• Tidak ada hasil yang ditemukan

ibu pejabat jps malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ibu pejabat jps malaysia"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS Bil 2/2007

PENGESANAN PRESTASI DAN PENENTUAN KUALITI PERKHIDMATAN PERUNDING

1.0 TUJUAN

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memastikan prestasi semua perunding yang dilantik oleh Jabatan dipantau secara berkala dan menggunakan format piawai Laporan Prestasi Perunding berpandukan Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding 2006 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil 8 Tahun 2006.

2.0 LATAR BELAKANG

SPP 8/2006 telah mensyaratkan perunding yang dilantik hendaklah menyempurnakan semua obligasi yang ditetapkan dalam Perjanjian Perkhidmatan Perunding dan mematuhi semua peraturan Kerajaan yang berkuatkuasa.

1/4

(2)

Jabatan dikehendaki melaporkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia sekiranya perunding gagal menyempurnakan obligasi dan / atau peraturan berkenaan. Disamping itu, Jabatan juga dikehendaki mengemukakan laporan prestasi perunding secara berkala kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menggunakan format piawai yang telah ditetapkan.

3.0 KAEDAH PERLAKSANAAN PENGESANAN PRESTASI PERUNDING

3.1 Laporan Prestasi Perunding Secara Berkala

Semua Bahagian/JPS Negeri/Pejabat Projek yang menggunakan khidmat perunding yang dilantik oleh JPS dikehendaki mengawasi prestasi perkhidmatan perunding yang dilantik. Prestasi perunding hendaklah dilapor terus kepada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dan disalinkan kepada Urusetia Jawatankuasa Penyelarasan Perkhidmatan Perunding JPS Malaysia di Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan seperti berikut :

a) Sekali apabila projek/kajian selesai dilaksanakan bagi projek/kajian yang mengambil masa enam (6) bulan atau kurang.

b) Setiap tiga (3) bulan sekali dari tarikh perlantikan perunding sehingga tamat bagi projek yang mengambil masa lebih dari enam (6) bulan.

c) Laporan akhir prestasi perunding dalam tempoh satu (1) bulan selepas Sijil Siap Kerja dikeluarkan/projek disiapkan.

2/4

(3)

Laporan untuk prestasi perunding hendaklah menggunakan salah satu format yang piawai iaitu:-

i) Format borang laporan penilaian prestasi untuk projek skop pembangunan fizikal adalah seperti di Lampiran K1 dan hendaklah ditandatangan oleh Pegawai Penguasa/Pengarah Projek atau pegawai yang diberi kuasa.

ii) Format borang laporan penilaian prestasi untuk kajian adalah seperti di Lampiran K2 dan hendaklah ditandatangan oleh Ketua Pengarah/Pengarah Bahagian/Pengarah JPS Negeri.

3.2 Aduan Kegagalan / Prestasi Perunding

Aduan berkaitan dengan kegagalan perunding menyempurnakan obligasi dalam Perjanjian Perkhidmatan Perunding / peraturan yang berkuatkuasa ataupun aduan mengenai prestasi perunding boleh dilaporkan oleh Bahagian/JPS Negeri/Pejabat Projek pada bila-bila masa terus kepada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dan disalinkan ke Urusetia Jawatankuasa Penyelarasan Perkhidmatan Perunding JPS Malaysia di Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak.

3.3 Perakuan Tindakan Ke Atas Perunding

Setiap laporan atau aduan berkaitan prestasi perkhidmatan perunding merupakan maklumat terperingkat dan untuk kegunaan Lembaga Perolehan ‘A’ Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja. Bagi perunding yang menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan dan perunding yang gagal

3/4

(4)

menyempurnakan obligasi dan/atau peraturan dalam kontrak, Bahagian/JPS Negeri/Pejabat Projek boleh dalam laporan/aduan membuat perakuan kepada Perbendaharaan untuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya seperti berikut:

a) Memberi amaran kepada firma berkenaan;

b) Menggantung pendaftaran firma berkenaan;

c) Membatalkan pendaftaran firma berkenaan;

d) Senaraihitam firma perunding;

e) Senaraihitam pemilik/Lembaga Pengarah firma berkenaan; dan f) Tindakan-tindakan lain yang difikirkan sesuai.

3.4 Kemaskini Maklumat Prestasi Perunding dalam Sistem SMAP JPS

Maklumat prestasi perunding yang dimaklumkan dalam Laporan Prestasi Perunding atau dalam Aduan Ke Atas Perunding yang disalinkan kepada urusetia JPPP JPS hendaklah dikemaskinikan dalam sistem SMAP oleh urusetia. Maklumat dalam sistem SMAP akan menjadi rujukan terkini dalam cadangan dan pertimbangan perlantikan perunding.

4.0 PENGUATKUASAAN

Surat Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta-merta.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH SUNGAI KITA”

(DATO’ PADUKA IR. HJ. KEIZRUL BIN ABDULLAH) Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Bil. Fail : ( 62 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 4

4/4

Referensi

Dokumen terkait

3.3 Hak-hak Tertentu yang Dikhaskan kepada PYDK dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak Penamaan PYDK dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak untuk semua projek JPS hendaklah

Kekeliruan telah timbul bagi situasi-situasi yang tidak termasuk di dalam mana- mana kategori di atas, contohnya bagi tender yang disediakan oleh Ibu Pejabat tetapi tawaran dipanggil di

- kontraktor isi borang pendaftaran -sijil asal PKK/CIDB dikemukakan i Edarkan bola ping-pong yang telah dilabel kepada para Kontraktor untuk dimasukkan kedalam peti undi ii

iii Kos kerja yang dijalankan secara undi adalah ditetapkan oleh JPS samaada dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki yang disediakan oleh Jabatan Kerja

5 IBU PEJABAT JPS MALAYSIA SURAT PEKELILING JPS Bil 5/2009 PENGGUNAAN BORANG KONTRAK JKR PINDAAN 2007 1.0 TUJUAN Surat pekeliling ini bertujuan untuk menguatkuasakan penggunaan

1/2007 GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA WPS 1.0 TUJUAN Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan beberapa pindaan kepada Garis Panduan Pengurusan Wang

3.2 Pindaan yang telah dibuat terhadap Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim dalam SP JPS 2/2000 adalah seperti berikut :- i Proses kerja dibahagikan mengikut di mana waran

3.2 Borang Tindakan Kerja yang dinyatakan dalam para 3.3 dalam SP JPS Bil 4/2008 pula dipinda dan ditambah seperti berikut:- a Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya