• Tidak ada hasil yang ditemukan

ibu pejabat jps malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ibu pejabat jps malaysia"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Bil. Fail : ( 51 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 5

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS Bil 4/2010

TATACARA PEROLEHAN KERJA SECARA UNDI

1.0 TUJUAN

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memperkenalkan Tatacara Perolehan Kerja Secara Undi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Kewangan melalui Arahan Perbendaharaan Fasal 180.1( a ) memperuntukkan kerja-kerja bernilai tidak melebihi RM100,000.00 boleh dipelawa secara ‘requisition’ dengan menggunakan Jadual Kadar Harga. Kerja yang dipanggil secara ‘requisition’ ialah kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal.

Fasal 180.1 (b) Arahan Perbendaharaan membenarkan lantikan secara terus di kalangan kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan Lembaga

(2)

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred dan kategori yang berkaitan bagi kerja-kerja di bawah RM20,000.00 sementara Fasal 180.1 (c) pula memperuntukkan pemilihan kontraktor hendaklah dibuat secara adil melalui proses undian atau pusingan di kalangan kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan CIDB dalam gred dan kategori yang berkaitan.

Bagi memastikan pembahagian kerja-kerja requisition di kalangan kontraktor Kelas F secara adil dan saksama, pihak pengurusan atasan Jabatan telah memutuskan supaya semua kerja-kerja requisition termasuk bagi kerja-kerja yang bernilai di bawah RM20,000.00 dilaksanakan secara undian.. Sehubungan dengan itu, satu Tatacara Perolehan Kerja Secara Undi diperkenalkan melalui surat pekeliling ini.

3.0 TATACARA PELAKSANAAN

i) Nilai kerja ‘requisition’ yang boleh dijalankan secara Undi adalah kerja yang tidak melebihi RM100,000.00.

ii) Pecah kecil kerja-kerja melebihi RM100,000.00 semata-mata bagi membolehkan perolehan secara undi ini dilaksanakan adalah tidak dibenarkan.

iii) Kos kerja yang dijalankan secara undi adalah ditetapkan oleh JPS samaada dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya atau;

sekiranya tidak diperuntukkan dalam jadual kadar harga tersebut;

berdasarkan kepada harga pasaran semasa yang ditetapkan oleh pejabat yang menjalankan perolehan secara Undi.

(3)

iv) Kerja-kerja yang dipanggil secara Undi ini hendaklah bagi perolehan kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal sahaja. Kerja-kerja yang mengubah struktur asal hendaklah dipelawa secara sebutharga seperti yang telah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 bertarikh 24 Februari 2009.

v) Tatacara Perolehan Kerja Secara Undi adalah seperti di Lampiran A.

4.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN

Surat Pekeliling ini dikuatkuasakan dengan serta merta dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian. Terima kasih.

Tarikh: 7 Mei 2010

Referensi

Dokumen terkait

iii Bagi projek yang menggunakan khidmat perunding untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, maka perunding berkenaan boleh dilantik sebagai Wakil PP 3.2 Penentuan

Sehubungan dengan itu SP.JPS.UB.1/1997 di para 3.2.3 telah mewujudkan satu elemen pengawalan seperti berikut: “Jika didapati pertambahan kepada sesuatu item yang merupakan komponen

4 4.0 KRITERIA BAGI KELULUSAN LANJUTAN MASA OLEH JKKLM 4.1 Sekiranya didapati Kerajaan telah menyumbang kepada kelewatan tersebut atau atas sebab-sebab di luar kawalan kontraktor

2 3.0 CARA PERLAKSANAAN 3.1 JAWATANKUASA Semua pengukuran semula kuantiti sementara yang tidak melibatkan tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal hendaklah diluluskan oleh

4.0 TINDAKAN SEMASA PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK 4.1 Pejabat yang menyediakan dokumen kontrak hendaklah mencatatkan nilai sebenar Denda Gantirugi Tertentu yang ditetapkan ini kedalam

1/2007 GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA WPS 1.0 TUJUAN Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan beberapa pindaan kepada Garis Panduan Pengurusan Wang

3/1994 bertarikh 4 Julai 1994 mengenai Peraturan Penilaian Tender Kerja, penyediaan dokumen tender bagi projek yang bernilai lebih dari RM1.0 juta hendaklah disediakan berasaskan kepada

3.0 TINDAKAN 3.1 Tempoh Maksimum Untuk Menyediakan Laporan Penilaian Tender Tempoh maksimum yang telah ditetapkan untuk penyediaan Laporan Tender, iaitu dari tarikh tutup tender