• Tidak ada hasil yang ditemukan

Literasi Digital Guru Prasekolah Semasa Pengajaran Dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Literasi Digital Guru Prasekolah Semasa Pengajaran Dalam"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Literasi Digital Guru Prasekolah Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era Pandemik

(Digital Literacy Of Preschool Teachers During Online Teaching For Digital Natives In The Pandemic Era)

Nurun Najwa Mohammad Mustafa1*, Helmi Norman1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected], [email protected]

Accepted: 15 June 2022 | Published: 30 June 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.17

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Tahap literasi digital dan kesediaan guru saling berkait bagi menjayakan anjakan ke tujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025; memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap literasi digital dan kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Seramai 127 sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di Pahang Barat; daerah Bentong, Raub, Kuala Lipis dan Cameron Highlands telah disoal selidik secara persampelan rawak mudah. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini menggunakan soal selidik secara dalam talian iaitu aplikasi Google Forms. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi daripada dua instrumen kajian lepas iaitu borang soal selidik Skala Literasi Digital dan Skala Kesediaan Guru Mengintegrasikan TMK. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS versi 26.0 untuk melihat statistik deskriptif dan korelasi pearson. Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa tahap literasi digital dan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengingtegrasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik ialah sederhana tinggi iaitu min 3.86 dan 3.91 masing-masing. Kajian ini juga mendapati terdapat satu hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan, dimana nilai r- .0981, k<0.05 antara tahap literasi digital guru prasekolah dengan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik.

Kata kunci: literasi digital, kesediaan guru, prasekolah pahang barat, pandemik covid-19

Abstract: The level of digital literacy and teacher readiness are interrelated for the successful transition to the seven Malaysia Education Development Plans 2013-2025; utilize Information and Communication Technology (ICT) to improve the quality of education in Malaysia.

Therefore, this study aims to explore the level of digital literacy and readiness of preschool teachers in West Pahang during online teaching in the pandemic era. A total of 127 study samples consisting of preschool teachers in West Pahang; Bentong, Raub, Kuala Lipis and Cameron Highlands districts were surveyed by simple random sampling. This quantitative survey study uses an online questionnaire that is the Google Forms application. The instrument used is an adaptation of two previous research instruments, namely the Digital Literacy Scale questionnaire and the Teacher Readiness Scale to Integrate ICT. The data and information obtained were analyzed using SPSS computer software version 26.0 to view descriptive statistics and pearson correlation. The results of the study found that the level of digital literacy

(2)

and the level of readiness of preschool teachers in West Pahang to integrate ICT during online teaching in the pandemic era is moderately high with a mean of 3.86 and 3.91 respectively.

This study also found that there is a very strong and significant positive relationship, where the value of r-.0981, k <0.05 between the level of digital literacy of preschool teachers with the level of readiness of preschool teachers in West Pahang to integrate ICT during online teaching in the pandemic era.

Keywords: digital literacy, teacher readiness, west pahang preschool, covid-19 pandemic ___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Ledakan TMK telah menyumbang kepada perubahan kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Kementerian akan memastikan murid tidak hanya belajar menggunakan TMK tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan bagi meningkatkan pembelajaran mereka" (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam anjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut menjelaskan bahawa TMK sebagai salah satu faktor dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara. Perubahan ini melibatkan semua institusi pendidikan samada di peringkat rendah, peringkat menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Pengintegrasian TMK di peringkat pendidikan awal kanak-kanak seharusnya diberikan perhatian (Norazly Nordin dan Juppri Bacotang, 2021). Hal ini kerana, secara semula jadi kanak-kanak pada hari ini telah meneroka dan belajar menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya. Cohen (2011), mendapati bahawa peranti mudah alih membolehkan kanak-kanak untuk meneroka dan belajar aktiviti uji cuba, sentuhan dan pengulangan.

Tambah Krishnan et al., (2021), pembelajaran yang disepadukan dengan teknologi membolehkan akses kepada pendidikan itu dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Menurut Dewie et al., (2021), dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, teknologi telah ditambah baik dan membolehkan pelajar untuk mengakses kepada pembelajaran secara formal mahupun secara tidak formal. Oleh itu, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan 2017 merupakan panduan kepada guru-guru prasekolah untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 iaitu penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di prasekolah.

