• Tidak ada hasil yang ditemukan

ibu pejabat jps malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ibu pejabat jps malaysia"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS Bil 5/2008

PROSIDUR DAN PIHAK-PIHAK BERKUASA MELULUSKAN TAMBAHAN KUANTITI SEMENTARA

DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

1.0 TUJUAN

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan had kuasa dan keahlian Jawatankuasa Tambahan Kuantiti Sementara yang baru dan penggunaan borang baru untuk membuat Pelarasan Harga Kontrak (PHK).

2.0 LATAR BELAKANG

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 7/2007 (Peraturan Arahan Perubahan Kerja) telah menetapkan had kuasa dan keahlian Jawatankuasa Tambahan Kuantiti Sementara yang perlu dipatuhi oleh semua agensi kerajaan.

Manakala SPP Bil. 5/2007 (Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender) pula telah menetapkan supaya semua agensi menggunakan Borang JKR Siri 203 dan Borang PWD DB/T dalam semua urusan kontrak kerja. Borang- borang ini termasuklah semua borang yang terlibat dalam proses kelulusan tambahan kuantiti sementara dan PHK.

(2)

2

Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan Arahan Perbendaharaan (AP) baru bertarikh 31 Julai 2008 yang telah membatalkan AP sebelum ini yang telah digunapakai sejak tahun 1997.

3.0 PERATURAN BARU

Dengan pengeluaran SPP Bil. 5/2007, SPP Bil. 7/2007 dan AP bertarikh 31 Julai 2008, beberapa peraturan sedia ada Jabatan berkenaan kelulusan tambahan kuantiti sementara perlu dipinda. Peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh pekeliling ini adalah seperti berikut:-

3.1 Peringkat Permohonan Kelulusan Tambahan Kuantiti Sementara

i) Perubahan had kuasa dan keahlian Jawatankuasa Tambahan Kuantiti Sementara.

ii) Penggunaan borang permohonan yang baru (JKR-KKS).

3.2 Perakuan Pelarasan Harga Kontrak

i) Pelarasan harga kontrak bagi tambahan atau kurangan kuantiti sementara yang telah diluluskan menggunakan borang baru (JKR- PHK).

4.0 TATACARA PELAKSANAAN

4.1 Semua tambahan kepada kuantiti sementara dalam kontrak hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Tambahan Kuantiti Sementara mengikut had nilai yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A.

4.2 Sebarang tambahan kuantiti sementara yang disebabkan oleh perubahan kepada skop kerja asal hendaklah diuruskan sebagai Arahan Perubahan Kerja dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perubahan Kerja seperti Surat Pekeliling JPS Bil. 2/2008.

(3)

3

4.3 Permohonan untuk kelulusan tambahan kuantiti sementara ini hendaklah menggunakan borang JKR-KKS (Pind.1/2003) seperti di Lampiran B.

4.4 Jumlah tambahan yang dipohon adalah merupakan jumlah bersih bagi semua item yang terlibat dengan pengukuran semula (tidak termasuk kerja-kerja tambahan).

4.5 Walaubagaimanapun, jika didapati pertambahan kepada sesuatu item yang merupakan komponen utama dalam skop kerja kontrak telah melebihi 50% dari kuantiti sebenar atau RM 100,000,00 yang mana lebih rendah, dan dijangkakan akan terus meningkat, Pegawai Penguasa (P.P) atau wakil P.P. hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan segera seperti mengubahsuai rekabentuk, jika perlu, atau lain-lain alternatif untuk mengawal pertambahan kuantiti item tersebut.

4.6 Bagi permohonan yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan iaitu nilai harga tambahan bagi pengukuran semula kuantiti melebihi 50%

dari Harga Asal Kontrak atau melebihi RM6juta; yang mana lebih rendah, P.P. hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kuantiti sementara yang lengkap dengan justifikasi dan butiran perkiraan kepada Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, JPS Malaysia untuk disemak. Setelah semakan dibuat dan didapati permohonan kelulusan Kementerian Kewangan perlu dibuat, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak hendaklah mengemukakan permohonan rasmi kelulusan kepada Kementerian Kewangan melalui Ketua Pengarah JPS Malaysia.

4.7 Setelah permohonan tambahan kuantiti sementara diluluskan dan pengukuran muktamad kuantiti telah dilaksanakan, pelarasan terhadap harga kontrak asal disebabkan perubahan kuantiti sementara ini hendaklah dibuat dengan menggunakan borang JKR-PHK (Pind. 1/2001) seperti di Lampiran C.

(4)

4

4.8 Sekiranya jumlah nilai bersih pengukuran semula (tidak termasuk perubahan kerja) menghasilkan pengurangan kepada nilai Kontrak, pelarasan harga kontrak boleh terus dibuat oleh P.P. atau Wakil P.P.

dengan menggunakan borang JKR-PHK (Pind. 1/2001) tanpa perlu mendapat kelulusan.

5.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, Pekeliling berikut adalah dibatalkan:-

5.1 SP JPS.UB.1/1997 Peraturan dan dan Pihak-pihak Berkuasa Meluluskan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara bertarikh 4 Januari 1997.

5.2 SP JPS Bil 2/2001 Tambahan Pertama Kepada SP JPS.UB.1/1997.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH SUNGAI KITA”

(DATO’ IR HJ. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN) Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Bil. Fail : ( 86 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB Jld. 4

Referensi

Dokumen terkait

Sehubungan dengan itu SP.JPS.UB.1/1997 di para 3.2.3 telah mewujudkan satu elemen pengawalan seperti berikut: “Jika didapati pertambahan kepada sesuatu item yang merupakan komponen

Kekeliruan telah timbul bagi situasi-situasi yang tidak termasuk di dalam mana- mana kategori di atas, contohnya bagi tender yang disediakan oleh Ibu Pejabat tetapi tawaran dipanggil di

4.0 TINDAKAN SEMASA PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK 4.1 Pejabat yang menyediakan dokumen kontrak hendaklah mencatatkan nilai sebenar Denda Gantirugi Tertentu yang ditetapkan ini kedalam

iii Kos kerja yang dijalankan secara undi adalah ditetapkan oleh JPS samaada dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki yang disediakan oleh Jabatan Kerja

LATARBELAKANG 2.1 Borang Perakuan Bayaran Interim yang digunakan sekarang perlu dikemaskinikan bagi merangkumi penggunaan istilah dalam borang Kontrak JKR siri 203 Semakan 10/83 dan

3.4 Menandatangani Perakuan-perakuan Yang Dikeluarkan Di bawah Kontrak 3.4.1 Dengan perlantikan pegawai yang dinamakan dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak dan Pegawai Penguasa

3.2 Pindaan yang telah dibuat terhadap Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim dalam SP JPS 2/2000 adalah seperti berikut :- i Proses kerja dibahagikan mengikut di mana waran

3.2 Borang Tindakan Kerja yang dinyatakan dalam para 3.3 dalam SP JPS Bil 4/2008 pula dipinda dan ditambah seperti berikut:- a Bagi kontrak JKR 203/203A yang waran peruntukannya