• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA PANDEMIK COVID-19

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA PANDEMIK COVID-19 "

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA PANDEMIK COVID-19

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(2)

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi Kebangsaan dan Pusat Laktasi Kebangsaan

yang terlibat dalam penghasilan Garis Panduan Pelaksanaan Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik COVID-19.

Puan Zalma Abdul Razak Pengarah

Bahagian Pemakanan

Puan Zaiton Daud Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan

Dr. Noor Haliza Yussoff

Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi merangkap Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan

Hospital Tunku Azizah

YBhg. Dato’ Dr. Zuraidah Abdul Latiff Ketua Jabatan Pediatrik dan Pakar Perunding Kanak

Pediatrik & Neonatologi Hospital Ampang

Dr. Ahmad Razid Salleh Pengarah

Bahagian Perkembangan Perubatan

Dr. Noor Aziah Zainal Abidin Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan

Dr. Tuty Aridzan Irdawati Mohsinon Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Puan Munyati Fauzan Yaacob Penyelia Jururawat Bahagian Kejururawatan

YBhg. Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi

KPJ Damansara Specialist Hospital

Profesor Dr. Paramjothi P.

Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik &

Ginekologi Universiti MAHSA Puan Rashadiba Ibrahim@ Rahman

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan

Puan Wan Fazlily Wan Mahmod Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pemakanan Puan Nur Shafawati Mohd Ghazali

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan

Puan Mary Gudup Penyelia Jururawat Bahagian Pemakanan

(3)

KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 4

2. Skop Garis Panduan 4

3. Prinsip Yang Diguna Pakai 4

4. Polisi 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya: Norma Baharu Semasa Pandemik COVID- 19

5

5. Langkah 1 7

6. Langkah 2 8

7. Langkah 3 9

8. Langkah 4 10

9. Langkah 5 11

10. Langkah 6 13

11. Langkah 7 13

12. Langkah 8 14

13. Langkah 9 14

14. Langkah 10 14

15. Perkara 11 15

16. Perkara 12 16

17. Perkara 13 17

18. Lampiran 1 18

19. Lampiran 2 20

20. Lampiran 3 21

21. Lampiran 4 22

22. Lampiran 5 29

23. Appendix A 30

24. Rujukan 31

(4)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA PANDEMIK COVID-19

1.0 Pengenalan

Penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara memberi impak kepada semua pelaksanaan aktiviti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk pelaksanaan Hospital Rakan Bayi. Justeru, penambahan baharu kepada beberapa perkara dalam polisi pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyelaraskan amalan penyusuan susu ibu di hospital dengan tatacara/ prosedur pencegahan pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Semoga ia membantu pihak hospital untuk terus menjalankan amalan Inisiatif Hospital Rakan Bayi dengan lebih selamat tanpa mengabaikan keselamatan anggota kesihatan, ibu dan juga bayi. Ia juga diharapkan dapat memastikan amalan penyusuan susu ibu terus menjadi amalan dan pilihan ibu bapa terutamanya dalam suasana pandemik COVID-19 dengan bantuan sokongan yang diberikan oleh Kementerian.

2.0 Skop Garis Panduan

Dokumen ini merupakan garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik COVID-19 dengan penerapan prosedur operasi standard semasa serta amalan norma baharu. Garis Panduan ini juga boleh diperolehi dalam Portal COVID-19, Annexe 39.

3.0 Prinsip Yang Diguna Pakai 3Cs 3Ws

i. Mengelakkan kesesakan di fasiliti kesihatan dan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat (reduce crowd).

ii. Mengurangkan masa pesakit berada di dalam fasiliti kesihatan (Reduce patient stay in clinic).

iii. Pengendalian pesakit yang minima oleh anggota kesihatan (Minimize handling by care provide).

iv. Memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan (Mantain continuity of care).

v. Memastikan Amalan Pencegahan dan Kawalan Infeksi di fasiliti Kesihatan dan pelindungan diri/ Personnel Protection anggota kesihatan setiap masa.

vi. Menggalakkan penggunaan teknologi digital.