Pengintegrasian ini berupaya untuk meransang dan mendorong kanak-kanak untuk lebih minat belajar dan menjadikan proses PdPC itu berjalan dengan lebih berkesan (Chew Le Yee &

Suziyani Mohamed, 2021). Walaubagaimana pun, pengintegrasian TMK dalam kurikulum sekolah rendah mahupun kurikulum di peringkat sekolah menengah adalah berbeza dengan pengintegrasian TMK dalam kurikulum di peringkat pendidikan awal kanak-kanak (Chew Le Yee & Suziyani Mohamed, 2021). Aktiviti main bebas di prasekolah merupakan aktiviti yang dapat mengingtegrasikan TMK dalam pengajaran yang berpusatkan kanak-kanak. Kanak- kanak prasekolah bebas untuk memilih jenis aktiviti untuk bermain seperti bermain dengan komputer.

Sehubungan dengan itu, guru prasekolah berperanan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mengintegrasikan TMK (Yahya & Roselan, 2015; Chew Le Yee &

Suziyani Mohamed 2021). Guru prasekolah perlu merancang dan menjalankan aktiviti

(3)

pembelajaran yang mengimplementasikan TMK dalam pendidikan awal kanak-kanak supaya pengintegrasian ini dapat dibudayakan bagi menyokong pembelajaran kanak-kanak pada hari ini.

2. Penyataan Masalah

Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan penutupan kesemua institusi pendidikan.

Pembelajaran secara bersemuka kini perlu dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya (Nor Fauziana Mohd Salleh, 2020). Para guru perlu memastikan proses PdPC tetap berjalan walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya tidak berlaku keciciran dalam mendapatkan akses pendidikan dan objektif pembelajaran masih dapat dicapai (Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin, 2020). Oleh itu, untuk menjayakan agenda tersebut, para guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan PdPC secara dalam talian. KPM turut memberikan garis panduan untuk memastikan kelancaran proses PdPC secara dalam talian (Khairah, 2020).

Walaubagaimana pun, kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru prasekolah di Malaysia tidak mengaplikasikan TMK di dalam bilik darjah dan lebih memilih kaedah pengajaran secara tradisional. Pendapat ini disokong oleh Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin (2020), yang menyatakan bahawa kebanyakan guru prasekolah tidak menggunakan komputer mereka untuk tujuan pengajaran di sekolah sebaliknya komputer digunakan untuk kerja-kerja pentadbiran.

Tambahan pula, terdapat kajian lain yang menyatakan bahawa segelintir guru-guru prasekolah mempunyai sikap negatif untuk mengimplementasikan TMK dalam PdPC seperti tidak pernah menghadiri kursus berkaitan TMK. Lebih memeranjakkan lagi apabila terdapat sebahagian besar guru prasekolah tidak mahu menggunakan TMK dalam PdPC walaupun mempunyai kemahiran dan pengetahuan terhadap penggunaan TMK (Chew Le Yee & Suziyani Mohamed 2021).

Oleh itu, wajar satu kajian dijalankan untuk melihat perlaksanaan PdPC guru prasekolah secara dalam talian di era pandemik. Hal ini kerana menurut Hanassia Andoh et al., (2021) mendapati bahawa efikasi kendiri guru di Filipina mempunyai korelasi dengan komitmen kerja semasa pandemik. Manakala dalam konteks pendidikan prasekolah di Malaysia, pengenalan garis panduan perlaksanaan PdPC secara dalam talian oleh KPM telah membawa perubahan besar dalam dunia pendidikan iaitu tidak hanya berlaku perubahan susun atur kelas, tetapi turut melibatkan kaedah PdPC itu sendiri yang menuntut komitmen daripada guru-guru prasekolah.

3. Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, terdapat dua objektif kajian iaitu:

i. Mengenalpasti tahap literasi digital guru prasekolah di Pahang Barat semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik.

ii. Mengenalpasti tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik.

4. Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, terdapat tiga persoalan kajian iaitu:

(4)

i. Apakah tahap literasi digital guru prasekolah di Pahang Barat semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik?

ii. Apakah tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik?

iii. Adakah terdapat hubungan tahap literasi digital guru dengan tahap kesediaan guru prasekolah di pahang barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik?

5. Metodologi

Kajian ini berbentuk tinjauan melalui pendekatan kuantitatif deskriptif. Menurut Ary, Jacobs dan Sorensen (2010), penyelidikan deskriptif direka untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan sesuatu situasi kajian masa kini. Selain itu, kajin ini bertujuan untuk menentukan keadaan situasi yang wujud pada masa penyelidikan dijalankan dan menerangkan apa yang wujud berhubung dengan pembolehubah-pembolehubah dalam sesuatu situasi tersebut.

Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik secara dalam talian yang diterjemahkan dan diadaptasikan daripada dua borang soal selidik iaitu Skala Literasi Digital yang dibanggunkan oleh Ng (2012), diadaptasi kepada Turkis oleh Hamutoğlu et al., (2017) dan diterjemah ke dalam bahasa Malaysia untuk konteks kajian ini. Skala terdiri daripada 17 item dan mempunyai empat sub-dimensi iaitu sikap, teknikal, kognitif dan sosial. Kedua, borang soal selidik Skala Kesediaan Guru mengintegrasikan TMK diadaptasi daripada Jesson (2020).

Skala terdiri daripada 35 item dan mempunyai tujuh sub-dimensi iaitu keupayaan menggunakan teknologi pembelajaran digital, pengaruh dan sokongan sosial, niat penggunaan, kegunaan dan kecekapan, potensi pedagogi, kesedaran bantuan dan kesedaran had.

Borang soal selidik ini kemudiannya diedarkan secara dalam talian melalui platform Google Forms bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi 61 soalan yang dipecahkan kepada tiga Bahagian. Bahagian A mengandungi 9 item berkaitan demografi. Bahagian B pula mengandungi 17 item berkaitan Skala Literasi Digital. Bahagian C pula mengandungi 35 item berkaitan Skala Kesediaan Guru mengintegrasikan TMK. Item di Bahagian A soal selidik ini adalah berbentuk tertutup (closed- ended) di mana pilihan jawapan telah diberikan manakala bagi kesemua item di Bahagian B dan Bahagian C soal selidik adalah berbentuk skala likert lima mata. Pilihan bagi Bahagian B bermula dari “sangat tidak setuju” (1), “tidak setuju” (2) diikuti dengan “agak setuju” (3),

“setuju” (4) dan “sangat setuju” (5). Manakala bagi Bahagian C bermula dari “tidak bersedia”

(1), “kurang bersedia” (2) diikuti dengan “bersedia sederhana” (3), “sangat bersedia” (4) dan

“sangat tinggi persediaan” (5).

Populasi dalam kajian ini adalah semua guru prasekolah di Pahang Barat iaitu guru-guru prasekolah di daerah Bentong, Raub, Kuala Lipis dan Cameron Highlands. Seterusnya, bagi mendapatkan bilangan sampel kajian, jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) telah dirujuk iaitu seramai S=127 orang guru N=191 menjadi sampel. Melalui teknik persampelan rawak mudah, kesemua subjek yang terlibat dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel dan Creswell (2018) mengatakan melalui teknik ini, unsur yang boleh mempengaruhi kualiti data seperti bias atau berat sebelah boleh dielakkan.

Teknik ini juga telah dipilih kerana dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian (Neuman 2014).

(5)

Sebanyak 127 borang soal selidik secara dalam talian yang telah dijawab dengan lengkap mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan boleh diterima. Dalam kajian ini, perisian yang digunakan untuk analisis data ialah melalui perisian ‘Statistical Package for the Social Science’

versi 26 atau SPSS 26. Untuk prosedur penganalisisan data, data daripada Google Forms tersebut telah dieksport ke dalam Microsoft Excel untuk diproses. Ujian yang terlibat dalam menganalisis data adalah ujian secara deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai bagi melihat tahap literasi digital dan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat berdasarkan Jadual 1 di bawah. Manakala ujian korelasi Pearson telah digunakan untuk melihat hubungan antara tahap literasi digital guru dengan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian bagi warga natif digital di era pandemik berdasarkan Jadual 2 di bawah.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Min

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber : Nunnaly & Bernstein (1994)

Jadual 2: Tahap Hubungan Mengikut Nilai Pekali Korelasi R

Nilai r Tahap hubungan

0.81-1.00 Sangat kuat

0.61-0.80 Kuat

0.41-0.60 Sederhana Kuat

0.21-0.40 Lemah

0.01-0.20 Sangat Lemah

Sumber : Cohen, Manion, & Morrison (2018)

6. Dapatan Kajian

Demografi Responden

Seramai 127 sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di Pahang Barat telah disoal selidik. Huraian analisis maklumat demografi melibatkan aspek jantina, umur, taraf pendidikan, tempoh berkhidmat, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berkhidmat, lokasi sekolah dan capaian internet.

Jadual 3: Profil demografi responden mengikut jantina, umur, taraf pendidikan, tempoh berkhidmat, PPD berkhidmat, lokasi sekolah dan capaian internet.

