• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN "

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN

DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA YANG AKAN BERSARA

MAJANI HAJI JOBLI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2005

(2)

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah

iringan doa buat keluarga tercinta, pembimbing dan rakan rakan

khusus untuk

isteri; Mahodiah binti Hj, Muslimen

dan anak; Nur Fatini Athirah binti Majani yang disayangi

terima kasih

i

(3)

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan

Jadual Kandungan Senarai Jadual

Senarai Gambarajah Abstrak

Abstract

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang kajian

1.2 Latar belakang organisasi 1.3 Penyataan masalah

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Objektif umum 1.4.2 Objektif khusus 1.5 Kerangka konseptual

1.6 Hipotesis kajian

1.7 Kepentingan kajian 1.8 Definisi konsep

1.9 Limitasi kajian

BAB 2 KAJIAN SEMULA PENULISAN

2.0 Pengenalan

2.1 Pemilihan Kerjaya 2.2 Minat Kerjaya Baru

1 11

V1 viii ix X

1 1 5 9

12 12 13 13 14 15 17 19

21 21 23

11

(4)

2.3 Persaraan 25

2.4 Proses Persaraan 27

2.5 Fasa-Fasa Persaraan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3 Pengenalan 33

3.1 Lokasi kajian 33

3.2 Rekabentuk kajian 34

3.3 Populasi dan persampelan 34

3.4 Instumen kajian 35

3.4.1 Bahagian A: Latar belakang responden 35 3.4.2 Bahagian B: Kesukaan responden 36 3.4.3 Bahagian C: Kecekapan responden 36

3.4.4 Bahagian D: Nama Pekerjaan 37

3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37

3.5 Pengumpulan data 38

3.6 Penganalisisian data 39

3.7 Kesimpulan 41

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4 Pengenalan

4.1 Jumlah soalan kaji selidik 4.2 Latar belakang responden

4.2.1 Umur

4.2.2 Pangkat

4.2.3 Status Perkahwinan 4.2.4 Tahap Pendidikan

42 42 43 44 44 45 46

111

(5)

4.2.5 Tempoh Perkhidmatan 46 4.3 Perbezaan pemilihan kerjaya antara demografi 47

bedasarkan hipotesis

4.3.1 Hipotesis 1 47

4.3.2 Hipotesis 2 48

4.3.3 Hipotesis 3 49

4.3.4 Hipotesis 4 49

4.3.5 Hipotesis 5 50

4.3.6 Hipotesis 6 51

4.3.7 Hipotesis 7 51

4.3.8 Hipotesis 8 52

4.3.9 Hipotesis 9 53

4.4 Ringkasan keputusan ujian 53

4.4.1 Ringkasan Hipotesis yang diterima 53 4.4.2 Ringkasan Hipotesis yang ditolak 55

4.5 Kesimpulan 55

BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5 Pengenalan 57

5.1 Rumusan 57

5.1.1 Perbezaan pemilihan kerjaya di antara

ciri demografi 58

5.1.2 Perkaitan pemilihan kerjaya dengan enam 59 ciri personaliti

5.2 Kesimpulan 61

5.3 Implikasi Kajian 62

5.3.1 Implikasi kepada Organisasi 62

5.3.2 Implikasi kepada pekerja 63

5.3.3 Implikasi kepada latihan 63

iv

(6)

5.4 Cadangan Kajian 64

5.4.1 Cadangan kepada Organisasi 64

5.4.2 Cadangan kepada penyelidik akan datang 65

5.5 Kesimpulan 66

Rujukan 67

Lampiran 71

V

(7)

Jadual 1

Jadual 2

Jadual 3

Jadual 4

Jadual 5

Jadual 6

Jadual 7

Jadual 8

Jadual 9

Jadual 10

Jadual 11

Jadual 12

Jadual 13

Jadual 14

SENARAI JADUAL

Jadual Taburan Kekerapan Soal Selidik 42 Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan 44 Responden Berdasarkan Umur

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 44 Berdasarkan Pangkat

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 45 Berdasarkan Status Perkahwinan

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 46 Berdasarkan Tahap Pendidikan

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 46 Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 47 Berdasarkan Kesukaan

Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 48 Berdasarkan Kecekapan

Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49 Berdasarkan Nama Pekerjaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 49 Pangkat Berdasarkan Kesukaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 50 Pangkat Berdasarkan Kecekapan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 51 Pangkat Berdasarkan Nama Pekerjaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 51 Pendidikan Berdasarkan Kesukaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 52 Pendidikan Berdasarkan Kecekapan

vi

(8)

Jadual 15 Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 53 Pendidikan Berdasarkan Nama Pekerjaan

Jadual 16: Ringkasan Hipotesis Yang Diterima Jadual 17: Ringkasan Hipotesis Yang Ditolak

53 55

vii

(9)

SENARAI GAMBARAJAH

Rajah 1 Kerangka Konseptual

Rajah 2 Fasa Dalam Proses Persaraan

13

32

viii

(10)

Abstrak

Faktor Pemilihan Kerjaya Selepas Persaraan Di Kalangan Anggota Tentera Yang akan Bersara

Majani Haji Jobli

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara di Markas Tiga Briged

Infantri Malaysia, Kern Penrissen, Kuching

. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pernilihan kerjaya selepas persaraan yang berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu umur, pangkat dan tahap pendidikan serta perkaitannya dengan aspek kesukaan,

kecekapan dan nama pekerjaan Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik Self- Directed Search John L. Holland yang telah diubahsuai oleh Sidek Mohd Noah. Seramai 64 orang anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara dalam tahun 2005 telah digunakan sebagai responden. Analisis data menggunakan Statistical Package For Sosial Science (Windows) (SPSS) versi 11.5. Kekerapan, peratusan dan purata digunakan untuk menerangkan demografi responden sementara Ujian-T dan ANOVA sehala digunakan untuk menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi dengan faktor pemilihan kerjaya berdasarkan aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan mempegaruhi faktor pernilihan kerjaya responden yang akan bersara. Kesimpulannya, ketiga-tiga aspek yang dikaji (kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan) amat penting untuk membantu responden membuat perancangan awal pemilihan kerjaya mereka

sebelum persaraan. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan agar ketiga-tiga aspek tersebut dimuatkan untuk pemilihan kerjaya responden sebelum persaraan.

ix

(11)

Abstract

A Study On Career Choices After Retirement Among Army Personal

Majani Haji Jobli

This study aims to determine the career choices among army personal after their retirement in the 3'd Brigade Malaysian Infantry, Penrissen Camp, Kuching. The objective of this study is to identify the career choices based on selected demography such as age, rank, marital status, education level and period of service interconnected

with interest, capability and job name. The instrument that has been used in this study is Self-Directed Search by John L. Holland, and has been modified by Sidek Mohd Noah. The respondents in this research consist of 64 army personnel with different

levels who will retire in year 2005. The data was analyzed using the Statistical Package For Social Science (Windows) (SPSS) version 11.5. To explain and describe the respondents' demographic. /actor, the tests such as. frequency, percentage, and mean

were been used. The results using the t-test and ANOVA test show that there are no differences between the demographic factors, and career choices. factors based on the preferences, the efficiencies, and the name of the jobs. However, the results of this

research show that the aspect of preference, efficiencies, and the name of the

. jobs influence the choice of career among respondents. As a conclusion, those three aspects are very important in order to help the respondents in planning their career choices.

Hence, the researcher suggests that those three aspects should be highlighted and taken into consideration while making career choices after the retirement.

X

(12)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kajian yang dilakukan oleh penyelidik, latar belakang kajian, latarbelakang organisasi, kenyataan masalah, objekif kajian, kerangka

konseptual, hipotesis kajian, definisi konsep dan limitasi kajian. Semua perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Semua manusia memerlukan pekerjaan untuk hidup dan melalui pekerjaan inilah manusia mendapat rezeki untuk menyara kehidupannya serta memberi nafkah kepada keluarga disamping untuk berbakti kepada masyarakat. Setiap pekerjaan yang dipilih adalah

I

(13)

merupakan kerjaya yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan. Pekerjaan yang menjadi pilihan ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan pendapatan tetapi juga untuk mendapatkan kepuasan hidup.

