• Tidak ada hasil yang ditemukan

( 69 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 5 15 Oktober 2010 Semua Pengarah Bahagian, Semua Pengarah JPS Negeri, Semua Jurutera Projek Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "( 69 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 5 15 Oktober 2010 Semua Pengarah Bahagian, Semua Pengarah JPS Negeri, Semua Jurutera Projek Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

http://www.water.gov.my Telefon: 03-26972828 Fax: 03-26987973, 26972412, 03-26972411, 26971025 Email: [email protected]

( 69 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 5

15 Oktober 2010 Semua Pengarah Bahagian,

Semua Pengarah JPS Negeri, Semua Jurutera Projek

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

Perkara: Pemakluman Surat Arahan Perbendaharaan – Memperluaskan Pemakaian SAP bertarikh 15 April 2010 Mengenai Pindaan Skala Gaji Perunding di Lampiran H dalam Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Edisi 2006

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) rujukan S/K.KEW/PK/P/1100/000000/

165/23 Jld 6 SK 2 (10) bertarikh 23 September 2010 mengenai Memperluaskan Pemakaian SAP Bertarikh 15 April 2010 Mengenai Pindaan Skala Gaji Perunding di Lampiran H dalam Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Edisi 2006 seperti yang dilampirkan bersama surat ini.

3. Perhatian Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah ditarik kepada perenggan 3 dalam SAP tersebut di mana penguatkuasaan skala gaji terbaru diperluaskan kepada pelantikan perunding yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus sebelum 15 April 2010 tertakluk kepada syarat-syarat di perenggan 4 SAP terbaru ini.

4. Kerjasama Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mematuhi SAP tersebut amatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Ministry of Natural Resources and Environment)

JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA

(2)

( 69 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 5 15 Oktober 2010

s.k. - Ketua Pengarah JPS Malaysia

- Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) JPS Malaysia - Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar) JPS Malaysia

- Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan) JPS Malaysia - Juruukur Bahan BUBPK

d:/rba/suratedaran/luasSAPLampiran H

(3)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Telefon : 03-8882 3000

(Ministry of Finance Malaysia) Cable : TREASURY, KL KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANCAN, Telex : FEDTRY MA 32369

NO. 5, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2 .* Fax : 03-8882 4352

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62592 PUTRAJAYA Web : hap://www.ueasury.gov.my

C-.,

.

I ~ 1 1 1 1 I W W I I ' " " 1 ~ I ~

0000001 165123 JLD.6 SK2 ( I0 )

33

September 20 10

Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Kerajaan Negeri

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kerajaan

Y. Bhg. Dato' Sri / Dato' /Tuan/ Puan,

SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN (SAP)

MEMPERLUASKAN PEMAKAIAN SAP BERTARIKH 15 APRIL 201 0 MENGENAI PINDAAN SKALA GAJl PERUNDING Dl LAMPIRAN H DALAM MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2 0 0 6

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 1 5 April 20 1 0 adalah berkaitan.

2. Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 1 5 April 20 1 0 telah meluluskan pemakaian skala gaji baru Pemilik Firma/Lembaga Pengarah dan Kakitangan Sementara perunding d a n ia berkuat kuasa dan terpakai ke atas pelantikan perunding yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus bermula pada 1 5 April 20 1 0.

3. Kementerian Kewangan telah menerima rayuan daripada Agensi Kerajaan dan pihak perunding yang telah dilantik sebelum 1 5 April 2 0 1 0 yang menggunapakai skala gaji lama.

Alasan y a n g diberikan adalah kesukaran untuk mendapat d a n mengekalkan kakitangan yang bersesuaian d a n berkelayakan bagi penyeliaan tapak bina projek pembangunan fizikal di dalam peringkat pelaksanaan.

4. Sehubungan itu, pemakaian skala gaji baru adalah diperluaskan tertakluk kepada syarat berikut:-

i) Hanya bagi kakitangan penyeliaan tapak bina projek pembangunan fizikal yang masih dalam pelaksanaan sahaja;

i i) Pelarasan gaji kakitangan penyeliaan tapak berkaitan hendaklah bermula pada 1 5 April 20 1 0; d a n

iii) Agensi adalah bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan kewangan jabatan adalah mencukupi dan kelulusan ini tidak boleh dijadikan sandaran untuk m e m o h o n pertambahan peruntukan daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

.

( Sila nyatakan rujukan Bahagian ini apabila berhubung )

(4)

5. Surat Arahan Perbendaharaan ini berkuat kuasa dengan serta-merta dan hendaklah dibaca bersekali dengan Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 15 April 201 0.

Sekian, .terima kasih.

'BERKH IDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

~alfagian Perolehan Kerajaan

b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia

Edaran Dalaman : Y.Bhg. Tan Sri KSP Y.Bhg. Dato' TKSP(P)

Referensi

Dokumen terkait