IBU PEJABAT JPS MALAYSIA
SURAT PEKELILING JPS Bil 2/2008
PERATURAN MENGENAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA BAGI KONTRAK KERJA
1.0 TUJUAN
Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baru berhubung Arahan Perubahan Kerja (APK) dan Pelarasan Harga Kontrak (PHK) bagi Kontrak Kerja.
2.0 LATAR BELAKANG
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 7/2007 (Peraturan Arahan Perubahan Kerja) telah menetapkan beberapa peraturan APK atau “Variation Order” yang perlu dipatuhi oleh semua agensi Kerajaan. Ia bertujuan bagi memperketat dan seterusnya mengemaskini peraturan APK sediada supaya pentadbiran kontrak lebih teratur.
SPP Bil. 5/2007 (Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender) pula telah menetapkan supaya semua agensi menggunakan Borang JKR Siri 203 dan
1
Borang PWD DB/T dalam semua urusan kontrak kerja. Borang-borang ini termasuklah semua borang yang terlibat dalam proses pengeluaran APK dan PHK.
3.0 PERATURAN BARU APK DAN PHK
Peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh pekeliling ini adalah seperti berikut:-
3.1 Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja
i) Perubahan had kuasa dan keahlian Jawatankuasa Perubahan Kerja.
ii) Penggunaan borang permohonan yang baru JKR-KPK (Pind.
1/2006).
3.2 Pengeluaran APK
i) Penggunaan borang arahan yang baru JKR-APK (Pind. 2/2003).
(Borang JKR203U tidak lagi digunakan untuk pengeluaran arahan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (P.P) yang melibatkan perubahan kerja.)
ii) Harga kontrak dilaraskan dengan nilai sementara dalam borang JKR-APK (Pind. 2/2003).
3.3 Bayaran Atas Kerja Perubahan
i) Kerja-kerja perubahan yang dilaksanakan boleh dibayar selepas borang JKR-APK dikeluarkan.
3.4 Pelarasan Harga Kontrak
i) Penggunaan borang baru JKR-PHK (Pind. 1/2001) bagi tujuan pelarasan harga kontrak untuk nilai sebenar kerja perubahan yang telah disiapkan.
2
ii) Amaun yang dilaraskan adalah amaun perbezaan di antara nilai sebenar kerja perubahan yang dilaksanakan dengan nilai sementara dalam borang JKR-APK.
4.0 TATACARA PELAKSANAAN
4.1 Bagi memastikan prosedur Jabatan selaras dengan peruntukan Arahan Perbendaharaan (AP) 202.2, P.P. hendaklah memastikan bahawa kerja tersebut mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan sebelum arahan perubahan kerja dikeluarkan dan kelulusan ke atas kerja tersebut hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada jawatankuasa / pihak berkuasa yang berkenaan.
4.2 Tatacara pelaksanaan peraturan baru APK ini adalah seperti dalam Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan Arahan Perubahan Kerja dan Pelarasan Harga Bagi Kontrak Kerja yang disertakan bersama pekeliling ini.
4.3 Bagi permohonan yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan, P.P. hendaklah mengemukakan permohonan perubahan kerja yang lengkap dengan justifikasi dan butiran anggaran kepada Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK), Ibu Pejabat JPS Malaysia untuk semakan.
Permohonan yang disahkan teratur akan dikemukakan oleh BUBK kepada Kementerian Kewangan melalui Ketua Pengarah JPS Malaysia.
5.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN
Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, pekeliling berikut adalah dibatalkan:-
5.1 SP JPT.CUB.Bil:2/1988 Peraturan dan Pihak-pihak Berkuasa Meluluskan Perubahan Kerja bagi Kontrak Kerja bertarikh 28 Oktober 1988.
3
5.2 Surat Edaran bil (16)dlm.PPS.10/4/2CUB-SEM Pindaan Pertama Kepada SPJPT.CUB.Bil:2/1998 bertarikh 4 Mac 1993.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH SUNGAI KITA”
(DATO’ IR HJ. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN) Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Bil. Fail : (68) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 4 Tarikh: 20 Februari 2008
4