Surat Pekeliling JPS. UB. 1/1994
(i) BORANG PERAKUAN BAYARAN INTERIM JKR 66.
(ii) BORANG PERAKUAN PELARASAN JUMLAH HARGA KONTRAK JKR 203V.
(iii) BORANG PERAKUAN MUKTAMAD.
---
1.0 TUJUAN
1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memperkenalkan borang-borang standard baru seperti berikut:-
(i) Borang Perakuan Bayran Interim
LATARBELAKANG
2.1 Borang Perakuan Bayaran Interim yang digunakan sekarang perlu dikemaskinikan bagi merangkumi penggunaan istilah dalam borang Kontrak JKR siri 203 (Semakan 10/83) dan amalan beberapa peraturan baru kontrak seperti bayaran terus kepada Subkontraktor dan Pembekal Dinamakan, pelarasan Jumlah Harga Kontrak (adjustment of Contract Sum), penyerahan hak dan sebagainya.
2.2 Bagi pelarasan harga kontrak pula, sepertimana yang tuan- tuan sedia maklum, peraturan yang diamalkan oleh Jabatan untuk melaraskan jumlah harga kontrak akibat daripada kerja perubahan, pelarasan Wang Kos Prima (Prime Cost Sums), Wang Peruntukan Sementara, (Provisional Sums) pengukuran semula kuantiti sementara dan sebagainya adalah dengan menyediakan Borang Perakuan Perubahan Kerja JKR 203V - Pin. 4/83. Amalan ini didapati tidak sesuai lagi memandangkan Borang JKR 203V - Pin. 4/83 sebenarnya tidak mengambilkira pelarasan Jumlah Harga Kontrak. Borang ini juga tidak membezakan di antara kerja- kerja perubahan dan pelarasan ke atas jumlah harga kontrak akibat dari pelarasan Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, pengukuran semula kuantiti sementara dan penilaian tuntutan. Oleh yang demikian perlu diadakan Borang Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak khusus bagi tujuan pelarasan jumlah harga kontrak.
2.3 Selaras dengan penggunaan Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 (Semakan 1988) dan Borang Perakuan Perubahan Kerja JKR 203V - Pin. 4/83, adalah didapati Borang Penyata Kira-kira Terakhir yang sedang digunakan sekarang juga perlu dikemaskinikan. Satu borang baru iaitu Perakuan Muktamad telah diadakan bagi menggantikan borang Penyata Kira-kira Terakhir ini.
3.1 Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 (Semakan 1988)
3.1.1 Satu salinan borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 (Semakan 1988) serta lampiran-lampiran A1, A2 dan A3 kepadanya adalah disertakan bersama- sama ini.
3.1.2 Borang perakuan bayaran interim JKR 66 (Semakan 1988) hendaklah digunakan bersama-sama dengan lampiran-lampiran kepadanya di mana yang berkenaan seperti berikut:-
(a) Lampiran A1 - Bayaran kepada Subkontraktor
Dinamakan.
(b) Lampiran A2 - Bayaran kepada Pembekal Dinamakan.
(c) Lampiran A3 - Bayaran kepada Penerima Hak
(Assignee).
(d) Lampiran B - Butir-butir perkiraan turun naik harga bahan mengikut Peruntukan Khas dalam Kontrak (tidak disertakan - tiada perubahan, sepertimana borang sedia ada).
3.1.3 Di mana "bayaran disyorkan kena dibayar" bagi sesuatu bayaran interim tidak mencukupi untuk menampung bayaran kepada Subkontraktor Dinamakan, Pembekal Dinamakan, Penerima Hak dan Kontraktor Utama (keadaan ini boleh berlaku oleh kerana potongan bagi Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan dan hak-hak lain Kerajaan), keutamaan bayaran kepada Subkontraktor dan Pembekal Dinamakan, Penerima Hak dan Kontraktor Utama hendaklah mengikut giliran berikut:-
(a) Pertama - Subkontraktor dan Pembekal Dinamakan.
(b) Kedua - Penerima Hak.
(c) Ketiga - Kontraktor Utama.
