Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
PERUBAHAN MATERIAL DALAM KRAFTANGAN OLEH MASYARAKAT MELAYU DI SARIBAS, SARAWAK
NUR FARZIANA BT. ANGAT
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2018
i
PERUBAHAN MATERIAL DALAM KRAFTANGAN OLEH MASYARAKAT MELAYU DI SARIBAS, SARAWAK
NUR FARZIANA BT. ANGAT
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PERUBAHAN MATERIAL DALAM KRAFTANGAN OLEH MASYARAKAT MELAYU DI SARIBAS, SARAWAK
SESI PENGAJIAN :2015/2016 Saya : (Nur Farziana Binti. Angat)
Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. *sila tandakan( / )
SULIT TERHAD
TIDAK TERHAD
Disahkan
TandatanganPenulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh :
Alamat tetap :
No.21D, KAMPUNG HILIR SERABANG 94950 PUSA, BETONG, SARAWAK
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana
*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakMuda
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
iii
Projek bertajuk ‘PERUBAHAN MATERIAL DALAM KRAFTANGAN OLEH MASYARAKAT MELAYU DI SARIBAS, SARAWAK’ telah disediakan oleh Nur Farziana Binti Angat dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan KepujianPengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Puan Rahah Binti Hasan)
Tarikh :
iv
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang dipamerkan dalam Penyelidikan dan projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi (IPT) lain.
Yang benar,
(Nur Farziana Binti Angat) 54899 Program Pengurusan Seni
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan tenaga, keupayaan serta kesabaran buat diri saya untuk menyiapkan kajian ini.
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan saya ucapkan buat Puan Rahah Binti Hasan selaku penyelia saya yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar, dorongan serta kata nasihat dalam usaha saya menyudahkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada tenaga pensyarah yang lain, Cik Karen Audrey Samy dan Profesor Madya Dr. Noria ak Tugang yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya dalam usaha saya menyempurnakan kajian ini serta pihak Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua.
Tidak lupa juga kepada responden dan subjek kajian, jutaan terima kasih saya ucapkan. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada anda semua, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ahli keluarga yang tersayang kerana banyak membantu, memberi sokongan moral serta memahami karenah saya semasa menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semasa saya menyiapkan kajian ini yang mana banyak memberi bimbingan, sokongan moral dan bantuan kepada saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan buat semua.
Sekian, terima kasih.
vi
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Halaman Tajuk i
Borang Pengesahan ii
Pengakuan iii-iv
Penghargaan v
Isi Kandungan vi-ix
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Gambar xii
Abstrak xiii
Abstract xiv
Bab 1: Pengenalan 1-23
1.1 Pengenalan 1-12
1.2 Latar Belakang 13-14
1.3 Permasalahan Kajian 15
1.4 Skop Kajian 16
1.5 Lokasi Kajian 17
1.6 Objektif Kajian 18-19
1.7 Kepentingan Kajian 20-21
1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Seni kraftangan 1.8.2 Kraf tradisional
22-23 22 22
vii
1.8.3 Alternatif 1.8.4 Kraf moden 1.8.5 Modenisasi
22 23 23
Bab 2: Kajian Literatur 24-37
2.1 Pengenalan 24
2.2 Kajian Lepas 25-37
2.2.1 Kraftangan 25-26