Setiap individu semestinya melalui proses perubahan dalam kehidupannya dan perubahan ini merangkumi perubahan kepada kerjaya dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Perubahan kepada kerjaya boleh diakibatkan oleh penamatan perkhidmatan dalam sektor kerajaan ataupun swasta seperti persaraan, membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran, bertukar kepada kerjaya lain, kurang kepuasan kerja, kurang peluang menyertai aktiviti

kebajikan ataupun kerana faktor kesihatan dan kewangan (Aiken, R. Lewis, 1998).

Perubahan kerjaya kerana persaraan bukan merupakan penghujung kepada kehidupan individu dalam dunia pekerjaan kerana mengikut Super (1957,1972) kerjaya merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukannya selepas bersara.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang individu bersara dari kerjaya beliau dan antaranya ialah bersara kerana telah mencapai had umur ataupun persaraan wajib.

Mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 27), persaraan wajid bagi sektor awam di Malaysia ialah apabila seseorang anggota perkhidmatan telah mencapai umur 56 tahun manakala bagi perkhidmatan ketenteraan, mengikut seksyan 6A, Peraturan-Peraturan Angkatan

Tetap 1982 (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) memperuntukkan bahawa Pencen Perkhidmtan atau Pencen Terbitan yang diberi berkenaan dengan persaraan pada

2

(14)

atau selepas I Julai 1980 yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan diakui selama tidak kurang dari 21 tahun bagi askar-laskar iaitu anggota tentera lain-lain pangkat.

Anggota-anggota tentera lain-lain pangkat dalam perkhidmatan ketenteraan rata-ratanya bersara pada umur 40 tahun hingga 45 tahun setelah berkhidmat tidak kurang dari 21 tahun dan pada usia ini mereka masih boleh membina kerjaya baru untuk menambahkan pendapatan mereka. Oleh itu persediaan dan perancangan yang rapi perlu dilakukan sebelum persaraan mereka supaya kehidupan mereka selepas bersara lebih bermakna disamping dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan tenaga.

Persediaan dan perancangan kerjaya selepas persaraan berhubung rapat dengan personaliti individu kerana keselarasan personaliti dengan kerjaya merupakan faktor penyumbang kepada kepuasan bekerja dan peningkatan kerjaya. Osipow (1983) menyatakan bahawa keselarasan mencerminkan perihal ciri-ciri yang ada pada diri

individu didapati bersesuaian dengan permintaan persekitaran untuk sesuatu bidang kerjaya.

Holland (1966) berpandangan bahawa pemilihan kerjaya dan penyesuaian kerjaya mengambarkan kesinambungan kepada personaliti individu. Individu mengungkapkan diri mereka, minat mereka dan nilai yang mereka pegang melalui pekerjaan yang mereka pilih berserta pengalaman yang mereka miliki.

3

(15)

Kaunseling adalah merupakan bidang yang dapat membantu bakal pesara membuat persediaan dan perancangan sebelum persaraan mereka. Sharf. S. R. (2002) menyatakan terdapat dua matlamat utama dalam kaunseling kerjaya iaitu pemilihan dalam kerjaya dan membuat perubahan dalam kerjaya. Asas kemahiran menolong adalah ramuan penting untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam perkembangan kerjaya. Ini dapat

dilakukan dengan sama ada melalui sesi kaunseling ataupun melalui ujian personaliti dan vokesyenal. Terdapat banyak ujian-ujian personaliti dan vokesyenal yang dapat membantu kaunselor memahami tret dan personaliti klien. Holloway, 1991; Furnham,

1992 (Adrian Furnhan dan Patrick Heaven, 1999) menyatakan bahawa ujian personaliti dan kebolehan telah digunakan untuk pemilihan sebelum perang dunia pertama. la juga digunakan untuk pemilihan kerjaya.

Sidek Noah (2002) menyatakan bahawa kepuasan kerja dan kepuasan hidup dikatakan banyak bergantung kepada sejauh mana individu dapat menyalurkan potensi yang ada

pada dirinya. Super (dlm. Weinrach 1979) menyatakan bahawa kepuasan kerjaya dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu mendapat jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehan, minat, trait-trait personaliti, nilai dan kebolehannya.