(5)

4.0 POLISI 10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA : NORMA BAHARU PANDEMIK COVID-19

Langkah 1:

Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.

Langkah 2:

Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.

Langkah 3:

Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu.

Langkah 4:

Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.

Langkah 5:

Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.

Langkah 6:

Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.

Langkah 7:

Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in): memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.

Langkah 8:

Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

(6)

Langkah 9:

Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.

Langkah 10:

Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu- ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

Perkara 11:

Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

Perkara 12:

Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).

Perkara 13:

HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV Positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

TAMBAHAN BAHARU POLISI Perkara 14:

Amalan Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik: Semua ibu yang disahkan atau dalam siasatan jangkitan penyakit sewaktu pandemik akan menerima runding cara serta tunjuk ajar tentang penyusuan dan pemakanan bayi mengikut tatacara pencegahan dan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan tersebut (infection prevention and control).

(7)

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan

pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”.

(Nota: Polisi hospital tidak semestinya mengandungi ayat yang sama seperti dalam senarai semak ini, tetapi ianya perlu meliputi kesemua perkara yang dinyatakan).

LANGKAH 1

Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.

• Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyatakan bahawa: “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”.

• Ringkasan polisi yang menerangkan 10 Langkah dan sokongan bagi ibu yang tidak menyusu susu ibu dipamerkan di kawasan yang bersesuaian dan dimaklumkan dalam bahasa dan ayat yang mudah difahami oleh anggota kesihatan dan ibu.

TAMBAHAN BAHARU

• Polisi perlu merangkumi penambahbaikan mengikut kesesuaian berdasarkan norma baharu kawalan dan pencegahan penyakit/ pandemik.

Huraian “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya: Norma Baharu”

(8)

LANGKAH 2

Melatih semua anggota kesihatan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.

Latihan bagi semua anggota kesihatan klinikal mesti merangkumi:

1. Pengurusan Laktasi (minima 20 jam termasuk sekurang-kurangnya 3 jam latihan amali).

2. Pengurusan penyusuan bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu.

3. Peranan hospital dan anggota kesihatan dalam mematuhi Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

4. Semua anggota baru dilatih dalam tempoh masa 6 bulan setelah dilantik.

Anggota kesihatan bukan klinikal yang bertugas di Unit Obstetrik dan Ginekologi dan Pediatrik termasuk:

1. Pembantu Perawatan Kesihatan.

2. Anggota Perkeranian.

3. Telefonis.

4. Kaunselor.

5. Farmasi.

6. Pegawai Perhubungan Awam.

7. Pegawai Pendidikan Kesihatan.

8. Pegawai Kerja Sosial.

• Anggota yang tidak terlibat adalah anggota yang terdiri dari perkhidmatan yang diswastakan contoh: Radicare, Pengawal Keselamatan dan Katering/ Sajian.

Latihan bagi semua anggota kesihatan bukan klinikal mesti merangkumi:

1. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia.

2. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap.

3. Keburukan dan risiko kepada ibu dan bayi yang tidak diberi susu ibu.

4. Kriteria global 10 langkah + 3 perkara.

5. Semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sendiri.

6. Bantuan atau sokongan berterusan untuk ibu hamil atau selepas kelahiran.

(9)

LANGKAH 3

7. Pematuhan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

TAMBAHAN BAHARU

• Bagi mengelakkan penularan jangkitan pandemik COVID-19 , norma baharu dalam pelaksanaan kursus mestilah dipatuhi. Kursus boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah:

1. Secara bersemuka 2. Secara atas talian

3. Hibrid (gabungan 1 dan 2)

• Pelaksanan sesi amali klinikal Kursus Penyusuan Susu Ibu (20 jam) kepada anggota kesihatan semasa pandemik COVID-19 seperti di Lampiran 1.

• Panduan dan Tatacara Pelaksanaan Kursus Dengan Mematuhi Norma Baharu adalah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

• Pelaksanaan ujian pre & post menggunakan borang atas talian (e-form).

Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu.

• Pengurusan dan penjagaan asas penyusuan susu ibu.

• Risiko pemberian makanan dan minuman lain kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama.

Maklumat yang perlu diberitahu meliputi tajuk-tajuk berikut:

1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi.

2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu.

3. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran.

4. Kepentingan permulaan awal untuk penyusuan susu ibu.

5. Kepentingan ibu bersama bayi (rooming in) 24 jam sehari.

6. Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

7. Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi.

8. Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu.

(10)

9. Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain.

10. Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas enam bulan di samping pemberian makanan pelengkap.

11. Bagaimana memastikan penyusuan awal dapat dimulakan.

12. Risiko pemberian susu formula bayi dan susu gantian.

13. Pelaksanaan amalan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).

TAMBAHAN BAHARU

Maklumat yang perlu diberitahu meliputi tajuk tambahan iaitu:

1. Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik COVID-19 (Lampiran 2).

• Panduan dan tatacara pelaksanaan pendidikan penyusuan susu ibu adalah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak MKN.

LANGKAH 4

Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.

Langkah ini sekarang diintepretasi seperti berikut:

Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang- kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.

• Semua ibu dan bayi perlu mendapat sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam.

• Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi telah bersedia untuk menyusu dan bantu sekiranya perlu.

1. Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran.

i. Mengekalkan kehangatan badan bayi dan membuatkannya tenang.

ii. Menggalakkan ikatan kasih sayang dan membantu memulakan penyusuan.

iii. Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat.

iv. Membolehkan pengkolonisasi usus bayi dengan bakteria yang biasa berada pada ibu.

(11)

v. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan paras gula dalam darah bayi.

2. Tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues).

i. Membuka mulut, dan mencari-cari payudara.

ii. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka.

iii. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir.

iv. Menghisap atau menggigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya.

v. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

vi. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis.

TAMBAHAN BAHARU

• Kes Normal perlu menggunakan garis panduan sedia ada. Manakala bagi ibu yang suspected/ probable/ confirmed Covid 19, perlu merujuk kepada Carta Alir Rumusan Pelaksanaan Amalan Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik COVID Bagi Ibu Suspected/

Probable/ Confirmed COVID-9 seperti di Lampiran 3.

LANGKAH 5

Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.

Bantuan penyusuan susu ibu yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Semua ibu menyusu susu ibu diajar tentang posisi dan pelekapan.

2. Semua ibu diajar tentang pemerahan susu ibu menggunakan tangan (atau diberi risalah dan penerangan rujukan untuk bantuan).

Semua ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu haruslah:

1. Diberitahu tentang risiko dan pilihan penyusuan lain serta dibantu untuk membuat pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan semasa mereka.

(12)

2. Diajar untuk menyediakan cara penyusuan pilihan bagi bayi mereka dan minta ibu membuat tunjuk cara apa yang telah dipelajari.

Ibu kepada bayi yang ditempatkan di Unit Rawatan Khas:

1. Ditawarkan bantuan untuk memulakan penyusuan awal, merangsang pengeluaran susu dan mengekalkan bekalan susu ibu dalam masa 6 jam selepas kelahiran.

2. Ditunjukkan cara memerah susu ibu menggunakan tangan dan diberitahu tentang keperluan menyusukan bayi atau memerah susu mereka sekurang-kurangnya 6-8 kali sehari untuk memastikan bekalan susu berterusan.

3. Diberi maklumat tentang risiko dan faedah pilihan pemberian penyusuan yang pelbagai dan bagaimana menjaga payudara sekiranya mereka tidak merancang untuk menyusu dengan susu ibu.

