Kertas ini mengandungi 3 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER II SESI AKADEMIK 2007/2008
IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN
KOD KURSUS : STAG3072
TAJUK KURSUS : GEOLOGI SEKITARAN
ARAHAN : 1. Jawap DUA (2) soalan dari Bahagian A 2. Jawap SEMUA soalan dalam Bahagian B
3. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan Peperiksaan.
No. Pendaftaran : --- (dengan perkataan)
APRIL 2008 MASA : 2 JAM
STAG3072
1 BAHAGIAN A (50 MARKAH)
Arahan: Jawap dua soalan sahaja
1. Berikan huraian ringkas tentang perkara-perkara berikut:
a) Pembangunan mapan (5 markah)
b) Bumi sebagai satu sistem tertutup dan terbuka (5 markah)
c) Sumber mineral tak pernah habis tetapi “economically depleted” (5 markah) d) Akuifer terkekang dan tidak terkekang (5 markah)
e) Pergerakan gelombang tsunami dari kawasan berair dalam ke kawasan cetek (5 markah)
2. Tempat-tempat berikut terkenal dengan dengan bencana geologi atau pencemaran oleh aktiviti manusia. Jelaskan secara ringkas punca dan kesan daripada peristiwa berikut:
a) Malapetaka di sekitar Lautan India pada 26hb Disember 2004 (5 markah) b) Vesivius, Italy tahun 79AD. (5 markah)
c) Kejadian di Aberfan, Wales pada 21hb Oktober 1966 (5 markah) d) Kejadian di Vaoint, Italy pada 9hb Oktober 1963 (5 markah) e) Love Canal di Amerika Syarikat (5 markah)
3. Berikan huraian ringkas tentang perkara-perkara berikut:
a) Saliran lombong berasid (acid mine drainage) (5 markah) b) Ozon di stratosfera dan troposfera (5 markah)
c) Perbezaan dari segi tenaga oleh gempabumi skala M4 dan M7 (5 markah) d) Biochemical oxygen demand (BOD) dan dissolved oxygen (DO) (5 markah) e) Bagaimana pertambahan kandungan gas CO2 yang sedikit boleh menyebabkan kepada masalah pemanasan sejagat (5 markah)
STAG3072
2 BAHAGIAN B (50 MARKAH)
Arahan: Jawap SEMUA soalan
1. a) Dengan menggunakan gambarajah, jelaskan secara ringkas teori elastic balikan semula (elastic rebound theory) (5 markah)
b) Nyatakan perbezaan antara skala pengukuran gempa Richter dan Mercalli Index (5 markah)
c) Apakah itu seismogram?. Apakah maklumat yang perlu diperolehi dari seismogram untuk mengukur gempabumi menggunakan skala Richter? (5 markah)
d) Bagaimanakah kedudukan pusat gempa (epicenter) ditentukan (5 markah)
e) Merujuk kepada Rajah 1 (di bawah), namakan dan jelaskan jenis gelombang yang bertanda G. (5 markah)
f) Merujuk kepada Rajah 2 (di bawah), nyatakan apakah perbezaan antara seismogram A dan B. (5 markah)
Rajah 1
Rajah 2
STAG3072
3 2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) (5
markah).
b) Sebutkan nama akta dan perintah yang mengawal perundangan EIA di Malaysia (5 markah)
c) Jelaskan kepentingan melakukan penyiasatan terperinci EIA dan berikan pendapat anda tentang kelemahan EIA yang sedia ada di Malaysia sekarang dan cara untuk memperbaiki kelemahan tersebut. (10 markah)
‘SELAMAT MAJU JAYA’