• Tidak ada hasil yang ditemukan

ibu pejabat jps malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ibu pejabat jps malaysia"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bil. Fail : ( 44 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 5

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS Bil 2/2010 (Pindaan kepada SP JPS Bil. 1/2007)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)

1.0 TUJUAN

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan beberapa pindaan kepada Garis Panduan Pengurusan Wang Peruntukan Sementara (WPS) yang telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling JPS Bil 1/2007 bertarikh 29 Januari 2007.

2.0 LATAR BELAKANG

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 bertarikh 24 Februari 2009 berkenaan perubahan had nilai dan tatacara pengurusan perolehan secara sebutharga di mana had nilai tersebut dinaikkan daripada RM200,000.00 kepada RM500,000.00. Arahan Perbendaharaan (AP) 202.2 pula telah mengubah Had Nilai Perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus Arahan Perubahan Kerja yang telah dikuatkuasakan sebagai Jawatankuasa Yang Meluluskan Harga Setiap Item WPS.

(2)

2

Oleh yang demikian, Garis Panduan Pengurusan WPS yang baru perlu dikeluarkan sejajar dengan perubahan yang dikuatkuasakan SPP Bil. 5/2009 dan AP 202.2 tersebut. Garis panduan yang baru ini juga akan menguatkuasakan beberapa pindaan kepada prosidur sedia ada setelah beberapa kelemahan dikenalpasti sepanjang pelaksanaan Pengurusan WPS berdasarkan SP JPS Bil.

1/2007 berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima daripada Bahagian- bahagian dan JPS Negeri.

3.0 PINDAAN/TAMBAHAN

Pindaan/tambahan yang dibuat adalah seperti berikut:-

3.1 Format borang permohonan Item WPS diperkemaskan (Borang E dan Borang F).

3.2 Format Lampiran Butir-butir Harga yang Ditawarkan (Bagi Kategori Biasa) diperkemaskan (Lampiran F-1).

3.3 Membuat perubahan kepada pihak berkuasa meluluskan pelaksanaan perbelanjaan WPS yang dijangkakan melebihi 30% daripada peruntukan seperti berikut:-

Bil Peratus (%) Perbezaan Berbanding Dengan Peruntukan

Di dalam Kontrak

Pihak Berkuasa

1.

2.

3.

Melebihi 30% sehingga 50%

Melebihi 50% sehingga 100%

Melebihi 100%

Pengarah Bahagian berkaitan Timbalan Ketua Pengarah

Ketua Pengarah

Walaubagaimanapun, bagi tambahan nilai kerja WPS yang tidak melebihi RM100,000.00, projek-projek yang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek (P.P.) atau Wakil P.P.nya bergred J54 ke atas dibenarkan untuk melaksanakan perolehan menggunakan WPS tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak yang diberikuasa ini walaupun nilai kerja yang akan dilaksanakan melebihi 30% daripada peruntukan di dalam kontrak.

(3)

3

3.4 Menetapkan had kuasa Jawatankuasa Yang Meluluskan Harga yang diperakukan bagi melaksanakan perbelanjaan untuk setiap item WPS seperti berikut :

Bil. Harga Yang Diperakukan Pihak Yang Meluluskan

1. Tidak melebihi RM200 ribu *Jawatankuasa dipengerusikan oleh Wakil Pegawai Penguasa/

Pengarah Projek (P.P.)

2. Tidak melebihi RM1 juta ** Jawatankuasa APK Peringkat P.P. yang mana P.P. adalah Pengarah Negeri/ Jurutera Projek / Ketua Jurutera

3. Tidak melebihi RM1.5 juta ** Jawatankuasa APK Peringkat P.P. yang mana P.P. adalah Pengarah Bahagian

4. Tidak melebihi RM3 juta Jawatankuasa APK Peringkat Timbalan Ketua Pengarah (TKP)

5. Melebihi RM3 juta Jawatankuasa APK Peringkat Ketua Pengarah (KP)

* Wakil P.P. mestilah bergred J54 ke atas dengan 2 ahli jawatankuasa bergred sekurang-kurangnya J41. Wakil P.P. juga perlu diberikuasa oleh P.P. untuk melaksanakan klausa berkaitan dengan WPS.

** Sekiranya P.P. adalah KP/TKP, permohonan hendaklah dimajukan terus kepada JK APK peringkat TKP.

3.5 Menaikkan had nilai item WPS yang diuruskan secara sebutharga daripada RM200,000.00 kepada RM500,000.00.

(4)

4

3.6 Prosidur pelantikan perunding yang menggunakan peruntukan WPS hendaklah mengikut peraturan semasa Jabatan yang berkuat kuasa kecuali bagi pihak berkuasa melulus pelantikan adalah Jawatankuasa mengikut had seperti di para 3.4.

3.7 Memaklumkan penggunaan Borang JKR-PHK untuk melaraskan harga kontrak setelah kerja-kerja WPS dimuktamadkan.

3.8 Carta Aliran Pelaksanaan WPS digantikan dengan carta aliran baru untuk mengambilkira pindaan-pindaan yang dibuat.

4.0 PENGUATKUASAAN DAN PEMBATALAN

4.1 Berdasarkan kepada pindaan/tambahan di atas, satu garis panduan yang baru telah disediakan untuk menggantikan garis panduan sedia ada dalam SP JPS Bil. 1/2007.

4.2 Surat pekeliling ini berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, Surat Pekeliling JPS Bil 1/2007 bertarikh 29 Januari 2007 termasuk garis panduan adalah dengan ini dibatalkan.

Sekian. Terima kasih.

Tarikh: 19 Mac 2010

Referensi

Dokumen terkait

1957 Seluruh Dokumen Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Kewangan Pelajar) 2019 (pindaan 2020) Seluruh Dokumen Arahan/ Pekeliling Perbendaharaan: •

iii Bagi projek yang menggunakan khidmat perunding untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, maka perunding berkenaan boleh dilantik sebagai Wakil PP 3.2 Penentuan

Kekeliruan telah timbul bagi situasi-situasi yang tidak termasuk di dalam mana- mana kategori di atas, contohnya bagi tender yang disediakan oleh Ibu Pejabat tetapi tawaran dipanggil di

2 3.0 CARA PERLAKSANAAN 3.1 JAWATANKUASA Semua pengukuran semula kuantiti sementara yang tidak melibatkan tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal hendaklah diluluskan oleh

iii Kos kerja yang dijalankan secara undi adalah ditetapkan oleh JPS samaada dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki yang disediakan oleh Jabatan Kerja

3.2 Borang Tindakan Kerja yang dinyatakan dalam para 3.3 dalam SP JPS Bil 4/2008 pula dipinda dan ditambah seperti berikut:- a Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya

3.1.2 Bagi setiap permohonan, Pemohon hendaklah mengesyorkan sebanyak lima 5 nama perunding berasaskan kriteria seperti berikut : a berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang

3.2 Aduan Kegagalan / Prestasi Perunding Aduan berkaitan dengan kegagalan perunding menyempurnakan obligasi dalam Perjanjian Perkhidmatan Perunding / peraturan yang berkuatkuasa