2.2.2 Perubahan material 27
2.2.3Material Cultureatau budaya benda 28
2.2.4 Produk 29
2.2.5 Kreativiti 30
2.2.6 Perubahan dalam kraf 31-32
2.2.7 Kraf moden 33
2.2.8 Perubahan kraf yang menjana ekonomi 34-35
2.2.9 Masyarakat dan kraf 36
2.2.10 Inovasi pembuatan kraf 37
Bab 3 : Metodologi Kajian 38-51
3.1 Pengenalan 38
3.2 Jenis dan sumber data 3.2.1 Data primer 3.2.2 Data sekunder
39-41 40 41
3.3 Persampelan 42
viii
3.4 Kaedah kajian dan Analisa data 3.4.1 Kaedah kualitatif
3.4.2 Kaedah temubual 3.4.3 Pemerhatian 3.4.4 Pendokumentasian
43-48 44 45 46 47-48 3.5 Instrumen kajian
3.5.1 Telefon pintar 3.5.2 Komputer riba 3.5.3 Peralatan sampingan
49-50 49 49 50
3.6 Kesimpulan 51
Bab 4 : Analisa Data dan Dapatan Kajian 52-65
4.1 Pengenalan 52-53
4.2 Faktor penggunaan bahan alternatif 4.2.1 Inovasi dalam penghasilan kraf
54 55 4.3 Penggunaan bahan asal sebelum berlaku inovasi
4.4 Inovasi dalam kraftangan
4.4.1 Plastik sebagai bahan buatan utama dalam kraf sekarang
4.4.2 Campuran bahan asal dan plastik dalam kraf 4.4.3 Kraf kontemporari
56 57-65 58-59
60-62 63-65
Bab 5 : Perbincangan dan Kesimpulan 66-75
5.1 Pengenalan 66
ix
5.2 Perbincangan 67-69
5.3 Cadangan
5.3.1 Pengusaha kraf 5.3.2 Bengkel dan latihan 5.3.3 Penyelidikan
70-73 70-71 71-72 72-73
5.4 Kesimpulan 74-75
Glosari 76
Rujukan 77-80
Lampiran A 81
Lampiran B 82-90
Lampiran C 91-100
Lampiran D 101-116
x
JADUAL
Jadual 3.4.4 Jadual pengumpulan data 48
xi
SENARAI RAJAH
Rajah 1.3 Ringkasan permasalahan kajian 15
Rajah 1.5 Peta Kampung Serabang 17
Rajah 1.7 Ringkasan kepentingan kajian 21
Rajah 3.2 Jenis dan sumber data 39
Rajah 3.2.1 Data primer 40
Rajah 3.2.2 Data sekunder 41
Rajah 3.3 Ringkasan Persampelan 42
Rajah 3.4 Kaedah kajian kualitatif 43
Rajah 4.1 Langkah-langkah penganalisaan data 53
Rajah 4.2 Faktor penggunaan bahan alternatif 54
Rajah 4.2.1 3 bentuk inovasi dalam penghasilan kraf 55
Rajah 4.3 (i) Penggunaan bahan asal 56
Rajah 4.3 (ii) Penggunaan bahan plastik / sintetik dalam kraf 57
xii
SENARAI GAMBAR
Gambar 1.1 PengayakTradisional 4
Gambar 1.2 Tubang / SabatTradisional 5
Gambar 1.3 Takin PadiTradisional 6
Gambar 1.4 Nyiru / TampiTradisional 7
Gambar 1.5 Bakul Plastik 8
Gambar 1.6 Bakul &TakinPlastik 9
Gambar 1.7 Anyaman Tikar Plastik 10
Gambar 1.8 Tubang / SabatPlastik 11
Gambar 1.9 Nyiru / Tampi Plastik 12
Gambar 4.3.1 Tubang :bahan utama; plastik / sintetik 59 Gambar 4.3.2 (i) Nyiru / tampi :tali nilon / plastik dan bahan asal
iaitu rotan
60
Gambar 4.3.2 (ii) Strukturtakindantubang 61-62 Gambar 4.3.3 Penggunaan warna dalam penghasilan reka corak 63-65
xiii
Abstrak
Penyelidikan ini memfokuskan kepada perkembangan perubahan material dalam kraftangan masyarakat Melayu di Saribas, Sarawak. Berdasarkan metod kualitatif, hasil permerhatian dan dokumentasi bahan kraf yang mengalami perubahan yang kebanyakaannya bahan plastik, pengkaji merumuskan kraftangan era moden telah berinovasi kerana keperluan bahan buatan dan tahap penggunaan yang telah berlainan fungsi dalam masyarakat kini.
xiv
Abstract
This research focuses on the development of material changes in Malay handicraft in Saribas, Sarawak. Based on the qualitative method, the result of observation and documentation of the changing material of plastic materials, the researcher concludes that the modern era of handicraft has been innovating because of the need for artificial materials and the level of utilization that has been different in today's society.
