• Tidak ada hasil yang ditemukan

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "IBU PEJABAT JPS MALAYSIA"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Bil. Fail : (8) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 5

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS Bil 3/2009 (Pembatalan kepada SP JPS Bil. 1/2003)

PELANTIKAN PEGAWAI PENGUASA (P.P.), PERWAKILAN KUASA PEGAWAI PENGUASA (WAKIL P.P.) DAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG

DIBERIKUASA (PYDK) DALAM URUSAN PENTADBIRAN KONTRAK

1.0 TUJUAN

Tujuan surat pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan dan seterusnya menguatkuasakan pindaan mengenai Pelantikan P.P., Wakil P.P. dan PYDK di bawah kontrak.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Surat Pekeliling JPS Bil. 1/2003 bertarikh 27 Mei 2003 telah menetapkan had-had nilai kontrak bagi pelantikan P.P. dan Wakil P.P. projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.

2.2 Surat pekeliling tersebut juga telah menetapkan hak-hak tertentu yang dikhaskan kepada PYDK di dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak dan PYDK untuk menandatangani Perakuan-perakuan yang dikeluarkan di bawah kontrak.

(2)

3.0 CARA PELAKSANAAN

3.1 Pelantikan P.P.

Pelantikan P.P. untuk semua projek JPS hendaklah dibuat mengikut had- had nilai kontrak yang baru seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A.

3.2 Pelantikan Wakil P.P.

P.P. boleh mewakilkan kuasa-kuasa tertentu kepada pegawai yang dilantik sebagai “Wakil P.P. Utama” seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A.

Dalam mewakilkan kuasa-kuasanya P.P tidak semestinya mewakilkan kuasa kepada seorang wakil P.P sahaja. Selain daripada Wakil P.P.

Utama, pegawai tertentu yang lain boleh dilantik dengan kuasa-kuasa tertentu seperti berikut:-

i) Jurutera Projek sebagai Wakil P.P. di Tapak Bina

ii) Pengarah Bahagian Mekanikal dan Elektrik sebagai Wakil P.P.

Pakar Mekanikal dan Elektrik.

iii) Jurukur Bahan sebagai Wakil P.P. Pakar Ukur Bahan.

iv) Bagi projek yang ada perunding yang dilantik untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, perunding berkenaan bolehlah dilantik sebagai Wakil P.P.

3.3 Hak-hak Tertentu yang Dikhaskan kepada PYDK dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak

Penamaan PYDK dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak untuk semua projek JPS hendaklah dibuat mengikut had-had nilai kontrak yang baru seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A.

3.4 Menandatangan Perakuan-perakuan yang Dikeluarkan di bawah Kontrak PYDK untuk menandatangan Perakuan-perakuan yang dikeluarkan di bawah Kontrak untuk semua projek JPS adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran B.

(3)

3.5 Menguruskan dan Meluluskan Perakuan Bayaran Interim

Pengurusan Perakuan Bayaran Interim untuk semua projek JPS hendaklah dibuat berdasarkan kepada SP JPS Bil. 4/2008 yang telah dikeluarkan pada 8 Oktober 2008.

3.6 Surat Perwakilan Kuasa P.P.

Contoh Surat Perwakilan Kuasa dan Pemberitahuan Perwakilan Kuasa bagi kontrak berdasarkan Borang JKR 203/203A adalah seperti di Lampiran C, C/1, D, D/1, E dan E/1 surat pekeliling ini. Contoh Surat Perwakilan Kuasa dan Pemberitahuan Perwakilan Kuasa bagi kontrak berdasarkan Borang JKR DB/T adalah seperti Lampiran F, F/1, G, G/1, H dan H/1 surat pekeliling ini. Walaubagaimanapun, PP boleh menentukan sendiri kuasa-kuasa yang hendak diwakilkan oleh beliau.

4.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN

4.1 Surat pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta bagi semua kontrak yang belum ditandatangani dan/atau kontrak yang mana perwakilan kuasa P.P. belum lagi dibuat.

4.2 Dengan penguatkuasaan Surat Pekeliling ini, Surat Pekeling JPS Bil.

1/2003 adalah dibatalkan.

Sekian. Terima kasih.

Tarikh: 27 April 2009

Referensi

Dokumen terkait

Kemukakan Minit Mesyuarat Kepada ERF Penyediaan Minit Mesyuarat Rundingan Harga Dan Kemukakan Ke Bahagian Ukur Bahan Bahagian Ukur Bahan Akan Rujuk Kepada ERF Untuk Tindakan

10/83 - Perkara mengenai ‘Clause 47 a , lines 3 and 9’ Pinda “seventy-five 75 percent” kepada “ninety 90 percent” 3.4.2 Pindaan Nilai-Nilai Minimum Bagi Bayaran Interim Nilai

2 3.0 CARA PERLAKSANAAN 3.1 JAWATANKUASA Semua pengukuran semula kuantiti sementara yang tidak melibatkan tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal hendaklah diluluskan oleh

3.2 Pindaan yang telah dibuat terhadap Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim dalam SP JPS 2/2000 adalah seperti berikut :- i Proses kerja dibahagikan mengikut di mana waran

3.1.2 Bagi setiap permohonan, Pemohon hendaklah mengesyorkan sebanyak lima 5 nama perunding berasaskan kriteria seperti berikut : a berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang

2.2 Tindakan/Pelaksanaan Bagi melaksanakan peraturan baru ini, tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil: 2.2.1 Tender Yang Belum Dipanggil a Di dalam kenyataan iklan tender

2 2.3 Oleh itu, selaras dengan hasrat JPS untuk membangunkan imej korporat maka adalah dicadangkan supaya satu format yang seragam diadakan pada semua muka hadapan front cover dokumen

4.7 Setelah permohonan tambahan kuantiti sementara diluluskan dan pengukuran muktamad kuantiti telah dilaksanakan, pelarasan terhadap harga kontrak asal disebabkan perubahan kuantiti