Pembolehubah Kekerapan Peratus

Jantina

Lelaki 12 9.4 %

Perempuan 115 90.6 %

Jumlah 127 100.0 %

Umur

20-30 tahun 24 18.9 %

31-40 tahun 59 46.5 %

41-50 tahun 29 22.8 %

50 tahun ke atas 15 11.8 %

(6)

Jumlah 127 100.0 % Taraf Pendidikan

Diploma 3 2.4 %

Sarjana Muda 111 87.4 %

Ijazah 13 10.2 %

Jumlah 127 100.0 %

Tempoh Berkhidmat

Kurang daripada 5 tahun 16 12.6 %

5-9 tahun 22 17.3 %

10-14 tahun 34 26.8 %

15-20 tahun 24 18.9 %

21-24 tahun 8 6.3 %

25-29 tahun 15 11.8 %

30 tahun ke atas 8 6.3 %

Jumlah 127 100.0 %

PPD Berkhidmat

PPD Bentong 43 33.9 %

PPD Raub 31 24.4 %

PPD Kuala Lipis 40 31.5 %

PPD Cameron Highland 13 10.2 %

Jumlah 127 100.0 %

Lokasi Sekolah

Bandar 28 22.0 %

Luar Bandar 93 73. 2 %

Pedalaman 6 4.7 %

Jumlah 127 100.0 %

Capaian Internet

Sangat Baik 11 8.7 %

Sederhana 92 72.4 %

Lemah 24 18.9 %

Jumlah 127 100.0 %

Data demografi seramai 127 responden dianalisis menggunakan statistik deskriptif.

Berdasarkan Jadual 2, guru perempuan lebih ramai dengan kekerapan 115 orang (90.6 %) dan guru lelaki dengan kekerapan 12 orang (9.4 %) daripada jumlah keseluruhan sampel kajian.

Bagi item umur, majoriti guru prasekolah di Pahang Barat berumur antara 31-40 tahun bersamaan (46.5%). Diikuti sampel kajian yang berumur 41-50 tahun (22.8%), 20-30 tahun (18.9%) dan 50 tahun ke atas dengan kekerapan 15 orang atau bersamaan (11.8%). Bagi taraf pendidikan pula, kekerapan paling banyak ialah sarjana muda iaitu 111 orang (87.4%). Diikuti dengan taraf pendidikan ijazah iaitu 13 orang (10.2%) dan 3 orang sampel kajian memiliki taraf pendidikan diploma (2.4%).

Untuk item tempoh berkhidmat pula, majoriti sampel kajian mempunyai tempoh berkhidmat antara 10-14 tahun dengan kekerapan 34 orang (26.8%). Diikuti sampel kajian yang mempunyai tempoh berkhidmat antara 15-20 tahun iaitu kekerapan 24 orang (18.9%), 5-9 tahun dengan kekerapan 22 orang (17.3%), kurang daripada 5 tahun dengan kekerapan 16 orang (12.6%), 25-29 tahun dengan kekerapan 15 orang (11.8%) dan jumlah sampel kajian yang sama untuk tempoh berkhidmat 21-24 tahun dan 30 tahun ke atas dengan kekerapan 8 orang bersamaan (6.3%).

(7)

Manakala untuk item PPD berkhidmat pula, kekerapan 43 orang sampel kajian daripada PPD Bentong bersamaan (33.9%). Diikuti PPD Kuala Lipis dengan kekerapan 40 orang (31.5%), PPD Raub dengan kekerapan 31 orang (24.4%) dan PPD Cameron Highlands dengan kekerapan 13 orang bersamaan (10.2%). Untuk item lokasi sekolah pula, majoriti sampel kajian di kawasan luar bandar iaitu kekerapan 93 bersamaan (73.2%). Diikuti oleh lokasi di bandar dengan kekerapan 28 (22.0%) dan kawasan pedalaman seramai kekerapan 6 bersamaan (4.7%).

Untuk item terakhir iaitu capaian internet, majoriti sekolah sampel kajian memiliki tahap capaian internet yang sederhana dengan kekerapan 92 bersamaan (72.4%). Diikuti tahap capaian internet lemah dengan kekerapan 24 (18.9%) dan tahap capaian internet sangat baik dengan kekerapan 11 bersamaan (8.7%).