TAMBAHAN BAHARU

• Para ibu yang suspected/ probable/ confirmed COVID-19 perlu diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai:

1. Faedah dan kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi terutama di waktu pandemik COVID 19.

2. Risiko tidak memberi penyusuan susu ibu kepada bayi semasa pandemik.

3. Cara memerah susu ibu dengan menggunakan tangan.

4. Cara memerah susu ibu dengan menggunakan pam.

5. Cara pengendalian dan penyimpanan susu ibu perahan.

• Jika ibu dan bayi berada di dalam wad yang berasingan, sediakan satu bekas khas bertutup dan dilabel (nama ibu) untuk setiap pesakit bagi menyimpan bekas-bekas kecil susu ibu perahan supaya ia tidak bercampur dengan susu ibu lain semasa proses penyimpanan di dalam peti sejuk.

• Jika ibu menjalani proses kuarantin di rumah dan bayi berada di hospital, stok susu ibu perahan perlu disimpan dalam peti sejuk di rumah masing-masing sehingga ibu boleh bersama bayi. Bayi pula boleh diberi susu ibu dermaan sebagai pilihan pertama jika ada atau diberi susu gantian lain.

(13)

LANGKAH 6

Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.

• Makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian hanya diberi kepada bayi jika:

1. Ada alasan perubatan.

2. Ibu telah membuat pilihan berhemah setelah diberi runding cara tentang pelbagai pilihan, risiko dan faedah pemberian makanan kepada bayi (fully informed choices)

• Alasan untuk pemberian makanan dan minuman lain atau penyusuan gantian perlu dicatatkan.

LANGKAH 7

Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa (rooming-in).

– memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.

• Semua ibu dan bayi ditempatkan bersama termasuk pada waktu malam.

• Bayi hanya boleh dipisahkan daripada ibu atas sebab-sebab perubatan yang kukuh dengan rekod bertulis.

TAMBAHAN BAHARU

• Bagi ibu yang confirmed COVID-19 , pemisahan bayi dari ibu boleh dilaksanakan JIKA keadaan tidak mengizinkan ibu dan bayi bersama.

• Bagi ibu yang suspected/ probable COVID-19 disarankan untuk bersama setiap masa dengan pematuhan SOP seperti di Lampiran 3.

(14)

LANGKAH 8

Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

• Ibu diajar bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi lapar dan apabila telah kenyang.

• Tiada had ditetapkan ke atas kekerapan dan tempoh penyusuan susu ibu.

TAMBAHAN BAHARU

Ibu yang suspected/ probable/ confirmed COVID-19 perlu menyusukan bayi mereka dengan mematuhi prosedur operasi standard seperti di Lampiran 2.

LANGKAH 9

Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.

• Bayi tidak diberi susu menggunakan botol dan puting.

• Ibu diajar tentang risiko menggunakan botol susu.

• Bayi yang menyusu susu ibu tidak diberi puting kosong atau puting tiruan.

LANGKAH 10

Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu- ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

• Ibu diberi maklumat tentang sekurang-kurangnya satu kaedah untuk mendapatkan bantuan dan sokongan penyusuan susu ibu selepas keluar dari hospital. Contoh kaedah:

menghubungi hospital, klinik kesihatan, kumpulan sokongan atau kaunselor laktasi.

• Pihak hospital perlu menggalakkan penubuhan atau bekerjasama dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan/atau perkhidmatan masyarakat lain yang menyediakan sokongan penyusuan susu ibu.

(15)

• Ibu perlu diberi maklumat dan penerangan tentang cara untuk mendapatkan bantuan berkaitan pemberian makanan bayi sejurus selepas keluar dari hospital (sebaik-baiknya 2-4 hari selepas keluar daripada hospital dan minggu berikutnya).

TAMBAHAN BAHARU

• Sewaktu pandemik, sokongan atau perjumpaan kumpulan sokongan adalah digalakkan dijalankan secara virtual.

i. Ahli kumpulan sokongan digalakkan untuk aktif di alam maya melalui pelbagai aplikasi media sosial seperti facebook, whatsapp group, telegram dan sebagainya.

ii. Bekerjasama dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan mengemaskini maklumat terkini dan menggalakkan perjumpaan menerusi mesyuarat/ perbincangan secara atas talian.

