 2022). Justeru, adalah sangat penting dalam membentuk belia menjadi modal insan yang berkualiti kerana mereka adalah generasi yang bakal memimpin negara di masa hadapan.

Namun, pelbagai masalah sosial yang melibatkan golongan belia pada masa kini sangat membimbangkan. Semua pihak perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menangani masalah sosial melibatkan golongan belia tanpa hanya meletakkan beban penyelesaian kepada kerajaan sahaja (Nurfardlina Izzati, 2022).

Media Massa merujuk kepada saluran, atau mod penghantaran, untuk mesej massa.

Media Massa termasuk surat khabar, video, CD-ROM, komputer, TV, radio, Internet, termasuk e-mel, blog dan pemesejan segera, laman rangkaian sosial (media sosial), penggunaan telefon bimbit dan televisyen digital. Media Massa juga boleh ditakrifkan sebagai teknologi yang

(3)

bertujuan untuk berkomunikasi atau mencapai khalayak massa. Ia adalah alat komunikasi utama bagi orang awam untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Di antara Media Massa yang popular adalah akhbar, radio, televisyen, Internet dan majalah (MyGovernment, 2021;

West dan Turner, 2010).

Media Massa juga merupakan instrumen terpenting yang digunakan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Ia juga sering digunakan dengan tujuan untuk membina persepsi dan tanggapan, dan membentuk sikap masyarakat tentang maklumat yang disampaikan. Media Massa terbukti sebagai perantara terpenting dalam menyampaikan maklumat dan mesej tertentu kepada masyarakat. Kepentingan Media Massa bukan hanya sekadar instrumen dalam menyampaikan maklumat malah lebih daripada itu lagi yakni ia berperanan dalam membentuk pola pemikiran masyarakat (Hazlin Falina, 2016).

Golongan belia merupakan kelompok masyarakat yang banyak bergantung kepada Media Massa dalam mendapatkan sesuatu maklumat lebih-lebih lagi melalui penggunaan media baharu seperti media sosial. Televisyen, radio, dan media cetak telah menjadi sumber bagi belia untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai topik, termasuk berita, hiburan, dan pendidikan. Namun, platform Internet dan media sosial adalah sumber utama golongan belia masa kini (Scarano-Pereira et al., 2023). Platform ini menyediakan akses segera kepada sejumlah besar maklumat dan membolehkan mereka berhubung dan berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia. Maka, kajian ini bertujuan untuk meneroka kesesuaian dan keberkesanan Media Massa dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti ekoran penggunaannya yang tinggi dalam kehidupan seharian belia.

PENYATAAN MASALAH

Media Massa merupakan di antara elemen penting yang mempengaruhi kehidupan masyarakat moden pada masa kini. Media Massa seperti akhbar, majalah, televisyen, radio, Internet mahupun platform digital berperanan penting dalam menyediakan pelbagai maklumat, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Banyak kajian telah menekankan kelebihan Media Massa dalam pelbagai domain, termasuk dari segi penyebaran maklumat, pendidikan awam, dan pengaruh sosial. Salah satu kelebihan utama Media Massa adalah keupayaannya untuk mencapai khalayak yang besar dengan cepat. Ini dapat dimanfaatkan ketika waktu semasa kecemasan atau kempen kesihatan awam. Selain itu, Media Massa bertindak dengan cepat dan cekap dalam menghantar maklumat kepada pelbagai individu, dan membolehkan mereka untuk terus dimaklumkan serta membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi (Aggarwal et al., 1998).

Media Massa telah menjadi pemangkin perubahan sosial dan kesedaran mengenai pelbagai isu masyarakat. Melalui penceritaan yang menarik, kewartawanan penyiasatan, dan dokumentari, Media Massa telah mendedahkan masalah seperti kemiskinan, pelanggaran hak asasi manusia, dan kebimbangan alam sekitar. Pelbagai kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Media Massa dapat meningkatkan kesedaran dan menyebarkan maklumat penting seperti maklumat yang berbentuk kesihatan kepada masyarakat umum.

Manurut Getu et al., (2022), Media Massa merupakan alat yang cekap dalam meningkatkan literasi kesihatan. Penyebaran maklumat kesihatan melalui radio, televisyen, dan Internet telah

(4)

terbukti menjadi alat yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan individu dan awam (Shakeel et al., 2017; Cvijovic et al., 2016).