Tahap Literasi Digital Guru Prasekolah di Pahang Barat Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era Pandemik

Jadual 4: Tahap Literasi Digital Guru Prasekolah di Pahang Barat Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era Pandemik

Bil Sub-dimensi Nilai Min Nilai Sisihan Piawai

Interpretasi

1 Sikap 4.12 0.67 Tinggi

2 Teknikal 3.64 0.71 Sederhana Tinggi

3 Kognitif 3.61 0.69 Sederhana Tinggi

4 Sosial 4.07 0.66 Tinggi

Keseluruhan 3.86 0.58 Sederhana Tinggi

Jadual 4 menerangkan tahap literasi digital guru prasekolah di Pahang Barat. Data ini menunjukkan tahap literasi digital guru prasekolah di Pahang Barat ialah sederhana tinggi iaitu min 3.86. Manakala untuk empat sub-dimensi literasi digital: sikap, teknikal, kognitif dan sosial, nilai min ialah 4.12, 3.64, 3.61 dan 4.07 masing-masing. Item sub-dimensi sikap mencatatkan min tertinggi iaitu 4.12 dengan interpretasinya tinggi. Sebaliknya, item sub- dimensi kognitif mencatatkan min terendah iaitu 3.61 dengan interpretasinya sederhana tinggi.

Oleh itu, dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian-kajian lepas; Sedat Erol (2021) dan Sarıkaya (2019) yang menunjukkan bahawa tahap literasi guru pada tahap yang tinggi.

Tahap Kesediaan Guru Mengintegrasikan TMK Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era Pandemik

Jadual 5: Tahap Kesediaan Guru Mengintegrasikan TMK Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era Pandemik

Bil Sub-dimensi Nilai Min Nilai Sisihan Piawai

Interpretasi 1 Keupayaan Menggunakan

Teknologi Pembelajaran Digital

4.14 0.71 Tinggi

2 Pengaruh dan Sokongan Sosial 4.02 0.80 Tinggi

3 Niat Penggunaan 3.90 0.66 Sederhana Tinggi

4 Kegunaan dan Kecekapan 3.73 0.71 Sederhana Tinggi

5 Potensi Pedagogi 3.76 0.67 Sederhana Tinggi

6 Kesedaran Bantuan 3.63 0.63 Sederhana Tinggi

7 Kesedaran Had 4.22 0.64 Tinggi

Keseluruhan 3.91 0.55 Sederhana Tinggi

(8)

Jadual 5 menerangkan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat berkaitan pengintegtasian TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Data ini menunjukkan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat berkaitan pengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian ialah sederhana tinggi iaitu min 3.91. Manakala untuk tujuh sub- dimensi kesediaan guru: keupayaan menggunakan teknologi pembelajaran digital, pengaruh dan sokongan sosial, niat penggunaan, kegunaan dan kecekapan, potensi pedagogi, kesedaran bantuan dan kesedaran had, nilai min ialah 4.14, 4.02, 3.90, 3.73, 3.76, 3.63 dan 4.22 masing- masing. Item sub-dimensi kesedaran had mencatatkan min tertinggi iaitu 4.22 dengan interpretasinya tinggi. Sebaliknya, item sub-dimensi kesedaran bantuan mencatatkan min terendah iaitu 3.63 dengan interpretasinya sederhana tinggi.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa guru prasekolah di Pahang Barat bersedia untuk mengintegrasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Kenyataan ini disokong oleh dapatan Jesson (2020) yang menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian ialah salah satu kaedah penyampaian pembelajaran pada masa kini. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa faktor keupayaan menggunakan teknologi pembelajaran digital, pengaruh dan sokongan sosial, dan kesedaran had mempengaruhi tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengintegrasi TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik.

Hubungan Tahap Literasi Digital Guru Dengan Tahap Kesediaan Guru Prasekolah Di Pahang Barat Mengintegtasikan TMK Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era Pandemik

Jadual 6: Hubungan Tahap Literasi Digital Guru Dengan Tahap Kesediaan Guru Prasekolah Di Pahang Barat Mengintegtasikan TMK Semasa Pengajaran Dalam Talian Bagi Warga Natif Digital Di Era

Pandemik

Tahap Literasi Digital Guru Prasekolah

Tahap Kesediaan Guru Prasekolah Tahap Literasi Digital

Guru Prasekolah

Pearson Correlation 1 0.981**

Sig. (2-tailed) 0.000

N 127 127

Tahap Kesediaan Guru Prasekolah

Pearson Correlation 0.981** 1

Sig. (2-tailed) 0.000

N 127 127

Jadual 6 menerangkan hubungan antara tahap literasi digital guru prasekolah dengan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Hasil analisis menunjukkan satu hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan, dimana nilai r-.0981, k<0.05. Ini jelas menunjukkan, semakin tinggi tahap literasi digital guru prasekolah akan memberi kesan kepada tahap kesediaan guru prasekolah di pahang barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Oleh itu, dapat kajian ini memberi gambaran bahawa guru-guru prasekolah di Pahang Barat bersedia menjalankan pengajaran secara dalam talian dan seiring dengan perkembangan dunia moden pada hari ini.