3.1.4 Nilai Kerja Minimum
Amaun yang diambilkira untuk menentukan sama ada nilai kerja yang telah dilaksanakan oleh Kontraktor melebihi nilai minimum yang ditetapkan di bawah Fasal 47(a) dalam Lampiran Kepada Syarat- syarat Kontrak adalah amaun yang terbawah sekali di muka 1/2 Borang JKR 66 (sem. 1988), iaitu sebelum ditolak Bayaran balik Wang Pendahuluan, Denda Ganti Rugi dan lain-lain.
3.2 Borang Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (PPJHK)
JKR 203V Pin. 5/92
3.2.1 Jumlah Harga Asal kontrak hendaklah diselaraskan untuk meliputi semua tambahan kepada atau potongan daripadanya bagi semua kontrak yang menggunakan borang Kontrak JKR 203 atau 203A seperti berikut:-
(i) 5(d) dan 48(a) Tuntutan atas kerugian dan perbelanjaan kerana mematuhi arahan P.P.
(ii) 9(b) Kos yang terlibat bagi mendedahkan apa-apa kerja tertutup untuk pemeriksaan P.P.
(iii) 11(b) Fee dan caj yang terlibat dengan pembekalan air dan elektrik, dan sambungan tetap bagi bekalan air, elektrik, telefon dan pembentungan.
(iv) 12 Kos terlibat dengan
pemindahan fosil dan lain-lain.
(v) 25(e) Brg. 203A Pengukuran semula kuantiti
26(b) Brg. 203 "sementara".
(vi) 30(b) Perbelanjaan Wang
Peruntukan Sementara.
(vii) 30(a) Perbelanjaan Wang Kos Prima.
(viii) 44 dan 48(a) Tuntutan kerugian dan perbelanjaan
disebabkan oleh kelambatan.
(ix) 53 Turun Naik Harga.
3.2.2 Apabila berlaku tambahan kepada atau potongan daripada Jumlah Harga Kontrak seperti disenaraikan di perenggan 3.2.1 di atas, Pegawai Penguasa adalah dikehendaki menyediakan borang Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (PPJHK). Butir- butir pelarasan yang menunjukkan amaun tambahan/ potongan hendaklah dikepilkan bersama borang PPJHK.
3.2.3 Walaupun beberapa butiran kerja perubahan dan pelarasan boleh dikumpulkan dalam satu borang PPJHK, tuan-tuan adalah dinasihatkan mengamalkan peraturan menyediakan borang PPJHK sebaik-baiknya apabila sesuatu butiran pelarasan atau kerja perubahan telah dapat diukur dan dinilai serta diluluskan oleh Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja/Tuntutan jika berkenaan.
Amalan mengumpulkan semua kerja perubahan dan butiran pelarasan bagi tujuan menyediakan satu borang PPJHK di akhir kontrak tidak digalakkan.
3.2.4 Satu salinan borang Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak JKR 203V Pin. 5/92 disertakan bersama ini.
3.3 Borang Perakuan Muktamad
3.3.1 Mengikut Fasal 48 Syarat-syarat Kontrak, Perakuan Muktamad hendaklah dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan bagi keseluruhan kerja atau tiga (3) bulan selepas dikeluarkan Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan, mengikut mana yang terkemudian. Bagi mempastikan usaha ini dapat dilaksanakan, semua pelarasan kepada Jumlah Harga Kontrak termasuk pelarasan- pelarasan lain yang diperuntukkan dalam kontrak dan perkiraan mengenai potongan-potongan yang perlu dibuat ke atas bayaran kepada Kontraktor hendaklah diselesaikan sebelum tamatnya Tempoh Liabiliti Kecacatan.
3.3.2 Salinan borang Perakuan Muktamad dan Lampiran- lampiran A1, A2 dan A3 kepadanya disertakan bersama ini.
...6/-
4.0 Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Bagi Kontrak Yang sedang Berjalan Atau Kontrak Yang Telah Siap Tetapi Perakuan Muktamad Belum Disediakan
4.1 Bagi kontrak yang sedang berjalan atau kontrak yang telah disiapkan tetapi Perakuan Muktamad belum disediakan, tindakan serta merta hendaklah diambil untuk menyediakan bornag PPJHK. Semua butiran pelarasan dan kerja perubahan sehingga ke tarikh penyediaan PPJHK hendaklah dikumpulkan dalam satu borang PPJHK.