Selain itu, Media Massa mempunyai peranan penting dalam memperkukuhkan identiti budaya dan masyarakat dengan menyumbang kepada pertukaran budaya dan pemahaman antara kumpulan, menghubungkan masyarakat dengan pelbagai ungkapan seni dan budaya (Galustyan et al., 2019). Melalui rancangan televisyen, filem, muzik, dan program berita, masyarakat terdedah kepada warisan budaya dan tradisi mereka, serta peningkatan pemahaman kolektif mengenai sesuatu perkara berkepentingan dan berharga. Menurut Hall (2011), kehidupan pada zaman moden ini, akan menyaksikan masyarakat akan berterusan mengalami perubahan budaya yang pesat disebabkan globalisasi. Nilai-nilai budaya sering diturunkan dari generasi ke generasi, dan Media Massa memastikan kesinambungan dan relevansi mereka pada zaman moden. Sebagai contoh, cuti kebangsaan, upacara keagamaan, dan perayaan yang banyak dibincangkan di media. Media Massa memupuk rasa perpaduan dan identiti bersama dengan meraikan nilai-nilai budaya, mengukuhkan ikatan antara individu dan akar budaya mereka (Sawyer, 2011).

Menurut Noradilah et al. (2018), Media Massa menyediakan ruang informasi yang dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat di samping sebagai ruang budaya di mana watak dan peristiwa cuba digambarkan dengan tepat. Sohana (2016) menyatakan, Media Massa juga mampu mengubah gaya hidup masyarakat. Contohnya, mengubah hidup masyarakat ke arah yang lebih positif seperti memupuk sikap minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Dari semasa ke semasa, Media Massa telah berkembang daripada bentuk tradisional seperti televisyen, radio, dan media cetak ke platform digital, termasuklah media sosial, perkhidmatan penyiaran dalam talian serta laman berita dalam talian. Platform media ini menyediakan akses segera kepada sejumlah besar maklumat dan membolehkan mereka berhubung dan berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia.

Media Massa ini telah menembusi dalam kehidupan masyarakat, terutamanya golongan belia dengan menawarkan aliran maklumat, hiburan, dan interaksi sosial yang berterusan.

Golongan belia ini dikatakan memainkan peranan utama dalam menjana pembangunan negara dari aspek ekonomi, sosial mahupun politik dan seterusnya membawa negara ke arah yang lebih maju (Gan Pei Shan dan Noor Sulastry Yurni, 2017). Maka, adalah penting untuk melihat sejauh manakah kesesuaian dan keberkesanan Media Massa dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti. Ini kerana menjadi satu kerugian jika kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Media Massa tidak digunakan dengan sebaiknya. Tambahan lagi, penggunaan Media Massa yang tinggi dalam kalangan belia memperlihatkan kebergantungan mereka menggunakannya dalam kehidupan seharian yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku.

(5)

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kertas konsep ini adalah berdasarkan rujukan dan tinjauan ke atas data sekunder yakni merujuk kepada sesuatu bahan rujukan yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain.

Bahan rujukan yang dimaksudkan adalah melibatkan buku, makalah dan artikel yang diterbitkan di dalam jurnal, surat khabar serta maklumat di dalam Internet yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan dan kelebihan Media Massa, belia di Malaysia serta modal insan berkualiti.

PERBINCANGAN

Golongan belia merupakan kelompok masyarakat yang banyak bergantung kepada media massa dalam mendapatkan sesuatu maklumat lebih-lebih lagi melalui penggunaan media baharu seperti media sosial. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa, Media Massa dapat mempengaruhi tingkah laku masyarakat khususnya golongan belia (Juliana dan Nur ‘Aainaa, 2012; Wan Norina, 2013; Abdul Munir, 2016; Sohana, 2016; Noradilah et al., 2018; Jamilah dan Nur Nasliza Arina, 2018; Gan Pei Shan dan Noor Sulastry Yurni, 2017; Filyntiana, 2020;

Nur Ellyanis dan Junaidi, 2020; Toha Makhshun dan Khalilurrahman, 2018; Mohd Fadhil dan Mardzelah, 2021; Anita et al., 2021; Nurul Hidayah et al., 2021).

Media Massa merupakan medium yang dapat merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat dalam semua aspek kehidupan manusia. Ia juga berfungsi dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya.

Kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui pelbagai Media Massa seperti televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit dan Internet. Media Massa bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi mendapatkan hiburan dan pengetahuan, malah ia juga mampu mencorakkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasa kendiri individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya (Nurul Hidayah et al., 2021).

