• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "GARIS PANDUAN PENGURUSAN"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

(i)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)

KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

1.0 Pengertian Wang Peruntukan Sementara (WPS) 1

2.0 Carta Aliran 1

3.0 Penyediaan Anggaran dan Peruntukan WPS

Di dalam Dokumen Tender 1

4.0 Penyediaan Anggaran Kos Muktamad 1 5.0 Kelulusan Untuk Melaksanakan WPS 1 - 2 60 Takrif Kerja

6.1 Kategori Biasa 2

6.2 Kategori ‘Pakar’ 2

7.0 Kaedah Pelaksanaan 2 - 3 8.0 Jawatankuasa Yang Meluluskan Harga 3

Lampiran dan Borang

Lampiran I - Carta Aliran Pelaksanaan WPS

Lampiran II - Tatacara Perolehan Bagi WPS Untuk Kerja, Bekalan atau Perkhidmatan `Pakar’.

Lampiran III - Contoh Butiran WPS Yang Diperuntukkan Dalam Dokumen Tender

Borang E - Permohonan Untuk Melaksanakan Item Di Bawah WPS Yang Dijangka Melebihi 30% / 50% Dari Peruntukan Asal

Borang F - Permohonan Untuk Kelulusan Harga WPS Lampiran F1 - Butir-Butir Harga Yang Dicadangkan

(Bagi Kategori Biasa)

Lampiran F2-1/F2-2 - Butir-Butir Harga Yang DiTawarkan (Bagi Kategori Pakar)

(2)

(i)

1.0 Pengertian Wang Peruntukan Sementara (WPS)

Wang Peruntukan Sementara (WPS) bererti sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja, bekalan barang-barang/bahan atau perkhidmatan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender disediakan.

2.0 Carta Aliran

Prosedur bagi pelaksanaan WPS adalah seperti Carta Aliran di Lampiran I

3.0 Penyediaan Anggaran dan Peruntukan WPS Di dalam Dokumen Tender.

Bagi memastikan jumlah WPS yang diperuntukkan di dalam dokumen tender adalah munasabah dan setepat mungkin, anggaran bagi WPS hendaklah disediakan oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan item WPS berkenaan.

4.0 Penyediaan Anggaran Kos Kerja Yang Akan Dilaksanakan

Pejabat yang melaksanakan projek, dengan bantuan pegawai yang mempunyai pengetahuan/kepakaran yang berkaitan dengan item WPS berkenaan, hendaklah menyediakan anggaran kos bagi item yang akan dilaksanakan sebelum meneruskan pelaksanaannya.

5.0 Kelulusan Untuk Melaksanakan WPS

5.1 Berdasarkan anggaran kos yang disediakan, pihak-pihak yang berkuasa untuk meluluskan pelaksanaan setiap WPS adalah seperti berikut:-

Bil.

Peratus (%) Perbezaan Berbanding Dengan

Peruntukan Di dalam Kontrak Pihak Berkuasa 1.

2.

3.

Tidak melebihi 30%

Melebihi 30% sehingga 50%

Melebihi 50%

Pengarah Negeri / Jurutera Projek Pengarah Bahagian Ketua Pengarah /

Timbalan Ketua Pengarah

(3)

(i)

5.2 Bagi situasi di para 5.1 Bil.1, Pengarah Negeri atau Jurutera Projek boleh terus menguruskan perbelanjaan WPS mengikut kaedah perlaksanaan seperti dijelaskan di para 7.0.

5.3 Bagi situasi di para 5.1 Bil. 2 dan 3, kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan perlu didapatkan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil. Permohonan untuk kelulusan hendaklah menggunakan Borang E seperti dilampirkan.

6.0 Takrif Kerja (Termasuk Bekalan dan Perkhidmatan)

6.1. Kategori Biasa

Kategori biasa adalah kerja-kerja yang mana kebanyakan item kerja dan kadar harganya terdapat di dalam kontrak atau tidak sukar ditentukan dan ianya boleh dilaksanakan oleh Kontraktor sendiri.

6.2 Kategori `Pakar’

a) Kategori `pakar’ adalah kerja, bekalan atau perkhidmatan yang mana Kontraktor Utama tidak mempunyai kepakaran atau tidak layak untuk melaksanakannya dan pihak ketiga perlu dilantik;

atau

b) Kerja, bekalan atau perkhidmatan yang mana kadar harga tidak terdapat di dalam kontrak dan sukar ditentukan.