7. Perbincangan

Berdasarkan tahap interpretasi min berpandukan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Nunnaly & Bernstein (1994), di dapati skor keseluruhan min bagi dua konstruk iaitu tahap literasi digital dan tahap kesedian guru prasekolah di Pahang Barat ialah sederhana tinggi.

Dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh penularan wabak covid-19 yang bertindak sebagai

(9)

faktor hygene (Gitman et al., 2018). Selain itu, pembelajaran secara dalam talian ini merupakan sesuatu norma baharu kerana bertentengan dengan pegangan teori pembelajaran iaitu pembelajaran berlaku apabila wujudnya interaksi bersemuka antara guru dengan murid atau antara murid dengan murid (Hanassia Andoh et al., 2021).

Dapatan kajian ini mendapati bahawa guru prasekolah di Pahang Barat adalah kompeten dalam literasi digital dan memberi kesan positif terhadap kesediaan mereka dalam mengintegrasikan TMK secara dalam talian di era pandemik ini. Dapatan ini seiring dengan dapatan-dapatan kajian-kajian lepas yang turut mendapati tahap literasi digital guru adalah tinggi (Sema Öngören, 2021; León-Pérez, Bas, Escudero-Nahón, 2020 dan Ocak & Karakuş, 2019).

Walaubagaimana pun, dapatan ini bertentangan dengan Siti Aishah Zainudin & Kamariah Abu Bakar (2021) yang mendapati guru prasekolah di Baram lebih selesa mengamalkan pengajaram secara tradisional daripada menggunakan TMK.

Namun, dapatan kajian ini menunjukkan prestasi yang sangat baik tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat dalam mengintegasikan TMK secara dalam talian semasa era pandemik iaitu interpretasi min keseluruhan ialah sederhana tinggi. Guru-guru prasekolah di Pahang Barat terbuka untuk menerima dan menggabungkan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengendalikan pembelajaran secara dalam talian. Dapatan kajan ini berjaya membuktikan bahawa guru prasekolah di Pahang Barat mampu menyahut anjakan ke tujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan TMK untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Antara dapatan terpenting kajian ini juga ialah terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan antara tahap literasi digital guru prasekolah dengan tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Ini jelas menunjukkan, semakin tinggi tahap literasi digital guru prasekolah, semakin tinggi tahap kesediaan guru prasekolah di Pahang Barat mengintegtasikan TMK semasa pengajaran dalam talian di era pandemik. Dapatan kajian ini juga menyokong kepada kajian-kajian lepas iaitu tahap kesediaan guru mengingtegrasikan TMK adalah tinggi (Sema Öngören, 2021; Doğrul &

Kılıç, 2020; Ismail & Jarrah, 2019; Colson, Sparks, Berridge, Frimming & Willis, 2017 dan Khalid, Dukmak & Dweikat, 2017).

8. Kesimpulan

Kajian ini merumuskan bahawa guru prasekolah di Pahang Barat menunjukkan bahawa mereka bersedia dalam mengintegrasikan TMK ke dalam amalan pengajaran mereka secara dalam talian di era pandemik. Malah, kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara literasi digital dengan kesediaan guru mengintegrasikan TMK secara dalam talian. Implikasi kajian boleh membantu pihak sekolah, PPD, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM untuk bersedia dan peka terhadap aspek sosial, persekitaran dan perlaksanaan kurikulum pengintegrasian TMK dalam kalangan guru prasekolah untuk membantu guru-guru supaya lebih bersedia dan menerima TMK dalam kerjaya perguruan mereka. Menurut Nanda Novita et al., (2021), lima cadangan perlaksanaan kurikulum pengintegrasian TMK ialah pemahamamn kompetensi literasi digital, strategi pencarian informasi menggunakan internet, pemanfaatan sumber informasi dan sumber belajar digital dalam PdPC, pemahaman pemelajaran secara dalam talian dan pengintegrasian pembelajaran secara dalam alian.