Hasil penelitian terhadap pelbagai data sekunder yang dirujuk, didapati bahawa, terdapat satu jenis Media Massa yang bersesuaian dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti iaitu melalui penggunaan media sosial. Platform media sosial dilihat paling sesuai dan berkesan disebabkan oleh faktor perkembangan teknologi masa kini yang melihat kebergantungan masyarakat terhadap media sosial di samping pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang ada pada media sosial itu sendiri.

Kesesuaian dan Keberkesanan Media Sosial

Penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia mencatat peningkatan saban tahun dengan anggaran purata penggunaannya adalah mencecah sehingga enam jam sehari atau bersamaan 42 jam seminggu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Data Reportal, jumlah pengguna media sosial di Malaysia pada Januari 2023 dianggarkan seramai 26.8 juta.

Empat jenis media sosial yang memperlihatkan penggunaan yang tinggi adalah Youtube iaitu sebanyak 25.9 juta pengguna, diikuti dengan Facebook sebanyak 20.25 juta pengguna, diikuti TikTok 19.3 juta pengguna dan Instagram sebanyak 13.9 juta pengguna (Mohd Ridzauddin dan Muhammad Najieb, 2023).

(6)

Hasil penelitian mendapati, media sosial sangat sesuai dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti adalah disebabkan keistimewaan dan kelebihan yang ada padanya. Media sosial merupakan aplikasi alaf baharu yang bersifat interaktif di mana ia dibekalkan dengan elemen grafik, bunyi dan video menarik. Maka, tidak hairanlah kenapa media sosial semakin mendapat tempat dalam kalangan belia kerana pelbagai kelebihan dan keistimewaannya seperti mendedahkan belia dengan persekitaran yang kaya media, saluran berkongsi maklumat yang cepat, mudah mencari kenalan baharu dan berfungsi sebagai alat berkomunikasi melalui peranti pintar dilengkapi dengan kemudahan Internet.

Dalam erti kata yang lain, semuanya menjadi mudah melalui penggunaan media sosial (Akmar Hayati, 2021)

Menurut Leonard (2016) dan Hudson et al (2015), media sosial merupakan platform masa kini yang sangat disenangi oleh semua penggunanya. Ini kerana, media sosial adalah lebih interaktif jika dibandingkan dengan bentuk media massa tradisional yang lain seperti radio dan televisyen. Ia merupakan saluran komunikasi digital yang membolehkan pengguna berkongsi pelbagai maklumat, berinteraksi dengan segera, berkomunikasi secara dua hala dan penghantaran mesej yang cepat ke ramai orang dalam masa yang sama.

Manakala, Ziani (2015) dan Rahim & Hanafi (2018) menjelaskan, media sosial berfungsi sebagai medium untuk pemindahan maklumat yakni media sosial boleh digunakan sebagai satu usaha untuk menyambung idea-idea tertentu. Dalam konteks membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan yang berkualiti, media sosial boleh digunakan dalam menyebarkan idea, maklumat dan perihal seperti kepentingan dan kewajipan menjaga adab dan moral dalam kehidupan, kepentingan menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab, kepentingan pendidikan sepanjang hayat dan pelbagai lagi idea yang berkaitan. Selain itu, mereka juga menegaskan, media sosial merupakan platform popular dalam mendapatkan sesuatu maklumat di mana masyarakat khususnya belia memperolehi maklumat yang mereka inginkan di media sosial. Melihat kepada situasi ini, pihak yang berwajib boleh menggunakan media sosial untuk menyebarkan pelbagai maklumat berguna dalam usaha membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti melalui penyampaian secara kreatif dan menarik sesuai dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada media sosial itu sendiri.

Video, poster dan kapsyen yang menarik dan kreatif akan dapat menarik minat belia untuk melihat maklumat tersebut.

Selain itu, dalam menggunakan media sosial untuk membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan yang berkualiti, adalah perlu dielakkan untuk memasukkan elemen hiburan yang berlebihan supaya ia tidak menghilangkan fokus belia terhadap mesej utama yang ingin disampaikan. Ini kerana, lumrah belia yang sangat menyukai elemen berbentuk hiburan dan ia sememangnya akan melekakan dan menyebabkan mereka hilang fokus terhadap perkara yang lebih penting. Di samping itu, adalah penting untuk semua pihak terutamanya pihak berwajib untuk menyekat bahan dan video yang tidak bermoral yang terdapat di media sosial.

