Efikasi Diri, Sokongan Sosial Dan Komitmen Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah
(Self-Efficacy, Social Support And Commitment Among Primary School Teachers)
Premlata1*, Saemah Rahman1, Salleh Amat1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.2
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Komitmen guru adalah satu indikator kepada kejayaan dan keberhasilan sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, sejauh mana komitmen seseorang guru dalam organisasi sekolah dapat dipengaruhi oleh efikasi kendiri mereka dan sokongan sosial yang mereka terima. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri Perak. Kajian ini penting agar guru dapat meningkatkan komitmen kerja dan akhirnya mampum enyumbang kepada keberhasilan sekolah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Responden seramai 134 orang terdiri daripada guru sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui kaedah pemilihan sampel secara rawak mudah. Borang soal selidik telah diedarkan untuk mengumpul data dan data tersebut dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru pada tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dan sokongan sosial dengan komitmen guru. Melalui kajian ini, diharapkan agar warga pendidikan dapat memberi tumpuan kepada peningkatan efikasi kendiri dan sokongan sosial kepada guru bagi memastikan peningkatan komitmen mereka demi kejayaan organisasi sekolah.
Kata kunci: Efikasi diri, sokongan sosial, komitmen, sekolah rendah, guru sekolah rendah
Abstract: Teacher commitment is an indicator of the success and achievement of a school.
However, the extent to which a teacher’s commitment in a school organization can be influenced by their self -efficacy and the social support they receive. This study was conducted to see the level of self -efficacy, social support and commitment among primary school teachers in Perak. This study is important so that teachers can increase their work commitment and ultimately be able to contribute to school success. This study is a quantitative study using survey method. A total of 134 respondents consisted of primary school teachers in Perak who were selected through a simple random sample selection method. Questionnaires were distributed to collect data and the data were analyzed using SPSS version 26.0. The findings of the study showed a high level of self -efficacy, social support and teacher commitment. In addition, there was a significant relationship between self -efficacy and social support with teacher commitment. Through this study, it is hoped that educators can focus on improving self -efficacy and social support to teachers to ensure increased commitment to the success of the school organization
Keywords: Self-eficacy, social support, commitment, primary school, primary school teachers ___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menekankan tentang pelbagai perkara berkaitan pendidikan dan kemenjadian murid merupakan salah satu matlamat utama yang ingin dicapai. Hal ini kerana kemenjadian murid dapat mencerminkan kejayaan sistem pendidikan negara. Tetapi yang lebih penting ialah negara akan memiliki sumber manusia yang berkualiti dan berupaya memicu negara ke arah kemajuan. Lily dan Suhaimi (2020) menyatakan, komitmen guru adalah aspek penting yang menyumbang kepada kemenjadian murid di sekolah. Komitmen guru adalah sangat penting untuk memastikan pendidikan menjadi lebih berkualiti. Namun begitu, isu guru mempunyai komitmen yang rendah sering berlaku lebih-lebih lagi pada era ini.
Kajian Nurulaim dan Suhaida (2013) tentang komitmen guru sekolah menengah di Perlis menunjukkan hanya pada tahap sederhana dan perlu ditingkatkan bagi memastikan prestasi dan keberhasilan sekolah pada tahap yang tinggi. Meneliti hasil kajian di Amerika Syarikat, mereka mendapati terdapatnya tanda-tanda tekanan dan kelesuan apabila menghadapi perubahan dalam skala besar yang tidak dijangka. Ini menguji tahap komitmen guru di sana, dan menimbulkan kebimbangan terhadap para guru dalam negara. Malah, terdapat juga dalam kalangan guru di sana yang ingin bersara apabila tamat tahun persekolahan 2020. Habib dan Syed Kamaruzaman (2011) menyatakan bahawa kelelahan emosi dan beban tugas antara penyebab guru kurang berkomitmen dalam kerja mereka. Berdasarkan kepada kajian yang lepas, komitmen guru juga dikaitkan dengan tahap efikasi kendiri dan sokongan sosial yang mereka terima. Musliza dan Siti Noor (2021) dalam kajian mereka menunjukkan bahawa efikasi kendiri sememangnya menjadi faktor perubahan komitmen seseorang guru.
Maksudnya, tahap komitmen boleh dipengaruhi oleh tahap efikasi kendiri seseorang.