Walaubagaimana pun, kajian susulan perlu dijalankan dengan melihat kepada pembolehubah lain yang berkaiatan seperti menentukan sejauhmana pengajaran dalam talian yang

(10)

mengintegrasikan TMK ini dalam pengajaran berupaya meningkatkan pemahaman murid prasekolah.

Rujukan

Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research in Education.

Wadsworth, Cengage Learning 8th Ed. Belmont, CA: Wadsworth, Cengage Learning.

Chew Le Yee & Suziyani Mohamed. (2021). Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan Vol. 3, No. 2, 44-53.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research Methods in Education (8th ed.).

Colson, T., Sparks, K., Berridge, G., Frimming, R., & Willis, C. (2017). Pre-service teachers and self-efficacy: A study in contrast. Discourse and Communication for Sustainable Education, 8(2), 66-76.

Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson 4th ed. Boston, MA: Pearson Education, Inc.

Davis F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use and Acceptance of Information Technology. MIS Quarterly. Vol. 13, No. 3, p. 319.

Devie Rahmawati, Giri Lumakto & Deni Danial Kesa. (2020). Generasi Digital Natives dalam Praktik Konsumsi Berita di Lingkungan Digital. Communications. Vol. 2 No. 2 Juli 2020.

Dewie, A., Norman, H. , & Yunus, M.M. (2021). Boosted with Online Learning to Improve English Language Teachers’ Proficiency. Arab World English Journal. 12 (3) 507-523.

Dinda Rizki Tiara & Eriqa Pratiwi. (2020). Pentingnya Mengukur Kesiapan Guru Sebagai Dasar Pembelajaran Daring Di Lembaga PAUD. Jurnal Golden Ag, Universitas Hamzanwadi.Vol. 04 No. 2, Hal. 362-368.

Doğrul, H. & Kılıç, F. (2020). Investigation of pre-school teacher’s attitudes towards teaching rofession in terms of different variables. Journal of University Research, 3(2), 49-57.

Ella L Nada & Wiwik K Sari. (2020). Analisis Literasi Digital Calon Guru Kimia Dalam Pelaksanaan Ppl Berbasis Virtual Di Masa Pandemi Covid-19. Jurnal Pendidikan Kimia Volume 4, Nomor 2.

Gitman, L. J., McDaniel, C., Shah, A., Reece, M., Koffel, L., Talsma, B., & Hyatt, J. C. (2018).

Introduction to Business. Houston: OpenStax.

Hamutoğlu, N. B., Güngören, Ö. C., Uyanık, G. K., & Erdoğan, D. G. (2017). Adapting digital literacy scale into Turkish. Ege Journal of Education, 18(1), 408-429.

Hanassia Andoh, Connie Cassy Ompok & Nur Suhaidah Sukor. (2021). Hubungan Kelayakan Akademik dan Pengalaman Mengajar dengan Tahap Efikasi Kendiri Guru Prasekolah Menjalankan PDPC Pasca Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 6, Issue 10, (page 65 - 81).

Hashim, Haida U., Melor M. Yunus, and Helmi Norman. (2022). "‘AReal-Vocab’: An Augmented Reality English Vocabulary Mobile Application to Cater to Mild Autism Children in Response towards Sustainable Education for Children with Disabilities"

Sustainability 14, no. 8: 4831.

Hero, J. L. (2020). Teachers’ preparedness and acceptance of information and communication technology (ICT) integration and its effect on their ICT integration practices. Puissant – A Multidisciplinary Journal 1, 59-76.

Ismail, S. A. A. & Jarrah, A. M. (2019). Exploring pre-service teachers' perceptions of their pedagogical preferences, teaching competence and motivation. International Journal of Instruction 12(1), 493-510.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-

(11)

2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khairah, N. K. (2020). Edu Ministry introduces guidelines on online teaching, learning

platforms. New Straights Times. Diperoleh dari

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/578945/edu-ministry- introducesguidelines-online-teaching-learning-platforms.

Khalid, A., Dukmak, S. J., & Dweikat, F. F. I. (2017). Pre-service teachers’ perception of their educational preparation. International Journal for Research in Education 41(1), 273-303.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Physiological Measurement:30, 607-610.

Krishnan SD, Norman H & Md Yunus M. (2021). Online Gamified Learning to Enhance Teachers’ Competencies Using Classcraft. Sustainability. Dipeoleh dari https://doi.org/10.3390/su131910817.