Umumnya, pemilihan kerjaya selepas persaraan banyak bergantung dengan minat dan kebolehan atau kecekapan individu kerana matlamat utama dalam pencarian kerjaya yang

sesuai adalah untuk memenuhi impian dan kepuasan hidup.

4

(16)

1.2. Latar Belakang Organisasi

Markas 3 Briged Infantri Malaysia pada mulanya telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1957 di Kern Imphl, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan nama asalnya Headquarters 3rd Federal Infantry Brigade. Peranan utama Briged ini ialah untuk menjalankan tugas-tugas istiadat semasa Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu baru mencapai kemerdekaan. Panglima pertama yang memerintah 3rd Fed Inf. Bde ialah

Brigader H. I. J Green dari "The Greanadier Guards" yang telah dipilih khas kerana beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam adat istiadat ketenteraan serta diperlukan oleh pihak kerajaan dan tentera pada masa tersebut. Apabila keadaan darurat diseluruh Tanah Melayu telah dapat ditamatkan, maka operasi di perbatasan Malaya/Thailand dapat dikurangkan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertahanan telah membuat keputusan untuk mengurangkan satu Briged. Markas P Fed Inf Bde yang sedia wujud di Kern Imphl telah dirancang untuk dibubarkan terus. Namun demikian, pembubaran Briged ini telah dibatalkan dan ianya diletakkan dalam keadaan "Suspended From Operation " mulai 25 Oktober 1959. Dengan tercetusnya huru-hara di Congo pada bulan Jun 1960, Karajaan

Malaya telah menerima rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar anggota tentera ke Leopoldville, Congo. Demi keamanan dunia sejagat, Kerajaan Malaya telah menghantar tentera ke sana dan dikenali sebagai Malayan Special

5

(17)

Force. Pada awalnya, penyertaan Tentera Malaya adalah seramai 613 anggota. Oleh kerana PBB mahukan kekuatan Tentera Malaya ditambah pada 1413 anggota, maka dengan bilangan anggota tersebut memerlukan sebuah Briged ditubuhkan. Justeru, 3rd Fed Inf Bde yang pada mulanya digantung dalam rancangan penyusunan semula Kementerian Pertahanan telah diwujudkan semula pada 1 Jan 1961.3rd Inf Bde ini telah diatur gerakan ke Congo pada 8 April 1961 dari Port Swettenham ketika itu dan merupakan Briged yang ulung diberi penghormatan berkhidmat di seberang laut.

3rd Fed Inf Bde telah ditempatkan di BUKAVU, Kivu Province, Utara Congo dari 20 Mei 1961 hingga 20 Feb 1963 untuk menjaga keamanan. Panglima yang diberi mandat untuk menerajui 3rd Fed Inf Bde ketika itu adalah Brigadier Abdul Hamid bin Bidin.

Briged ini telah menaikkan nama negara dengan memberi khidmat cemerlang bagi memulihkan keadaan keselamatan di Congo amnya dan di Kivu Province khasnya.

Kepujian dan ucapan penghargaan telah disampaikan oleh Jeneral Mobutu kepada 3d Fed Inf Bde di atas kecemerlangan tugas yang telah dilaksanakan. Selepas berkhidmat di Congo, Briged ini telah kembali ke Malaya dan ditempatkan di Bentong, Pahang. Tanya telah diberi tanggungjawab untuk menjaga keamanan bagi kawasan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Aktiviti operasi ditempukan di sempadan Malaysia/ Thailand sehingga pertengahan tahun 1966.

Dengan berakhirnya konfrantasi dalam tahun 1966, Briged ini yang kini dikenali sebagai Briget Ketiga Infantri Malaysia telah mengambil alih tugas daripada Tentera British di Sarawak. Pada januari 1971, Markas 3 Briged telah ditempatkan di sebuah Ibu Pejabat

6

(18)

Polis, Jalan Badarudin dan kemudiannya berpindah ke kern baru yang diberi nama Kern Bukavu bertempat di Jalan Palm, Kuching. Pada 1 Jun 1974, Markas 3 Briged Infantri Malaysia telah berpindah ke Kern Penrissen yang baru dan menetap di situ sehinggalah ke hari ini.