PERKARA 11

Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

• Melarang promosi produk gantian susu ibu.

• Melarang promosi botol susu, puting susu dan puting kosong.

• Melarang pengedaran sampel, hadiah percuma dengan produk gantian susu ibu, botol susu, puting susu dan puting kosong atau bahan-bahan promosi produk tersebut kepada ibu-ibu, ibu hamil atau ahli keluarga mereka.

• Hospital tidak membeli produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga pasaran yang disyorkan.

• Tidak menerima sebarang penajaan atau insentif dalam bentuk tunai atau barangan daripada pengilang atau pengedar.

TAMBAHAN BAHARU

• Garis Panduan Sumbangan/ Tajaan Daripada Syarikat Yang Memasarkan Produk Susu Formula Bayi dan Produk-produk Tersenarai Dalam Sistem Penjagaan Kesihatan Semasa

(16)

PERKARA 12

Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care): Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care).

• Polisi Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk:

1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan.

2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah).

3. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut.

4. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.

5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.

TAMBAHAN BAHARU

Penambahan hanya pada komponen peneman dalam Perkara 12 iaitu:

• Bagi ibu tiada jangkitan: ikut garis panduan bersalin sedia ada dengan penambahan berikut:

1.1 Peneman perlu lulus tatacara saringan COVID-19 di fasiliti masing-masing seperti di Lampiran 5 dan perlu menjalani perkara-perkara berikut:

i. Mengisi Borang Deklarasi Saringan Penyakit COVID-19 ii. Pemeriksaan suhu badan

iii. Baca, fahami dan tandatangan borang peneman

(17)

1.2 Jika lulus saringan di atas, peneman dibenarkan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

i. Diberi penerangan peraturan peneman di kompleks dewan bersalin.

ii. Baca, fahami dan tandatangan Borang Akuan Peneman Ibu Bersalin (Appendix A).

iii. Memakai pelitup separuh muka, mengamalkan kebersihan tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal daripada anggota kesihatan.

iv. Dibenarkan berada di sisi ibu sehingga selesai. Beri kerjasama apabila diminta oleh anggota untuk keluar dari bilik jika ada sebab-sebab tertentu.

1.3 Jika tidak lulus saringan di atas peneman dinasihatkan menjalani saringan COVID- 19 di Pusat saringan COVID-19 (COVID Screening Mass Area CMSA) atau klinik kesihatan yang berdekatan.

PERKARA 13

HIV dan Pemakanan Bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

• Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi termasuklah risiko dan kebaikan pilihan pemberian makanan lain.

• Anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan ibu HIV positif haruslah dilatih dalam latihan pemakanan bayi dan HIV.

(18)

Lampiran 1 Kaedah Pelaksanaan Sesi Amali Klinikal Kursus Penyusuan Susu Ibu (20 Jam) Kepada

Anggota Kesihatan Semasa Pandemik COVID-19 (Langkah 2)

BIL. PENERANGAN

1. Sesi Amali Klinikal 1 : Observing and assisting breastfeeding 1. Pembentangan Slaid Penerangan Berkaitan Sesi Amali Klinikal 1 2. Penerangan semula penggunaan:

• Borang Breastfeed Observation Aid

• List of Communication Skills

3. Tayangan Video Kaedah Penilaian Penyusuan Menggunakan Borang:

• Link Video 1: Membantu Ibu Menyusu Untuk Profesional Kesihatan https://youtu.be/s9sGVNsZ11A

• Link Video 2: Posisi Penyusuan Untuk Profesional Kesihatan https://youtu.be/TdI3yjgDeyk

4. Tayangan Video Bagi Sesi Amali Klinikal 1:

• Link Video 3: Melenkapkan Bayi Pada Payudara https://youtu.be/YSlpMJtUtOk

• Link Video 4: Posisi Penyusuan https://youtu.be/v5pFlu0JD3o 5. Perbincangan Sesi Amali Klinikal

