• Tidak ada hasil yang ditemukan

Titah Ucapan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Titah Ucapan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

TITAH UCAPAN

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL

PEMANGKU RAJA PERLIS

MERANGKAP CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA

UNIVERSITI MALAYSIA KE-32 STADIUM UTAMA, KANGAR, PERLIS

17 JUN 2007

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua?

Selamat Datang ke Negeri Perlis!

Selamat Datang ke UniMAP!

Alhamdulillah, Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua, dapatlah kita bersama-sama pada malam ini.

(2)

2 Hadirin sekalian,

Pertama sekali, Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berbahagia, Naib Canselor UniMAP dan barisan Jawatankuasa Induk dan Penganjur Kejohanan kerana menjemput Saya untuk merasmikan Kejohanan ini sebentar lagi.

Selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis, Saya amat berbangga dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakan-rakan universiti yang lain kepada UniMAP untuk menjadi hos bagi temasya sukan buat kali ini.

Sebagaimana yang kita ketahui walaupun UniMAP beroperasi secara bertaburan di seluruh Negeri Perlis, tanpa kampus tetap serta kemudahan sukan yang terhad, namun UniMAP menerima tanggungjawab untuk mengemudi kejohanan ini dengan kerjasama berbagai pihak, khususnya Kerajaan Negeri Perlis di bawah pimpinan YAB Menteri Besar sendiri. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan pada kali ini.

Kepada para atlet dan para pegawai, Saya berharap anda sekalian akan mengambil bahagian dengan penuh komited, kompetatif dan semangat disiplin kesukanan. Menang atau kalah adalah lumrah dalam sesuatu pertandingan. Namun, semangat berpasukan, bekerjasama dan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah amat penting ke arah kita

(3)

3

mengeratkan perpaduan. Sesungguhnya sukan adalah penghubung tali siraturahim antara kita semua. Ketika anda semua bekerja di tempat masing- masing, suasana pertemuan sebegini sukar dilakukan. Jadikanlah medan ini sebagai satu wadah untuk berinteraksi dan saling kenal-mengenali dan bertukar-tukar buah fikiran bagi kita memperbaiki bukan sahaja budaya kerja yang cemerlang bahkan meningkatkan jalinan jaringan atau networking ke arah memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan utama universiti khasnya dan rakyat amnya.

Hadirin sekalian,

Sebelum Saya mengakhiri titah, Saya berharap semua atlet yang bertanding dalam temasya sukan staf kali ini akan juga sentiasa memelihara integriti peribadi, kesopanan dan kesusilaan. Jauhilah diri anda semua daripada sebarang kegiatan dan gejala-gelaja yang tidak bermoral yang boleh merosakkan diri sendiri. Sesungguhnya, negara amat memerlukan tenaga kerja yang sihat, berilmu pengetahuan dan berdaya saing seperti anda sekalian untuk meneruskan perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang gemilang, terbilang dan maju menjelang 2020 dan seterusnya 2057. Berilah persembahan yang cemerlang demi untuk menaikkan nama kontinjen masing-masing.

(4)

4

Akhir titah, Saya dan Raja Puan Muda Perlis berdoa semoga kejohanan kali ini akan berlangsung dalam suasana aman, mesra dan sejahtera. Insya- Allah.

Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim, Saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Yang Ke-32.

Majulah Sukan Untuk Negara

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullhi ta’ala wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Penganjur pertandingan juga boleh menawarkan insentif kepada pelajar sebagai pembakar semangat mereka, seterusnya Kelima Memperbanyakkan lagi pertandingan inovasi seperti program

Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PADA MAJLIS PERASMIAN LARIAN UTARA 14 SEPTEMBER 2013 DI KAMPUS KUBANG GAJAH Assalamualaikum Warahmatullahi

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,

Demikianlah perumpamaan yang dikaitan dan menjelaskan betapa pentingnya golongan mahasiswa yang rata-rata berusia 25 tahun dan ke bawah yang berkembang dengan begitu istimewa dalam

Tahniah Saya ucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan seluruh pengurusan Universiti yang telah berjaya mengemudi bahtera UniMAP dan meletakkannya di

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH MULA-MULA SEKALI SAYA INGIN MEMPERSEMBAHKAN UCAPAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA AYAHANDA SAYA, DULI YANG MAHA MULIA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG

SEBELUM MENGAHIRI TITAH UCAPAN PADA PAGI YANG MULIA INI, SAYA SUKACITA INGIN MENGINGATKAN KEPADA SELURUH WARGA KUKUM AGAR MENGUATKAN AZAM, ILTIZAM DAN SEMANGAT DAN TERUS BEKERJA DENGAN