1/2
http://www.water.gov.my Telefon: 03-26972828 Fax: 03-26987973, 26972412, 03-26972411, Email: [email protected]
(100 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 5 16 Februari 2011 Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT ARAHAN KPJPS
PROSES PENJUALAN, PENUTUPAN DAN PENILAIAN TENDER KERJA PERUNTUKAN PERSEKUTUAN YANG BERNILAI MELEBIHI RM20 JUTA
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2009 bertarikh 1 September 2009 dan Arahan Perbendaharaan (AP) fasal 198.1 (b), Lembaga Perolehan Persekutuan di peringkat negeri diberi kuasa mempertimbang dan setuju terima tender kerja Persekutuan di Negeri sehingga RM20 juta. Justeru itu, bagi melicinkan urusan perolehan tender Kerja yang dianggarkan bernilai melebihi RM20 juta:-
i) Proses penutupan tender hendaklah dilaksanakan di Ibu Pejabat JPS Malaysia. Walaubagaimanapun, proses penjualan dokumen tender masih boleh dibuat di Pejabat JPS Negeri.
ii) Sebagai langkah untuk menyeragamkan laporan penilaian tender, satu keputusan telah dibuat dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Bil. 9/2010 bertarikh 23 Disember 2010 bahawa penilaian tender kerja yang ditutup di Ibu Pejabat JPS Malaysia akan dilaksanakan oleh Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Ministry of Natural Resources and Environment)
JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA
2/2
3. Sehubungan dengan itu, bagi projek-projek yang menggunakan perkhidmatan perunding, pejabat yang membuat lantikan perunding tersebut hendaklah memastikan yuran perunding yang diluluskan tidak termasuk penilaian tender memandangkan penilaian tender ini tidak akan dibuat oleh perunding tersebut.
4. Arahan ini berkuatkuasa bagi projek-projek peruntukan Persekutuan bernilai melebihi RM20 juta yang akan diiklankan pada atau selepas 1 Mac 2011.
Sekian. Terima kasih.
s.k. - Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) JPS Malaysia - Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar) JPS Malaysia - Pengarah Kanan JPS Malaysia
- Juruukur Bahan Ibu pejabat
f:/rba/circ/larangan tender above RM20juta