• Tidak ada hasil yang ditemukan

ibu pejabat jps malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ibu pejabat jps malaysia"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Bil. Fail : (23) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 5

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS Bil 5/2009

PENGGUNAAN BORANG KONTRAK JKR PINDAAN 2007

1.0 TUJUAN

Surat pekeliling ini bertujuan untuk menguatkuasakan penggunaan Borang Kontrak JKR Pindaan 2007 dalam semua projek yang akan dilaksanakan oleh JPS bagi mengganti Borang Kontrak JKR yang sedang digunakan sekarang.

2.0 LATAR BELAKANG

Borang kontrak JKR siri 203 disediakan pada tahun 1983 bagi Kontrak Konvensional yang digunapakai pada masa sekarang dalam pengurusan kontrak manakala Borang Kontrak JKR DB bagi Kontrak Reka dan Bina diperkenalkan pada tahun 2002 dan sedang digunapakai di JPS. Sepanjang penggunaan Borang- Borang Kontrak ini, banyak kelemahan, kekurangan dan perkara-perkara yang kurang jelas dikenalpasti oleh Agensi-Agensi Kerajaan dan Kontraktor yang menggunakannya. Perubahan-perubahan dalam prosidur tertentu yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menyebabkan Addendum kepada Borang Kontrak terpaksa digunakan.

(2)

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia melalui JKR telah mengeluarkan Borang Kontrak JKR Siri 203 dan JKR DB yang baru bagi menggantikan Borang Kontrak JKR Siri 203 Semakan 10/83 dan Borang Kontrak JKR DB 2002. Borang kontrak yang baru dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-

i) Standard Form of Contract PWD 203 (Rev. 2007) ii) Standard Form of Contract PWD 203A (Rev. 2007) iii) Standard Form of Contract PWD DB (Rev. 2007) iv) Standard Form of Contract PWD 203N (Rev. 2007) v) Standard Form of Contract PWD 203P (Rev. 2007)

Versi Bahasa Malaysia masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini.

3.0 KAEDAH PENGGUNAAN

i) Borang Kontrak JKR Semakan 2007 yang berkaitan ini hendaklah dimasukkan dalam dokumen tender untuk setiap projek yang belum ditender.

ii) Bagi projek-projek rundingan harga secara terus dengan kontraktor, pihak kontraktor hendaklah dimaklumkan berkenaan penggunaan borang baru ini sebelum harga dimuktamadkan.

iii) Sehubungan dengan itu, semua borang-borang piawai yang digunakan dalam pentadbiran kontrak semasa kini perlu dikemaskinikan supaya merujuk kepada klausa berkaitan mengikut Borang Kontrak baru. Borang- borang yang sedang dikemaskinikan adalah seperti di Lampiran A dan akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas versi yang baru diterima daripada pihak JKR.

iv) Borang-borang Kontrak JKR semakan 2007 ini boleh dimuat turun dari laman web berikut http://kontrak.water.gov.my/division/qs/brg_std1.htm

(3)

4.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN

4.1 Arahan ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan dan terpakai untuk semua jenis kontrak pembinaan yang digunapakai di JPS yang masih belum ditender atau dimuktamadkan rundingan harganya.

4.2 Semua borang-borang pentadbiran kontrak yang dikeluarkan dalam surat- surat pekeliling JPS sebelum ini perlu diganti dengan borang-borang baru yang telah dikemaskini. Sementara menunggu borang-borang yang baru, borang-borang sediaada boleh digunakan dengan pindaan yang sewajarnya.

4.3 Sebarang pertanyaan dan penjelasan tentang borang-borang baru ini hendaklah dirujuk kepada pegawai-pegawai di Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Ibu Pejabat JPS Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

24 Jun 2009

Referensi

Dokumen terkait

iii Bagi projek yang menggunakan khidmat perunding untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, maka perunding berkenaan boleh dilantik sebagai Wakil PP 3.2 Penentuan

10/83 - Perkara mengenai ‘Clause 47 a , lines 3 and 9’ Pinda “seventy-five 75 percent” kepada “ninety 90 percent” 3.4.2 Pindaan Nilai-Nilai Minimum Bagi Bayaran Interim Nilai

Kekeliruan telah timbul bagi situasi-situasi yang tidak termasuk di dalam mana- mana kategori di atas, contohnya bagi tender yang disediakan oleh Ibu Pejabat tetapi tawaran dipanggil di

- kontraktor isi borang pendaftaran -sijil asal PKK/CIDB dikemukakan i Edarkan bola ping-pong yang telah dilabel kepada para Kontraktor untuk dimasukkan kedalam peti undi ii

iii Kos kerja yang dijalankan secara undi adalah ditetapkan oleh JPS samaada dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki yang disediakan oleh Jabatan Kerja

10/4/2 BUB Jld.6 IBU PEJABAT JPS MALAYSIA SURAT PEKELILING JPS BIL 3/2011 PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA SITE DIARY 1.0 LATARBELAKANG Tujuan utama penggunaan Buku Harian

2 2.3 Oleh itu, selaras dengan hasrat JPS untuk membangunkan imej korporat maka adalah dicadangkan supaya satu format yang seragam diadakan pada semua muka hadapan front cover dokumen

4.7 Setelah permohonan tambahan kuantiti sementara diluluskan dan pengukuran muktamad kuantiti telah dilaksanakan, pelarasan terhadap harga kontrak asal disebabkan perubahan kuantiti