Ini sedikit sebanyak akan dapat mempengaruhi belia ke arah menjadi individu yang tidak bermoral ekoran daripada terpengaruh dengan paparan tersebut. Kajian telah membuktikan, video yang tidak bermoral ini dapat merosakkan akhlak dan moral masyarakat lebih-lebih

(7)

kepada golongan pelajar dan belia (Fazlinda dan Muhamad, 2018; Mohd Fadhil dan Mardzelah, 2021).

Berdasarkan statistik terkini, Youtube, Facebook, TikTok dan Instagram adalah merupakan media sosial yang paling banyak digunakan oleh belia pada masa kini. Dengan itu, adalah penting untuk memfokuskan penyampaian idea dan maklumat yang boleh membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti melalui platform sosial ini kerana ia mampu menjangkau belia yang ramai (Mohd Ridzauddin dan Muhammad Najieb, 2023).

Kajian yang dijalankan oleh Jamilah dan Nur Nasliza Arina (2018) mendapati, terdapat empat jenis media massa yang bersesuaian dalam menerap dan memperkasakan nilai murni dalam kalangan belia menuju mentaliti kelas pertama. Berada di kedudukan pertama dalam senarai media massa tersebut adalah media sosial, kedua, televisyen swasta, ketiga, akhbar (online), dan keempat, radio swasta.

Akmar Hayati (2021) menegaskan, penggunaan media sosial adalah merupakan satu kehendak yang dapat memenuhi keperluan belia. Banyak pengkaji menegaskan bahawa keperluan adalah kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia meliputi keperluan kognitif, perasaan, peribadi, sosial dan keperluan melepaskan perasaan. Manakala, kehendak pula merujuk kepada pelengkap kepada keperluan yang menjadikan hidup manusia lebih selesa. Keperluan dan kehendak adalah dua faktor yang saling berkaitan. Seperti insan yang lain, belia juga mempunyai keperluan yang ingin dipenuhi dan perlu diberi perhatian.

Selain itu, Akmar Hayati (2021) juga menjelaskan, terdapat lima keperluan yang ingin dipenuhi oleh belia. Keperluan pertama adalah keperluan kognitif yang berkaitan dengan keinginan mendapatkan maklumat, pengetahuan dan pemahaman. Keperluan kedua pula adalah keperluan perasaan (afektif) membabitkan keperluan mendapatkan hiburan. Keperluan ketiga adalah keperluan peribadi yang melibatkan pembangunan identiti. Keperluan keempat adalah keperluan sosial membabitkan tindakan membangun dan mengekalkan hubungan sosial individu dengan individu lain dan terakhir adalah keperluan kelima melibatkan belia memilih media sosial sebagai tempat melepaskan tekanan perasaan dan keinginan untuk mengubati kesunyian. Kesemua keperluan yang diperlukan oleh belia dapat dipenuhi melalui penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ini, adalah tepat untuk menggunakan media sosial dalam usaha membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi modal insan berkualiti kerana ia sejajar dengan keperluan belia yang menjadikan media sosial sebagai platform rujukan dalam pembentukan identiti mereka. Melalui penyampaian idea dan maklumat berguna dalam media sosial yang berkaitan dengan sahsiah diri seperti nilai murni yang harus dipegang dan identiti nasional sebagai warga Malaysia, ia sudah semestinya dapat mempengaruhi pembentukan identiti belia ke arah menjadi modal insan yang berkualiti.

(8)

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan bahawa, media massa melalui penggunaan media sosial adalah platform yang bersesuaian dalam usaha membentuk sahsiah diri belia menjadi modal insan yang berkualiti. Namun, harus juga diberikan perhatian akan potensi media sosial yang dapat memberikan impak negatif kepada belia jika maklumat dan idea yang disampaikan adalah mengelirukan, kurang jelas dan kurang bersesuaian di samping penyalahgunaannya dalam kalangan belia sendiri. Oleh kerana media massa terus memberikan pengaruh kepada belia, adalah penting bagi individu untuk mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk menganalisis dan menilai mesej media secara kritikal. Literasi Media telah muncul sebagai cara untuk mengajar individu, terutamanya belia, bagaimana untuk memahami, menganalisis, dan menilai pengiklanan dan mesej Media Massa lain untuk memproses secara aktif dan terlibat secara kritikal dengan kandungan di Media Massa (Absari et al., 2020; Içen, 2020). Ia menggalakkan individu untuk berfikir secara kritis mengenai motif di sebalik mesej yang disampaikan dan kesan yang berpotensi terhadap sikap, tingkah laku, dan pilihan mereka.

