http://www.water.gov.my Telefon: 03-26972828 Fax: 03-26987973, 26972412, 03-26972411, Email: [email protected]
( 9 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 5 20 April 2011 Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
Surat Arahan KPJPS Bil. 2/2011
LARANGAN MEMPERUNTUKKAN KOS BAGI KERJA PENGAWASAN OLEH PERUNDING DI BAWAH ITEM WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS) DALAM PROJEK REKA DAN BINA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sebagaimana yang sedia maklum, Jabatan ini telah melaksanakan projek- projek rundingan berdasarkan kontrak Reka dan Bina di mana perunding dilantik oleh kontraktor dan bukan oleh Kerajaan. Amalan yang sering dibuat oleh Jabatan untuk bayaran kos pengawasan perunding adalah dengan memperuntukkannya di bawah item WPS. Tindakan ini dibuat bertujuan semata-mata bagi mempercepatkan proses rundingan harga kerana kebiasaannya pihak kontraktor dan perunding tidak dapat mengenalpasti bilangan kakitangan di tapak semasa rundingan dibuat.
Dengan memperuntukkan kos pengawasan secara WPS, rundingan harga telah dapat dimuktamadkan dengan cepat.
2. Walaubagaimanapun, masalah timbul di peringkat memuktamadkan kos pengawasan perunding kerana perunding berkehendakkan bayaran berdasarkan Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding (yang mana terkini) seolah-olah perunding telah dilantik oleh Kerajaan.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Ministry of Natural Resources and Environment)
JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA
3. Bagi mengelakkan masalah memuktamadkan peruntukan WPS bagi kerja pengawasan bagi projek-projek yang akan datang, semua pejabat yang menyediakan dokumen tender menggunakan borang kontrak “Standard Form of Design and Build Contract PWD Form DB (Rev. 2007)” dilarang meletakkan kerja- kerja pengawasan perunding di bawah WPS tetapi sebaliknya hendaklah diperuntukkan di bawah item “Design and Build Element”.
Sekian. Terima kasih.
s.k. - Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) JPS Malaysia - Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar) JPS Malaysia - Pengarah Kanan JPS Malaysia
- Pengarah, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak.
- Juruukur Bahan JPS
f:/rba/circ/larangan wps supervision
2