• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

01 00 01/08/2016

GARIS PANDUAN

DANA TOP DOWN UKM

(Jangka Pendek)

(2)

 

DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.

PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN

KANDUNGAN

PERKARA Muka surat

1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3

2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 6

3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 6

4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 7

5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 8

6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 9

7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 10

(3)

1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)

1.1. Pengenalan

Dana Top Down UKM telah diperkenalkan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 6/2014 bertarikh 8 April 2014.

1.2. Objektif

Tujuan geran ini adalah untuk menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan yang memberi penyelesaian segera terhadap masalah yang wujud didalam kampus UKM.

1.3. Tema penyelidikan

Tema penyelidikan geran penyelidikan Top Down ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan berdasarkan Tema penyelidikan yang telah ditetapkan.

1.4. Syarat Permohonan

1.4.1. Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik UKM.

1.4.2. Keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang merentas disiplin

1.5. Tempoh Penyelidikan

Jangka masa projek mestilah dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

1.6. Tatacara Permohonan

1.6.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

1.6.2. Rujuk Manual Pengguna SMPU (Permohonan) untuk langkah-langkah permohonan secara atas talian.

1.6.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak dapat dipertimbangkan.

(4)

Page 4 of 11 

1.7. Peraturan Perbelanjaan

1.7.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun)

Melantik Pembantu Penyelidik (RA) atau Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.

1.7.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)

i. Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam negara yang berkaitan dengan projek.

ii. Perjalanan ke luar negara perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah:-

a) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua penyelidik dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut.

b) Perjalanan ke luar negara untuk tujuan menghadiri persidangan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Menghadiri Persidangan

c) Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan.

iii. Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40 peratus (40%) daripada jumlah keseluruhan projek.

1.7.3. Vot 24000 (Sewaan)

Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

1.7.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang dibenarkan.

1.7.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.

(5)

1.7.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)

Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan.

(Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis)

Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan geran.

1.7.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan)

Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.

1.8. Hasil Penyelidikan

1.8.1. Penyelesaian Masalah

Menghasilkan suatu bentuk teknologi atau inovasi yang memberi penyelesaian kepada permasalahan bagi salah satu tema penyelidikan yang telah ditetapkan.

1.8.2. Penerbitan

Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan mengikut jumlah peruntukan yang telah diluluskan seperti berikut:

i. RM10,000.00 – RM29,000.00, 1 jurnal terindeks SCOPUS/ERA

ii. RM30,000.00 – RM49,000.00, 1 jurnal terindeks ISI WoS / 4 bab dalam buku / buku penyelidikan dari penerbit tersohor

iii. Setiap RM50,000.00, 1 jurnal Quartile 1 atau Quartile 2 (Impak faktor

>=2.5) atau kertas Polisi atau Dasar yang diterima pakai di peringkat kebangsaan.

(6)

Page 6 of 11 

Penghargaan kepada Universiti mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.

1.8.3. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan

Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK)

2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)

2.1. Penilaian

2.1.1. Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Universiti akan mempertimbangkan permohonan yang telah diperakukan oleh Naib Canselor.

2.1.2. Hasil daripada penilaian tersebut akan dimajukan ke Jawatankuasa Penilaian dan Penerbitan untuk kelulusan;

2.1.3. Keputusan adalah muktamad;

2.1.4. Carta alir adalah seperti di Bahagian 7 (muka surat 11)

3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)

3.1. Pemakluman Keputusan

3.1.1. Keputusan permohonan projek Dana Top Down UKM akan dimaklumkan kepada pemohon selepas kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan.

3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada penyelidik.

Penyelidik perlu mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM dengan salinan kepada Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP), Bendahari.

(7)

3.1.3. Sekiranya Penyelidik tidak mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM, penggunaan kewangan akan tertangguh.

4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 4.1. Laporan Kemajuan

Laporan kemajuan perlu dihantar seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:

Penghantaran Laporan

Laporan Kemajuan

Julai Januari / dari tarikh mula projek - Jun Januari Julai / dari tarikh mula projek - Disember Laporan kemajuan adalah melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). Setiap Ketua bertanggungjawab untuk memastikan laporan kemajuan dihantar mengikut jadual yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan peruntukan projek penyelidikan akan dibekukan sehingga laporan kemajuan diterima.

4.2. Laporan Akhir

Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Penghantaran laporan akhir adalah melalui (SMPU). Kegagalan menghantar laporan akhir akan menyebabkan ketua projek disenarai hitam daripada memohon sebarang projek Dana Universiti Penyelidikan.

(8)

Page 8 of 11 

5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)

5.1. Ketua Projek Berhenti

Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.

5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan

Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-BO01). Syarat- syarat permohonan adalah:

i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek.

ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja.

iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap permohonan.

iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).

5.3. Kes Khas

Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keperluan Universiti.

(9)

6. BAHAGIAN 6 (PERANAN)

6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

 Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti / institut / pusat. (jika ada);

 Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi penilaian;

 Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik;

 Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.

6.2. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT

 Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM;

 Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan;

 Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan projek penyelidikan/penyelidik.

6.3. PENYELIDIK

 Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;

 Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;

 Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan dengan jumlah peruntukan yang diberi;

 Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan menghantar laporan akhir selepas projek tamat.

(10)

Page 10 of 11 

7.

8.

9. BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)

Mula

Hebahan pemakluman pembukaan geran penyelidikan dan edarkan maklumat berkaitan

Terima dan semak permohonan proposal penyelidikan

Lengkap?

Penyelidik lengkapkan permohonan proposal

penyelidikan Hantar semula ke CRIM

Terima pemakluman agihan peruntukan geran

Asing dan rekod permohonan mengikut Nic penyelidikan

Daftar projek penyelidikan dalam SMPU

Tamat Maklum Keputusan

Penilaian kepada Penyelidik dan BKP Menyediakan kod projek penyelidikan Maklum kepada

penyelidik

Fail dan rekod

Adakan Bengkel Penilaian Permohonan Adakan Mesyuarat JKP&P

Lulus?

(11)

-TAMAT-

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)  UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 

43600 UKM BANGI  SELANGOR 

NO. TEL: 03‐89213184/5102/5631/4679/4064  NO. FAKS: 03‐89254550 

LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my  

Referensi

Dokumen terkait

KETUA PROJEK  Membaca dan memahami garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;  Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;  Memastikan projek penyelidikan

Borang LRGS-P1R-Program dan Borang LRGS-P1R- Projek - Laporan Prestasi projek penyelidikan jangka panjang di bawah Geran Penyelidikan Jangka Panjang LRGS; dan - untuk diisi oleh

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI CRIM  Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada Fakulti / Institut / Pusat;  Menerima dan memproses permohonan yang

Pembantu penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara

KETUA PROJEK  Membaca dan memahami garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;  Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;  Memastikan projek penyelidikan

ii Borang FRGS - P2P - Laporan Prestasi projek penyelidikan fundamental di bawah Geran Penyelidikan Fundamental IPTA FRGS; - untuk diisi oleh setiap penyelidik di IPTA; dan - perlu

KETUA PROJEK  Membaca dan memahami garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;  Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;  Memastikan projek penyelidikan

KETUA PROJEK  Membaca dan memahami garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;  Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;  Memastikan projek penyelidikan