Bil. Fail : (34) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 5
IBU PEJABAT JPS MALAYSIA
SURAT PEKELILING JPS Bil 6/2009 (Pindaan kepada SP JPS Bil. 4/2008)
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERCEPATKAN BAYARAN INTERIM
1.0 TUJUAN
Surat pekeliling ini bertujuan untuk meminda Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim yang telah diperkenalkan melalui Surat Pekeliling JPS Bil. 2/2000 dan Bil. 4/2008 sebagai langkah untuk mempercepatkan Bayaran Interim kepada Kontraktor bagi projek konvensional. Surat pekeliling ini juga bertujuan untuk menguatkuasakan proses tersebut dalam projek-projek yang dijalankan secara Reka dan Bina.
2.0 LATAR BELAKANG
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengadakan beberapa siri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pembayaran Bil dan Inbois di peringkat Ibu Pejabat JPS Malaysia. Hasil daripada mesyuarat tersebut, adalah didapati masih berlaku kelewatan dalam pengeluaran bayaran interim kepada kontraktor. Jawatankuasa tersebut telah menyemak semula proses dan tempoh
pengeluaran bayaran interim yang ditetapkan dalam SP JPS Bil. 4/2008. Adalah didapati tempoh yang ditetapkan untuk pembayaran boleh dipercepatkan lagi.
3.0 PINDAAN DAN TAMBAHAN
3.1 Berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Pemantauan Pembayaran Bil dan Inbois, pindaan dan tambahan berikut telah dibuat terhadap Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim dalam para 3.2 SP JPS Bil. 4/2008 mengikut jenis kontrak dan pejabat yang menerima waran peruntukan iaitu:-
a) Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya disalurkan ke negeri, carta aliran proses adalah seperti di Lampiran A.
b) Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya disalurkan ke ibupejabat, carta aliran proses adalah seperti di Lampiran B.
c) Bagi kontrak JKR Reka dan Bina yang waran peruntukannya disalurkan ke negeri, carta aliran proses adalah seperti di Lampiran C.
d) Bagi kontrak JKR Reka dan Bina yang waran peruntukannya disalurkan ke ibupejabat, carta aliran proses adalah seperti di Lampiran D.
3.2 Borang Tindakan Kerja yang dinyatakan dalam para 3.3 dalam SP JPS Bil 4/2008 pula dipinda dan ditambah seperti berikut:-
a) Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya disalurkan ke negeri, Borang Tindakan Kerja adalah seperti di Lampiran E.
b) Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya disalurkan ke ibupejabat, Borang Tindakan Kerja adalah seperti di Lampiran F.
c) Bagi kontrak JKR Reka dan Bina yang waran peruntukannya disalurkan ke negeri, Borang Tindakan Kerja adalah seperti di Lampiran G.
d) Bagi kontrak JKR Reka dan Bina yang waran peruntukannya disalurkan ke ibupejabat, Borang Tindakan Kerja adalah seperti di Lampiran H.
Borang Tindakan Kerja mestilah dikepilkan bersama dengan Perakuan Bayaran Interim JKR 66 bagi tujuan merekod tarikh tindakan yang telah diambil oleh pegawai-pegawai bertanggungjawab dalam memproses bayaran. Rekod dalam borang ini adalah penting untuk tujuan pemantauan dan mengesan punca kelewatan bayaran.
3.3 Bagi membantu semua pegawai yang menyediakan perakuan bayaran interim kepada kontraktor, satu senarai semak telah disediakan seperti di Lampiran I surat pekeliling ini.
4.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN
4.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh ianya dikeluarkan dan terpakai untuk semua jenis kontrak pembinaan yang digunapakai di JPS.
4.2 Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, Para 3.2 (i) dan 3.3 dalam SP JPS Bil 4/2008 adalah dibatalkan.
Sekian. Terima kasih.
3 November 2009