Dengan membangunkan kemahiran membaca dan menulis, individu boleh menjadi peserta aktif dalam penggunaan Media Massa dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dipilih mereka untuk digunakan (Xu et al., 2022).

*PENULIS KORESPONDEN

Dr. Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Alor Gajah, Cawangan Melaka. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel [email protected].

(9)

RUJUKAN

Aggarwal, P., Cha, T., & Wilemon, D. (1998). Barriers to the adoption of really‐new products and the role of surrogate buyers. Journal of Consumer Marketing, 15(4), 358-371.

https://doi.org/10.1108/07363769810226000.

Akmar Hayati, A.G. (2021, Januari 7). Pengguna setia media sosial. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/WM/2021/01/661173/pengguna-setia-media-sosial Anita, I., Farah, L.M., dan Sakinah, A. (2021). Penggunaan media sosial dan kesejahteraan

penggunaan menurut Islam. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Khamis, 9 September 2021, Universiti Sains Islam Malaysia.

Cvijovic, J., Kostic-Stankovic, M., Krstic, G., & Stojanovic, L. (2016). Marketing communication in the area of breast and cervical cancer prevention. Vojnosanitetski pregled, 73(6), 544-552. https://doi.org/10.2298/vsp141020132c.

Fazlinda, A. H. & Mohammad, S. M. M. (2018). Impak Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Sosial Pelajar Di Kolej Vokasional. Online jurnal for TVET Practitioners 3(1), 27-37.

Filyntiana, T.A., Zurinah, T., Jalaluddin, A.M., dan Ahmad Rizal, M.Y. (2020). Ketagihan penggunaan media sosial terhadap gaya hidup belia. E-Bangi, 17(9), 126-139.

Galustyan, O. V., Vyunova, N. I., Komarova, E. P., Shusharina, E. S., Gamisonija, S. S., &

Sklyarova, O. N. (2019). Formation of media competence of future teachers by means of ICT and mobile technologies. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 13(11), 184-196. https://doi.org/10.3991/ijim.v13i11.11350 Gan, P.S., dan Noor Sulastry, Y. (2017). Pengaruh Media Massa ke atas penglibatan politik

belia Cina. Malaysian Journal of Youth Studies, 16, 163- 189.

Getu, M. A., Abebe, M., Tlaye, K. G., & Goshu, A. T. (2022). Breast self-examination knowledge and its determinants among female students at Addis Ababa University, Ethiopia: An institution-based cross-sectional study. BioMed Research International, 1-9. https://doi.org/10.1155/2022/2870419

Hall, S. (2011). Introduction: Who needs ‘Identity’? Questions of Cultural Identity, 1-17.

https://doi.org/10.4135/9781446221907.n1

Hazlin Falina, R., Wan Amizah, W.M. dan Maizatul, H.M. (2016). Peranan media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan orang kurang upaya di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 32(2), 471-488.

Hudson. S, Huang. L, Roth. M.S & Madden. T.J. (2015). The influence of social media interactions on consumer–brand relationships: A three-country study of brand perceptions and marketing behaviors. International Journal of Research in Marketing, 14, 1-13

Jamilah, A. dan Nur Nasliza Arina, M.M. (2018). Penerapan dan Pemerkasaan Nilai Murni dalam Kalangan Belia Menuju Mentaliti Kelas Pertama. Malaysian Journal of Youth Studies, 19, 168-199. ISSN 2180-1649.

Jamilah Ahmad, Nurzali Ismail & Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir (2017). Belia dan isu jenayah masa kini di Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 16, 49-70. ISSN 2180-1649.

Jamilah Ahmad, Nurzali Ismail & Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir (2017). Statistik penglibatan belia dengan isu jenayah pada masa kini. Malaysian Journal of Youth Studies Weekly Bulletin, Edisi 97: Jun 2017.

(10)

Jamilah Ahmad & Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir. (2016). Amalan 'Budi Bahasa Budaya Kita' melalui Aplikasi Media Sosial. Malaysian Journal of Youth Studies, 14, 167-194.

Juliana, A.W. & Nur ‘Aainaa, Z. (2012). Public Understanding Towards Environmental Issues:

A Study On Malaysian Television Audience. In A. Hamidah, A.H., Azman, A.A., Jamilah, A. & Nik Norma, N.H. (Eds.), Communication and Environment:

Sustainability and Risks (pp. 136-162). Penang: Penerbit USM.

