• Tidak ada hasil yang ditemukan

ibu pejabat jps malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ibu pejabat jps malaysia"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)IBU PEJABAT JPS MALAYSIA. SURAT PEKELILING JPS BIL. 2/2001 (TAMBAHAN PERTAMA KEPADA SURAT PEKELILING JPS.UB.1/1997) PERATURAN DAN PIHAK-PIHAK BERKUASA MELULUSKAN PENGUKURAN SEMULA KUANTITI SEMENTARA ------------------------------------------------------------------------------------------------------------. 1.0. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memperkemaskan prosedur pentadbiran kontrak khususnya pengukuran semula kuantiti sementara yang melibatkan pertambahan kuantiti yang besar bagi item utama.. 2.0. LATARBELAKANG 2.1. Kebanyakan Senarai Kuantiti yang disediakan di Jabatan ini adalah berdasarkan kuantiti sementara. Adakalanya peningkatan kuantiti sementara ini di peringkat pembinaan tidak dapat dikawal dan mengakibatkan pertambahan yang besar kepada Harga Kontrak. Keadaan ini mungkin boleh dielakkan jika peningkatan kuantiti dikenalpasti di peringkat awal. Sehubungan dengan itu SP.JPS.UB.1/1997 di para 3.2.3 telah mewujudkan satu elemen pengawalan seperti berikut: “Jika didapati pertambahan kepada sesuatu item yang merupakan komponen utama dalam skop kerja kontrak, telah melebihi 50% dari kuantiti sebenar atau RM 100,000,00 yang mana lebih rendah, dan dijangkakan akan terus meningkat, perkara ini hendaklah dirujuk ke Pengarah Bahagian berkenaan di Ibu Pejabat dengan serta merta supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dari awal seperti mengubahsuai rekabentuk, jika perlu, atau lain-lain alternatif.” 1/2. (2) 2.2. 3.0. Langkah ini walau bagaimanapun, didapati telah mengakibatkan kelewatan pelaksanaan projek khususnya bagi projek-projek yang diselia sepenuhnya di peringkat Negeri/Projek.. TINDAKAN 3.1. 3.2. 4.0. Sehubungan itu, demi mengelakkan kelewatan pelaksanaan projek, amalan mendapatkan kelulusan Pengarah Bahagian terlebih dahulu tidak lagi perlu diteruskan. Walau bagaimanapun, Pengarah Negeri/Jurutera Projek hendaklah bertanggungjawab penuh dan berpuas hati yang pertambahan kuantiti berkenaan adalah wajar dan munasabah setelah mengambil kira pertambahan kos yang terlibat serta bahan/rekabentuk alternatif yang ada. Rujukan ke Pengarah Bahagian berkenaan juga boleh dibuat sekiranya perlu. Walaubagaimanapun, Pengarah Negeri/Jurutera Projek hendaklah sentiasa mengambil kira had kuasa untuk meluluskan tambahan kuantiti sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam Lampiran A kepada SP JPS.UB. 1/1997 tersebut.. KUATKUASA DAN PEMBATALAN 4.1. Surat Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta-merta. 4.2. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, para 3.2.3 JPS.UB.1/1997 bertarikh 4 Jan 1997 adalah dibatalkan.. di. dalam. SP. Jld.. 4. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH SUNGAI KITA”. (DATO’ IR. HJ. KEIZRUL B. ABDULLAH) Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia / /2001 Bil.. Fail:. (. ). dlm.. PPS.. 10.4.2. CUB. FAS/HSS/SPJPS2/01/29/04/01/diskSPJPS1&2/01. 2/2. (3)

Referensi

Dokumen terkait

iii Bagi projek yang menggunakan khidmat perunding untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, maka perunding berkenaan boleh dilantik sebagai Wakil PP 3.2 Penentuan

10/83 - Perkara mengenai ‘Clause 47 a , lines 3 and 9’ Pinda “seventy-five 75 percent” kepada “ninety 90 percent” 3.4.2 Pindaan Nilai-Nilai Minimum Bagi Bayaran Interim Nilai

Kekeliruan telah timbul bagi situasi-situasi yang tidak termasuk di dalam mana- mana kategori di atas, contohnya bagi tender yang disediakan oleh Ibu Pejabat tetapi tawaran dipanggil di

1/2007 GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA WPS 1.0 TUJUAN Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan beberapa pindaan kepada Garis Panduan Pengurusan Wang

3.1.2 Bagi setiap permohonan, Pemohon hendaklah mengesyorkan sebanyak lima 5 nama perunding berasaskan kriteria seperti berikut : a berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang

2/1994 FORMAT MUKA HADAPAN DAN PEMBERIAN NOMBOR KEPADA DOKUMEN TENDER/KONTRAK --- 1.0 TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk mengemaskinikan surat-surat pekeliling yang

3.2 Aduan Kegagalan / Prestasi Perunding Aduan berkaitan dengan kegagalan perunding menyempurnakan obligasi dalam Perjanjian Perkhidmatan Perunding / peraturan yang berkuatkuasa

4.7 Setelah permohonan tambahan kuantiti sementara diluluskan dan pengukuran muktamad kuantiti telah dilaksanakan, pelarasan terhadap harga kontrak asal disebabkan perubahan kuantiti