• Tidak ada hasil yang ditemukan

Titah Ucapan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Sempena Perlis Engineering Research, Learning & Innovation Symppsium (PERLIS) 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Titah Ucapan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Sempena Perlis Engineering Research, Learning & Innovation Symppsium (PERLIS) 4.0"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PERLIS ENGINEERING RESEARCH LEARNING & INNOVATION

SYMPOSIUM (PERLIS) 4.0, TAHUN 2018 BERTEMPAT DI DEWAN KECEMERLANGAN UniMAP KAMPUS

TETAP UniMAP, PAUH PUTRA, ARAU, PERLIS PADA 25 JULAI 2018, JAM 2.30 PETANG ---

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju

serta Salam “Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP”.

Alhamdulillah, Saya bersyukur kehadrat Allah Aza Wajalla kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya jua maka dapatlah kita bersama-sama sekali lagi pada petang yang sungguh berbahagia ini.

Mula-mula sekali, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan Dan Komuniti (IKRK) UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Malaysian Research & Innovation Society (MyRIS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis serta semua pihak dalam menjayakan PERLIS 4.0 pada kali ini.

Seterusnya, Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat-Yang berhormat, dif-dif kehormat, para tetamu, pelajar serta peserta khususnya anak-anak yang dapat mengambil bahagian dalam program ini.

Hadirin sekalian,

Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat.

(2)

2

Saya melihat pertandingan ini memanifestasikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi yang tinggi. Justeru, Saya berharap kebolehan dan keupayaan ini terus dibudayakan dan menjadi satu norma dalam menjalankan kehidupan dan tugas harian.

Inovasi bukan sahaja berperanan sebagai langkah kreatif untuk menyelesaikan masalah, bahkan turut merungkai kebuntuan akibat peraturan- peraturan lama yang membelenggu fikiran dan perkhidmatan. Iltizam untuk menempatkan negara berada dalam kelas negara maju global ternyata memerlukan pembudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten.

Namun, bagi menarik minat serta membudayakan sains dan inovasi di kalangan masyarakat terutama generasi muda memerlukan sokongan pelbagai pihak, termasuklah:

Pertama

Ianya haruslah bermula dari rumah di mana ibu bapa perlu memainkan peranan memperkenalkan dunia sains dan teknologi kepada anak-anak seperti meluangkan masa membawa mereka mengunjungi pameran sains dan teknologi. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran dalam usaha memberi sokongan kepada mereka dalam bidang berkenaan.

Kedua

Peranan guru sejak anak-anak dari sekolah rendah lagi dengan membantu membetulkan tanggapan mereka bahawa mata pelajaran sains itu sukar untuk dipelajari. Guru perlu memberi penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Guru juga harus kreatif agar mata pelajaran berkenaan „seronok‟ dipelajari sekaligus menarik minat pelajar.

Ketiga

Penganjuran wacana ilmu, forum atau wawancara tentang sains dan teknologi di pelbagai peringkat iaitu sekolah rendah, menengah serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar kesedaran generasi muda mengenai sains dan teknologi dapat ditingkatkan. Kesedaran mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi juga dapat menarik minat mereka.

(3)

3

Keempat

Pertandingan menulis esei atau pidato, bertemakan sains juga dapat memberi peluang pelajar menelaah serta mengkaji dengan lebih mendalam kepentingan sains dan teknologi pada masa kini serta masa akan datang.

Penganjur pertandingan juga boleh menawarkan insentif kepada pelajar sebagai pembakar semangat mereka, seterusnya

Kelima

Memperbanyakkan lagi pertandingan inovasi seperti program hari ini di peringkat sekolah dengan penggiliran penganjuran enam bulan sekali atau setahun sekali oleh sekolah-sekolah seluruh Perlis supaya minda pelajar di sekolah sentiasa diterapkan dengan sains dan teknologi.

Sesungguhnya, perkara yang diperlukan ialah evolusi minda dan tindakan yang menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu inisiatif inovasi. Aliran idea dan pelaksanaan inovasi perlu bersifat dua hala, sama ada berbentuk ‟top- down’ ataupun boleh juga datang daripada peringkat akar umbi (bottom-up).

Hadirin sekalian,

Mengakhiri titah, Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program kita pada kali ini.

Dengan ini, Saya merasmikan „Majlis Penutupan Program Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS) 4.0, Tahun 2018‟.

Sekian,

Wabilahitaufik Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Hadirin sekalian, Saya tidak mahu menyentuh mengenai kekuatan dan juga kelemahan UniMAP, tetapi ingin meminta semua yang hadir supaya memberi perhatian khusus kepada peluang-peluang

Demikianlah perumpamaan yang dikaitan dan menjelaskan betapa pentingnya golongan mahasiswa yang rata-rata berusia 25 tahun dan ke bawah yang berkembang dengan begitu istimewa dalam

2 Menempuh alam rumahtangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah, apatah lagi laporan didada-dada akhbar banyak mengisahkan masalah penceraian yang timbul dikalangan pasangan muda yang

Tahniah Saya ucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan seluruh pengurusan Universiti yang telah berjaya meletakkan UniMAP, bukan sahaja setanding malahan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH MULA-MULA SEKALI SAYA INGIN MEMPERSEMBAHKAN UCAPAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA AYAHANDA SAYA, DULI YANG MAHA MULIA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG

Selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis, Saya amat berbangga dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakan-rakan universiti yang lain kepada UniMAP untuk menjadi hos bagi

Pertama sekali, Saya mengucapkan Selamat Datang ke Universiti Malaysia Perlis dan tahniah serta syabas kepada semua ibu bapa yang ada di sini kerana telah berjaya mendidik anak-anak

AKHIR SEKALI, BESARLAH HARAPAN SAYA, AGAR FFVPM7 ANJURAN UNIMAP DENGAN KERJASAMA FINAS INI, DAPAT MEREALISASIKAN IMPIAN PEMINAT SERTA PENCINTA FILEM DAN VIDEO TANAH AIR DALAM