León-Pérez, F. L. P., Bas, M. C. B., Escudero-Nahón, A. E. N., León-Pérez, F., Bas, M. C., &

Escudero-Nahón, A. (2020). Self-perception about emerging digital skills in higher education students. Comunicar. Media Education Research Journal 28(1), 91-101.

Mohd Razali Abd Samad, Zanaton Hj Ihsan & Fariza Khalid. (2021). The Use Of Mobile Learning In Teaching And Learning Session During The Covid-19 Pandemic In Malaysia.

Journal of Contemporary Social Science and Educational Studies Volume 1, Issue 2.

Nanda Novita, Marhami, Halimatus Sakdiah & Muliani. (2021). Pengembangan Kompetensi Literasi Digital Pada Guru Untuk Optimalisasi Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat Volume 4, Nomor 1, 51-58.

Neuman, W.L. (2014). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches.

Pearson New International Edition. Essex: Pearson Education Limited.

Ng, W. (2012). Can We Teach Digital Natives Digital Literacy?. Computer & Education 59(3), 1065-1078.

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia, Kolej Komuniti Bentong, Malaysia.

Norazly Nordin & Juppri Bacotang. (2021). Isu Dan Trend Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak- kanak Kebangsaan Vol.10 (1), (99-107).

Nunnally, J.C. and Bernstein, I.H. (1994). The Assessment of Reliability. Psychometric Theory 3, 248-292.

Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue) Vol. 9, 2020 (18-28).

Nur Yasmin Khairani Zakaria, Melor Md Yunus, Harwati Hashim, Norazah Mohd Nordin, Helmi Norman & Nor Hafizah Adnan. (2021). Pre-Service Teachers’ Views on the Implementation of Game-Based Learning for Academic Writing Skills. Sains Insani 2021 Volume 06 No 1(11-16).

Ocak, G. & Karakuş, D. Ö. G. (2019). An ınvestigation of digital literacy self-efficacy skills of preservice teachers ın terms of different variables. Afyon Kocatepe University Journal of Social Sciences 21(1), 129-147.

Öngören, S. (2021). Investigation of prospective preschool teachers' digital literacy and teacher readiness levels. International Journal of Modern Education Studies 5(1), 181-204.

Roslinda Veronika Br Ginting,, Dinda Arindani,, Cut Mega Wati Lubis & Arinda Pramai Shella. (2021). Literasi Digital Sebagai Wujud Pemberdayaan Masyarakat Di Era Globalisasi. Jurnal Pasopati Vol. 3, No. 2.

Siti Aishah Zainudin & Kamariah Abu Bakar. (2021). Sikap Guru Prasekolah Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Prasekolah Pedalaman

(12)

Daerah Baram. Bitara Internasional Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Volume 4, Issue 4, 2021 :115-123.

Waryanto, N. H., & Setyaningrum, W. (2014). E-Learning Readiness In Indonesia : A Case Study In Junior High School Yogyakarta. International Seminar on Innovation in Mathematics and Mathematics Education 1st ISIM-MED 1, 645–654.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2015). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa:

Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention.

Referensi

Dokumen terkait

Lampiran 2 : Guide Pertanyaan Faktor yang Mempengaruhi Peran Ibu dalam Menumbuhkan Minat Literasi Pada Anak Prasekolah

Hasil penelitian menunjukkan bahwa guru TK Aisyiyah 14 Danukusuman melakukan stimulasi literasi untuk anak usia 4 hingga 6 tahun, stimulasi yang dilakukan oleh

Objektif kajian ialah untuk meneroka kriteria kompetensi TMK guru mata pelajaran Geografi dan menentukan elemen kriteria yang diperlukan bagi standard kompentensi TMK

Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pemahaman (min3.60) dan aspek pengetahuan (min3.35) berada pada tahap sederhana, manakala sikap guru-guru

Dapatan kajian menunjukkan (i) skor min kepemimpinan pengajaran dan sikap guru berada pada tahap yang kuat, (ii) analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan

Dengan itu, tujuan utama kajian ini adalah membina instrumen Ujian Literasi Pentaksiran yang sah dan dipercayai bagi tujuan mengukur tahap literasi pentaksiran guru-guru sekolah

Hasil penelitian pada taraf signifikan 5% menunjukan bahwa: 1 efikasi diri berhubungan positif dengan literasi digital guru, dengan koefisien korelasi ry1 = 0,378 dan efikasi diri

Hasil ujian-t mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan guru yang mengajar mata pelajaran geografi menggunakan teknologi dalam pengajaran dan