1
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Kajian ini adalah berkisarkan tentang seni kraftangan dalam kalangan masyarakat Melayu di kawasan pedalaman Saribas, Sarawak. Seni kraftangan ini telah wujud sejak beratus tahun dahulu lagi. Setiap hasil produk seni kraftangan ini mempunyai motif, keunikan, budaya serta simbolik identiti sesebuah masyarakat itu sendiri. Kehalusan hasil kesenian produk kraftangan di negeri ini semakin dipandang tinggi sebagai produk kraf yang berkualiti tinggi. Elemen semulajadi diimplementasikan di dalam setiap proses penghasilan produk kraf.
Nilai-nilai keaslian produk seni1 kraftangan Sarawak dapat dilihat dari aspek penggunaan sumber bahan semulajadi. Lazimnya, produk kraf yang dihasilkan adalah menggunakan sumber alam seperti buluh, rotan, daun mengkuang, bemban, kayu dan banyak lagi. Antara produk kraftangan yang semakin popular di Sarawak ialah produk anyaman, tekstil, manik dan ukiran.
Penggunaan motif, bahan, warna dan fungsi sesuatu produk itu adalah simbolik kepada asal-usul produk kraftangan itu sendiri.
Namun begitu, kepesatan teknologi pada masa kini secara tidak langsung turut menyumbang kepada era perubahan terhadap proses serta bahan yang
1 Keaslian produk seni bermaksud pengekalan identiti asal sesuatu kesenian seperti penggunaan bahan asas daripada sumber semulajadi.
2
digunakan dalam penghasilan produk seni kraf ini. Malahan, penghasilan produk seni kraftangan ini dilihat semakin berkembang dan mempunyai nilai komersial yang agak tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sambutan yang menggalakkan terhadap permintaan produk seni kraf ini dalam pasaran menjadikan sektor ini semakin berkembang pesat sekaligus menyumbang kepada aspek ekonomi bukan sahaja kepada pengusaha seni kraf itu sendiri bahkan, turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan khususnya.
Antara produk kraftangan yang senang didapati dalam pasaran tempatan adalah peralatan yang seringkali digunakan dalam kehidupan harian masyarakat seperti bakul, tikar dan banyak lagi. Sementara produk pelancongan pula adalah dikenali sebagai cenderamata. Kebiasaannya, cenderamata berbentuk ukiran dan anyaman mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelancong asing. Jika diperhatikan, terdapat pelbagai jenis produk yang berada di pasaran. Kebanyakannya, menjurus ke arah penggunaan bahan campuran;
semulajadi dan bahan plastik. Malahan, ada juga yang menggunakan sepenuhnya bahan plastik (Sahari, F., & Hasan, R.H., 2010).
Penggunaan bahan alternatif dalam seni pembuatan produk kraf semakin senang didapati di daerah kecil seperti Saribas. Produk kraf menggunakan bahan plastik seperti polyethylene semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar. Hal ini demikian
3
kerana, bahan yang digunakan lebih mudah didapati dan tahan lasak. Malahan, perletakan motif yang sesuai menjadikan hasilnya semakin cantik dan mempunyai kelas yang tersendiri. Penggunaan bahan alternatif ini berpotensi untuk menampilkan kesan gaya eksklusif dan kontemporari (Sahari, F., & Hasan, R.H., 2010).
4
Gambar 1.1PengayakTradisional Sumber : Kajian Lapangan
5
Gambar 1.2Tubang / sabatTradisional Sumber : Kajian Lapangan
6
Gambar 1.3TakinPadi Tradisional Sumber : Kajian Lapangan
7
Gambar 1.4Nyiru / TampiTradisional Sumber : Kajian Lapangan
8
Gambar 1.5 Bakul Plastik Sumber : Kajian Lapangan
9
Gambar 1.6 Bakul &TakinPlastik Sumber : Kajian Lapangan