Apabila seorang guru yakin dengan keupayaan dirinya menguruskan tugasan yang diberikan, mereka akan menjadi lebih komited dalam kerjaya. Hal ini penting kerana tugasan guru bukan hanya dalam bilik darjah. Mereka perlu menguruskan hal yang lain seperti menghadiri kursus, melaksanakan tugas-tugas pengkeranian, menjadi pelaksana aktiviti di peringkat sekolah dan lain-lain. Komitmen kerja seperti ini menuntut tingkat efikasi kendiri yang tinggi.
Begitu juga dengan aspek sokongan sosial, Sema dan Huseyin (2018) membuktikan dalam kajian mereka bahawa sokongan sosial mempunyai hubungan dengan tahap komitmen guru.
Komitmen guru yang rendah mempunyai hubungan dengan persekitaran sosial mereka yang kurang menyokong.
Pada kajian yang lepas, terdapat beberapa kajian yang telah mengkaji tentang efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru. Namun begitu, kajian hubungan pemboleh ubah- pemboleh ubah tersebut sangat kurang dijalankan. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan melihat tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru sekolah rendah di Negeri Perak. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungan ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut.
Melalui kajian ini, maklumat tentang hubungan efikasi kendiri dan sokongan sosial terhadap komitmen guru dapat digunakan pada masa hadapan sebagai satu panduan untuk meningkatkan lagi komitmen guru di sekolah untuk memastikan kemenjadian murid tercapai.
Berikut merupakan objektif dalam kajian ini:
• Mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru sekolah rendah.
• Mengenal pasti tahap sokongan sosial guru sekolah rendah.
• Mengenal pasti tahap komitment guru sekolah rendah.
• Mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan komitmen guru sekolah rendah.
• Mengenal pasti hubungan antara sokongan sosial dengan komitmen guru sekolah rendah.
Keseluruhannya, perbincangan ini mengandungi beberapa bahagian. Bahagian pertama ialah perbincangan isu komitmen guru dan hubungan isu tersebut dengan efikasi kendiri dan sokongan sosial. Bahagian kedua ialah bahagian metodologi dan ketiga ialah bahagian dapatan kajian. Seterusnya, implikasi kajian dibincangkan pada bahagian terakhir yang boleh digunakan untuk kajian akan datang.
Efikasi Kendiri
Zuhaili & Ramlee (2017) mengatakan bahawa efikasi kendiri guru adalah kepercayaan guru terhadap keupayaan diri melakukan sesuatu dengan berhasil di sekolah mahupun dalam kehidupan walaupun menghadapi kesukaran akibat oleh sifat, keadaan, dan pengalaman.
Konsep ini merujuk kepada sikap dan tingkah laku emosi seseorang terhadap pekerjaannya.
Efikasi kendiri seseorang adalah tinggi apabila seseorang itu mampu membina kerjaya dan membimbing diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam pekerjaan. Teori Albert Bandura mengatakan bahawa bagi mencapai matlamat kerjaya seseorang, efikasi diri iaitu tahap keyakinan dan kepercayaan individu terhadap kemampuan diri sendiri haruslah pada tahap tinggi (Zabidi, 2016; Aswin, 2018). Efikasi kendiri adalah satu aspek penting dapat mempengaruhi komitmen guru dalam pekerjaan (Musliza dan Siti Noor, 2021).
Sokongan Sosial
Sokongan sosial menurut Timberly et al (2016) didefinisikan sebagai persekitaran sosial yang dapat memberi hubungan yang kuat. Dalam kajian ini, fokus diberikan kepada persekitaran seorang guru iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan rakan sekerja. Sekolah, ibu bapa dan rakan sekerja mampu menjadi sistem sokongan sosial guru yang berkesan. Sokongan sosial yang berkesan dapat menyumbang kepada peningkatan komitmen guru (Sema dan Huseyin, 2018).
Komitmen
Herman (2016) mengatakan bahawa komitmen merujuk kepada tahap kesetiaan dan kehendak individu untuk memenuhi misi dan visi organisasi. Nor Farah et al (2018) menegaskan lagi bahawa komitmen adalah kesetiaan dan kehendak seseorang untuk terus berada di dalam organisasi tersebut.
Kajian lepas menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru dan sokongan sosial yang diterima oleh guru adalah dua aspek yang mempunyai hubungan dengan komitmen guru dalam pekerjaan.