2. Sesi Amali Klinikal 2 : Talking With A Pregnant Woman

1. Pembentangan Slaid Penerangan Berkaitan Sesi Amali Klinikal 2 2. Penerangan semula penggunaan:

• Antenatal Checklist (Pilihan)

• List of Communication Skills

3. Mock Training Sesi Temubual Bersama Ibu Hamil dan menjalankan penilaian 4. Perbincangan Sesi Amali Klinikal

3. Sesi Klinikal Amali Klinikal 3: Observing Hand Expression and Cup Feeding 1. Pembentangan Slaid Penerangan Berkaitan Sesi Amali Klinikal 3

2. Tayangan Video- Memerah Susu:

• Link Video 1: Memerah Dan Menyimpan Susu Untuk Profesional Kesihatan

https://youtu.be/L82DcseGR00

• Link Video 2: Bagaimana Cara Memerah Susu https://youtu.be/XURD50ArYxo

3. Perbincangan Sesi Amali Klinikal – Memerah Susu

(19)

BIL. PENERANGAN

4. Tayangan Video – Pemberian Susu Menggunakan Cawan

• Link Video 3: https://youtu.be/-6AU6y6qatc

5. Perbincangan Sesi Amali Klinikal - Pemberian Susu Menggunakan Cawan

(20)

Lampiran 2 Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik COVID-19

Ibu-ibu yang suspected/ probable/ confirmed COVID-19 disarankan :

1. Memakai pelitup separuh muka setiap masa terutama sewaktu menyusukan bayi.

2. Mengamalkan Hand hygiene sebelum dan selepas bersentuhan dengan bayi termasuk ketika penyusuan dan selepas batuk atau bersin.

3. Mengamalkan Respiratory hygiene sekiranya ada gejala;

• tutup hidung dan mulut dengan tisu sewaktu batuk atau bersin

• buang tisu dalam bekas yang bertutup dan

• basuh tangan selepas itu dengan segera.

4. Routine cleaning and disenfeksi permukaan yang disentuh oleh ibu yang bergejala.

5. Kurangkan sentuhan fizikal dengan bayi sewaktu rooming-in. Pegang bayi hanya untuk penyusuan sahaja.

6. Penjarakan fizikal dengan bayi sewaktu tidak menyusu.

7. Pastikan pengudaraan bilik yang baik.

8. Elakkan bilik yang berhawa dingin.

(21)

Lampiran 3 CARTA ALIR RUMUSAN PELAKSANAAN AMALAN HOSPITAL RAKAN BAYI SEMASA

PANDEMIK/ COVID BAGI IBU SUSPECTED/ PROBABLE/ CONFIRMED COVID-19

Nota:

*Langkah-langkah kebersihan: Memakai pelitup separuh muka, basuh tangan

YA

TIDAK

TIDAK YA

IBU SUSPECTED/ PROBABLE/

CONFIRMED COVID-19 DALAM PROSES KELAHIRAN

**Pesakit boleh menjalankan semua

langkah penjagaan kebersihan

Dibenarkan sentuhan kulit ke kulit (Langkah 4)

Benarkan peneman yang sihat semasa kelahiran (memerhati langkah kebersihan) (MFC)

Memulakan penyusuan susu ibu dengan segera (Langkah 4)

Tiada peneman semasa proses kelahiran (MFC)

Tiada sentuhan kulit (Langkah 4)

Jauhkan bayi dengan segera

Penyusuan susu ibu segera tidak dibenarkan

Galakkan EBM dengan langkah- langkah penjagaan kebersihan (Langkah 5)

Penyusuan susu ibu diberi dengan menggunakan sudu/cawan oleh seseorang yang sihat (Langkah 5 dan 6)

DIPINDAHKAN KE WAD PENGASINGAN SEBAIK SAHAJA PESAKIT STABIL**

Keadaan wad pengasingan hendaklah kondusif

dan sesuai**

Mematuhi protokol wad isolasi

Tiada rooming-in (Langkah 7)