7.0 Kaedah Pelaksanaan

7.1 Kaedah pelaksanaan WPS adalah berdasarkan kategori kerja seperti di para 6.0.

7.1.1 Bagi kategori biasa, Pengarah Negeri atau Jurutera Projek boleh menentukan atau mengeluarkan arahan kepada Kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

7.1.2 Bagi kategori `pakar’, tatacara perolehan adalah sebagaimana di Lampiran II.

7.1.3 Contoh butiran WPS yang diperuntukkan dalam Dokumen Tender/ Senarai Kuantiti adalah seperti di Lampiran III. Bagi kerja-kerja di bawah kategori biasa, tiada kos pengurusan, keuntungan dan layanan (attendance) perlu diperuntukkan.

Bagi kerja-kerja dalam kategori `pakar’, item bagi `kos pengurusan, keuntungan dan layanan’ hendaklah

(4)

(i)

diperuntukkan untuk dihargakan oleh kontraktor semasa tender (hanya terpakai untuk tender terbuka/terhad sahaja).

Kos pengurusan, keuntungan dan layanan ini akan dibayar kepada Kontraktor Utama sekiranya kerja dilaksanakan oleh pihak ketiga. Walau bagaimanapun, Kontraktor Utama boleh mengambil bahagian di dalam Sebutharga/Tender yang dipelawa sekiranya mempunyai kelayakan yang bersesuaian dan jika terpilih, harga tawarannya hendaklah disifatkan sebagai termasuk kos pengurusan, keuntungan dan layanan dan kontraktor tidak berhak dibayar kos tersebut.

7.2 Di mana kerja/bekalan/perkhidmatan di bawah WPS berkenaan tidak memerlukan penglibatan Kontraktor Utama, item berkenaan boleh dilaksanakan dengan mempelawa tawaran terus daripada subkontraktor/pembekal/pengkhidmat yang bersesuaian dan berkelayakan, tanpa melibatkan Kontraktor Utama. Prosedur untuk mendapatkan kelulusan harga adalah sama seperti yang dinyatakan di para 8.0. Bayaran terus boleh dibuat kepada subkontraktor/

pembekal/pengkhidmat berkenaan dengan menggunakan Inden atau Pesanan Tempatan.

8.0 Jawatankuasa Yang Meluluskan Harga

Jawatankuasa yang meluluskan harga bagi item WPS adalah seperti berikut :

Bil. Nilai Perolehan Pihak Yang Meluluskan

1. Tidak melebihi RM200,000 Jawatankuasa APK Peringkat Pengarah Negeri/Jurutera Projek 2. Melebihi RM200,000 – RM1 juta Jawatankuasa APK Peringkat

Pengarah Bahagian 3.

4.

Melebihi RM1 juta – RM 3 juta Melebihi RM3 juta

Jawatankuasa APK Peringkat Timbalan Ketua Pengarah Jawatankuasa APK Peringkat Ketua Pengarah

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tatacara pemohonan mengikuti Program Sangkutan bagi Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana serta menjadi

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 26 Gambarajah 1.6 : Fail Aktif Dalam Kabinet Besi Menggunakan Pocket File Dan.. Tulang Fail

i) Bertanggungjawab bagi penyediaan kertas kerja dan kos-kos perbelanjaan. ii) Bertanggungjawab bagi penyediaan pemilihan tajuk persidangan. iii) Bertanggungjawab

2.3 Melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 telah bersetuju dan meluluskan pindaan garis panduan pengurusan pendahuluan

LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PROSES KEMASUKAN MANGSA YANG DIBAWA OLEH PENYELAMAT/ HADIR SENDIRI KE PPS MULA Saringan gejala COVID-19 di PPS Gejala Ruang isolasi / kubikel

DEFINISI Universiti Universiti Malaysia Perlis PTj Pusat Tanggungjawab COSHE Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan PBT Pengurus Buangan Terjadual atau

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA 1 GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA iv SENARAI JADUAL Jadual 1.0: Jenis TASKA 4 Jadual 2.0: Nisbah Penyediaan Tadika dan TASKA Mengikut

Garis Panduan Fellowship Penyelidik Muda CRIM/FPM/GP/VERSI 1.1 Page 1 of 4 Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi CRIM Versi 1.1 7 JANUARI 2011 Garis