Kajian Musliza dan Siti Noor (2021) menunjukkan adanya hubungan signifikan yang kuat antara efikasi kendiri dengan komitmen kerja guru (r=0.85, p<0.1). Hasil dapatan kajian tersebut menjelaskan bahawa efikasi kendiri guru memberikan kesan kepada komitmen kerja mereka. Hal ini bermakna, semakin tinggi tahap efikasi kendiri guru, maka semakin tinggi komitmen kerja yang mereka tunjukkan.
Selain itu, kajian Sema dan Huseyin (2018) guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Turki menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosial dengan komitmen guru dalam organisasi. Hal ini dapat membuktikan bahawa sokongan sosial sememangnya mempunyai pengaruh terhadap tahap komitmen seseorang guru.
Berdasarkan kajian lepas, penelitian tentang hubungan antara efikasi kendiri dan sokongan sosial terhadap komitmen guru masih sangat kurang khususnya di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengisi jurang tersebut dengan menjalankan kajian dalam kalangan guru sekolah rendah terutamanya di Perak.
Metodologi
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan.
Sampel kajian terdiri daripada 134 orang guru sekolah rendah di negeri Perak yang diambil berdasarkan populasi 200 orang. Sebanyak tiga buah sekolah rendah telah dipilih yang membentuk jumlah populasi tersebut. Kaedah persampelan diambil secara rawak mudah.
Semua guru mempunyai peluang sama rata untuk dipilih sebagai responden.
Untuk menjalankan kajian, soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas telah digunakan.
Terdapat empat bahagian yang membentuk soal selidik. Bahagian A adalah demograf.
Manakala Bahagian B pula memberi fokus kepada topik Efikasi Diri Guru Sekolah Rendah.
Kajian Ahmad Zabidi (2018) digunakan sebagai adaptasi kepada soal selidik ini. Bahagian C pula menumpukan soal Sokongan Sosial Guru Sekolah Rendah yang telah diadaptasi daripada kajian Syazwani Mohd Zakaria (2016). Seterusnya Bahagian D pula diadaptasi daripada kajian Ming Chu dan Meng-Hsiu (2018) untuk membentuk soal selidik dengan topik Komitmen Guru Sekolah Rendah.
Skala likert digunakan untuk soal selidik ini. Lima jawapan dari sangat tidak bersetuju (1) hingga sangat setuju (5) digunakan. Untuk mengukur kekuatan, arah dan kepentingan korelasi linear antara pemboleh ubah bebas dan bersandar, pekali korelasi Pearson digunakan. Pekali korelasi (r) mewakili magnitud dan arah hubungan linear menjadikan nilai r kerap kali berada di antara +1 dan -1.
Dalam pada itu, pengumpulan data bermula dengan langkah pertama iaitu permohonan kebenaran daripada beberapa pihak seperti UKM, JPN, PPD dan sekolah untuk melaksanakan kajian. Setelah surat persetujuan dihantar, langkah kedua pula memilih sampel dan memberi makluman kepada responden kajian. Apabila hal ini telah diselesaikan, borang soal selidik kepada 200 orang populasi dihantar melalui pautan google link. Apabila selesai, semua soal selidik dikumpulkan untuk proses penganalisaan. Data yang dikumpulkan akhirnya dimasukkan dalam SPSS versi 26.0 untuk dianalisis.
Dapatan Kajian
Jadual 1 menunjukkan analisis demografi responden kajian. Terdapat empat data demografi yang dikumpul dalam kajian ini iaitu jantina, umur, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan responden.
Berdasarkan jadual 1, data jantina menunjukkan seramai 76 orang (56.7%) daripada responden adalah lelaki manakala 58 orang (43.3%) adalah perempuan. Data umur responden pula, seramai 17 orang (12.7%) berumur 20-30 tahun, 68 orang (50.7%) berumur 31-40 tahun, 41
lagi sudah berkahwin. Tempoh perkhidmatan responden pula menunjukkan seramai 3 orang (2.2%) dengan tempoh kurang daripada setahun. Manakala 22 orang (16.4%) lagi pada tempoh antara 1 - 5 tahun. Bagi 6 - 10 tahun, terdapat 71 orang (53.0%). Manakala bagi 11 - 15 tahun adalah 35 orang (26.1%). Untuk tempoh 16 - 20 tahun dan 20 tahun ke atas pula masing-masing seramai 2 orang (1.5%) dan 1 orang (1%).