Semenjak mengambil alih tugas dari Tentera British, Markas ini bertanggungjawab ke atas keselamatan seluruh negeri Sarawak. Namun demikian, pada awal April 1972, apabila tertubuhnya Markas Rejang Area Security Command (RASCOM), tugas-tugas yang dipikul telah dibahagikan. Markas 3 Briged bertanggungjawab hanya ke atas Bahagian Pertama dan Kedua sahaja manakala Markas RASCOM dibahagian-bahagian lain Sarawak. Briged Ketiga Infantri Malaysia telah berjaya membenteras kegiatan Parti

Komunis AMAN, yang mana telah berjaya menarik keluar pemimpin-pemimpin PKKU untuk menyerah diri kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada Oktober 1973. Penghormatan juga diberi kepada 3 Briged kerana telah menunjukkan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab serta memberi kerjasama yang erat dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI), khususnya dengan MANDAU TV dan KODEM XII Tanjungpura bagi menghapuskan PKKU dan PARAKU di perbatasan Sarawak dan

Kalimantan Barat (KALBAR). Kerjasama dan perhubungan ATM dan TNI adalah erat dan akrab sekali, RAPAT Perbatasan, RAKOR antara TDM/TNI dan Latihan bersama KEKAR MALINDO telah memantapkan lagi perhubungan kedua-dua negara. Di samping itu, lawatan muhibah antara PERSIT dan BAKAT telah juga mengeratkan lagi silaturrahim antara isteri-isteri anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia. Kekalahan PKKU dan seterusnya pemulihan keamanan serta keselamatan

7

(19)

negara telah nenbolehkan Markas 3 Briged menghadapi cabaran-cabaran keselamatan yang mingkin timbul sejajar dengan pembaharuan struktur dan doktrin peperangan Tentera Darat.

Markas 3 Briged Infantri Malaysia mempunyai seramai 1914 anggota lain-lain pangkat yang sedang berkhidmat di bawah unit-unit seperti berikut;

a. Markas Staf Stesen Kuching, Kuching b. Stesen Bomba Tentera Darat, Kuching,

c. Pejabat Tadbir Kern 3 Briged, Kuching d. 3 Skuadron Semboyan DiRaja, Kuching

e. Rejimen 511 Askar Wataniah, Kuching,

f. 801 Rumah Sakit Angkatan Tentara, Kuching

g. 609 Pusat Gigi Angkatan Tentera, Kuching h. Kompeni 3 Wokshop Briged, Kuching,

i. Unit Lapang Sasar Sempadi, Lundu

j. Rejimen Ke 11 Askar Melayu DiRaja, Kuching

k. Rejimen ke 13 Askar Melayu DiRaja, Sri Aman

1. PALAPES UNIMAS, Kota Samarahan

8

(20)

Kajian faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara dijalankan di semua unit di bawah Briged Ketiga Infantri Malaysia, Kern Penrissen, Jalan Kuching / Serian, Kuching.

1.3 Penyataan Masalah

Kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Mengikut Tolbert (1994) (dlm. Sidek Noah 2000) kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Ivey dan Morril (1968) merumuskan bahawa proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam siri perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan.

Menurut Super (1957,1972) kerjaya merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara. Menurut beliau lagi, kerjaya ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.

Setiap pekerjaan mempunyai penghujuannya lebih-lebih lagi apabila berkhidmat di sektor kerajaan. Dalam kontek perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera

9

(21)

Malaysia, anggota-anggota ditawarkan untuk berkhidmat secara wajib selama 10 tahun dan diberi opsyen untuk menyambung perkhidmatan ke 15 tahun, seterusnya ke 18 tahun dan seterusnya ke 21,22 atau 23 tahun. Perkhidmatan terus tanpa henti ke 21,22 dan 23 tahun diberi skim perkhidmatan berpencen yang bermakna anggora-anggota tentera lain- lain pangkat yang bersara layak menerima pencen bulanan disamping faedah-faedah lain.