Pelarasan bagi butiran pelarasan dan kerja perubahan selanjutnya bagi kontrak yang sedang berjalan hendaklah mematuhi kehendak perenggan 3.2 di atas.
5.0 Tarikh Kuatkuasa
5.1 Peraturan ini berkuatkuasa dengan serta merta.
5.2 Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 (Semakan 1988) dan Borang Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak, JKR 203V Pin. 5/92 yang disertakan bersama-sama ini membatalkan Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 yang sedia ada dan borang Perakuan Perubahan Kerja JKR 203V Pin. 4/83. Borang Perakuan Muktamad pula menggantikan Penyata Kira-kira Terakhir (Borang JPT.
3B/1983) yang sedia ada dan dengan penggunaan Borang baru ini, Borang JKR 66 (Semakan 1988) tidak perlu disediakan lagi.
5.3 Sila hubungi Bahagian Ukur Bahan, Ibu Pejabat JPS jika memerlukan penjelasan lanjut.
(IR. JOSEPH YEOH HOH HOH) b.p.: Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.
JKR.66 (Sem.1988) Lampiran ‘A1’
SUBKONTRAKTOR-SUBKONTRAKTOR DINAMAKAN
NO. PERAKUAN BAYARAN INTERIM :……….
Amaun/amaun-amaun yang kena dibayar kepada Subkontraktor-subkontraktor Dinamakan yang dimasukkan di dalam Perakuan adalah seperti berikut:- Ruj. Nama
Subkontraktor Dinamakan
Jenis Kerja dan Jumlah Harga Subkontraktor
Kerja yang dilaksanakan + 75%
Bahan-bahan dan Barang-barang
Tak Pasang
Wang Tahanan (Jika Berkenaan)
Bayaran Balik Wang Pendahuluan
(jika Berkenaan)
Tolakan Untuk Kontraktor
Utama
Amaun Yang
Telah Dibayar Amaun yang Kena Dibayar Di bawah Perakuan
ini
Amaun Yang Hendaklah Dibayar Di bawah
Perakuan ini
1 2 3 4 5 6 7 8 9 = 4 - (5+6+7+8) 10
Jumlah * * * *
* Jumlah Ruangan 4, Jumlah Ruangan 5, Jumlah Ruangan 6 dan Jumlah Ruangan 10 di bawa ke dalam Borang JKR 66 (Sem. 1988)
Lampiran ‘A2’
PEMBEKAL-PEMBEKAL DINAMAKAN
NO. PERAKUAN BAYARAN INTERIM : ……….
Amaun/amaun-amaun yang kena dibayar kepada Pembekal-pembekal Dinamakan yang dimasukkan di dalam Perakuan di atas adalah seperti berikut::- Ruj. Nama Pembekal
Dinamakan Jenis Kerja dan Jumlah Harga
Subkontrak
Jumlah Harga
Artikal Dibekalkan Wang Tahanan (Jika Berkenaan)
Tolakan Untuk Kontraktor
Utama
Amaun Yang
Telah Dibayar Amaun yang Kena Dibayar Di bawah Perakuan
ini
Amaun Yang Hendaklah Dibayar Di bawah
Perakuan ini
1 2 3 4 5 6 7 8 = 4 - (5+6+7) 9
Jumlah * * *
JKR.66 (Sem.1988) Lampiran ‘A3’
PEMEGANG-PEMEGANG SERAHHAK YANG DILULUSKAN NO. PERAKUAN BAYARAN INTERIM : ……….….
Amaun/amaun-amaun yang kena dibayar kepada Pemegang-pemegang Serahhak yang dimasukkan di atas adalah seperti berikut::- Ruj. Nama
Pemyerahhak Nama
Penerima Hak Huraian/ Tujuan
Serahhak Amaun yang
Diserah-hakkan Jumlah Amaun Yang Kena Dibayar
Amaun Yang
Telah Dibayar Amaun yang Kena Dibayar Di bawah Perakuan
ini
Amaun Yang Hendaklah Dibayar Di bawah
Perakuan ini
1 2 3 4 5 6 7 8 = (6-7) 9
Jumlah *
Nota: Amaun di dalam Ruangan 6 mestilah tidak melebihi amaun di ruangan 5.
* Jumlah Ruangan 9 di bawa ke dalam Borang JKR 66 (Sem. 1988)