Kementerian Penerangan Malaysia. (2017). Pastikan Generasi Muda Dinamik

Warisi Negara. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis- akhbar/23785-pastikan-generasi-muda-dinamik-warisi-negara.html

Leonard. A.PS. 2016. Penggunaan Media Sosial Sebagai Eksistensi Diri (Studi Deskriptif Kualitatif Penggunaan Media Sosial Untuk Eksistensi Diri Pada Mahasiswa Fisip UNS Tahun Ajaran 2015/2016). Tesis sarjana Universitas Sebelas Maret. Surakarata.

MyGovernment (2021). Media Massa. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30054 Noradilah, A.W., Mohd Sani, I., dan Rossidi, U. (2018). Kandungan bahan dalam Media Massa

yang menarik minat pelajar: Kajian di SMK Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Asian People Journal (APJ), 1(2), 84-91.

Nur Ellyanis, M.B., dan Junaid, A.B. (2020). Pengaruh media terhadap sokongan kepada parti politik di Malaysia. E-Bangi, 17(5), 62-80.

Nurfardlina Izzati, M. (2022, Oktober 1). Tangani masalah sosial secara bersama. Sinar Harian Online. https://www.sinarharian.com.my/article/223780/berita/nasional/tangani- masalah-sosial-secara-bersama

Nurul Hidayah, A., Mohd Khairul, A.I., Nor Asmira, M.J., Zanirah, M., dan Mustafa Zurkarnain, Y. (2021). Impak media sosial terhadap keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar: satu tinjauan awal. Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021).

Mohd Fadhil, A. dan Mardzelah, M. (2021). Pengaruh Media Sosial terhadap penampilan akhlak. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6(42),74-82.

Mohd Ridzauddin, R. dan Muhammad Najieb, A.F. (2023, Julai 12). Rakyat ‘gila’ media sosial,

tengok telefon 6 jam sehari. Kosmo Online.

https://www.kosmo.com.my/2023/07/12/rakyat-gila-media-sosial-tengok-telefon-6- jam-sehari/#google_vignette

Rahim, M. H., & Hanafi, K. (2018). Peranan Media Sosial Sebagai Ruang Awam Oleh Pemimpin Pelajar Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Di Pekanbaru, Riau, Indonesia Dalam Membentuk Gerakan Sosial (The role of social media as a public space among university student leaders in Pekanbaru, Riau, Indonesia in initiating forms of social movements). e-Bangi, 14(3), 261-274.

Sawyer, R. (2011). The Impact of New Social Media on Intercultural Adaptation https://digitalcommons.uri.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1230&context=srhonorspr og

Scarano-Pereira, J., Martinino, A., Manicone, F., Álvarez-García, C., Ortega-Donaire, L., Clavijo-Chamorro, M., López-Medina, I. M., Álvarez-Nieto, C., & Sanz-Martos, S.

(2023). Young nursing and medical students’ knowledge and attitudes towards

(11)

sexuality and contraception in two Spanish universities: An inferential study. BMC Medical Education, 23(1). https://doi.org/10.1186/s12909-023-04255-8

Shakeel, S., Nesar, S., Rahim, N., Iffat, W., Ahmed, H. F., Rizvi, M., & Jamshed, S. Q. (2017).

Utilization and impact of electronic and print media on the patients’ health status:

Physicians’ perspectives. Journal of Pharmacy And Bioallied Sciences, 9(4), 266-271.

https://doi.org/10.4103/jpbs.jpbs_327_16

Sohana, A.H. (2016). Pengaruh Media Massa terhadap perubahan sosial masyarakat. E-Bangi, 1(Special Issue), 214-226.

Toha Makhshun dan Khalilurrahman. (2018). Pengaruh Media Massa dalam kebijakan pendidikan. Ta’dibuna: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 1(1), 57-68.

Wan Norina, W.H., Zaharah, H., Ahmad Fkrudin, M.Y., dan Ahmad Arifin, S. (2013).

Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 1(1), 17-27.

West, R. dan Turner, L.H. (2010). Introducing Communication Theory. New York: McGraw- Hill.

Ziani. A.K. (2015). Using Social Media in the Bahraini 2014 Elections A Study on a Sample of Young People. Journal New Media and Mass Communication, 37, 25-37.

Referensi

Dokumen terkait