Jadual 1: Analisis Demografi Responden
Kekerapan Peratus (%)
Jantina Lelaki 76 56.7
Perempuan 58 43.3
Umur
21 – 30 tahun 17 12.7
31 – 40 tahun 68 50.7
41 – 50 tahun 41 30.6
51 – 60 tahun 8 6.0
Status Perkahwinan
Bujang 83 61.9
Berkahwin 51 38.1
Tempoh Perkhidmatan
1 tahun ke bawah 3 2.2
1 – 5 tahun 22 16.4
6 – 10 tahun 71 53.0
11 – 15 tahun 35 26.1
16 – 20 tahun 2 1.5
20 tahun ke atas 1 1
JUMLAH 134 100
Tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru
Jadual 2 menunjukkan analisis nilai min dan sisihan piawai bagi tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru. Berdasarkan jadual 2, tahap efikasi kendiri pada tahap yang sederhana (M=2.76, SP=0.31). Tahap sokongan sosial juga pada tahap sederhana (M=2.81, SP=0.41). Di samping itu, tahap komitmen guru turut menunjukkan tahap sederhana (M=2.59, SP=0.35).
Jadual 2: Nilai Min Efikasi Kendiri, Sokongan Sosial dan Komitmen Guru Pemboleh ubah
Min (M)
Sisihan Piawai
(SP)
Tahap
Efikasi Kendiri 2.76 0.31 Sederhana
Sokongan Sosial 2.81 0.41 Sederhana
Komitmen 2.59 0.35 Sederhana
Hubungan Antara Efikasi Kendiri dengan Komitmen Guru
Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.
Jadual 3: Pekali Korelasi Pearson
Pekali Korelasi, r Kekuatan
±0.91 to ±1.00 Sangat Kuat
±0.71 to ±0.90 Kuat
±0.41 to ±0.70 Sederhana
±0.21 to ±0.40 Kecil tapi ada hubungan
±0.0 to ±0.20 Boleh diabaikan
Ho1: Tidak terdapat hubungan antara efikasi kendiri dengan komitmen guru sekolah rendah
Ujian korelasi Pearson telah digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan komitmen guru. Jadual 4 menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara efikasi kendiri dengan komitmen guru sekolah rendah di Negeri Perak (r=0.52, p<0.05). Oleh itu, Ho1 gagal diterima.
Jadual 4: Analisis korelasi hubungan antara efikasi kendiri dengan komitmen guru.
Kategori r Sig. Tahap
Efikasi Kendiri 0.52 0.00 Sederhana
Komitmen
Hubungan Antara Sokongan Sosial dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah
Ho2: Tidak terdapat hubungan antara sokongan sosial dengan komitmen guru sekolah rendah.
Berdasarkan kepada jadual 5, data menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan komitmen guru sekolah rendah di Negeri Perak tetapi dengan kekuatan yang lemah (r=0.32, p<0.05). Dengan itu, Ho2 juga gagal diterima.
Jadual 5: Analisis korelasi hubungan antara efikasi kendiri dengan komitmen guru.
Kategori r Sig. Tahap
Sokongan Sosial 0.32 0.00 Kecil tetapi ada
hubungan Komitmen
Perbincangan
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru sekolah rendah di samping melihat hubungan antara efikasi kendiri dan sokongan sosial dengan komitmen guru sekolah rendah di Negeri Perak. Hasil kajian ini mendapati, ketiga-tiga pemboleh ubah kajian menunjukkan tahap yang sederhana.
Di samping itu, kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara positif pada tahap sederhana antara efikasi kendiri dengan komitmen guru. Oleh itu, dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Musliza dan Siti Noor (2021) yang mana tahap efikasi kendiri seseorang guru dikaitkan dengan tahap komitmen guru tersebut. Hal ini
bermaksud, jika tahap efikasi kendiri guru pada tahap yang tinggi, maka komitmen mereka dalam pekerjaan juga meningkat. Sebaliknya, jika guru tidak memiliki efikasi diri yang tinggi, maka komitmen mereka juga akan menurun. Namun begitu, dalam kajian ini menunjukkan
satunya aspek yang memberikan kesan yang besar kepada komitmen guru. Terdapat aspek lain yang perlu dititikberatkan bagi meningkatkan komitmen guru di sekolah.
Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan komitmen guru pada tahap yang lemah. Dapatan ini sejajar dengan dapatan kajian Sema dan Huseyin (2018) yang juga menunjukkan adanya hubungan antara sokongan sosial dengan komitmen guru dalam pekerjaan di sekolah. Ini membuktikan bahawa sokongan sosial adalah satu aspek yang menyumbang kepada tahap komitmen seseorang guru.
Walau bagaimanapun, hubungan lemah yang wujud antara kedua-dua pembolehh ubah memberi gambaran bahawa sokongan sosial bukan aspek dominan yang mempengaruhi perubahan komitmen kerja guru.
Daripada kajian ini, semua pihak yang terlibat dan berkaitan dengan guru atau warga pendidikan boleh memberikan tumpuan dan perhatian terhadap peningkatan efikasi kendiri dan sokongan sosial untuk memastikan komitmen guru adalah pada tahap terbaik dalam sesebuah organisasi sekolah. Program peningkatan efikasi kendiri guru perlu dilaksanakan dengan kerap dan diwajibkan untuk disertai oleh warga pendidikan. Di samping itu, pihak pengurusan seperti pengetua, guru besar, atau penyelia perlu lebih prihatin terhadap aspek kepimpinan yang diamalkan. Hubungan rakan sekerja boleh ditingkatkan dengan program hari keluarga, program apresiasi perkhidmatan dan sebagainya yang melibatkan program pembangunan sumber manusia untuk meningkatkan aspek kerjasama dalam kalangan rakan sekerja. Semua ini penting untuk memastikan komitmen guru adalah tinggi sekali gus mampu menyumbang kepada keberhasilan sekolah.
Kesimpulan
Dapat dirumuskan bahawa efikasi kendiri dan sokongan sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen guru. Oleh itu, warga pendidik perlu memberi tumpuan terhadap peningkatan efikasi kendiri dan sokongan sosial untuk membantu guru meningkatkan komitmen kerja guru.
Walau bagaimanapun, kajian ini terhad daripada aspek populasi dan lokasi kajian. Pengkaji berharap agar kajian lanjut dilakukan dalam skop yang lebih luas iaitu melangkau sempadan sekolah rendah di negeri Perak. Antara subjek yang boleh dikaji seperti sekolah luar bandar, sekolah berasrama, sekolah kluster kecemerlangan ataupun di negeri-negeri lain. Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian berbentuk kualitatif dilakukan dengan menggunakan kaedah temubual dalam proses memperoleh data secara terperinci untuk meningkatkan kefahaman terhadap isu yang dikaji.
Rujukan
Ahmad Zabidi. 2018. Determining the key capacities of effective leaders in malaysian public and private focused universities. Journal SAGE Open, Vol. 8.
Aswin. 2018. Analisis Pengaruh Etika Kerja Islami Dan Kepuasan Kerja Pada Komitmen Organisasional. Universitas Muhammadiyah Surakarta.
Habib Mat Som & Syed Kamaruzaman Syed Ali. 2011. Komitmen guru dalam pelaksanaan kurikulum dan invosi berkesan. Masalah Pendidikan, 34:99-119.
Herman H. 2016. Hubungan antara budaya organisasi dan kepuasan kerja dengan komitmen terhadap organisasi. Jurnal Majemen Fakultas Ekonomi, (2).
Lily James Billy & Muhamad Suhaimi Taat. 2020. Budaya sekolah: hububungannya dengan komitmen guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(10):207- 216.
Muslizah Jusoh & Siti Noor Ismail. 2021. Hubungan effikasi kendiri dengan komitmen kerja guru di sekolah berprestasi sederhada di negeri Kelantan. International Jurnal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6(40):264-273.
Nor Farah 2018. Effects of exercise on postprandial responses to ad libitum feeding in overweight men. Journal of Medicine and science in sports and exercise. Volume 2.
Nurulaim Asyikin Zakaria & Suhaida Abdul Kadir. 2013. Komitmen guru terhadap sekolah menengah di daerah Kangar Perlis. Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan.
Sema., K., T. & Huseyin A. 2018. The relationship betweet perceived social support and organizational commitment levels of primary and secondary school teachers.
Universal Journal of Educational Research, 6(5):983-993.
Timberly, L. B., Jillian, W., Gwendolyn, K., & Skiba, R. J. 2016. Identifying Barriers: Creating