Hanya EBM dibenarkan mengikut langkah- langkah kebersihan (Langkah 5)

Penyusuan susu ibu diberi dengan menggunakan sudu/cawan oleh seseorang yang sihat (Langkah 5, 6 dan 9)

Benarkan penyusuan ibu secara langsung pada masa yang sesuai (Langkah 8)

Benarkan rooming- in ibu dengan bayi dengan penjarakkan yang selamat di antara penyusuan (Langkah 7)

Minimumkan sentuhan dengan bayi

Mengamalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan

(22)

Lampiran 4 Surat Garis Panduan Sumbangan/ Tajaan Daripada Syarikat Yang Memasarkan Produk Susu Formula Bayi dan Produk-produk Tersenarai Dalam Sistem Penjagaan

Kesihatan Semasa Wabak COVID-19 , 12 April 2020

(23)
(24)
(25)
(26)
(27)
(28)
(29)

Lampiran 5 CARTA ALIR UNTUK PENEMAN DI KOMPLEKS DEWAN BERSALIN

Peneman untuk ibu di kompleks bersalin

Peneman wajib melakukan saringan di Kompleks Dewan Bersalin (Kaunter 1)

• Mengisi boring saringan

• Periksa suhu (<37.5C)

Lulus Saringan

Tidak dibenarkan meneman ibu • Diberi penerangan peraturan peneman di Kompleks Dewan Bersalin

• Baca, fahami dan tandatangan Borang Peneman

• Memakai pelitup separa muka, menjaga kebersihan tangan dan penjarakan fizikal Nasihat untuk menjalani saringan

seperti mengambil throat swab dan nasal swab.

*Rujuk ke CMSA atau klinik

kesihatan yang berdekatan. • Dibenarkan berada di sisi pesakit sehingga pesakit dihantar ke wad.

• Beri kerjasama apabila diminta oleh staf untuk keluar dari bilik jika ada sebab- sebab tertentu.

Selesai

(30)

Appendiks A Borang Akuan Peneman Ibu Bersalin

CONTOH GARIS PANDUAN PENEMAN IBU BERSALIN DI BILIK BERSALIN HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK) KUALA LUMPUR

HTAKL/O&G/086/01 OBJEKTIF

POLISI PENEMAN DI BILIK BERSALIN

1. Hanya orang dewasa sahaja dibenarkan untuk menemani ibu bersalin.

2. Peneman boleh terdiri daripada salah seorang suami/ibu/ibu mertua/kakak/adik perempuan/rakan perempuan/peneman professional contohnya doula.

3. Hanya seorang sahaja peneman dibenarkan pada satu-satu masa.

4. Peneman perlu berpakaian sopan semasa menemani ibu bersalin.

5. Kebenaran perlu diperolehi dari anggota yang bertugas dikaunter pertanyaan di Bilik Bersalin.

6. Kebenaran ini adalah bergantung kepada keadaan semasa di bilik bersalin dan budi bicara Ketua Jururawat/Jururawat Bilik Bersalin.

7. Peneman dibenarkan berada di sisi ibu semasa bersalin dan sehingga pesakit dihantar ke wad, tetapi apabila diminta keluar dari Bilik Bersalin, peneman hendaklah memberi kerjasama.

8. Peneman perlu memaklumkan kepada petugas, jika ingin keluar untuk sesuatu tugas yang tertentu.

9. Peneman tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman dari luar.

10. Peneman hendaklah berada di bilik ibu berkenaan sahaja dan dilarang menjenguk ke bilik lain.

11. Perakam video dan kamera tidak boleh dibawa masuk ke bilik bersalin.

12. Telefon bimbit perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum masuk ke Bilik Bersalin.

13. Segala bahan bacaan seperti majalah dan surat khabar tidak boleh dibawa masuk ke Bilik Bersalin.

14. Peneman hanya dibenarkan untuk bersama ibu untuk kelahiran biasa sahaja.

15. Peneman hanya dibenarkan berada di bahagian hujung kepala katil.

16. Bagi ibu/ pesakit yang tiada pasangan, peneman perempuan sahaja yang dibenarkan.

KEADAAN-KEADAAN DIMANA SUAMI TIDAK DIBENARKAN MASUK / DIMINTA KELUAR.

