• Tidak ada hasil yang ditemukan

Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris ABSTRACT

Kajian dijalankan bertujuan mengetahui tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru prasekolah di Sabah. Tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris sebagai pemboleh ubah bersandar manakala kompetensi guru dan motivasi guru merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen iaitu soal selidik.

Populasi guru prasekolah di Sabah adalah seramai 1326 orang guru, namun hasil dapatan adalah berdasarkan kajian rintis yang dijalankan iaitu melibatkan 120 orang guru prasekolah yang terdiri daripada sekolah daerah Kota Kinabalu. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Hasil dapatan kajian telah mendapati kompetensi guru prasekolah mempunyai hubungan yang positif dan mempunyai hubungan korelasi pada tahap sederhana dengan efikasi guru dalam mengajar Bahasa Inggeris di prasekolah. Manakala motivasi guru juga mempunyai hubungan yang positif dengan efikasi guru prasekolah dan mempunyai hubungan korelasi yang sangat kuat. Kedua- dua pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai pengaruh terhadap efikasi guru apabila kedua- dua dapatan menunjukkan hasil kurang daripada 0.05.

Referensi

Dokumen terkait

a) Dapatan kajian pertama yang dijalankan di sebuah sekolah di Johor mendapati,96.6% bersetuju penggunaan multimedia menarik minat pelajar dalam P&P, 83.3% pelajar mudah

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah menengah daerah Sandakan Sabah.. Kajian

Persoalan kedua kajian ini ialah berkaitan pola kompetensi PdPC bahasa Melayu guru prasekolah pendidikan khas yang mengikut konstruk iaitu dari aspek kemahiran

Dapatan data kajian, mendapati bahawa amalan pendidikan ibu bapa yang bersikap tradisional menjadi halangan dalam pengajaran penerapan APAB kepada murid prasekolah..

Hasil kajian ini hampir serupa dengan kajian yang dijalankan oleh Fadlina (2008) yang mendapati tahap kompetensi guru sekolah rendah dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam

Dapatan kajian menunjukkan (i) skor min kepemimpinan pengajaran dan sikap guru berada pada tahap yang kuat, (ii) analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan

Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi guru MRSM adalah tinggi dan memiliki hubungan yang kuat dengan kepedulian kerja guru.. Seterusnya pengaruh efikasi guru terhadap

Hasil dari analisis mendapati nilai skor min efikasi mengajar EM min = 3.48, efikasi kendiri min = 3.90 dan seterusnya skor min keseluruhan bagi efikasi guru min = 3.72 Merujuk jadual