• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan antara personaliti big five dan daya ketahanan mahasiswa semasa pandemik Covid-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan antara personaliti big five dan daya ketahanan mahasiswa semasa pandemik Covid-19"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan antara personaliti “big five” dan daya ketahanan mahasiswa semasa pandemik Covid-19

ABSTRAK

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020 sehingga sekarang telah memberi kesan kepada semua aspek kehidupan manusia termasuklah daya ketahanan individu dalam menghadapi situasi ini. Golongan mahasiswa universiti tidak terkecuali menghadapi kesan pandemik ini. Daya ketahanan amat penting kepada mahasiswa untuk memastikan mereka dapat mengatasi segala rintangan yang disebabkan oleh pandemik ini dalam keadaan yang positif. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara personaliti Big Five (lima dimensi) dan daya ketahanan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah semasa pandemik Covid-19. Sejumlah 306 orang mahasiswa telah terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini telah menggunakan dua soal selidik iaitu Big Five Inventory (BFI) dan Skala Daya Tahan (SDT). Hasil analisis menunjukkan hubungan korelasi yang signifikan bagi setiap dimensi personaliti dan daya ketahanan. Openness (r= .482), Conscientiousness (r= .544), Extraversion (r= .409), Agreeableness (r=.321), dan Neuroticism (r=-.302). Hasil ini menjelaskan bahawa semakin tinggi skor dimensi personaliti Openness, Conscientiousness, Extraversion dan Agreeableness, semakin tinggi daya ketahanan individu tersebut.

Sebaliknya, Semakin tinggi skor dimensi Neuroticism, semakin rendah daya ketahanan individu tersebut. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa mahasiswa lelaki dan perempuan UMS memiliki personaliti dan daya ketahanan yang berbeza secara signifikan.

Hasil perbincangan telah mencadangkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada persamaan dan perbezaan hasil dapatan kajian ini dan kajian lepas.

Pada akhir kajian ini, pengkaji turut membincangkan beberapa limitasi kajian serta penambahbaikan bagi kajian ini.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dengan tahap keseronokan murid semasa pandemik Covid-19. Pengkaji

Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan setiap dimensi personaliti “Big Five” (Openness to Experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness and

Jadual 4 Hubungan antara dimensi personaliti big five dengan kepuasan kerja Kepuasan Kerja r p Openness to experience Conscientiousness Extraversion Agreeableness Neuroticism

Panduan aktiviti sukan bola tampar semasa pandemik Covid-19 Melalui panduan Return To Volleyball Transition Measures Phase, yang telah disediakan oleh pihak VOLLEYBALLBC, pihak

Jadual 6: Pengurusan jenazah mangsa beragama Islam yang dijangkiti wabak penyakit ...berjangkit semasa pandemik COVID-19 Soalan Bilangan Setuju Peratus % Bilangan Tidak Setuju

1.3.2 Kajian Kepuasan Komunikasi Keorganisasian dan Komitmen Terhadap Organisasi Sektor Awam Dalam Konteks Pandemik COVID-19 Masih Terhad Terdapat beberapa kajian lepas yang telah

Ketahanan komuniti menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial semasa tempoh pendemik Covid-19 ABSTRAK Pengurusan sumber pertanian merupakan antara isu utama yang

Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP semasa pandemik COVID-19 ABSTRACT Pelaksanaan Perintah Kawalan