1. Semasa kelahiran berkomplikasi.

2. Semasa prosedur tertentu dilakukan ke atas ibu.

3. Semasa resusitasi dilakukan.

4. Sekiranya peneman berkelakuan tidak sopan atau mengganggu ketenteraman Bilik Bersalin.

5. Lain-lain keadaan seperti diarahkan oleh Doktor.

PERHATIAN

1. Peneman juga perlu tahu bahawa hospital mempunyai ramai Pelajar Perubatan, Kejururawatan dan Doktor Siswazah Pelatih. Mereka juga menjalankan amali di Bilik Bersalin dan mereka juga layak menyambut, menyaksikan dan membantu dalam kelahiran biasa dibawah penyeliaan pegawai bertauliah.

2. Melalui pengalaman kami terdapat beberapa kes dimana peneman pengsan dan mendapat kecederaan semasa menemani ibu melahirkan anak.

3. Sehubungan dengan ini, pihak hospital tidak bertanggungjawab jika berlaku kecederaan kepada peneman.

PENEMAN DIMINTA MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI YANG DISEDIAKAN. JIKA ADA SEBARANG MASALAH SILA BERHUBUNG KETUA JURURAWAT ATAU JURURAWAT YANG BERTUGA

Memberi sokongan emosi dan moral kepada ibu bersalin.

...

T/T KETUA JABATAN O&G,HOSPITAL WANITA

………

T/T PENEMAN

………

T/T SAKSI

(31)

Rujukan:

1. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. Polisi, Skop Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk Anggota Kesihatan Bukan Klinikal, Skop Pendidikan Penyusuan Bayi Kepada Ibu Yang Tidak Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu dan Topik Pendidikan Penyusuan Susu Ibu Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009.

2. Majlis Keselamatan Negara. 2020. SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan dan Swasta.

3. Human Resources Development Fund (HRDF). 2020. Guideline For Conducting Face-to- Face Training During COVID-19 Pandemic.

4. Borang Deklarasi Covid, CPRC Kebangsaan 5. Borang Peneman Hospital Tunku Azizah.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi masyarakat Islam, antara aktiviti sosial yang terjejas ketika fasa awal penularan pandemik COVID-19 adalah aktiviti di masjid dan surau terutamanya amalan

Oleh itu, kajian berkaitan tahap kefahaman dan tahap penglibatan melalui sikap dan tingkah laku dalam amalan filantropi melibatkan masyarakat semasa COVID-19 amat penting

Antara amalan ibadah yang dapat dilakukan oleh masyarakat Islam ketika menghadapi COVID-19 adalah mempelajari ilmu agama, menjaga dan memperbaiki ibadah wajib

LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PROSES KEMASUKAN MANGSA YANG DIBAWA OLEH PENYELAMAT/ HADIR SENDIRI KE PPS MULA Saringan gejala COVID-19 di PPS Gejala Ruang isolasi / kubikel

Oleh itu, kajian berkaitan tahap kefahaman dan tahap penglibatan melalui sikap dan tingkah laku dalam amalan filantropi melibatkan masyarakat semasa COVID-19 amat penting sebagai kayu

Panduan aktiviti sukan bola tampar semasa pandemik Covid-19 Melalui panduan Return To Volleyball Transition Measures Phase, yang telah disediakan oleh pihak VOLLEYBALLBC, pihak

Jadual 6: Pengurusan jenazah mangsa beragama Islam yang dijangkiti wabak penyakit ...berjangkit semasa pandemik COVID-19 Soalan Bilangan Setuju Peratus % Bilangan Tidak Setuju

Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP semasa pandemik COVID-19 ABSTRACT Pelaksanaan Perintah Kawalan