1
IBU PEJABAT JPS MALAYSIA
SURAT PEKELILING JPS BIL. 2/2002
Garispanduan Pelaksanaan Projek Di Bawah Program Tabung Pemulihan Usahawan (TPU)
1.0 TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan satu Garispanduan mengenai pelaksanaan projek-projek di bawah program TPU.
2.0 LATARBELAKANG
Sejak kebelakangan ini tatacara/prosidur berhubung pelaksanaan projek di bawah program TPU sering dibangkitkan. Memandangkan belum ada garispanduan yang seragam mengenai perkara ini, adalah perlu untuk mewujudkan garispanduan tersebut bagi tujuan penyeragaman seterusnya digunapakai oleh semua yang terlibat.
TPU telah ditubuhkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mengalami masalah hutang dengan institusi kewangan. Projek- projek TPU adalah di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia yang telah melantik ERF Sdn. Bhd. sebagai sekretariat TPU. Hanya kontraktor yang berdaftar dengan ERF Sdn. Bhd. sahaja yang layak diberi projek di bawah program TPU.
2 3.0 TATACARA PELAKSANAAN
3.1 Semua projek TPU adalah dilaksanakan secara Rundingan Terus dimana pemilihan Kontraktor akan dibuat oleh ERF Sdn. Bhd. Pada amnya pelaksanaan projek TPU adalah sama dengan projek-projek rundingan terus yang biasa. Sila rujuk Carta Aliran Perlaksanaan Projek seperti di Lampiran A.
3.2 Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:-
3.2.1 Kontraktor dikehendaki melantik Perunding Ukur Bahan yang disenaraikan oleh TPU. Peranan Perunding Ukur Bahan ini adalah untuk membantu Kontraktor dari segi pelaksanaan projek dan menyediakan laporan kewangan Kontraktor kepada pihak TPU.
Yuran Perunding ini adalah termasuk di dalam Harga Kontrak.
Satu peruntukan di dalam Kerja-kerja Permulaan hendaklah dimasukkan untuk mengambilkira item ini. Anggaran peratusannya adalah antara 1.5% - 3.0% dari Harga Kontrak.
Untuk tujuan Bayaran Interim, No. Akaun Bank hendaklah diperolehi dari pihak ERF dan bukan dari kontraktor seperti amalan semasa.
.
3.2.2 Selain dari itu juga, pihak ERF Sdn. Bhd. akan mengarahkan Kontraktor membuka Akaun `Escrow’. Pihak ERF Sdn. Bhd. akan memaklumkan kepada pihak JPS setelah Akaun `Escrow’ dibuka kerana bayaran kepada Kontraktor hendaklah disalurkan oleh JPS ke dalam Akaun `Escrow’.
3.3 Keahlian Jawatankuasa Rundingan Harga adalah seperti berikut:
3.3.1 Pengarah Bahagian/Negeri (Pengerusi) 3.3.2 Pengarah Ukur Bahan atau wakil 3.3.3 Jurutera Daerah
3.3.4 ERF Sdn. Bhd.
3.3.5 Pegawai yang menguruskan kontrak di Peringkat Negeri (urusetia)
JPS Negeri/Bahagian hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen untuk tujuan rundingan harga selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh mesyuarat ke Bahagian Ukur Bahan untuk tujuan semakan.
3.4 Prosidur bagi peringkat pos-kontrak adalah sama dengan prosidur bagi projek-projek yang dikendalikan secara amalan semasa.
3 4.0 PENGUATKUASAAN
Surat Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta.
Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
`CINTAILAH SUNGAI KITA’
Saya yang menurut perintah,
(DATO’ IR. HJ. KEIZRUL B. ABDULLAH) Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia
Tarikh : 30 April 2002
Rujukan Fail : ( ) PPS 10/4/2 BUB Jld. 4
Bahagian Ukur Bahan Terima Surat Perlantikan Kontraktor Dari
ERF Sdn. Bhd.
Sediakan Surat ke Pengarah Bahagian/
Negeri/Jurutera Projek/Daerah Dan Kemukakan Surat Perlantikan Kontraktor
Penyediaan Dokumen Tender dan Anggaran Jabatan
Hantar Dokumen Tender Ke Bahagian Ukur Bahan Untuk Semakan
Pindaan?
Mengemukakan Dokumen Tender Kepada Kontraktor Untuk
Dihargakan
Terima Dokumen Tender Yang Dihargakan Dari Kontraktor
Uruskan Mesyuarat Rundingan Harga
Harga Dipersetujui?
Kemukakan Minit Mesyuarat Kepada ERF
Penyediaan Minit Mesyuarat Rundingan Harga Dan Kemukakan Ke Bahagian
Ukur Bahan
Bahagian Ukur Bahan Akan Rujuk Kepada ERF Untuk Tindakan Selanjutnya
Penyediaan, Tandatangan dan Pengeluaran Surat Setujuterima Tender
dan Surat Pemberitahuan Penerimaan Tender
Terima Kelulusan Dari ERF
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROJEK DI BAWAH TABUNG PEMULIHAN USAHAWAN (TPU) (PRA-KONTRAK)
Ada
Tiada
Ya Tidak
Jabatan Menyenaraikan Nama Projek Dan Kemukakan Kepada
ERF Sdn. Bhd.
ERF Mengagihkan Projek Kepada Kontraktor Yang Berkelayakan
LAMPIRAN ‘A’
Tindakan
Bahagian Ukur Bahan
Bahagian/JPS Negeri/Jurutera Projek
Bahagian/JPS Negeri/Jurutera Projek Rujuk Pindaan Kepada SP JPS UB 1/1995 dan 2/1995
Bahagian/JPS Negeri/Jurutera Projek
Bahagian/JPS Negeri/Jurutera Projek
Bahagian/JPS Negeri/Jurutera Projek
Bahagian Ukur Bahan
Bahagian Ukur Bahan
Bahagian Ukur Bahan Rujuk SPJPS UB 1/95 Kemukakan Perbandingan Harga Jabatan
Dan Kontraktor Ke Bahagian Ukur Bahan
tp u
Bahagian/JPS Negeri/Jurutera Projek