Kajian memfokus kepada persoalan yang mungkin timbul akibat dari pemilihan kerjaya yang tidak bersesuaian dengan minat dan kecekapan individu kerana mengikut Super (dlm Brown dan Brook 1984; dlm Weinrach 1979) manusia berbeza dari segi minat, nilai, jenis personaliti, dan kebolehannya dan oleh sebab ciri yang berbagai-bagai ini, maka individu berkelayakan untuk menjawat dan melakukan beberapa jenis pekerjaan.

Menurut Sidek Noah (2002) keputusan individu dalam memilih sesuatu program pengajian atau pekerjaan boleh jadi tepat dan boleh jadi tidak tepat bergantung kepada kematangan dan bimbingan yang diperolehi sebelum membuat keputusan. Ketepatan membuat pilihan kerjaya mengikut minat dan personaliti amat penting dalam kehidupan individu dan menurut Amir Awang (1983) terdapat tiga sebab utama mengapa berlakunya kesukaran membuat pilihan kerjaya iaitu ;

a. Masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa-apa sahaja kerjaya.

10

(22)

b. Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu seseorang tidak dapat mengagak minatnya, kebolehannya dan personalitinya dengan baik dan kerana itu pilihan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadinya.

c. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang akibatnya menimbulkan masalah identiti.

Fokus kepada kajian ini mengupas persoalan pemilihan kerjaya anggota-anggota tentera yang akan bersara setelah menamatkan perkhidmatan melebihi 21 tahun dan bidang kerjaya baru yang diceburi. Persoalan yang mungkin timbul adalah; apakah pemilihan kerjaya yang telah dipilih menepati personaliti mereka atau apakah latihan yang ditawarkan dapat membantu bakal pesara mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan perkhidmatan. Mengikut Sidek Noah (2002) pemilihan kerjaya secara terpaksa sering kali menimbulkan masalah kepada individu yang terlibat. Masalah akan timbul apabila

individu merasakan program pengajian atau latihan yang diikutinya atau pekerjaan yang dilakukannya tidak selaras dengan ciri-ciri minat dan personaliti yang dimilikinya.

Keadaan im akhirnya menimbulkan rasa bosan dan kecewa yang kemudiannya membawa kepada penurunan motivasi yang akhirnya menyebabkan individu tersebut tidak dapat memberi tumpuan dan penglibatan sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya.

Oleh yang demikian, apa-apa keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya

perlulah diberikan perhatian sewajamya bagi memastikan bidang yang dipilih benar-

11

(23)

benar selaras dengan potensi dan ciri-ciri individu. Ini selaras dengan kenyataan Person (dlm Sidek Noah, 2002) yang menyatakan bahawa ketidaksesuaian antara individu dengan kerjaya yang diceburi akan menyebabkan berlakunya apa yang dipanggil brain- drain dalam perkhidmatan di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Pengaliran membazir ini jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara dalam jangka masa panjang terutamanya dari sudut pembangunan negara dan merupakan satu pembaziran guna tenaga.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua aspek iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.4.1 Objektif Umum

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tentang pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara bertempat di

Markas 3 Briged, Kern Penrissan, Kuching.

12

(24)

1.4.2. Objektif Khusus

a. mengenal pasti perbezaan faktor umur mempengaruhi pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan afiggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara.

b. untuk mengenal pasti faktor pangkat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara

c. untuk mengenal pasti perbezaan tahap pendidikan mempengaruhi pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang

akan bersara.

1.5 Kerangka Konseptual

Pembolehubah tidak bersandar

Faktor Demografi : Umur

Pangkat

Tahap pendidikan

Pembolehubah bersandar

Faktor pemilihan kerjaya

selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain

pangkat yang akan bersara - kesukaan

- kecekapan

- nama pekerjaan

Raiah 1: Keranuka Konsentual

13

Referensi

Dokumen terkait

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran generik di kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik,

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak aktiviti gelombang otak dalam keadaan yang berbeza iaitu ketika rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Lembah Klang.3.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pelajar politeknik terhadap peranan perkhidmatan Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) dalam membantu

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2018 Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pemilihan ciri-ciri

Abstrak : Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang kerjaya sebagai

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai, perbezaan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar berbeza kursus

Selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti segala permasalahan dalam melaksanakan transisi kerjaya dalam MPV Khas untuk MBP di PPKI supaya